email
twitter
facebook

2 bulan di bulan ramadhan



Fenomena aturan Allah s.w.t mempamirkan 2 bulan di dipertengahan bulan ramdhan . Itulah yg diperkatakan oleh budak -budak sekolah kepada sebahagian gurunya yg ditokok tambah dengan dengan cerita -cerita yg bersifat horror menyebabkan sebahagian manusia terdorong hendak bertaubat tahi -tahi ayam kepada Allah s.w.t

Walaubagaimanapun tontonlah klip video ini utk melihat fenomena Alam yg jarang-jarang sekali di lihat ..pada masa akan datang nanti akan terjadinya fenomena-fenomena yg lebih horror lagi menanti anda ..jadi bertaubatlah tahi-tahi ayam ...ok?

Beza Tentera Islam dengan Tentera yg lain - anda pun mesti begitu nanti ..


Selepas membaca buku “HULAGU KHAN: Khabar Hitam dari Timur” yang ditulis oleh Abdul Latip Talib, terbitan PTS, saya menganalisa beberapa kajian perbandingan antara Hulagu Khan dengan Muhammad al-Fateh.

PERSAMAAN

1. Tidak mudah berbangga dengan pencapaian ayah dan datuk masing-masing (generasi terdahulu)

Hulagu Khan tidak pernah merasa berpada dengan pencapaian Genghiz Khan, datuknya yang mampu menyatukan 13 suku besar yang selama ini berpecah dan saling memerangi akhirnya bersatu menuju satu visi dan impian menakluk dunia - dengan hunusan pedang mereka.

Hulagu tidak pernah rasa berpuas hati dengan kemampuan datuknya yang mampu merobohkan tembok besar China lantas menakluki tanah besar China.

Hulagu mahu menjadi lebih hebat dari Gengkhis Khan yang hampir menawan seperdua dunia, kecuali Kota Baghdad yang dipimpin oleh Kerajaan Islam Abbasiyyah. Kota Baghdad yang gagal ditawan oleh ayah dan datuknya itulah yang berjaya ditawan dan dimusnahkannya.

Muhammad al-Fateh juga tidak pernah merasa berpuas hati dengan pencapaian Usmaniah yang telah melakar beberapa sejarah penawanan dan pembukaan kota-kota baru Islam di Eropah khususnya dalam proses menyempitkan jajahan takluk empayar Byzantium. Pidato terkenal Muhammad al-Fateh :

"Khabarkan pada raja kamu (Constantine XI) bahawa Sultan Usmaniah sekarang adalah sangat berbeza dengan sebelumnya. Sesungguhnya keinginanku jauh mengatasi keinginan mereka. Kekuatanku jauh mengatasi kekuatan mereka (generasi terdahulu)."

Rujukan

"Even their dreams can't reach where my might does" - Mehmet II The Conqueror

2. Keinginan tinggi di sebalik kemustahilan misi

Sekitar pertengahan 1200 Masihi, Hulagu Khan melakukan misi mustahil yang tidak mampu direalisasikan oleh datukya Genghis Khan untuk menakluk Baghdad, kubu kuat selama 508 tahun dan ibukota empayar Islam Abbasiyyah yang pada masa itu di bawah pimpinan Khalifah ke 37 iaitu al-Mu'tasim Billah.

Penawanan Baghdad baginya adalah strategik untuk memudahkan kemaraannya menuju Mesir dan sekaligus mampu memusnahkan 3 masjid utama umat Islam iaitu Masjidil Aqsa di Palestin, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Haram di Makkah.

Sekitar pertengahan 1500 Masihi, Muhammad al-Fateh melakukan misi mustahil yang tidak mampu direalisasikan selama 800 tahun penantian oleh generasi yang terdahulu iaitu menawan Konstantinople. Konstantinople adalah pusat kerajaan Byzantium yang bertakhta lebih 1100 tahun dan kekebalan bentengnya menyebabkan percubaan empayar-empayar dunia dan pimpinan-pimpinan Islam sebelumnya menemui kebuntuan.

Kedua-duanya berkongsi persamaan punca dan persamaan kesan. Kejayaan misi yang difikirkan mustahil adalah persamaan kesan (the law of effect). Manakala punca utama kepada kejayaan itu iaitu memasang impian dan menimbulkan keinginan yang meluap-luap (burning desire) adalah persamaan punca (the law of cause) yang boleh dikongsi dan diambil pengajaran dari sejarah kedua-dua sang penakluk ini secara objektifnya.

Selain itu, lemahnya keadaan politik empayar Byzantium yang kian mengecil sempadan empayarnya dengan beberapa buah jajahan asal Byzantium dimerdekakan oleh para pembuka Islam telah membenarkan laluan mudah dan susah kepada Muhammad al-Fateh menawan Konstantinople.

Jumlah tentera Byzantium ketika berhadapan dengan Sultan Beyazid Usmaniah hampir 800,000 namun ketika Sultan Muhammad al-Fateh, jumlah mereka sudah kurang dari 50,000 orang tentera. Sama juga dengan keadaan Abbasiah ketika Hulagu semakin menghampirinya. Abbasiah yang dahulunya mencakupi seluruh tanah Arab termasuk Afrika, Yaman dan Habsyah, namun pada masa itu hanya Iraq dan Syam sahaja yang masih di bawah Khalifah Mu'tasim. Kawasan lain telah memerintah sendiri dan tidak mahu tunduk lagi pada Khalifah.

Persamaan the law of effects ini mengajar hakikat sunnatullah pada jatuh bangun sesebuah tamadun peradaban dan kuasa politik dunia. Ibarat kata Ibnu Khaldun, mereka yang belajar dari sunnatullah kejayaan orang terdahulu akan kekal di roda "di atas" manakala yang mengulangi kelemahan yang sama akan kembali berada di "bawah".

3. Jumlah tentera paling ramai di dunia pada zaman masing-masing

Jumlah tentera Hulagu Khan ketika membantai Baghdad adalah kira-kira 120 – 150 ribu tentera.

Jumlah tentera Muhammad al-Fateh ketika membuka Konstantinople adalah kira-kira 150 – 250 ribu tentera.

Tidak mustahil juga Al-Fateh meletakkan angka minima 150 ribu tentera kerana baginda turut mengkaji kehebatan bala tentera Hulagu Khan ketika menerajang Baghdad. Buktinya apa ? Keratan berikut menunjukkan Al-Fateh 'tenggelam' dalam mengkaji sejarah tokoh-tokoh Rome. Sudah pasti tokoh-tokoh penakluk yang lain turut diajar para ulamak kepadanya.

Al-Fateh 'tenggelam' dalam pengajian sejarah. Bukan sekadar tokoh-tokoh Islam, bahkan sejarah Kaisar Rome kesemuanya dikaji seperti Augustus, Constantine, Theodous, Alexander The Great dan mengambil aspek positif dari kehebatan azam dan impian mereka tanpa sebarang keraguan.

Rujukan kitab

4. Kejayaan sebuah percetakan generasi

Tampak jelas Michael H. Hart dalam buku 100 Tokoh Manusia Berpengaruh menjadikan umur panjang-pendek si penakluk dan saiz kecil-besar empayar yang ditawan serta tempoh lama-sekejap pengaruh dan percetakan generasi itu berkekalan sebagai kayuukur dalam rangking kajiannya sehingga menobatkan Muhammad bin Abdullah S.A.W di nombor satu (justifikasi Hart tentang Nabi Muhammad telah banyak saya tulis di blog rijal82).

Hart menyebutkan bahawa Genghiz Khan diletakkannya di atas dari tokoh-tokoh besar penakluk Rom tersebut kerana para penakluk Rom walaupun mereka genius di pentas taktikal perang, namun mereka gagal dalam mencetak generasi pelapis berbanding Genghiz yang masih mampu mencetak Hulagu dan pasukan adik-beradik beliau sang penakluk yang lain seperti Arik, Boke, Mongke dan Kublai Khan.

Demikianlah juga Muhammad al-Fateh. Baginda dididik dengan sangat rapi oleh ayahnya Sultan Murad dan para ulama Usmaniah. Ketatnya disiplin yang dilalui sejak kecil serta pendedahan pengalaman memerintah dan ke medan perang memungkinkan baginda menawan Konstantinople dan menyebar keadilan Islam di Eropah selama 30 tahun lamanya. Kemudiannya era kegemilangan Usmaniah tidak tamat di eranya sahaja, bahkan diteruskan ke era lebih gemilang iaitu era Sultan Sulaiman Al-Qanuni.


PERBEZAAN

1. Hulagu Khan menawan Baghdad dengan darah sejuta umat Islam dan vandalism total.

Wikipedia melaporkan :

“The Grand Library of Baghdad, containing countless precious historical documents and books on subjects ranging from medicine to astronomy, was destroyed. Survivors said that the waters of the Tigris ran black with ink from the enormous quantities of books flung into the river. Martin Sicker writes that close to 90,000 people may have died (Sicker 2000, p. 111). Other estimates go much higher. Wassaf claims the loss of life was several hundred thousand. Ian Frazier of The New Yorker says estimates of the death toll have ranged from 200,000 to a million."

“Yang paling nikmat dalam hidup adalah apabila dapat mengalahkan musuh, kemudian memancung leher mereka, merampas barang-barang berharga milik mereka, dan mendengar tangisan orang yang mencintai mereka”- kata-kata popular Genghiz Khan

2. Al-Fateh menawan Konstantinople dengan beberapa siri diplomasi yang dicabuli sendiri oleh Byzantium. Pendekatan konfrontasi dan tekanan ekonomi dengan taktik pengepungan yang lama terus tidak dipedulikan oleh pemerintah Byzantium ketika rakyat mereka sendiri menuntut perdamaian dengan al-Fateh. Peperangan yang berlaku pula adalah dalam skala kemusnahan yang minima dan sememangnya tidak dapat dielakkan lagi.

Edward Shepherd, tokoh pengkaji sejarah Byzantium dari London (abad ke-19) mengiktiraf fakta perikemanusiaan tentera Usmaniah yang cuba sedaya upaya mengelakkan kematian maksima di pihak tentera Byzantium, walaupun hakikatnya mereka mampu melakukannya. Namun demikian Edward mendakwa tentera Usmaniah melakukan sedemikian kononnya untuk menawan seramai mungkin tentera Byzantium bagi keuntungan memperdagangkan mereka di pasaran hamba.

Edward juga menegaskan Al-Fateh memasuki Konstantinople pada waktu Zuhur sebaik sahaja selesai penawanan di hari pertama, lantas beliau menafikan Al-Fateh memasuki Konstantinople pada hari ke-3 kononya - sebagai riwayat ramai penulis Barat yang membenci Al-Fateh - untuk memberikan kebebasan 'nafsu' kepada tenteranya meratah kekayaan Konstantinople.


Ahmad Rafiq, sejarawan Turki pula menulis bagaimana Al-Fateh menenangkan penduduk Kristian di Konstantinople yang ketakutan dan merayu keamanan dari beliau.

Al-Fateh telah memberikan penghormatan luar jangkaan penduduk Konstantinople apabila meminta Lucas, Wazir Maharaja Byzantium dengan mengarahkannya mengebumikan Maharaja mereka dengan cara terhormat dan mengikut adat gereja Kristian Byzantium.

Al-Fateh juga membuat pengumuman supaya para penduduk Kristian yang lari ketakutan meninggalkan Konstantinople dibenarkan pulang semula dalam tempoh dua bulan dan keselamatan mereka akan dijamin.

Pidato Al-Fateh di hadapan Lucas dan rakyat Konstantinople ketika pengebumian Maharaja Constantine : "Tidakkah kamu lihat kesan dari kebongkakan (pemerintah) kamu semua untuk menyerahkan Konstantinople secara aman tanpa pertumpahan darah."


Al-Fateh manjaga perasaan rakyat Kristian Konstantinople dengan tidak menukar istilah Aya Sofia dengan istilah Islam, sekadar meletakkan nama Masjid sebelum namanya. Juga pidato 'kemanusiaan' yang ditegaskan oleh Syekh al-Alim al-Mujahid Aq Syamsuddin.


Al-Fateh meletakkan tanah di kepalanya ketika sujud syukur selepas membuka Konstantinople.

Rujukan kitab fakta-fakta di atas.

Artikal ini bukan hasil karya ADMIN tanya-ustaz.blogspot.com . Ia hasil copy dan paste sahaja utk tujuan kebaikan dan celik asal usul diri manusia muslim .

Catatan terakhir Sultan Abdul Hamid II - Khalifah ke 99 yg dikhianati

ikincihamid1.jpg

SULTAN ABDUL HAMID II (Memerintah 1876-1909)

“Betulkah cikgu, Sultan Abdul Hamid ni jahat dan Ataturk ni baik?”, saya bertanya kepada guru mata pelajaran Sejarah semasa di Darjah 6.

“Kenapa?”, cikgu bertanya balik kepada saya.

“Saya tengok, muka Sultan ni baik. Muka Ataturk yang pelik sikit”, saya cuba mengungkapkan apa yang saya lihat di buku teks kami itu.

“Entahlah, cikgu mengajar apa yang ada di dalam buku”, cikgu saya mengalah. Dia tidak mahu saya memanjangkan persoalan itu. Ia kekal tidak berjawab sehinggalah hampir sedekad selepas itu, saya tiba di Turki.

Saya agak terkejut semasa melalui kawasan Pendik untuk ke rumah Adnan Bey. Sekumpulan lelaki pertengahan umur membaling batu ke poster yang terlekat di tembok jalan.

Ia adalah poster Sultan Abdul Hamid. Wajah yang saya saya lihat di buku teks dahulu. Kini wajah itu dibaling batu. Kenapa mereka bertindak begitu? Hati saya begitu tersentuh. Sultan Abdul Hamid dibenci oleh ramai orang sejak di zaman hidupnya, sampailah ke hari jasa dan baktinya mahu dikenang di dalam sebuah seminar yang diposterkan. Walhal, setiap kali saya membaca mengenai beliau, saya semakin sebak dan kecewa kepada suatu fitnah besar-besaran, bahawa Sultan Abdul Hamid itu digelar sebagai Sultan Merah, Pemerintah Kuku Besi dan pembazir wang negara untuk kelas piano anaknya, dan 1001 lagi tohmahan dunia kepadanya.

Mengapa engkau dibenci begitu sekali oleh manusia dunia ini?

Sesungguhnya perbuatan lelaki itu yang membaling batu kepada poster Sultan Abdul Hamid II, menghilangkan ceria saya ketika tiba di rumah Adnan Bey, guru sejarah saya di Turki.

“Hasrizal, Sultan Abdul Hamid telah membayar harga yang mahal untuk Islam dan Ummah. Saya yakin negara kamu juga ada kesan dakwah Sultan Abdul Hamid. Seruan Pan-Islamism baginda, tersebar ke seluruh ceruk rantau alam. Malaysia juga tidak terkecuali”, Adnan Bey cuba mententeramkan saya sambil menuang cay panas ke cawan.

Ya, memang dakwah Sultan Abdul Hamid sampai ke Tanah Melayu. Namanya disebut di dalam khutbah Jumaat. Datuk nenekku mendoakannya ketika Khilafah retak menanti belah. Baginda menghantar Muhammad Kamil Bey sebagai duta Pan-Islamism ke Kepulauan Melayu. Tetapi nasib Muhammad Kamil Bey tidak baik. Hayatnya tamat di tali gantung di Burma atas alasan mengadakan perancangan untuk mengancam kuasa Koloni British.

Bukan sahaja di Tanah Melayu, seruan Pan Islamism sampai ke Jepun. Maharaja Jepun, Mutsuhito Meiji (1867-1912) telah menghantar jemputan kepada Sultan Abdul Hamid agar mengutuskan mubaligh Islam ke Jepun.

“Kita berdua adalah maharaja empayar Timur. Adalah menjadi kemahuan dan keperluan masyarakat kita untuk saling mengenal dan berhubung baik. Aku melihat kuasa koloni Barat menghantar pendakwah-pendakwah mereka ke tanah airku, tetapi aku tidak bertemu dengan mubaligh agamamu, Islam. Hantarlah mereka ke tanah air ini agar pelajaran agamamu dapat membina hubungan moral antara engkau dan aku”, begitulah surat Mutsuhito kepada Sultan Abdul Hamid.

Seruannya melata dari Ghana hingga ke Korea, melangkau ke Jepun, di tangga istana maharaja. Demi perpaduan umat Islam sedunia, Sultan Abdul Hamid gigih menjalankan tanggungjawab baginda.

Saya minta izin untuk pulang awal. Saya mahu ke Beyazid, melawat makam Sultan Abdul Hamid. Adnan Bey melepaskan saya dengan senyuman.

“Jangan emosi sangat”, katanya sambil melambai kepada saya yang melangkah masuk ke dolmus.

Ketika di Uskudar, mata saya sayup memandang ke Istana Caragan di seberang Bosphorus.

“Baik aku ke Besiktas terlebih dahulu”, saya menukar plan.

Ketika kapal beransur lesu meninggalkan Uskudar, hati saya semakin resah. Kabus musim sejuk yang mengundang mendung di Selat Bosphorus menambahkan lagi perasaan sedih saya yang entah di mana hujung pangkalnya.

Tiba di Besiktas, saya mengambil bas untuk ke Istana Yildiz. Selalunya saya ke sana kerana mahu membaca buku. Tetapi kali ini saya bagai kebingungan terpukau untuk ke sana meredah sejuk tengah hari itu. Semata-mata kerana jiwa saya yang luka ketika melihat poster Sultan Abdul Hamid dibaling batu. Saya menapak laju ke Istana Yildiz, seperti mahu memberitahu kepada Sultan betapa jahil dan zalimnya rakyat baginda bertindak sedemikian rupa

.yildiz.jpg

Istana Yildiz

“Beritahu mereka Tuanku, bahawa mereka sudah tersilap. Penghinaan mereka kepadamu adalah suatu kesilapan yang besar”, saya terkumat kamit sendirian.

Akhirnya saya tiba di Masjid Hamidiye Yildiz. Ia terletak tidak jauh daripada pintu masuk istana.

“Ayahanda lihat, orang ramai sudah mula memuji kecantikan rupa parasmu. Mulai hari ini ayahanda mahu anakanda memakai hijab yang sempurna kerana anakanda sudah menjadi wanita dewasa”, saya bagai terngiang mendengar suara Sultan Abdul Hamid kepada anaknya Aishah semasa mereka melintas di hadapan Masjid Yildiz ini.

Saya tunduk.

Di hadapan masjid ini, terlalu banyak yang telah berlaku. Baginda Sultan Abdul Hamid pernah cuba dibunuh ketika bom diletakkan di kereta kuda baginda. Pengeboman itu berlaku sejurus selepas solat Jumaat. Allah masih mahu Sultan Abdul Hamid bertakhta memimpin umat.

Di hadapan istana ini, baginda sering mengerjakan solat dan keluar menyapa rakyat yang dekat di hati baginda. Di situ juga, baginda yang menunggang kereta kuda bersama anaknya Aishah, menitahkan agar anaknya bertudung sempurna kerana usik-usik mereka di jalanan adalah petanda kedewasaan puteri baginda Aishah Osmanoglu.

Saya mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid di tengah-tengah dewan. Masjid sepi. Hanya ada beberapa orang tua yang bongkok menatap mushaf usang di tingkap masjid mencari sedikit cahaya.

“Ya Allah, apakah yang telah berlaku kepada umat ini?”, saya menadah tangan memohon jawapan dari Allah.

Dari pintu masjid, saya merenung sayup-sayup istana kayu Yildiz. Ia adalah kediaman baginda Sultan Abdul Hamid, selepas berpindah meninggalkan kemewahan kaum keluarganya yang sebelum ini bermastautin di Istana Dolmabahce. Engkau benar-benar pemimpin yang terpuji…

“Sesungguhnya aku tahu, bahawa nasibku semakin terancam. Aku boleh lari ke Eropah untuk menyelamatkan diri. Tetapi untuk apa? Aku adalah khalifah yang bertanggungjawab ke atas umat ini. Tempatku adalah di sini. Di Istanbul”, saya membaca kembali diari Sultan Abdul Hamid yang tergenggam di tangan.

diariabdulhamid.jpg

Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah.

Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.

“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.

Tiada simpati di wajah mereka.

“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.

Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.

“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.

titah.gif

“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.

“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.

“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.

Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.

“Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya.

Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.

“Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.

“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.

Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.

Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.

“Allahu Akbar, Allahu Akbar!”, azan berkumandang di puncak menara Masjid Hamidiye di Istana Yildiz itu.

Saya tersentak dari lamunan. Lengan baju saya basah mengusap air mata yang semacam tidak mahu berhenti. Pahit sungguh kenangan peristiwa malam itu.

Diari Sultan Abdul Hamid yang diterjemahkan oleh ahli sejarah Mesir yang saya anggap sebagai guru, Dr. Muhammad Abdul Hamid Harb, dikepit di bawah lengan. Saya melangkah lesu ke saf di depan masjid. Dua rakaat Rawatib saya dirikan dengan penuh lemah, menahan kesedihan dan kekecewaan yang sukar saya ungkapkan dengan bicara.

Angin lesu bertiup bersama gerimis salji di petang itu. Pohon-pohon yang tinggal rangka, semacam turut sedih mengiringi perjalanan saya menjejak tragedi penggulingan Sultan Abdul Hamid. Saya berjalan menuju ke Barbaros Bulvari untuk mengambil bas ke Eminonu.

Di Eminonu, saya berdiri sendirian memandang lepas ke Galata di seberang teluk. Bukit itu pernah menyaksikan kegemilangan Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya yang telah menarik 70 kapal menyeberang bukit dalam tempoh satu malam. Semuanya gara-gara teluk di hadapan saya ini, yang telah dirantai pintu masuknya oleh Maharaja Constantinople. Sejarah itu sejarah gemilang. Ia mengundang bangga dan syukur.

Tetapi bukan itu yang mahu saya kenangkan.

sirkeci.jpg

Stesyen Keretapi Sirkeci

Saya melangkah menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci, tempat Sultan Abdul Hamid beserta sekalian isteri dan anaknya dihantar pergi meninggalkan bumi Khilafah, ke istana buruk milik Yahudi di Salonika, pembuangan negara sebelum seluruh khilafah dimusnahkan di tangan musuh Allah; si Yahudi dan konco-konco Ittihad ve Terakki.

Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.

“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan”, kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.

Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.

“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.

Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.

Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.

“Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.

Saya seperti terpaku melambai baginda pergi.

Saya tinggalkan Sirkeci dan melangkah membawa diri ke stesyen tram. Saya mahu ke Beyazid.

Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.

Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.

“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.

Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa.

Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.

“Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor sudah hilang upaya.

Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.

Selepas turun di Beyazid, akhirnya saya tiba di hadapan makam Sultan Abdul Hamid

“Akhirnya di sini tubuhmu bersemadi. Maafkan saya Tuanku kerana tidak segagahmu untuk mempertahankan Ummah ini”, saya berdiri sepi di dinding makam.

Akhirnya, petang itu saya coretkan kenangan melalui sebuah nasyid yang saya cipta di sisi makam Sultan Abdul Hamid:


You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Sebuah taman bernama Daulah
Retak seribu oleh kesombongan bangsa
Seorang khalifah yang gigih memerintah
Mengekang rekah dari terbelah
Bagai terdengar bisikan di pusaramu
“Ya Muslimi al-Aalam, Ittahidu!”
(Wahai Muslimin sekalian alam, bersatulah kamu)

Di sisi persemadianmu
Kuterkenang semalam
Hari-hari indah bahagia
Islam pernah gemilang

Tiada penderitaan
Keimanan pun dirasa
Islam yang gagah bertakhta
Rahmat alam semesta

Langit tidak akan cerah selamanya
Mendung datang bersama gerimis kedukaan
Rebahlah ummah bersama catatan sejarah yang hitam
Kekallah dunia dalam hina selamanya

Bumi Turki menyaksikan pengkhiatan agama
Mahkota negara jatuh gugur berkecai tidak tersisa
Lemaslah ummah dalam pelukan kemajuan yang berdusta
Islam dan al-Quran diperhina terpenjara

Seorang iblis yang durjana
Bertopengkan manusia
Membutakan mata rakyatnya
Dengan janji dunia

Bagai tak punya agama
Hidup membina harta
‘Islam Baru’ yang dicipta
Jauh dari Tuhannya

Manusia yang mulia di bumi yang bahagia
Kau hancurkan sejarah warisan perjuangan mereka
Namun lupakah engkau Islam itu di tangan Tuhannya
Langit tidak akan mendung selamanya

Bumi Turki menyaksikan kebangkitan kali kedua
Menjejaki perjalanan hari-hari semalam yang dilupa
Bersemadilah kau dalam kemurkaan Tuhan yang Esa
Islam akan dikembalikan ke takhtanya

Lagu / Lirik / Nyanyian: Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus
Album: Dunia Ini (1996)

“Aku yakin yang ahli sejarah akan membelaku. Seandainya ahli sejarah Turki tidak melakukannya sekali pun, aku pasti akan ada ahli sejarah luar yang akan menegakkan keadilan buatku”, Sultan Abdul Hamid menulis suara hatinya ketika di pembuangan di Salonika, Greece.

“Hamba di sini Tuanku”, saya menadah tangan memohon taufik dari-Nya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
15 Oktober 2006 / 22 Ramadhan 142

Jati diri anda telah ditemui ...ambillah cepat


Gambar di bawah menjelaskan bahawa walaupun berserban besar dan berjubah mereka "MUSLIM" maju dalam pelbagai Ilmu dan praktiknya sekali . Sekarang orang yg sebegini rupa kita gelarkannya yg paling dahsyat sekali dengan gelaran suatu ajaran sesat ( tidak semua ) dan ketinggalan zaman . dan manusia yg berkot dan bertali leher adalah manusia yg moden dan menepati cita rasa zaman dan maju .

Mereka kita bezakan sebagai 2 kelompok yg berbeza . Padahal ia sebenarnya satu . Dasar pecah dan perintah bukan setakat persepadanan sesuatu negara sahaja tetapi otak kita juga ..perhatikanlah akar tunjang fahaman itu dalam diri kita . Sukar kita hendak mencabutnya !

Benih -benih Dajjal ada di dalam jiwa kita ...sesungguhnya Kamal Atatruk yg kita patut puji akan hal ini ...Bagaimana kita hendak melepaskannya ?



Manuskrip Islam tertua di kepulauan Nusantara ditemukan di Terengganu, Malaysia. Manuskrip ini bernama Batu Bersurat yang dibuat tahun 1303 (abad 14). Tulisan ini menyatakan tentang penyebaran dan para pemeluk Islam pada zaman itu. Manuskrip ini sudah diteliti oleh oleh ahli-ahli Sejarah dan Arkeologi Islam di Malaysia seperti Prof Naquib Alatas.. semua menyimpulkan manuskrip ini sebagai yang tertua di Asia Tenggara.Dan manuskrip yang kedua tertua pada tahun 1310, ditemukan syair tentang keislaman yang ditulis dalam bahasa Melayu dengan huruf Jawi di Minya Tujoh, Aceh.

Manuskrip-manuskrip itu berada di mana?


Sebahagian besar berada di Belanda, tepatnya di Universiti Leiden. Pada masa VOC dan penjajahan Belanda, mereka melakukan pengumpulan, kemudian melakukan pencurian dan penjajahan terhadap manuskrip-manuskrip Islam klasik untuk kepentingan mereka. Di antaranya, untuk memudahkan misi penjajahan dan menghilangkan jejak peradaban Islam dari sumbernya aslinya di Timur Tengah. Dengan dirampasnya karya-karya para ulama, umat Islam di Nusantara menjadi kehilangan sumber dalaman perkembangan Islam. Inilah yang menyebabkan penjajahan berlangsung hingga ratusan tahun.
Sejak itu jati diri mulai kendur dan hilang dari jiwa orang Islam berbangsa Melayu .

Perbandingan manuskrip Islam yang ada di Indonesia dan Belanda?


Manuskrip dengan huruf Jawi dan bahasa Melayu yang ada di Perpustakaan Nasional Jakarta ada dalam 1,000 naskah. Sementara di Belanda, manuskrip Islam asal Indonesia yang ditulis dengan bahasa Jawi mencapai lebih dari 5,000 naskah. Belum lagi manuskrip yang ditulis dengan huruf Pegon atau huruf Arab dan bahasa Arab, jumlahnya agak banyak. Pihak Belanda melakukan pengumpulan kemudian diangkut ke Belanda dari seluruh daerah di kepulauan Indonesia. para pengkaji nusantara ke Leiden pada tahun 2006 dan melihat karya asli Sunan Bonang, ar Raniri, Hikayat Aceh, Hikayat Melayu, Babat Tanah Jawi dan lainnya. Di Indonesia hanya ada salinannya saja.
Adakah mereka berhak mengambilnya dari kita dan kita di tinggalkan yg bukan asli ? . Adakah kita di halang mengambil hak kita yg dicuri oleh mereka ?

Manuskrip Islam yang ada di Belanda tidak boleh diambil kembali?


Untuk mendapat kembali secara fizikal sekarang ini dikatakan sangat sukar.. kerana berkait dengan bentuk fizik naskah2 tersebut yang sudah berumur ratusan tahun sehingga banyak bahagian yg rosak teruk jika disentuh. Memang sudah ada akta antarabangsa menyatakan tentang benda-benda hakmilik budaya termasuk manuskrip dari sesebuah negara harus dikembalikan pada negara yg terlibat. Caranya dengan melakukan perundingan bilateral antara negara yg berkaitan.


Contoh manuskrip yang sudah dipulangkan secara fizik ke Indonesia adalah Kitab Negara Kertagama. Kitab ini diambil Belanda semasa perang Lombok. Malah, pelana kuda pahlawan Diponegoro juga sudah dikembalikan oleh Belanda, termasuk satu peti cincin dan emas berlian dari Lombok. Sekiranya proses pengembalian secara fizik khazanah ini telah rosak, pemerintah boleh melakukan proses dokumentasi dengan microfilm secara digital.


Apa sebenarnya fungsi manuskrip Islam ini?


Pertama, naskah-naskah ini mengandung informasi yang sangat lengkap tentang peradaban Islam dalam ertikata yg sangat lengkap, sehingga bermanfaat untuk menjaga kesinambungan peradaban Islam.
Di situlah jati diri yg telah hilang ,mengkajinya bermakna mencari penemuan diri yg sebenar sebagai hamba Allah s.w.t

Kedua, berisi kajian keagamaan yang bersumber dari karya para sahabat di masa Rasul, sehingga bermanfaat untuk menjaga dan mengembangkan sinambungan ajaran Islam di masa akan datang.
Maka tali yg diputuskan oleh Kamal Ataturk dapat disambung semula .

Ketiga, berisi tentang seluk beluk pemerintahan pada saat itu, hingga bermanfaat untuk mengkaji model pemerintahan yang tepat menurut Islam.
Kalau kita yakin kita boleh mengantikan sistem demokrasi yg kita gunakan sekarang dengan sistem yg terbaik di sepanjang zaman . Adakah anda kurang yakin dengan sistem Khilafah ?

Keempat, berisi struktur sosial masyarakat dan model perekonomian yang berlaku waktu itu, sehingga bermanfaat untuk mengkaji model pembangunan ekonomi yang tepat pada masa kini.


Kelima, berisi adat kebiasaan, hukum dan teknologi yang berkembang waktu itu.
perkara ini akan membuka celik siapa sebenarnya yg dikatakan muslim ...kita sudah tidak tahu apa itu diri yg dikenali sebagai muslim . Ketika era kegemilangan Islam .Apabila seorang Islam itu berjalan di pasar-pasar ,mansia non muslim akan berbisik-bisik sesama mereka ..LIHATLAH ITU ORANG ISLAM ! ..EH ITU ORANG ISLAM ..maka selepas itu mereka akan memuji -muji orang Islam . Adakah perkara itu berlaku sekarang ? . Mereka kagum akan MUSLIM seperti kita kagum dengan Orang putih pada zaman sekarang .

Keenam, berisi tentang ubat-ubatan yang digunakan waktu itu dan zaman yang terdahulu...iaitu dikembangkan model pengubatan tradisional yang bersumber dari ajaran Islam atau tradisi pada masa Rasulullah.

Maka Wahai manusia berlarilah ke arah itu sekarang ... jangan tunggu -tunggu lagi ..jadilah perintis dan pemula era Empayar Islam yg ke 2 . Selamat datang ke zaman awal akhir zaman ..anda sudah hampir di pintu gerbangnya .


Anda dah cipta kapal selam sendiri utk keluarga di tepi rumah ? ...

Kapal selam buatan sendiri ciptaan Tao Xiangli, 34 tahun, siap sepenuhnya pada 3 September, 2009. Beliau membuat kapal selam ini dari tong-tong minyak lama dan alat-alat yang di beli di kedai barang terpakai. Dia mengambil masa selama 2
tahun mereka cipta dan menguji kapal selam yang berharga 30,000 yuan ($4,385) ini.

Satu daya rekaan yg tinggi dan menjimatkan oleh seorang rakyat biasa. Dulu orang Islam perangainya seperti ini . Hatinya sentiasa bermuhasabah ...mindanya sentiasa berfikir ..segala pekerjaannya utk maju dan memakmurkan bumi ...sekarang , kita sudah hilang hobi yg baik itu ..zaman itu sudah terputus dengan zaman kini .Amat sukar hendak menyambungkannya dan selalunya mengadapi jalan buntu .Jiwa kita lemah dan rasa kurang yakin pada diri sendiri ..satu perasaan yg berakar umbi sejak beberapa keturunan dan akan mewarisi ke zuriat yg seterusnya ...




Minda kita beku dan tidak berfungsi .. Hidup kita di alam fantasi yg realiti , cthnya kita bersungguh -sungguh menceritakan "satu segman drama bersiri cinta dan anugerah "" Pak Reza dengan Aira tentang bagaimana status hubungan mereka berdua kepada rakan kita sehingga bergaduh -gaduh sekiranya salah faham jalan cerita dan makna tersurat "

.




Tidak malukah kita bercerita kisah -kisah rekaan pengarah di layar kaca dan membuang masa dengan sia- sia dengan manusia cina yg kreatif ini? . Minda yg tidak pernah digunakan utk berfikir perkara-perkara yg sepatutnya ,Hidup kita tenggelam dengan khayalan ,apabila sedar kita akan makan dan minum selepas itu kita rasa letih dan kita masuk tidur ... kemudian bangun kembali cari duit tanpa niat yg betul

.Adakah kita ini spesis MANANIMAL di muka bumi Allah ini . Makan ,minum ,tidur dan cari duit ..tiap-tiap hari sehingga pencen . Ah masa tua nanti barulah pulun dan beribadah ...kalau tidak dibiasakan beribadah ketika muda mana nak jadinya beribadah ketika sudah pencen ...kalau tak percaya perhatikan manusia di sekeliling kita ( tidak semua )




Berusahalah wahai manusia ...saya pun baru cuba-cuba mencairkan otak saya yg beku ini ...sama-samalah kita berdoa ...kita serupa ..

Anda dah simpan bekalan makanan dan gali kubu bawah tanah ?Mereka sudah ..

Tahukah anda kubu apakah yg ada pada gambar di bawah ? Ia di namakan sebagai Doomsday Vault atau yang sering di sebut dengan kubah kiamat merupakan kubah yang diciptakan untuk menyimpan biji-bijian untuk mencegah kelaparan yang melanda manusia apabila terjadi bencana besar pada tahun 2012 M nanti .

Bak kata pepatah masakan pokok bergoyang kalau tidak ada angin yg bertiup ... Orang Barat nampaknya lebih proaktif dan siapsiaga dalam segala hal . Wujudnya bangunan ini menambahkan banyak persoalan di minda kita ? .. Apakah benar-benar bencana besar itu akan terjadi ? kalau tidak mengapa mereka sanggup berbelanja besar dan bersusah payah melakukan perkara itu ? .

Mereka lebih mengambil iktibar dari sirah nabawi berbanding kita orang Islam ..mereka lebih beriman dan beramal soleh berbanding dengan kita cuma mereka tidak melafadzkan syahadah . Mereka bersusah payah utk menjaga alam dan memakmurkan iaitu tugas khalifah yg kita memang abaikan !.



Sebuah bangunan sangat kuat yang dibangun di Kutub Utara untuk menyimpan biji-bijian dari seluruh dunia secra resmi telah berfungsi . Kemudahan itu yang disebut sebagai Kubah Kiamat (Doomsday Vault) ini dibuat di dalam sebuah gunung beku di Kepulauan Svalbard, Norwegia, 1100 kilometer dari kutub utara.



Kubah ini akan berfungsi untuk menyimpan biji-bijian dari seluruh dunia guna melindungi plasma nutfah. Harapannya, jika terjadi bencana besar yang melanda dunia, biji-bijian yang disimpan di kubah itu akan bisa menjadi sumber penyelamat manusia sebelum terjadi kelaparan. Gambar di atas ialah gambar pintu masuk kubah yg penuh diliputi ais beku .


Karena fungsi sebagai penyelamat manusia, maka kubah itu diberi nama Kubah Kiamat (Doomsday Vault). Kubah tersebut terletak di dalam sebuah gunung beku di Kepulauan Svalbard, Norwegia, 1100 kilometer dari Kutub Utara.


Gambar di atas pula ialah sample -sample biji benih yg telh disimpan di dalam sebuah bekas .Dalam pernyataannya, Perdana Menteri Norwegia Jens Stoltenberg menyebut bahwa Svalbard Global Seed Vault merupakan kebijakan penyelamatan kami. “Ini adalah ‘Bahtera Nuh’ untuk melindungi keragaman biologi generasi masa depan,” ujar Jens Stoltenberg dalam upacara perasmian kubah itu.


Acara perasmian tersebut juga dihadiri oleh Presiden Komisi Eropa, Jose Manual Barroso, dan penerima Nobel Perdamaian 2004, Wangari Maathai, dari Kenya.


Setelah dirasmikan, kubah yang berada di dalam perut gunung sedalam 127,5 meter ini akan menyimpan segala biji benih tumbuh-tumbuhan dari seluruh dunia. Ruangan di dalamnya dapat memuat 4 hingga 5 juta sampel benih.


Kubah yang pembangunannya memakan biaya US$9,1 juta-hasil kerja sama Global Crop Diversity Trust, lembaga yang ditaja oleh badan PBB untuk FAO (Food and Agriculture Organization) dan Biodiversity Internasional yang berpengkalan di Roma, Itali .Kubah ini diharapkan benar-benar menjadi jalan penyelesaian masa depan demi kelangsungan kehidupan manusia.


http://tonywijaya.blog.


Jangan cuba-cuba jadi Imam Mahdi ...




Tahukan anda pada tahun 1979 muncul seorang lelaki Arab yang mengaku dirinya Imam Mahdi. Lelaki ini bernama
Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani. Dengan bantuan adik iparnya Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi dan 500 penyokong kuat ,mereka menyerang Masjidil Haram dan mengambil ratusan jemaah haji sebagai tebusan. Ini ialah insiden berdarah melibatkan militan islam pertama dalam sejarah kota Mekah.

hahha

Gambar Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi

KENAPA?

Persoalan pertama yang pasti berlegar dalam minda kamu ialah kenapa kumpulan militan ini menyerang Masjidil Haram? 20 November 1979 ialah hari yang cukup bersejarah pada kota mekah. Tidak pernah dalam sejarah islam masjidil haram dijadikan medan pertempuran bersenjata.

Pada hari tersebut .

Juhaiman ialah seorang pengikut fanatik fahaman wahhabi. Masa tu dia percaya yang kesemua ketua kerajaan islam didunia adalah korup dan proksi kepada kuasa barat terutanya Amerika. Bersenjatakan fahaman keras Wahhabi beliau percaya keluarga diraja Al Saud harus disingkirkan. Mengikut Juhaiman didalam islam tidak ada provisyen untuk kewujudan kuasa Sultan atau Raja-Raja. Dengan kata lain bagi beliau sistem kesultanan ialah mengarut. Bila difikirkan ada betulnya pendapat dia.

Zaman nabi dulu mana ada Sultan. Nabi sendiri hanya rakyat biasa yang menjadi ketua sebuah negara. Selain daripada itu Juhaiman mahukan islam kembali ke arah lebih “keras” dan “original”. Dalam bahasa mat sallehnya dia mahukan islam Wahhabi yang puritanical dilaksanakan di si seluruh dunia. PAda zaman tu kita belum diperkenalkan dengan perkataan "fundamentalist". Tapi by all account Juhaiman is the first ever armed fundamentalist in modern Islamic history.


SERANGAN AWAL PAGI

Pada 20 November 1979 Juhaiman executed his plan. Hari ini dipilih kerana ianya jatuh pada hari pertama 1400 Hijrah. Ada sesetengah pihak yang percaya pada ramalan yang Imam Mahdi akan muncul pada hari itu. Selepas habis solat subuh Juhaiman dan konco-konconya menyerang Masjidil Haram. Sebelum serangan dibuat beliau menyebunyikan senjata dan bekalan makanan didalam bilik-bilik bawah tanah Masjidil Haram. Senjata untuk serangan keatas Masjidil Haram dicuri dari depot senjata Natioanal Guard negara Saudi. Untuk mencuri dan menyeludup senjata adalah perkara mudah bagi Juhaiman kerana beliau pernah bertugas didalam National Guard selama 18 tahun. National Guard adalah tentera peribadi keluarga diraja bagi mengimbangi kuasa Pasukan Pertahanan Arab Saudi.

Serangan keatas Masjidil Haram menggemparkan dunia Islam kerana pada waktu itu musim haji baru sahaja tamat. Setelah orang-orang Juhaiman berjaya mengunci semua pintu keluar masuk masjid, beliau mengambil jemaah haji yang terperangkan sebagai tebusan. Juhaiman kemudian mengambil alih sistem pembesar suara masjid dan mengumumkan Imam Mahdi akhirnya telah muncul di Mekkah. Selain daripada itu beliau mahukan export minyak ke Amerika dihentikan dan pengusiran semua penasihat ketenteraan bukan Islam dari tanah Arab.

hahha

Masjidil Haram Meletup


KEPUNGAN BERMULA

Pada awalnya pihak National Guard dan Tentera Arab Saudi cuba merempuh masuk perkarangan Masjidil Haram. Kereta kebal cuba merempuh pintu masuk utama tetapi gagal kerana kekukuhan pintu yang digunakan. Tentera dibawah arahan Juhaiman juga diletakkan di atas menara masjid lengkap dengan sniper. Akibatnya pihak Saudi berhenti dari cuba masuk.

Disamping itu ada permasalah besar tentang penggunaan senjata api didalam perkarangan Masjidil Haram. Pihak Ulama' Saudi pada awalnya menghalang pengguanaan senjata kerana ia bakal mencemarkan kesucian Kaabah. Tetapi atas desakan kerajaan, akhirnya Ulama' Saudi mengeluarkan fatwa membenarkannya.

Setelah usaha awal mereka gagal kerajaan Saudi terpaksa meminta bantuan pasukan anti keganasan GIGN dari Peranchis. Tiga orang anggota GIGN secara rahsia memeluk islam bagi membolehkan mereka menjejakkan kaki ke dalam tanah haram Mekah. Walaupun mereka “masuk islam” kehadiran anggota komando Peranchis ini dirahsiakan pihak Saudi bagi menutup malu kegagalan mereka menamatkan pengepungan.

hahha

3 orang ahli GIGN yang "masuk islam"

PEMBEBASAN TEBUSAN

Antara rancangan awal GIGN ialah membanjiri bilik bawah tanah Masjidil Haram yang digunakan sebagai tempat penahanan tebusan dan persembunyian pengikut Juhaiman. Selepas bilik-bilik ini dibanjiri mereka akan menjatuhkan kabel bervoltan tinggi kedalamnya! Rancangan ini ditolak kerana boleh membawa kepada kematian ramai tebusan. Akhirnya mereka mengambil kata putus untuk menebuk lubang pada lantai masjid dan menjatuhkan bom tangan terus ke bilik-bilik bawah tanah tersebut.

hahha

Kesan selepas pembebasan

Pada 4 Desember 1979 selepas dua minggu, insiden pengepungan Masjidil Haram berjaya ditamatkan. Mengikut pihak berkuasa hanya 127 orang terbunuh dan 451 tercedera. Ini termasuk tebusan, ahli pasukan pertahanan dan pengikut Juhaiman. Namun ada yang percaya angka sebenar kematian ialah 255 orang dan 560 orang lagi tercedera. Setelah menyerah diri Juhaiman , Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani dan pengikut-pengikut lelaki yang masih hidup dijatuhkan hukuman pancung sehingga mati.

hahha

"Imam Mahdi" selepas dipancung


KESAN JANGKA PANJANG

Ketika serangan dilakukan Masjidil Haram sedang dalam proses ubah suai. Kerja pengubahsuian dilakukan oleh
Syarikat Pembinaan Bin ladin. Yep. Ianya syarikat kepunyaan bapa Osama Ben Laden! Ramai umat Islam emosi dengan apa yang berlaku di masjidil haram. Keengganan pihak Saudi memenuhi permintaan Juhaiman dan seterusnya menghalalkan pembunuhan serta penggunaan senjata di perkarangan masjid dipandang sebagai keputusan menyebelahi Amerika. Akibatnya kedutaan Amerika di Pakistan dan Libya dibakar oleh penunjuk perasaan. Demonstrasi juga diadakan di Filipina, Turki, UAE , Bangladesh dan India bagi membantah tindakan Raja Faisal. Bagi kebanyakan orang Islam tindakan keluarga Al Saud membuktikan yang mereka hanyalah boneka Amerika.


http://obefiend.blogspot.com


Hikmah puasa - Anda sudah tempah baju raya ?



Anda sudah tempah / beli baju raya ? . Apa pula juadah berbuka nanti ye ? ala tak kan ayam goreng saja mak! Sayur pun sayur kangkung pulak tu !...Masak /belilah yg sedap-sedap sikit .

Kita puasa sehari tau ... bila buka ini jer?...ah tak nak makanlah ...


Di antara tempat -tempat Bani Ishak yg akan membuka KOTA ISTANBOL kali ke 2

Dua gambar di atas ialah gambar Stadium Wembley yang terkenal dengan seni binanya yang unik

Kalau satu ketika dahulu tv sering menyiarkan perlawanan bola sepak England dan jika tidak silap tajuknya ialah The Road To Wembley. Hari ini kami menjejakinya. Kami singgah di masjidnya. sila klik atau lihat sahaja peta di bawah ( peta masjid tersebut. )




Ada keunikan tersendiri rupanya.

Batu asas bekas gereja ini bertarikh 4 Jun 1904. Lebih kurang 106 tahun usianya dan kini ia telah bertukar kepada Rumah Allah SWT di mana manusia mengesakanNya.


Seni bina yang dikekalkan walaupun fungsinya sudah bertukar.


InBahagian wanita dan saya bergambar kenang-kenangan di hadapan masjid

Dekorasi bahagian dalam masjid

Jam Champion jika orang dulu-dulu begitu suka kepada jam kunci ini. Ruangan hadapan altar gereja dahulu yang sudah bertukar rupa.
Seni bina dekorasi Rom masih dikekalkan dan masjid memerlukan dana untuk membesarkan tempat solat dan lain-lain demi memenuhi keperluan umat Islam di Wembley.

Sumber -http://takmirpenang.blogspot.com


Related Posts with Thumbnails