email
twitter
facebook

TELUR pun ada yg palsu


Saya petik: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran. Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.


SEORANG pegawai CAP, N.V. Subbarow menunjukkan telur tiruan (kiri) yang lebih besar berbanding telur sebenar di George Town semalam. Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa.


Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur. Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.


Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama.


Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar. Cara mengenal telur tiruan: •Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur. •Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara. •Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar. •Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal. •


Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah. •Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan. •Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama. •Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh. Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia.


Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini. Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam. SM Mohamed Idris, Presiden CAP.


Artikal ini di ambil dari blog duniacacmerba -


Jumaat yg terakhir - Thunami di jepun



setelah mengalami gempa 8.9 selepas itu thunami pun melanda ....agaknya esok lusa jepun tenggelam kot ..apa pendapat anda

BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK




25 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya

mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena..

Oleh : PieLan


NIBIRU



Tengok filem pula ...

Mahir zain lagi



Assalamualaikum

lama tak jumpa ....nah dengar lagu dulu .ye .....

Masjid timbul sendiri ? - Mencari kebenaran



Nampaknya hampir terlerai persoalan ini ... banagunan ini dikatakan pasenteran dan dibangunkan oleh jamaah dengan kudrat ,iradat mereka ... nanti esok jika ada info lagi admin akan menjelaskanya

Jom jadi manusia ..bebaskan diri drp ifrit


Cara mengeluarkan jin ifrit dari jasad manusia

2-Bertasbih dan solat tasbih

Selain dirotan jin ifrit yg mendiami jasad manusia insyallah boleh dikeluarkan dengan bertasbih sebanyak 3000 siang dan 3000 malam .lafadz tasbih itu berbunyi ..

" SUBHANALLAH WAL HAMDULILLAH WALLA ILAHA ILLA ALLAH WALLAHU AKBAR WALA HAULA WALA QUATA ILLA BILLAH HIL ALILIL AZIM "

Bacalah tasbih ini di dalam hati samada ketika duduk , berjalan dan melakukan aktiviti -aktiviti lain asalkan tumpuan bacaannya itu ditujukan ke dalam jantung .Sekiranya bacaan itu tidak dituju ke dalam jantung maka amalan itu tidak berkesan utk mengeluarkan ifrit .

Selain drp itu solatlah tasbih setiap malam sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam . Kaifiat solat tasbih adalah seperti berikut ...
  1. Niat solat tasbih

  2. membaca tasbih 15 kali / sekiranya tidak membaca tasbih di bahagian ini maka bacaan tasbih boleh di bawa ke bahagian seterusnya iaitu selepas membaca surah fatehah dan surah-surah sunat sebanyak 15 kali .

  3. membaca al fatehah dan surah

  4. membaca tasbih 10 kali

  5. rukuk serta membaca bacaan rukuk

  6. membaca tasbih 10 kali

  7. i'tidal serta membaca bacaannya

  8. membaca tasbih 10 kali

  9. sujud serta membaca bacaannya

  10. membaca tasbih 10 kali

  11. duduk antara 2 sujud serta membaca bacaannya

  12. membaca tasbih 10 kali

  13. sujud serta membaca bacaannya

  14. membaca tasbih 10 kali
  15. Duduk sebelum berdiri tegak dan membaca tasbih 10 kali sekiranya sebelum membaca al fatehah tidak dibacakan tasbih sebanyak 15 kali

  16. berdiri tegak

  17. membaca tasbih 15 kali

  18. membaca al fatehah dan surah

  19. membaca tasbih 10 kali

  20. rukuk serta membaca bacaannya

  21. membaca tasbih 10 kali

  22. i'tidal serta membaca bacaannya

  23. membaca tasbih 10 kali

  24. sujud serta membaca bacaannya

  25. membaca tasbih 10 kali

  26. duduk antara 2 sujud serta membaca bacaanya

  27. membaca tasbih 10 kali

  28. sujud serta membaca bacaannya
  29. membaca tasbih 10 kali
  30. duduk tahiyatul akhir serta membaca bacaannya / jika tadi sebelum membaca fatehah tidak membaca bacaan tasbih maka bacalah tasbih sebanyak 10 kali sebelum membaca bacaan tahiyatul akhir .

  31. memberi salam ke kanan dan ke kiri

  32. mualat iaitu berterusan perbuatan dari awal hingga akhir tanpa diselangi oleh perkara yg lain
Setelah selesai 2 rakaat solat tasbih di atas maka ulang sekali lagi utk mengenapkan solat tasbih sebanyak 4 rakaat . Jadi kaifiat solat sunat tasbih ada 2 cara seperti yg dijelaskan di atas .

Tasbih sebanyak 3000 kali siang dan 3000 kali malam dan juga solat sunat tasbih ini amat berkesan untuk mengeluarkan syaitan diri atau ifrit diri .

Amalan ini juga amat berkesan kepada sesiapa yg hendak bertaubat nasuhah tetapi masih melakukan maksiat yg sama setelah bertaubat . Setiap dosa wajib dikifaratkan .

3- Bersedekah .

Ini lah cara yg lain utk mengeluarkan ifrit diri darp jasad manusia . Bersedekah kepada manusia yg memerlukan seperti fakir miskin ,anak-anak yatim yg miskin , para pelajar yg memerlukan seperti pelajar tahfidz dan ibu-ibu tunggal dan sebagainya . Tujuan sedekah ialah menghindarkan kemurkaan Allah yg akan menimpa diri manusia yg telah berbuat maksiat dan dosa . Bersedekah juga akan membuka pintu -pintu rahmah kesan drp detikan hati penerima sedekah secara sepontan yg dikatagorikan sebagai doa yg paling mustajab cth . Alhamdulillah bagusnya orang ini ! . Pemurahnya orang ini ! .Ya Allah ampunkan dia ya Allah ! dsb Pintu -pintu rahmah inilah yg menyebabkan ifrit diri @ syaitan diri akan keluar darp jasad manusia yg melakukan amalan bersedekah .

Kifarat diri

Kifarat diri terbahagi kepada 2 bahagian

1- Kifarat sebelum dikifaratkan
2- Kifarat terus drp Allah

Kifarat sebelum dikifaratkan bermaksud seseorang manusia yg tahu dirinya banyak melakukan maksiat dan dosa kemudian diberi petunjuk tuhan agar kembali ke jalan-Nya . Maka diri manusia itu mencari cara utk kembali . Setelah berjumpa maka dia melakukan amalan tersebut seperti rela dirotan dan bertasbih serta solat tasbih serta bersedekah .Sehinggalah diri manusia itu merasa dirinya telah bebas drp belenggu dosa @ ifrit .

Jadi kesukaran ketika ber tasbih dan solat tasbih itu sebagai kifarat akan dosa dan maksiatnya . sifat bakhil yg muncul ketika bersedekah dan kemudian dilawan itulah yg menjadi kifarat dosa dan maksiat yg dilakukannya .Sebenarnya ada lagi cara yg lebih berkesan tetapi cukuplah hanya 3 cara itu sahaja .

Kifarat terus drp Allah bermaksud seseorang diri manusia yg tidak menghiraukan dosa dan maksiat dan menganggap tidak akan ada apa-apa yg akan ditimpakan kepada dirinya setelah diri manusia itu melakukan dosa dan maksiat . Maka Allah akan mengkifartkan diri manusia itu . Manusia suka melebelkan kifarat itu sebagai bala' .

Bala di sempitkan rezeki atau rezeki tidak berkat . Sentiasa ditimpa musibah dsb . Jika kita lihat kifarat yg Allah timpakan seperti disempitkan rezeki atau rezeki tidak berkat saling tidak tumpah dengan diri manusia yg telah sedar lalu dia mengkifaratkan dirinya seperti bersedekah . Hidup ditimpa musibah bertalu-talu sama seperti seseorang itu bersusah payah bersolat tasbih dan bertasbih 6000 kali sehari semalam .

Wahai manusia ! pilihlah kifarat anda samada anda mahu mengkifaratkan diri sebelum dikifaratkan atau Allah sendiri mengkifaratkan anda . Ianya pasti ! ...tidak ada sesiapa yg terlepas walaupun seorang manusia di muka bumi Allah ini !.

Walaubagaimanapun semua cara diatas hendaklah diambil dari guru secara berwasilah bukan dibaca da terus diamalkan .Ini lah yg membezakan sesutau amalan itu berkesan atau sebaliknya .

Sekiranya kamu melihat manusia yg tetap hatinya maka ketahuilah manusia itu telah dipercepatkan balasan surganya tetapi jika kamu melihat manusia itu sempit dadanya , gelisah hatinya maka ketahuilah sesunguhnya dia telah dipercepatkan balasan azab nerakanya didunia ini lagi . Maka apakah yg akan menunggu setelah sipulan dan sipulanah itu mati ! ...
walla a'lam .


Related Posts with Thumbnails