tag:blogger.com,1999:blog-9055219697642658882024-02-20T09:25:40.137-08:00Tanya UstazAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/12284733106518208495noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-905521969764265888.post-34751587462827247732013-05-07T15:24:00.001-07:002013-07-05T04:16:24.549-07:00Tanyalah UstazTanyalah Ustaz jika anda tidak mengetahui sesuatu hal yang masih menjadi tanda tanya apakah salah apakah benar. Dan sampaikan juga sesuatu hal yang anda ketahui kepada orang lain yang orang tersebut tidak mengetahuinya. Semoga hal itu bisa menjadi manfaat bagi kita semua...Amin...!!Unknownnoreply@blogger.com54tag:blogger.com,1999:blog-905521969764265888.post-38622592286262279682009-05-05T15:26:00.000-07:002013-05-07T15:28:49.487-07:00Hujung Dunia5 tahun.

Jangka masa yang cukup membosankan bagi sesetengah orang,namun itulah yang saya tempuhi di tempat yang bernama 'Hujung Dunia' itu.Itulah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam(SBPISB).

Terkenal Kejauhannya
Walaupun
berstatus S.B.P,namun sekolah ini tidaklah segah mahupun terkenal
seantero negeri dan negara.Cuma satu,terkenal dengan jaraknya yang jauh
dari pekan apatah lagi ibu kota Kuala Lumpur.Bukanlah aspek fizikalnya
yang hendak ditonjolkan.Cuma masih terkesan dengan sentuhan
guru-gurunya,apatah lagi pengalaman yang ditimba di sana.

Ilmu,Iman,Istiqamah

Ungkapan
inilah yang diangkat menjadi moto sekolah oleh Puan Hajah Nahyah Bt.
Atok, pengetua pertama SBPISB. Sekali imbas bunyinya seperti moto
sekolah-sekolah yang biasa, namun 5 tahun di sana mengajar saya betapa
besarnya erti moto tersebut.

Apa yang paling mengesankan ialah
sentuhan para ustaz ustazah di sana,begitu rapat dengan para
pelajar,baik yang bergelar mahupun sekadar memberi tazkirah di surau
As-Syakirin.Sebut sahaja,ustaz Ahmadi Penolong Kanan H.E.M paling
berdedikasi,ustaz Amir ustaz prihatin,ustaz Anuar penasihat Badan Dakwah
sekolah(BADAR),dan para ustaz serta ustazah yang tak jemu-jemu menerap
dan memelihara nilai-nilai Islam dalam jiwa pelajar.(maaflah ustaz ustazah, boleh sahaja penuh entri ini dengan namamu beserta jasamu yang tak terhitung itu ^_^)

Erti Sebuah Jawatan

Setahun
demi setahun,tibalah saatnya penulis jua ditaklif memegang kepimpinan
pelajar.Namun saya tidak pernah menyangka bakal menggalas amanah itu.

Layakkah aku memimpin BADAR?

Rupanya
ada buah-buah hikmah di balik amanah itu.Jawatan mengajar saya
susah-payah para guru,khasnya warden yang dikepalai Ustaz Ahmadi
membentuk sahsiah pelajar,apatah lagi menyediakan suasana yang terbaik
buat para pelajar.

Jawatan yang mengajar saya pelbagai ragam dan kerenah rakan-rakan yang perlu difahami.

Jawatan jua mengajar saya kekurangan skil empunya diri.

Jangan
salah sangka,saya bukan menulis skrip-skrip indah hidup di bumi
SBPISB,jauh sekali mahu mendabik dada atas jawatan yang pernah disandang
di zaman sekolah.Memang diakui pihak sekolah menerusi Badan Dakwah dan
Rohani(BADAR) senantiasa proaktif menghidupkan aktiviti kerohanian,
misalnya sesi tazkirah mingguan,bacaan Ma'turat dan Surah Al-Mulk secara
harian.Namun,masih jua wujud masalah-masalah disiplin dalam kalangan
pelajar.

Hmm...coretan kali,biarpun berbaur peribadi,bukan
diminta jadi kenangan,bahkan dikongsi buat pengajaran.Tangan-tangan
kecil ini rindu mencoret pengalaman...

Inilah lagu rindu saya

Corat-coret:Jazakallahu khairul jaza' kepada akhi Hilal Asyraf yang menyuntik kembali kenangan itu.Nantikan sambungannya yang bakal berkait dengan ceritera sebuah novel..Unknownnoreply@blogger.com4