email
twitter
facebook

Siri ke -10 : Memperbetulkan Fakta ..


video

Assalamualaikum

Lagi jawapan Dr. Zakir Naik terhadap dakwaan Dr Campbell yg mengatakan terdapat banyak kesalahan di dlm Al Quran .marilah kita teliti hujjah Dr. Zakir supaya kita lebih tetap /kukuh tentang keyakinan kita terhadap Al-Quran ..marikan saksikannya.

Siri 9: Soalan yang menjadi jawapan


video


Assalamualaikum,


Mengapa gempa bumi sering terjadi di kawasan pergunungan tetapi tidak di kawasan yg tidak bergunung -ganang ... jawapannya mengapa banyak doktor dan orang sakit berada di hospital berbanding tidak ada doktor dan orang sakit di rumah kita. itulah soalan yg menjadi jawapan kepada dakwaan Dr Campbell ... banyak lagi jawapan -jawapan dari dakwaan Dr Campbell bahawa Al Quran itu mempunyai kesalahan fakta ...jadi saksikanlah

Siri ke 31 : Rahib Buhaira yg menyembah Allah









Ketika rombongan perdagangan Abi Talib sampai ke Busra( Busra adalah kota di negeri Huran ,ibu kota Arab Utara di bawah taklukan kerajaan Rom Utara /Kerajaan Byzentain )

yg terletak di selatan Syam ,rombongan Abi Talib berhenti berehat di kawasan berair dan lapang berhampiran sebuah gereja . Tempat itu adalah tempat persinggahan /perhentian /berehat yg biasa bagi pedagang dari selatan yg ingin ke utara .

Tiba-tiba keluar seorang paderi /pendita /Rahib Nasrani yg digelar Buhaira ( Buhaira adalah gelaran kepada seorang paderi yg mempunyai lautan ilmu drp 2 kitab iaitu Injil dan Taurat) menemui rombongan perdagangan Abi Talib .Menurut Al Mas' udi ( seorang alim besar dlm ilmu alam dan pakar sejarah Islam) nama sebenar Paderi Buhaira ialah GIRGIS . Girgis adalah seorang arab keturunan dari suku Abdul Qias.

Tetapi menurut ahli sejarah Islam yg lain iaitu Ali bin Burhanuddin Al Halabi menyatakan di dlm kitab sirahnya nama sebenar Buhaira ialah GIRGIS / SERGIUS . wallah a'lam . Menurut riwayat Pendita Buhaira bukan berasal dari Busra tetapi dari Patriarch ,Constantinople ( 428M - 431M). Murid-muridnya sangat ramai , kedudukannya sangat tinggi dan beliau menyembah Tuhan Yg Maha Esa . Lantaran kefahamannya itu beliau disingkirkan drp gereja lalu berhijrah lah beliau ke Busra . Beliau mendirikan gereja di situ walaupun tiada siapa yg membuat penempatan di situ .

Pendita Buhaira mempelawa Rombongan Abi Talib masuk ke gereja kerana beliau ingin memberi makan . Para ahli rombongan Abi Talib kehairanan dengan pelawaan Pendita tersebut dan berkata " Wahai Tuan Rahib ,kami selalu berhenti di sini dan selama itu tuan tidak pernah mempelawa kami makan tetapi mengapa pada kali ini tuan menjemput kami makan? Maka jawab Pendita Buhaira : Ya benar apa yg kamu katakan itu tetapi pada kali ini kamu adalah tetamu dan saya berbesar hati utuk menjamu kamu sekalian tidak kira lah ia besar ataupun kecil ,merdeka ataupun hamba .

Apakah motif pendita itu menjamu para ahli rombongan Abi Talib itu ,menurut Ibnu Hisyam seorang pakar sejarah Islam berkata , Sebenarnya Pendita Buhaira itu telah nampak beberapa keajaiban pada rombongan perdagangan Abi Talib itu


  • Semasa rombongan itu jauh dan bergerak ke arah gerejanya ,Pendita itu terlihat awan nipis sentiasa bergerak dan menaungi rombongan tersebut ,menurut imunya yg luas itu ,hanya nabi akhir zaman yg akan diutuskan sahaja yg mempunyai kelebihan itu .dia tidak tahu siapakah bakal nabi dikalangan rombongan Abi Talib itu

  • Semasa rombongan itu berehat dia terlihat seorang remaja duduk di bawah pokok dan tiba-tiba ranting-ranting pokok itu bergerak lembut dan menutupi nabi drp terkena cahaya matahari .Pokok itu di tanam oleh Nabi Ibrahim , dan pada zaman Nabi Musa , Nabi Musa pernah duduk di bawah pokok tersebut , menurut ilmu drp kitab Injil dan Taurat ,hanya para nabi sahaja yg berjaya melihat /menemui pokok tersebut ,manusia biasa tidak akan menemuinya .

Jadi 2 motif itulah yg menyebabkab dia bersungguh -sunguh mempelawa rombongan Abi Talib itu makan. Semua ahli rombongan itu menurut sahaja kehendak Pendita itu ,mereka berpusu -pusu masuk ke dlm gereja untuk menikmati juadah yg telah disediakan . Semasa rombongan Abi Talib itu masuk , Pendita Buhaira memerhati seorang demi seorang tetapi dia tidak menemui orang yg hendak dikenali nya itu .

  • Lalu Pendita itu berkata Wahai Kaum Quraisy adakah semua ahli anda telah masuk ke dlm gerejaku ini .

  • Maka salah seorang dr rombongan Abi Talib menjawab .Ya semua telah masuk kecuali seorang budak .

  • Pendita Buhaira menjawab , Janganlah begitu ,jemputlah dia masuk ,saya ingin menjamu semua nya sekali kerana anda adalah tetamu saya

  • Mendengarkan kata-kata pendita itu Abi Talib pun ingin bangun ,tiba-tiba dengan cepat salah seorang rombongan Abi Talib cepat- cepat membawa nabi masuk ke dlm

Jamuan pun dihidangkan dan mereka pun makan , Pendita Buhaira memperhatikan sahaja wajah ,kelakuan nabi ketika makan .kelakuan Buhaira tidak diketahui oleh orang lain kerana asyik dengan makanan yg dihidangkan itu . Setelah selesai makan dan rombongan Abi Talib keluar ,maka tinggallah Abi Talib dan anak saudaranya masih didlm gereja . sebelum Abi Talib dan nabi keluar ,cepat-sepat Buhaira mendekati nabi . lalu terjadilah dialog


  • Buhaira : Wahai anak , saya ingin bertanya kepada anda demi Latta dan Uzza ,sedilah kiranya anda menjawab soalan saya

  • Nabi : Wahai tuan janganlah menanyakan aku dengan berdemikan Latta dan Uzza kerana aku sangat membenci keduanya ,jawab nabi dengan tegas tetapi lembut

  • Lalu beliau bertanyakan dengan mengubah gaya pertanyaannya : Demi Allah bolehkah ,anda menjawab pertanyaanku ?

  • Nabi menjawab: Silakanlah tuan apa-apa yg terasa di hati tuan

  • Buhaira : Lalu dia bertanya mengenai kehidupan nabi sehari-harian ,berkenaan tidur ,makan dsb dan akhirnya Buhaira hendak melihat belakang nabi dan nabi pun memperlihatkannya . Buhaira menjadi sangat pasti yg kanak-kanak dihadapannya itu adalah nabi yg akan diutuskan pada akhir zaman setelah dia melihat tanda /cop /mohor kenabian terletak ditengah-tengah belakang badan nabi. Buhaira melihat tanda bulat sebesar telur burung merpati , ia seperti bekas bekam dikelilingi bulu-bulu . Sekarang puaslah hati Buhaira

Abi Talib yg melihat /memerhati dialog dari jauh diantara anak saudaranya dengan Buhaira itu datang menghampiri mereka berdua lalu terjadilah dialog di antara Abi Talib dengan Buhaira

  • Buhaira : Siapakah kanak-kanak ini ?

  • Abi Talib : Dia anakku ( Jawab Abi Talib dengan sedikit berbohong)

  • Buhaira : Katakan kepada ku perkara yg benar ayah dan ibunya sudah meninggal bukan ?

  • Abi Talib terkejut : Bagaimana tuan tahu ?

  • Buhaira : Wahai Abi Talib bawalah anak ini pulang ke Mekkah segera ,aku khuatir sekiranya orang Yahudi menemuinya nascaya mereka akan membunuhnya .

Apabila mendengar sahaja nasihat Buhaira ,Abi Talib segera membawa nabi pulang ke Mekkah .Abi Talib dan rombongannya tidak jadi berniaga di Syam . Abi Talib hanya mendapat keuntungan sedikat /tidak mendapat keuntungan tetapi ada yg lebih berharga drp keuntungan itu ,Dia sudah mengetahui sedikit rahsia anak saudaranya dan beliau menyimpannya ,lagi kuatlah azamnya untuk menjaga nabi ,lebih tinggilah kasih sayangnya terhadap nabi . untuk mengelakkan drp menanggung kerugian rombongan Abi Talib berniaga pada setiap kota yg disinggahinya .Perbuatan itu adalah julung -julung kali dibuat oleh orang Quraisy kerana Orang Quraisy tidak berniaga kecuali di negeri Syam .

Bagaimana kesudahan Pendita Buhaira ? mengikut Al- Bustami di dlm kitabnya Dairatul Ma'rifahnya bahawa kehidupan Pendita Buhaira berakhir dibunuh oleh orang Yahudi . Besambung...

Siri 8 : Walimatul Urus



Walimatul urus bermaksud :

Dr segi bahasa : Berkumpul


Dr segi Istilah syara' : Jamuan atau kenduri yg di adakan sempena majlis perkahwinan bertujuan memberitahu orang ramai tentang perkahwinan tersebut .

Sabda RasulAllah s.a.w bermaksud

" Drp Anas bin Malik r.a bahawa nabi s.a.w telah melihat warna kuning pada Abdul Rahman bin Auf ,lalu baginda bertanya : Apakah ini ?.Jawab Abdul Rahman : Ya Rasulallah sesungguhnya saya telah berkahwin dengan seorang perempuan .Maharnya emas seberat biji tamar ,maka sabdanya Allah telah memberkati engkau , berkendurilah walau dengan menyembelih seekor biri-biri "

  • Hukum mengadakan walimatul urus : sunat muaakad

  • Hukum menghadiri walimatul urus : wajib

Bentuk walimatul urus yg dibolehkan dan dilarang oleh syara'

  1. Mengadakan dengan niat yg ikhlas kerana Allah kerana ianya ibadah dan mendapat pahala . Elakkan berniat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai ketika melakukannya kerana perbuatan tersebut adalah berdosa . Mengadakan walimatul urus bertujuan mengistiharkan bahawa Sipulan dengan Sipulanah telah berkahwin dan sebagai tanda kesyukuran ( telah menyelamatkan 2 orang drp melakukan zina ). Mengadakan walimatul urus hendaklah berniat bersedekah utk mendapatkan keredaan Allah .Jemputan hendaklah terdiri drp semua lapisan masyarakat tidak terkhusus hanya satu golongan sahaja cth jemputan hanya kepada kakitangan kerajaan tidak kepada golongan lain .apabila perkara ini berlaku ,gugur kewajiban kita dr menghadiri kenduri tersebut.
  2. Hendaklah diadakan secara sederhana sahaja .Islam tidak menggalakkan seseorang mengadakan kenduri secara besar-besaran dan membazir . Tidak perlulah kita mengadakan selama berhari-hari dan terpaksa berhutang demi semata-mata hendak disebut dan dikenang orang lain .
  3. Di dlm majlis tersebut hendaklah dipastikan tidak terdapat perkara -perkara maksiat yg mencemarkan majlis tersebut kerana walimatul urus adalah ibadah ,adakah layak ibadah dicemari dengan maksiat ,Sekiranya terdapat maksiat maka kita tidak wajib menghadiri kenduri tersebut .
  4. Makanan dan minuman yg di hidangkan hendaklah dipastikan semuanya halal ,sekiranya terdapat makanan dan minuman yg haram cthnya arak ,maka walimatul urus itu tidak wajib kita hadiri .

Di antara keuzuran yg diharuskan oleh syara' drp menghadiri kenduri diantaranya ialah:

  • Tidak ada kenderaan atau orang yg membawa ke majlis tersebut ,dan majlis itu ditempat yg jauh
  • Terlalu banyak kenduri yg di adakan serentak dlm satu-satu masa cth 10 tempat dan kita dijemput di semua tempat itu . cubalah hadir sebanyak mungkin , sekiranya tidak berkesempatan lakukanlah yg terbaik utk memenuhi jemputan tersebut ,cth menelefon dsb
  • Ada halangan drp menghadiri majlis itu cth menjaga orang sakit ,dan tidak boleh ditinggalkan /tidak ada sesiapa yg menjaganya kecuali kita / ada urusan yg lebih penting yg perlu disegerakan /diselesaikan. Hujan yg terlalu lebat /wabak penyakit dsb
  • Tidak dijemput walaupun kenduri itu diadakan berdekatan dengan tempat tinggal kita .

Diantara hikmah walimatul urus ialah :

  1. Mengistiharkan perkahwinan yg sah menurut syara'

# Orang-orang yg hadir di majlis walimatul urus itu adalah sebagai saksi/ejen penyebar maklumat .mereka sebagai saksi atas pasangan itu , sekiranya nanti ada yg mempertikaikan perkahwinan pasangan tersebut .

2. Memupuk semangat kerjasama dlm pelbagai lapisan masyarakat

# Melalui aktiviti gotong royong dan "rewang"/ "kejobos" semasa mempersiapkan hidangan -hidangan bermula dr awal majlis sehingga berakhirnya majlis yg dilakukan oleh penduduk -penduduk yg tinggal berdekatan rumah yg mengadakan majlis boleh memupuk semangat kerjasama dlm pelbagai lapisan masyarakat .

3. Melahirkan rasa syukur kepada Allah

# Rasa syukur kerana telah menyelamatkan sepasang manusia drp melakukan zina dan maksiat . bersambung ( selepas ini tajuk yg lain dr bidang yg lain akan menyusul )



Siri 44: Tenaga Yg Terkuat

Assalamualaikum

Siapa yg pernah terfikir mengapa Ummat Islam melakukan IBADAH TAWAF secara bertentangan dengan pusingan jam . Apakah Ibadah tawaf itu sekadar ibadah ,apa faedahnya kepada kehidupan di atas bumi ini ,apa yg akan terjadi sekiranya KAABAH runtuh dan tidak ada manusia yg bertawaf mengelilinginya ....saksikanlah siri ini utuk mendapat sebahagian jawapannya.

Nabi Seorang Ahli Perniagaan


Sebagaimana telah termashyur Orang Arab Quraisy terkenal dengan pandai berniaga begitu jugalah suku bangsa -bangsa arab yg lain . Orang Quraisy berniaga pada 2 negeri seperti di sebutkan di dlm Al Quran di dlm surah Al Quraisy.

Pada musim sejuk mereka akan ke Yaman .Yaman adalah negeri yg panas jadi pada musim sejuk ,cuaca Negeri Yaman tidaklah begitu panas dan sesuai untuk menjalankan perniagaan . Manakala pada musim panas pula mereka akan pergi Negari Syam kerana pada musim panas cuaca negeri Syam sederhana , satu keadaan yg sesuai untk menjalankan aktiviti perniagaan .


Tetapi ada dikalangan sejarawan mengatakan Orang Arab Quraisy pergi ke Syam pada musim sejuk untuk berniaga . Pada pendapat mereka penduduk - penduduk Syam pada ketika itu memerlukan pakaian yg tebal .dan pada musim panas pula mereka pergi ke Yaman untuk berniaga dan membawa keperluan -keperluan yg sesuai pada musim itu . Tindakan mereka seperti melawan arus , mereka berpendapat pada masa itu tidak ramai saingan dan hasilnya mereka pada kebiasaannya akan mendapat meraih keuntungan yg besar .

Siapakah yg memulakan perniagaan 2 musim itu ? Jawapannya ialah datuk nabi yg bernama Hasyim bin Abdul Manaf . Mari kita lihat kisah Abi Talib berniaga . Abi Talib berniaga sejak kecil lagi ,perniagaan menjadi darah dagingnya seperti juga yg dilakukan oleh datuk ,moyangnya . Ketika umur beliau 42 tahun Abu Talib hendak pergi ke Syam untuk berniaga pada kebiasaannya beliau akan pergi bersendirian dan bersama rombongan perniagaannya yg lain . Rombongan perniagaan pada kali ini adalah besar , diriwayatkan bahawa rombongan perniagaan Abi Talib ini perlu dikawal kira -kira 200 pengawal .

Ketika Abi Talib hendak berangkat Nabi Muhammad s.a.w pun memegang jubah Abi Talib dan merayu agar baginda di bawa bersama . Abi Talib tidaklah mahu membebankan dan menyusahkan nabi berkenaan tanggung-jawab mencari nafkah kepada anak saudaranya itu ,lagipun nabi baru berumur 12 tahun. Kanak- kanak lain yg seusia nabi pada ketika itu masih lagi tenggelam di alam keseronokkan kanak-kanak . Nabi walaupun masih kanak-kanak di dlm jiwanya merasa kurang senang melihat orang lain bersusah payah mencari nafkah untuk menanggung dirinya itu . Walaupun sebenarnya tidak banyak yg boleh dilakukan oleh kanak-kanak seusia itu.


Jarak Mekkah ke Madinah sejauh 450km dan memakan masa perjalanan selama 15 hari ,manakala jarak Mekkah ke Syam lebih kurang 900 km bermakna memerlukan masa 15 hari lagi untuk sampai ke Syam . jadi untuk pergi ke Syam, Kafilah Arab Quraisy memerlukan masa 1 bulan . Ia adalah perjalanan yg sangat jauh dan terpaksa merentasi padang pasir dan berhadapan dengan binatang buas , Ianya perjalanan yg sangat memenatkan dlm mencari nafkah , Tetapi kepenatan dan kepayahan itu tidak terasa jika dibandingkan dengan keuntungan yg akan di perolehi drp perniagan itu .


Nabi bersungguh-sungguh mahu mengikut bapa saudaranya berniaga kerana 2 perkara :



  • Nabi tidak mahu berpisah dengan bapa saudaranya itu walaupun satu hari

  • Nabi merasa bertanggung -jawab dan merasa bersalah melihat orang lain bersusah payah mencari nafkah utk menyaranya

Pemergian nabi bukan inginkan keuntungan yg besar kerana hati nabi telah di sucikan oleh Allah semasa nabi di bawah pemeliharaan Halimatus Sa'adiah . Pemergian nabi adalah bersebabkan dengan dua perkara di atas . bersambung ....


Siri 8 : Hujjah Yg Bernas



video


Assalamualaikum.


Matahari bergerak 25 hari dlm penyempurnaan pusingannya . Beliau juga menyangkal dakwaan Dr. Campbell yg mengatakan tidak ada satu ayat pun terdapat di dlm Al Quran menceritakan pengwapan dlm proses pusingan air yg menghasilakn hujan ,Dan banyak lagi jawapan -jawapan yg anda perlu tahu ..saksikanlah

Siri 7 : Dr. Zakir Abd.Karim Naik


video

Assalamualaikum

Tiba giliran Dr. Zakir Abdul Karim Naik untuk menjawab dakwaaan Dr. William Campbell , Dr. Zakir memulakan hujjah dengan menjawab bahawa Al Quran telah lulus dengan pendekatan konflik dan kesesuaian . Jadi dengarkanlah jawapan- jawapan beliau ...saksikanlah

Siri 7 : Mahar Bukan Hantaran



Maksud mahar ialah : Pemberian wajib drp suami kepada isterinya disebabkan akad nikah

Hukumnya : Wajib selepas sahaja sempurna majlis akad nikah





Maksud firman Allah Taala di dlm Surah An Nisa ayat ke-4
" Berikan lah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin mereka sebagai pemberian yg wajib jika mereka suka hatinya berikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya ,maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian ( halal) itu sebagai nikmat yg lazat lagi baik kesudahannya


Maksud sabda Nabi s.a.w
" Drp Sahal bin Said r.a berkata ,sabda rasulallah s.a.w Lihatlah mahar walaupun sebentuk cincin besi " riwayat : Al Bukhari

Islam tidak menetapkan kadar mahar yg wajib diberikan oleh suami kepada isterinya .Terpulang kepada kemampuan suami . Perbincangan dan saling bertolak ansur di antara kedua-dua pihak dlm menetapkan mahar yg rendah dan berpatutan adalah satu perkara yg baik dan digalakkan

Islam juga tidak menetapkan bentuk mahar yg wajib diberikan itu ,Mahar boleh saja dlm bentuk nilai wang ( seperti di negara kita , mahar telah ditetapkan oleh pihak yg berwajib cth mahar bagi perempuan yg belum berkahwin sebanyak RM 80.00).mahar juga boleh saja dlm bentuk cincin ,anting-anting ,kereta ,mengajar ilmu , pekerjaan dsb , asalkan mahar itu memberi manfaat kepada isteri.

Jangan salah faham ,mahar tidak serupa dengan wang hantaran , mahar tidak serupa dengan barang - barang hantaran ,mahar tidak serupa "dengan serba satu ". Mahar adalah wajib dan selain itu terpulang kepada kedua-dua belah pihak utk menentukan apa yg menjadi " tambah nilai " dan hukum " tambah nilai " itu adalah harus .

Jenis -jenis mahar

Terbahagi kepada 2 bahagian

  1. MAHAR MISIL

  2. MAHAR MUSAMMA

Mahar misil ialah kadar yg ditentukan mengikut kadar mahar saudari-saudari perempuan yg sudah berkahwin cthnya :

En. Ismail mempunyai 2 anak perempuan ,

  • Anak perempuan pertama namanya Syuhada dan sudah berkahwin dan maharnya RM 600.00
  • Anak perempuan ke -2 namanya Hidayah dan belum berkahwin , pada suatu hari datanglah Mahmud meminangnya dan En .Ismail berkata kepada Mahmud ,mahar Hidayah adalah seperti kakaknya Syuhada.

Penetapan En Ismail berkenaan mahar anaknya Hidayah serupa dengan kakaknya Syuhada dikenali sebagai MAHAR MISIL

Mahar Musamma ialah mahar yg disebutkan di dlm akad dan dipersetujui oleh ke dua-dua belah pihak .cthnya

  • Keluarga Sulaiman datang ke rumah En Zainal untuk meminang anak perempuannya dan lamarannya diterima ,di dlm perbincangan sebagai persediaan majlis perkahwinan kedua-dua belah keluarga bersetuju menetapkan mahar perkahwinan sebanyak RM 500.
  • Diringkaskan kisah ,semasa majlis akad nikah nilai RM 500. itu disebut ketika melafazkan ijab dan qobul. Inilah dikenali sebagai mahar musamma

# Di antara Hikmah mahar ialah

1. Menzahirkan penerimaan suami terhadap isterinya

# Jika kita lihat seseorang lelaki yg bercinta kepada seorang perempuan , bukan setakat Selat Melaka lelaki itu sanggup mengharunginya bahkan Selat Inggeris pun dia sanggup mengharunginya . Belum lagi pemberian hadiah demi hadiah pada setiap bulan atau lebih kerap lagi . apakah yg boleh kita fahami drp pengorbanan seorang lelaki itu terhadap kekasihnya . jawapannya ialah lelaki itu sedang menzahirkan penerimaan terhadap kekasihnya . begitu juga fungsi mahar tadi .

2.Dapat mengurus dan menyediakan keperluan rumah tangga dengan baik

# Penyediaan mahar adalah satu ujian kepada seorang lelaki samada gagal atau lulus dlm aspek penyediaan keperluan rumah tangga . sekiranya lelaki itu tidak mampu menyediakannya bermaksud dia gagal akan ujian itu ,sekiranya lelaki itu meneruskan perkahwinannya itu berkemungkinan dia akan gagal dlm pemberian nafkah kepada isterinya.

3.Bermulanya tanggung jawab suami terhadap isterinya

# Seorang lelaki yg baru bergelar suami ,selepas sahaja majlis akad nikah itu selesai seperti biasa , suami itu akan menemui dan memberi mahar kepada isterinya. Pemberian tersebut merupakan simbol tanggung jawab seorang suami terhadap isterinya yg baru bermula .Selepas itu perkara yg sama berulang-ulang tanpa henti sehingga salah seorang drp mereka meninggal atau pun pasangan itu berpisah. cuma ketika itu pemberian itu dikenali sebagai nafkah .

-----------

Tip peperiksaan

Bezakan di antara mahar musamma dengan mahar misil ? (4m)

siapa yg berani jawab soalan ni ...silakan samada diruangan komen atau diruangan forum . bersambung

siri 43 : 9/11 - Mega Ritual

Assalamualaikum

Peristiwa itu sudah menjadi sejarah tetapi banyak persoalan yg timbul yg masih menjadi tanda tanya ,adakah peristiwa 9/11 itu angkara 'PENGGANAS ISLAM' ataupun ada sesuatu yg disembunyikan . Sudah pastinya "MEREKA" mendapat 2 keuntungan drp perkara ini ;

1) Sebagai ritul yg bersifat mega kepada tuhan mereka

2) Sebagai sebab memusnahkan Islam secara terancang ...jadi saksikanlah untuk lebih memahami apa yg sebenarnya berlaku ...

SPM Hanya 10 Subjek-Matlamat Pendidikan Kita?

*Kemas Kini 17/6/09:Berita baik buat pelajar aliran sains agama,anda tetap mengambil 11 subjek S.P.M.Ketetapan ini saya kira baik buat pelajar Melayu-Islam di Malaysia,tidak juga ia menonjolkan sikap prejudis terhadap kaum/agama lain.

Selain Bahasa Melayu,cadangan untuk mewajibkan Bahasa Inggeris,SEJARAH dan Pendidikan Islam/Moral harus diambil kira.Untuk keberkesanan pengajaran subjek yang berkaitan bahasa seperti Bahasa Melayu sendiri dan juga Bahasa Inggeris,satu kajian menyeluruh perlu dijalankan mengenai bagaimana cara efektif bagi anak-anak kita menguasai 2 subjek ini,yang mereka pelajari sejak dari mengenal A.B.C lagi.History subject also must be revised meticulously...not to forget Pendidikan Islam/Moral that must be taught not just for A's but for life hereafter!(eh,terspeaking sekejap hehehe)

Sebelum terus membaca,anda harus faham ini sekadar pandangan seorang anak murid...bukan seorang GURU.Apa yang lebih penting,anda WAJIB menonton video ini sebelum terus membaca[sumber video]...


Pendirian Peribadi
Saya MENYOKONG idea mengehadkan 10 subjek untuk SPM atas sebab ia memberi ruang kepada pelajar untuk fokus pada subjek tertentu yang melorongkannya ke arah kerjaya yang sesuai dengan minat mereka.Tambahan pula,ia juga memberi ruang yang cukup untuk kegiatan tambahan seperti kokurikulum dan sukan dilaksanakan dengan baik(bukan sebab biasiswa je).

Ya,hal ini akan menjadi masalah buat pelajar aliran sains agama,kerana muatan subjek aliran agama seperti Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah,Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Arab Tinggi yang bertembung dengan keperluan subjek sains seperti Matematik Tambahan,Fizik, Kimia dan Biologi.Overload dibuatnya dek kerana dasar baharu ni...kesian juga melihat adik- adik pewaris jejak langkah saya tu(saya pun bekas pelajar sains agama di sekolah dulu...dah pecah rahsia ^_^)

Exam-Oriented Yang Perlu Diubah
Saya melihat perubahan ini sebagai sebuah 'jambatan' ke arah mengguna pakai sistem pentaksiran berasakan sekolah yang dicanang satu ketika dahulu.Sistem pendidikan Malaysia khasnya di peringkat rendah dan menengah lebih berorientasikan peperiksaan.Dalam sistem sebegini,siapa yang patuh menjawab kehendak soalan,dialah yang paling pintar,yang layak mendapat gred 4.0,yang berjaya dapat A1.

Saya melihat,pelaksanaan sistem pentaksiran berasaskan sekolah lebih mesra dan menghargai kepelbagaai potensi dan bakat setiap pelajar.Realitinya,setiap daripada kita punyai potensi yang unik,yang tidak boleh diukur daripada deretan A semata-mata.Perhatikan apa yang Tom Peters ucapkan dalam video di atas...
Pelajar gred A akan bekerja dengan pelajar gred B.Pelajar gred C yang menjalankan perniagaan manakala pelajar gred D yang punyai sebuah bangunan yang dinamakan sempena namanya

Saya mengharap agar pentaksiran berasaskan sekolah kelak,mengesan bakat-bakat terpendam para pelajar.Seorang yang berbakat besar dalam bidang sukan,disediakan keperluan yang cukup dalam bidang akademiknya namun disesuaikan dengan latihan bagi menajamkan skil kesukanannya,kita sudah melihat ini di sekolah sukan.Namun bagaimana pula potensi atlet-atlet terpendam yang merata di sekolah-sekolah biasa?Kelompongan inilah seharusnya diisi oleh sistem pentaksiran baharu itu.

Tiada lagi klon 20A,hatta 11A selepas ini...

Harapan Sebuah Pendidikan
Jika tadi berjela-jela saya berbicara mengenai pentaksiran berasaskan sekolah,kini kita kembali kepada asasnya,sistem pendidikan itu sendiri.Jika disebut pendidikan,ia terdiri daripada pendidikan formal(yang diajar di sekolah) dan pendidikan tak formal.Jika pendidikan yang diajar di sekolah menanam fakta dalam minda para pelajar,pendidikan tak formal dalam kegiatan kokurikulum,kehidupan pelajar bersama keluarganya dan aktivitinya bersama masyarakat sekelilingnya yang lebih mencorakkan peribadi pelajar tersebut.

Tinggalkanlah sekejap Dasar Penswastaan Negara wahai ibu bapa,berilah masa berkualiti bagi mendidik anak-anakmu mengenai agama...dan juga nilai-nilai murni.Jangan diswastakan pendidikan sebegini pada bibik-bibik,mahupun ustaz ustazah di sekolah.Apa yang lebih penting dalam pendidikan tak formal ialah sikap tingkah laku.Para pelajar khususnya kanak-kanak dan remaja lebih cenderung meniru sikap ibu bapa,atau masyarakat sekitarnya seperti guru dan rakan-rakannya. Untuk huraian yang lebih lanjut lagi ilmiah,boleh membaca entri Berpelajaran Tidak Berpendidikan oleh Ustaz Hasrizal.

Hmmm...walau seribu satu cadangan dan pembaharuan dilaksanakan,jadikanlah bidang pendidikan ini sebagai wadah kita menuai pahala,merebut reda Allah,baik sebagai pelajar mahupun pendidik.Kerja utama pendidik bukan sekadar menanam fakta di minda,bahkan menyuburkan ladang hati para pelajar yang muda belia ini.Apa pula komen anda?

Hari Ini Dalam Sejarah=Sultan Muhammad Al-Fatih berjaya membuka Konstantinopel(kini Istanbul).Pada tarikh yang sama tahun 2009 ialah hari terakhir sang penulis di tanah air sebelum musafir sehingga 15 Jun 2009,hehehe...

Siri 6: Kesian Dr.Campbell


video


Pada siri ini Dr.Campbell mengatakan kewafatan Nabi Sulaiman , gunung-ganang , kisah lebah dan lain-lain di dlm Al Quran itu terdapat kesalahan yg bermaksud Al Quran itu banyak kesalahan .. begitulah keadaan orang yg tidak mendapat hidayah Allah ...mahu lihat kupasannya ,silalah saksikannya sendiri.

Siri 5: Doktor Campbell nie bijak ke jahil ?

video

Assalamualaikum.

Dulu Dr. Campbell ini mendakwa Al Quran menciplak teori embrologi ,kemudian mendakwa nabi beserta para sahabat , mencipta ayat-ayat Al Quran ,sekarang mendakwa terdapat kesalahan berkenaan putaran air yg menghasilkan hujan . Apakah lagi yg di dakwa oleh musuh Islam ini untuk melemahkan Al Quran ,mari kita saksikannya.

Siri 6 : Golongan Perempuan Yg Haram dikahwini


Golongan Perempuan Yg Haram Dikahwini

Islam menetapkan terdapat 2 golongan perempuan yg haram dikahwini ,mereka itu ialah :

1- Golongan perempuan yg haram selama-lamanya ( mua' bad)
2- Golongan yg haram sementara ( mua' qod)


Golongan perempuan yg diharamkan berkahwin selama-lamanya itu disebut MAHRAM . Mereka haram dikahwini atas 3 sebab iaitu ,

1) Pertalian darah/keturunan/nasab /kerabat
2) Rado 'ah/susuan
3) Perkahwinan/persemendaan /musaharah



Perempuan yg haram dikahwini atas sebab pertalian darah/keturunan/nasab/kerabat

- Ibu ,nenek, sebelah emak dan sebelah bapa hingga ke atas
- Anak perempuan kepada anak perempuan ,anak perempuan kepada anak lelaki hingga ke bawah
- Saudara perempuan samada seibu,sebapa atau sebapa atau seibu
- Anak perempuan kepada saudara lelaki samada seibu sebapa atau sebapa atau seibu
- Anak perempuan kepada saudara perempuan samada seibu sebapa atau sebapa atau seibu
- Emak saudara sebelah bapa samada seibu sebapa atau sebapa atau seibu
- Emak saudara sebelah ibu samada seibu sebapa atau sebapa atau seibu


Perempuan yg haram dikahwini atas sebab rado’ah /susuan
- Maksud susuan ialah menyusu sehingga 5 kali secara berasingan dan setiap kali menyusu mestilah kenyang


- Ibu tempat menyusu ,ibu kepada ibu susuan ,nenek kepada ibu susuan samada sebelah bapa atau ibu
- Saudara perempuan susuan
- Anak perempuan kepada saudara lelaki susuan
- Anak perempuan kepada saudara perempuan susuan
- Saudara perempuan kepada ibu susuan
- Saudara perempuan kepada suami ibu susuan
- Anak-anak perempuan yg menyusu dr isteri yg kita kahwini


Perempuan yg haram dikahwini atas sebab perkahwinan /persemendaan /musaharah

-Isteri kepada bapa ( ibu tiri) dan yg sama dengannya seperti isteri kepada datuk (nenek tiri)samada sebelah bapa atau sebelah ibu sehingga ke atas
-Isteri kepada anak ( menantu) isteri kepada cucu dari anak lelaki dan anak perempuan terus sehingga ke bawah sebagai keturunan
-Ibu kepada isteri (ibu mertua)
-Anak kepada isteri ( anak tiri )haram dinikahi selepas lelaki bersetubuh dgn isterinya


Perempuan yg diharamkan secara sementara ( Mua'qod)

-Mereka adalah golongan perempuan yg haram dikahwini atas sebab-sebab tertentu, apabila hilang sebab itu maka halallah lelaki itu berkahwin .

- Mengumpulkan prempuan yg bersaudara ( adik beradik) dlm satu masa .samada persaudaraan itu atas sebab nasab atau susuan
- Berkahwin lebih drp empat dlm satu masa kecuali telah diceraikan salah seorang drp isterinya dan tamat tempoh eddah
-Mengumpulkan perempuan dengan anak saudara atau nenek atau emak saudara
-Berkahwin dengan perempuan musyrik sehingga dia memeluk Islam
-Perempuan yg masih bersuami sehingga diceraikan dan tamat eddahnya
-Perempuan yg dicerai talak 3 sehingga perempuan itu tamat eddah dan berkahwin dengan lelaki lain kemudian diceraikan dan tamat tempoh eddah .

Hikmah larangan di atas

- Mengelakkan drp maksiat seperti berkahwin dengan emak saudara dan perempuan yg mahram

#Pada siri yg lepas saya menjelaskan berkenaan langkah-langkah sebelum berkahwin seperti merisik .saya ulangi dlm merisik kedua-dua pihak mestilah menyelidiki yg bakal menantu./suami/isteri itu bukan mahramnya atas sebab nasab/susuan/perkahwian. Kita telah lihat dikaca tv perkara itu dilakonkan dan tidak mustahil perkara itu akan berlaku di pentas realiti hidup kita. Cth setelah 1 minggu berkahwin barulah diketahui suaminya itu adalah saudara susuannya .
Merisik bukannya hanya ingin mengetahui pekerjaan/income bakal menantu (tidak dinafikan perkara itu penting) tetapi utamakan lah perkara yg lebih penting drp itu .


- Memelihara maruah dan akhlak manusia kerana manusia mempunyai peraturan yg telah ditetapkan yg dapat membezakan haram ataupun halal
# Sebagai manusia kita berbeza dengan haiwan kerana manusia mempunyai akal . Haiwan tidak perlu mengetahui siapa yg dikahwini ,samada yg dikahwini itu ibu yg melahirkannya ataupun anaknya ( sebab mereka tidak mempunyai akal) berbeza dengan manusia , apabila manusia mengetahui yg anak kandung tidak boleh dinikahi maka sebagai manusia yg waras pastinya akan menghindarkan perkara itu demi menjaga maruah dan akhlak manusia .


- Menjaga hubungan silaturahim cthnya di antara kakak dan adik kandung.
# Dua orang rakan( perempuan) yg baik dan rapat akan menjadi musuh apabila kawannya itu "merampas" suaminya ( walaupun berpoligami itu diharuskan oleh syara') .begitulah halnya sekiranya seorang lelaki itu mengkahwini dua adik beradik secara serentak ,maka akan timbullah permusuhan diantara mereka berdua ( walaupun bukan sebab itu seorang lelaki haram mengkahwini adik beradik secara serentak)


- Memelihara kesucian nasab supaya tiada siapa yg teraniaya

# Apabila berlakunya perkahwinan diantara anak saudara dengan emak saudara dan terhasil zuriat drp perkahwinan itu maka akan rosaklah kesucian nasab dan anak yg dilahirkan akan teraniaya seperti tekanan perasaan dan sebagainya. cth , apakah yg boleh digelarkan kepada bapa kepada bapanya ? datuk atau bapa saudara ? atau...? bersambung




Itu Namanya Maksum ....


Muhammad s.a.w adalah manusia biasa seperti manusia-manusia yang lain sebelum dilantik menjadi nabi dan rasul .Tetapi uniknya Muhammad s.a.w dikurniakan oleh Allah mempunyai hati yg amat benci kepada objek yg di puja dan disembah oleh kaumnya iaitu berhala , Muhammad juga amat benci dengan syair-syair berunsur maksiat dan syair –syair yg bersifat keduniaan . Tetapi seperti manusia biasa , Muhammad juga inginkan sedikit hiburan seperti orang lain , Tetapi Allah tidak mengizinkan kerana Muhammad akan dijadikan seorang yg agong pada suatu masa nanti . Ini semua adalah berupa taufik dari Allah s.w.t


# Apa beza hidayah dengan taufik ?

Hidayah ialah petunjuk drp Allah kepada sesiapa yg dikehendaki . Cth seseorang yg dikurniakan ilmu tentang solat maka dia telah mendapat hidayah drp Allah ,cth yg lain , seseorang yg dikurniakan oleh Allah bahawa agama Islam itu agama yg benar ,sebenarnya dia telah mendapat hidayah.


Taufik ialah perlaksanaan berupa perbuatan drp ilmu yg dikurniakan oleh Allah cth . Seseorang yg memiliki ilmu tentang solat lalu mendirikannya ( perbuatan /kelakuan mendirikan solat itu adalah taufik ) seseorang yg mengetahui Islam adalah agama yg benar dan memeluknya ( perbuatan memeluk Islam itu adalah taufik)

Kesimpulan – Orang yg diberi hidayah tidak semestinya diberi taufik cthnya seseorang yg mengetahui solat itu wajib tetapi tidak mahu melakukannya .orang ini memiliki hidayah ( tahu bahawa solat fardu itu wajib) tetapi tidak diberi taufik ( enggan melakukan solat )


Rasulallah ada menceritakan kisah nya ketika baginda masih remaja kepada para sahabat – sahabatnya . Setelah diminta oleh para sahabatnya rasulallah menceritakan kisah tersebut kepada mereka


“ Kita saya meningkat besar ketika itu saya sudah menjadi remaja ,saya terdengar rakan-rakan sepengembalaan kambing menjelaskan bahawa pada malam tertentu akan diadakan pesta nyayian di sebuah walimatul Urus . Lalu baginda pun berkata kepada rakannya sudikah anda menjagakan kambing –kambing ku ini sementara aku pula pergi melihat pesta itu. Temannya bersetuju .
Maka pergilah Muhammad ke pesta tersebut ,sampai ke suatu tempat iaitu di pertengahan jalan, rasulallah merasa letih dan baginda duduk sebentar untuk berehat , ketika Muhammad merehatkan badan dan terdengar sayu-sayu alunan muzik , Allah s.w.t memukul telinganya dan matanya sehingga Muhammad s.a.w mengantuk dan tertidur sehingga matahari terbit " .

Begitulah pemeliharaan Allah kepada kekasihnya . Pada keesokkan malam , Muhammad s.a.w melakukan perkara yg sama dan mendapat natijah yg sama seperti pertama tadi. Setelah itu Muhammad s.a.w faham hikmah disebalik kejadian itu dan sejak hari itu, Muhammad s.a.w tidak terniat lagi untuk melakukan apa-apa perkara yg melalaikan . Perkara itu berlanjutan sehingga beliau dilantik menjadi Nabi dan Rasul. bersambung

Penjaga Gate ,Tenaga dan Cara Masuk ...


video

Assalamualaikum

Memang tak masuk akal tetapi kalau dikaji ada kebenarannya , Dajjal mengkaji dan menemui bagaimana dia dan tenteranya boleh masuk ke dimensi lain ( maksudnya jin boleh masuk ke dimensi manusia ,manusia boleh masuk ke dimensi jin ) tak logik ke ? ...he he he atau mengarut .. cuba anda imbas zaman dulu ,jika anda beritahu manusia yg hidup pada tahun 1700 Masihi , nanti pada tahun 2000 M ,manusia mampu bercakap diantara satu sama lain hanya menggunakan besi /plastik sekeping ( Telefon bimbit ), Mereka akan kata anda ....? tak pe lah saksikan sajalah siri ini...Dajjal (manusia ) yg hidup lama dan mempunyai teknologi yg mendahului manusia 300tahun kehadapan ..

Blogger-Menulis Tanpa Rasa Tanggungjawab?

Malam tadi saya terpanggil untuk menonton rancangan B-Spot di TV9.Walaupun saya tidak pernah mengikutinya selama ini,tapi dek kerana huruf B pada episod malam tadi bertukar menjadi BLOGGER...rasa teruja bertambah apatah lagi tajuk yang diberi ialah

BLOGGER...BALING BATU SEMBUNYI TANGAN


Mengapa Berblog?

Sebelum kita terus bersetuju mahupun membantah tajuk tersebut,persoalan yang lebih penting untuk dijawab ialah mengapa kita berblog?Kedua-dua panel jemputan,saudara Shahril dan saudara Shabery(maaflah,terlupa nama penuh mereka) masing-masing bersetuju blog ialah medium untuk melontarkan pandangan peribadi,dan berinteraksi serta berkongsi pandangan dengan pembaca blog secara maya(maka afdallah bagi anda meninggalkan komen di blog ini juga...hehehe)

Mereka berdua juga bersetuju dalam satu perkara,bahawa kebebasan menulis dalam blog yang tidak dikekang dengan ketat mana-mana akta(atau disebabkan kelemahan penguatkuasaan undang-undang di Malaysia?) kadang kala disalahgunakan sesetengah blogger yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan fitnah dan hasutan yang boleh mengguris perasaan, bahkan menimbulkan ketegangan antara dua pihak.

Asyik Setuju Je,Mana Argumentasinya?
Yang menjadi pertikaian ialah label 'Baling batu sembunyi tangan' yang dipalitkan pada kesemua blogger di Malaysia ini.Jangan ulangi kesilapan seorang mantan Menteri Penerangan yang melabelkan blogger sebagai goblok(bahasa Jawa=bodoh).Adakah blog yang menulis mengenai Islam kesemuanya layak dilabel blog pembangkang?Jujur saya katakan di sini seboleh-bolehnya kami bersikap neutral dalam hal politik,memandangkan blog ini juga bertemakan pendidikan.

Satu lagi perbincangan yang tidak tamat semasa rancangan tersebut ialah bagaimana mahu mengawal etika para blogger.Adakah perlu undang-undang khusus?Atau medium persatuan yang mampu mendidik para blogger sebegini?Terdapat beberapa perkara yang pro dan kontra di sebalik lontaran idea ini,antaranya...
  • Jika undang-undang khusus wujud untuk para blogger,secara tidak langsung ia menutup ruang kebebasan para blogger bersuara.Dan jika undang-undang tersebut sedia wujud seperti Akta Multimedia dan Komunikasi,sejauh mana penguatkuasaannya digerakkan?
  • Secara jujur,para belia khususnya yang punyai blog kurang gemar medium persatuan.Hal ini disebabkan persatuan hanya menjadi pentas politiking para pemimpinnya,dan mereka lebih menumpukan kepada kroni-kroni mereka sahaja,lantas mengabaikan ahli yang lain.
  • Jika dikatakan persatuan sebagai medium untuk melatih ahlinya memberi khidmat masyarakat di kawasan desa dan pedalaman,bukankah ini akan menghasilkan budaya streotaip dalam kalangan ahli sesuatu persatuan?
Amanah Memberi Makna Mukallaf
Secara fitrahnya,setiap manusia akan sampai ke tahap AQIL BALIGH.Aqil balighlah menjadi sempadan,antara seorang yang hanya mumaiyiz(kenal baik dan buruk), dengan MUKALLAF yang mempunyai keupayaan berbekalkan akal fikiran dan panduan-panduan hidupnya, membuat pilihan yang betul dalam kehidupan. Antara baik dan buruk, perbuatan buruknya adalah pilihan dirinya, dan dialah yang dipertanggungjawabkan ke atas perbuatan itu.

Pada tahap ini,berasa diri punya amanah sebagai HAMBA ALLAH,baik seorang penulis tersohor mahupun hanya blogger yang tidak dikenali.Amanah itu tanggungjawab.TANGGUNG apa yang kita lakukan di dunia ini,dan JAWAB dengan ALLAH di akhirat kelak.Segala amalan kita bukan sekadar dicatat,malahan dengan teknologi yang lebih canggih daripada kamera digital yang terhebat buatan manusia,segala amalan mahupun tulisan kita di alam maya yang canggih ini dapat diulang tayang di Akhirat kelak,mampukah kita menJAWABnya nanti?[Apa kata Ustaz Hasrizal pula?]

Akhir kata,jika Internet Marketer melaungkan slogan...
Alang-alang buat blog biar sampai buat duit

Biarlah kita berpegang pada slogan...

Alang-alang buat blog,biar sampai berpahala,diredai Allah lagi tu...

Corat-coret:mai kita ikuti tulisan blogger cilik(bukan wajib sampai aqil baligh kalau nak buat blog pun...) iaitu Adam Azhar,Aeman(bukan yang tak kisah ye),Husna dan juga Najwa(adik beradik,anak Ustaz Zaharuddin 'like father,like his daughter' nampaknya...)

Abi Talib Yg Sangat Berjasa


Abdul Mutalib meninggal pada umurnya 80 tahun dan pada ketika itu usia nabi baru berumur 8 tahun . Seperti yg saya ceritakan pada siri yg lepas Abdul Mutalib mewasiatkan penjagaan cucunya kepada Abi Talib kerana Abi Talib dengan Abdullah ( ayahanda nabi ) adalah sama ibu dan sama ayah . Ketika itu Abi Talib berumur 37 tahun .



Layanan Abi Talib terhadap nabi adalah sama bahkan lebih berbanding anak-anak kandungnya . Nabi sentiasa di bawa ke mana beliau pergi dan baginda diberi hidangan makanan yg sama seperti hidangan makanan yg dimakan oleh anak-anak Abi Talib yg lain .Kalaulah penduduk -penduduk Mekah tidak tahu ,nascaya penduduk Mekah akan menyangka bahawa Nabi adalah anak Abi Talib . Kasih sayang Abi Talib terhadap Nabi seperti kasih sayang ayahnya ( Abdul Mutalib)kepada nabi . Sesungguhnya Abi Talib benar-benar melaksanakan wasiat bapanya.



Nabi merasai pula kasih sayang Abi Talib , Nabi tidak berdiam sahaja dengan kasih sayang dan jasa bapa saudaranya .Demi membalas kasih sayang dan jasa bapa saudaranya itu ,baginda mengambil upah memelihara kambing kepunyaan orang kaya , walaupun upahnya tidak seberapa tetapi itu sajalah kemampuannya yg baginda ada ,lagipun usianya baru 8 tahun.



Dalam hidup nabi perkara itu ( memelihara kambing) adalah kali yg ke 2 ,pertama ketika baginda dipelihara oleh ibu susuannya ( Halimatus Sa'diah ) yg ke 2 semasa baginda tinggal bersama bapa saudaranya. Nabi memelihara kambing sehingga umurnya 12 tahun , Nabi memelihara kambing dikawasan yg dipenuhi rumput di kawasan bukit sekitar Mekkah . Upah yg diterima baginda sebanyak " beberapa kararit".



Apakah yg dimaksudkan " kararit " itu , ada yg berpendapat beberapa biji kurma hindi dan setengah pendapat sejenis wang emas pada masa itu. Walla a'lam ,dan tidak diketahui juga berapa banyakkah upah yg diterima oleh nabi. Tetapi yg pastinya upah itu akan diterima oleh nabi ketika baginda membawa kambing -kambing itu pulang ke rumah tuannya iaitu pada waktu senja. Baginda duduk bersama Abi Talib sehinggalah nabi berkahwin dengan Sadatina Khalijah bin Khuwalid iaitu ketika itu umur baginda berusia 25 tahun .



Abi Talib mempunyai 6 orang anak iaitu Talib , Aqil ,Ja'afar , Ali , Atikah dan Hamamah . Ketika nabi tinggal bersama bapa saudaranya sehinggalah berkahwin Ali belum dilahirkan lahir lagi . Begitu juga dengan Ja'afar ( Jaafar lebih tua 10 tahun daripada Ali) . Akil pula lebih muda 12 tahun berbanding nabi .Atikah ataupun terkenal dengan gelaran Ummu Hani .Hamamah pula diperisterikan dengan Abu Sufian bin Al Harith .


Maksudnya di sini ketika nabi tinggal bersama bapa saudaranya. Bapa saudaranya baru mempunyai seorang anak iaitu Akil . Baiklah saya buatkan kesimpulan di bawah supaya anda lebih faham



  • Ketika Ali baru dilahirkan

  • Umur Jaafar : 3 tahun

  • Umur Aqil : 22 tahun

  • Umur Talib : 31 tahun

  • Umur nabi : 32 tahun

Manakala anak-anak perempuan Abi Talib tidak diketahui pula umurnya secara tepat . walla a'lam . Kehidupan Abi Talib agak susah kerana beliau bukanlah seorang yg kaya walaupun beliau adalah salah seorang pembesar Quraisy . Bersambung .

Siri 4 : Muhammad s.a.w Belajar Ilmu Perubatan ?

video

Assalamualaikum

Begitulah dakwaan Dr.Orentalis kepada Rasulallah s.a.w yg UMMI ini .Baginda belajar ilmu perubatan dengan Harith dan dengan pengetahuan yg didapati itu Nabi memasukkan ke dlm Al Quran . Adakah anda boleh menolak hujjah Dr .Orentalis ini ?

Siri 3 : Al Quran Menirunya !


Menurut Dr. Orentalis ini Al Quran meniru teori embirologi drp falsafah yg terdahulu , dan di dlm Al Quran banyak kesilapan mengenai perkara tersebut ..adakah anda bersetuju ... bagaimana anda mempertahankan keyakinan ( yakin dengan Al Quran ) anda itu ? Saksikanlah bagaimana Dr Orentalis ini berhujjah .

Siri 41 : Keturunan Presiden Amerika

Assalamualaikum

Mereka amat menjaga keturunan , mereka memerintah dunia dengan satu undang-undang ,mereka di gelar golongan ELIT .. dan mereka ada kaitan dengan firaun ... siapakah mereka ?Saksikanlah siri yg ke 41 ini untuk mengetahuinya .selamat menonton.

Siri 40 : Kritikan ...Jangan Salah Faham





Assalamualaikum


Sesungguhnya Allah menciptakan manusia pelbagai bangsa dan rupa adalah untuk berkenal-kenalan ,bukan bermusuh-musuhan ... dan semulia- mulia manusia disisi Allah adalah orang yg bertakwa . itulah jawapan bagi sesiapa yg mengkritik siri 39 ..siapa yg mengkritik dan siapa yg dikritik saksikanlah siri ini untuk mendapat jawapannya

Siri 5 : Nak Berkahwin ... ini langkahnya


Langkah Pertama

Melihat / merisik
Islam mengharuskan seorang lelaki melihat perempuan yg bakal dipinangnya /dikahwini . Anggota tubuh badan yg harus di lihat ialah muka dan tapak tangan . Islam mengharuskan perbuatan ini kerana memberi kepuasan kepada bakal suami supaya rumah tangga yg didirikan kekal bahagia .seperti sabda rasulallah s.a.w yg bermaksud

“ Drp Abu Hurairah r.a berkata ,sabda rasulallah s.a.w kepada seorang lelaki yg hendak berkahwin dengan seorang perempuan ,adakah kamu telah melihatnya ? . Jawabnya tidak ,pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan. Riwayat Tarmizi dan Nasai

# nota

- Dicadangkan ketika merisik /melihat seseorang lelaki /wakilnya hendaklah merisik /menyiasat salur galur keturunannya supaya dapat memastikan yg perempuan itu bukan mahramya atas sebab keturunannya /susuan/perkahwinan.

- Juga dicadangkan supaya dipastikan bahawa perempuan itu sehat dan bebas drp sebarang penyakit merbahaya supaya kelangsungan rumah tangga berjalan dengan aman dan bahagia walaubagaimanapun sekiranya seorang lelaki itu reda maka tidak mengapa baginya mengkahwini perempuan tersebut.

- Juga sebagai cadangan ,untuk memudahkan urusan anak-anak yg ingin berkahwin ,ibu bapa hendaklah digalakkan menetapkan wang hantaran yg rendah/ringan dan berpatutan .apa yg penting di sini ialah mereka berdua selamat drp melakukan perkara yg keji iaitu zina .

Langkah ke dua

Meminang
Apabila telah bersetuju utk menjadikan perempuan itu sebagai isterinya ,maka diadakan pula upacara peminangan

Meminang : ialah menzahirkan keinginan seseorang lelaki untuk berkahwin dengan seorang perempuan dengan memberitahu hasratnya itu kepada perempuan tersebut atau walinya samada secara langsung atau melalui perantaraan .

Hukum : sunat

Apabila seorang perempuan telah dipinang oleh seorang lelaki maka haramlah lelaki lain datang meminang perempuan tersebut. Seperti sabda nabi s.a.w yg maksudnya

“ Drp ibnu Umar r.a bahawa rasulallah bersabda ; Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga ia memutuskan .”
Riwayat Bukhari dan Muslim

# nota

Seorang lelaki dan perempuan yg telah bertunang ,masing –masing hendaklah menjaga pergaulan ,jikalau sebelum ini seorang lelaki itu mempunyai ramai kawan perempuan maka dia hendaklah mengurangkan hubungan itu kecuali dlm hal-hal yg penting sahaja supaya tidak wujud rasa syak dan wasangka pihak perempuan dan juga sebaliknya

Seseorang yg bertunang samada lelaki dan perempuan hendaklah membuat persediaan iaitu melengkapi diri dengan ilmu-ilmu agama dan kemahiran –kemahiran yg asas seperti mampu menjadi imam solat kepada isterinya ,mengetahui ilmu fardu ain , kemahiran memasak ( bagi perempuan), kemahiran memikat isteri/suami adab-adab melakukan persetubuhan dan perkara-perkara asas yg lain

Selepas diterima lamaran itu barulah lelaki dan perempuan terikat dengan tali pertunangan .semasa bertunang hubungan lelaki dan perempuan tersebut mestilah mengikut batasan syara’ sehinggalah mereka berdua selamat diijab kabulkan barulah dihalalkan apa yg sebelum ini diharamkan .


Ciri-ciri bakal suami/isteri

Seperti mana yg dijelaskan didlm hadis yg maksudnya :

Drp Abu Hurairah r.a bahawa nabi s.a.w bersabda : wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya ,keturunannya,kecantikannnya ,dan agamanya,nascaya berbahagialah kamu.

# hadis ini juga boleh digunakan untuk memilih bakal suami.

Nota

Digalakkan ketika memilih isteri ataupun suami pilihlah yg kuat agamanya dan berakhlak dan pandai memasak ( perempuan ), percintaan adalah satu proses kepura-puraan ,setiap pihak mempamirkan kebaikan dan kesopanan terhadap pasangannya ,apabila berkahwin maka kebaikan dan kesopanan itu akan sirna dan muncul sikap /perangai yg sebenar ,kadang –kadang rumah tangga yg di bina itu rebah dlm masa hanya beberapa tahun sahaja.

Ciri-ciri yg lain

- Bukan drp kaum kerabat yg dekat
# Tidak digalakkan berkahwin dengan sepupu kerana pada kebiasannya anak yg akan lahir itu mempunyai akal yg agak lembab ( wallah a’lam )

- Sekufu
iaitu persamaan antara suami dan isteri dlm beberapa perkara yg tertentu yg mana kekurangannya boleh merosakkan keharmonian rumah tangga.

- # jangan berpura-pura bersetuju yg anda mempunyai banyak persamaan dengan pasangan anda semasa di alam percintaan kerana ia kan memakan diri anda sahaja , kerana selepas itu perkara yg anda sembunyikan akan timbul sedikit demi sedikit dan akan menjadi satu krisis rumah tangga

- Sebaik-baiknya belum berkahwin
# kerana seseorang yg belum berkahwin akan merasa puas dan reda terutamanya berkenaan hubungan suami isteri kerana mereka belum mengalami pengalaman tersebut berbanding orang yang sudah berkahwin ,walaupun ia tidak membandingkan secara lisan tetapi di dalam hatinya akan berkata dan membanding-bandingkan prestasi anda dengan suami yg lama ,ini tidak bermakna saya menghalang anda berkahwin denga duda atau janda

---------------------
Tip untuk peperiksaan
Untuk lebih berkesan bagaimana hendak menjawab kertas 2 Pendidikan Syariah Islamiah ,saya jemput semua pelawat dan khususnya para pelajar ting 4 dan 5 ke ruangan forum ..dipersilakan
Bersambung.

Novel Hikmah Hati-Antara Mata Dan Mata Hati

Basar(mata)sering menipu,manakala basirah(mata hati) sentiasa tepat.Maka,tanyalah pada basirah dan jauhilah tipu daya sang basar...

Hikmah Hati,karya kreatif pertama Ustaz Maszlee Malik.Beliau sebelum ini giat menulis buku-buku berkaitan isu Palestin seperti Syeikh Ahmad Yasin.Novel ini hanyalah perantara buat mereka yang dahagakan simbahan spiritual,nukil Ustaz Mazlee pada halaman pertama novel ini.

Prolog-Islam Menggoyah Empayar Agung
Panglima agung empayar Parsi,Rustam begitu bengang mendengar arahan gila Kisra, mengarahkan tentera Parsi menyeberang Sungai Euphrates lantas berhadapan dengan tentera Islam di padang pasir.Kelebihan buat tentera Islam-Arab yang selama ini menghuni kawasan tersebut.

Mencari jalan keluar,beliau meminta tentera Islam menghantar utusan kepadanya.Rib'i yang datang compang-camping menhadap Rustam yang sarat dengan perhiasan mewah tanpa gentar mengucapkan
ALLAH telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan sesiapa yang DIA kehendaki dari penghambaan kepada manusia kepada penghambaan hanya kepada ALLAH!...

Inspirasi Ashabul Ukhdud
Keseleruhan cerita ini menyerupai kisah Ghulam beserta Ashabul Ukhdud,yang terungkap dalam surah Al-Buruj ayat 4-8 dan huraiannya dalam hadis riwayat Imam Muslim.

Ghulam,pemuda asal miskin berteman ibunya Maisarah.Suka mendengar kisah-kisah lampau dari Ma'di.Kegeringan Shaylam tukang sihir istana yang masyhur mendesak beliau mencari pengganti.Ternyata Ghulam yang pintar menjadi pilihan.Ia tidak terhenti di situ bahkan itulah permulaan segalanya.

Dek kerana ingin cepat,Ghulam termasuk ke dalam hutan yang dikatakan berpuaka.Rupanya rahib Samuel yang dikatakan mati dalam operasi membersihkan penganut agama Hanif itu bersembunyi dalam gua di hutan ini.Semenjak itu,Ghulam mempunyai 2 guru,Shaylam yang mengajarkan sihir Kabbalah manakala Samuel mengajarkannya agama Hanif,warisan Nabi Ibrahim a.s.
TUHAN berbicara lewat perantaraan.Kita ini terlalu hina untuk mendengar terus bicara TUHAN.Kita hanya memahami bicara-Nya lewat makhluk semata-mata.TUHAN berbicara melalui para malaikat,melalui kitab-kitab suci...

Akhirnya Ghulam diuji.Peristiwa dia berupaya mengalihkan binatang besar di pertengahan jalan menancapkan lagi aqidahnya pada Yang Maha Esa.Samuel sedar anak muridnya bakal memikul amanah sperti yang dipikul nabi terdahulu,DAKWAH.Ghulam dan Samuel turut diuji tika dakwah mereka berjalan rancak.Shahin Shah amat murka dengan Ghulam...

Membaca Double Meaning
Ustaz Maszle menegaskan,novel ini bukan sekadar menyalin tak tumpah kembali kisah Ghulam yang dihurai dalam hadis riwayat Muslim.Watak-watak,latar belakang cerita hanyalah PERANTARA kepada mesej yang cuba dibawa olehnya.Saya tidak menamatkan sinopsis cerita itu,biarpun mungkin ramai yang sudah mengetahui pengakhir kisah ini.Marilah kita renungi pula cerita tersirat di balik novel ini...
a)Keampuhan LA ILAHA ILLALLAH=sesungguhnya,kalimah Tauhid dalam jiwa Muslimlah punca kekuatan ummah.Kalimah itu membuatkan sekasar bangsa Arab menjadi berakhlaq, daripada bercakaran sesama sendiri membuahkan ukhuwah,menjelajah benua menegakkan dakwah.
b)Alam Petanda Bicara ALLAH=Dirisaukan dengan H1N1,dikejutkan dengan meningitis,leptospirosis tak kurang gempaknya buat umat bumi Malaysia.Mengapa ya?Kerana kita sibuk perihal krisis kuasa sebuah negeri,lupa bahawa DUNIA YANG INGIN DIREBUT SUDAH ADA PEMILIKNYA...
c)Pemuda-Gergasi Tidur=Ghulam itu lambang muda-mudi,yang punya semangat berkobar- kobar,berani mencuba serta kreatif.Menyedari kepintaran dan kekuatan Ghulam,amat cocok sekali Ghulam mewarisi ilmu dan kehebatan Shaylam si tukang sihir.Begitu juga muda-mudi kini perlu dibimbing supaya kelak mereka berupaya menyumbang kepada ummah seperti Ghulam bukan memilih jalan hitam,bak tagline filem Bohsia.
d)Mendidik Nilai Bukan Sekadar Fakta=Baru-baru ini Kementerian Pelajaran berminat mengehadkan pengambilan subjek untuk peperiksaan S.P.M.Secara peribadi saya menyokong hal ini kerana perlumbaan A1 terbanyak bukanlah matlamat sebenar sistem pendidikan.Ingatlah bahawa Ghulam TAHU banyak mengenai sejarah tamadun terdahulu kerana suka mengikuti cerita Ma'di namun didikan Samuel yang lebih memuaskan jiwanya yang mencari erti MAHU.

Maaflah kerana terpaksa menulis panjang.Sesungguhnya novel ini bukan olahan biasa terhadap kisah-kisah sejarah tersebut,malah ianya hanyalah PERANTARA buat jiwa yang dahagakan lembapan spiritual bak kata pengarangnya.Apa lagi,jom melabur maksimum RM13 untuk...

Penderitaan Hati Habibullah s.a.w


Apabila Ummu Aiman sampai di Mekah bersama nabi, Ummu Aiman terus menyerahkan baginda kepada datuknya Abdul Mutalib ,ketika itu Abdul Mutalib berusia 78 tahun , maka tinggallah nabi bersama sebahagian bapa saudara dan emak saudaranya yg masih belum berkahwin ,termasuklah juga dua bapa saudaranya iaitu Saidina Hamzah dan juga Saidina Abbas .


Abdul Mutalib amat sayang dan bersifat hafyan , setiap hari Abdul Mutalib akan bertanya khabar Nabi , Abdul Mutalib sangat rindu apabila berpisah dengan cucunya itu walaupun perpisahannya itu hanya 1/2 hari atau 1 hari sahaja kerana sesuatu urusan ,
Apabila pulang sahaja maka beliau akan bertanya kepada Al Harith , Apakah nabi sehat atau sakit? beliau akan bertanya kepada Az Zubair ,adakah nabi sudah makan atau belum ,beliau akan bertanya kepada Abu Uzza ( Abu Lahab ) di manakah nabi bermain hari ini ? begitulah setiap hari amalan Abdul Mutalib yg bersifat hafyan . HAFYAN bermaksud selalu bertanya keadaan seseorang sama sihat atau sakit .


Abdul Mutalib memanggil nabi bukan wahai cucuku tetapi wahai anakku ,Abdul Mutalib menganggap nabi sebagai salah seorang anaknya bukan cucunya dan layanannya sama dengan anak-anaknya bahkan kadangkala melebihi anak-anaknya , perkara ini tidak menimbulkan apa-apa masalah ke atas keluarga Abdul Mutalib kerana seisi keluarganya memang mengasihi Nabi .
Kasih sayang Abdul Mutalib dapat dibuktikan berdasarkan satu kisah , pada setiap minggu Abdul Mutalib akan duduk di sisi baitullah ,disitulah beliau akan memberi nasihat kepada pembesar-pembesar Quraisy yg lain dan menyelesaikan masalah yg timbul pada masa seminggu itu . Kebiasannya sebelum Abdul Mutalib duduk di sisi Baitullah persiapan seperti hamparan -hamparan atau tempat duduk Abdul Mutalib akan disediakan ,begitu juga hamparan -hamparan yg lain untuk 10 anak lelaki Abdul Mutalib . Hamparan Abdul Mutalib sudah pastinya lebih tinggi drp anak-anaknya . Persiapan itu umpama persiapan untuk raja .
Anak- anak Abdul Mutalib tidak berani duduk sebelum diizinkan oleh bapanya ,tiba-tiba Muhammad meluru ke arah Kaabah dan terus duduk di hamparan yg disediakan untuk Abdul Mutalib ,Bapa-bapa saudaranya menegah nabi drp melakukan perkara itu ,tetapi di tegah oleh Abdul Mutalib dan dia berkata . Biarkanlah anakku itu ,dia gemarkan kebesaran . Ketika itu usia nabi dlm lingkungan 6 hingga 8 tahun
Begitulah kasihnya Abdul Mutalib itu kepada nabi .kasih sayang yg ditunjukkan oleh Abdul Mutalib itu menyebabkan penderitaan nabi yg baru kehilangan ibunya terubat.Sikap datuknya itu menimbulkan kecintaan di dalam hati nabi dan nabi selalu menyebut-nyebutnya . Ketika tentera Islam lkucar-kacir di dlm Perang Hunain ,nabi berusaha untuk menyatukan barisan tentera Islam dan bersabda ,Wahai kaum Muslimin ,Aku Rasulallah ada di sini , aku adalah anak Abdul Mutalib .
Ketika Abdul Mutalib hampir meninggal dunia ,dia berkata kepada Ummu Aiman ,Peliharalah baik-baik anakku ini , beliau juga ada berkata kepada Abi Talib , Jagalah anakku ini baik-baik .Beliau tidak akan membiarkan nabi dipelihara oleh anak-anaknya yg ramai itu kerana tidak mahu hidup nabi teraniaya . Setelah nabi dipelihara oleh datuknya selama 2 tahun dan usia nabi mencapai 8 tahun ,Abdul Mutalib pun meninggal dunia , beliau mewasiatkan penjagaan nabi kepada Abi Talib kerana Abi Talib adalah saudara seibu sebapa dengan ayahanda nabi iaitu Abdullah .
Kematian Abdul Mutalib merupakan peristiwa yg amat menyedihkan hati nabi ,buktinya nabi terus-terusan menangis sehingga jenazah datuknya itu di bawa kekuburan untuk dikebumikan.Keperitan hati nabi lebih parah berbanding keperitan yg dirasai ke atas meninggalnya ibu dan ayahnya ,kerana pada ketika itu baginda masih kurang mengenali kehidupan tetapi apabila datuknya meninggal nabi sudah mengenali kehidupan . bersambung

Siri 2 : Police Officer itu Babi ?...Oh Ya...

video

Assalamualaikum .

Harap bersabar berikan mereka peluang utk berhujjah ... yakinlah AlQuran drp Allah yg tidak mengandungi sebarang kesalahan ... saksikanlah siri yg ke 2 ini.

DEBAT : Al Quran Vs Injil

video

Assalamualaikum

Siri baru perdebatan Dr.William Campbell dengan Dr. Zakir Naik berkenaan Al Quran dan Injil dlm MENGUPAS ILMU PENGETAHUAN . Para penonton hendaklah bersabar ketika menyaksikan perdebatan ini ... saksikanlah

Imam Mahdi r.a

video

Assalamualaikum ,

Para penonton akan mengetahui serba sedikit berkenaan salur galur Imam Mahdi r.a apabila melihat siri ini ..jadi saksikanlah .

Kena Sebat 70 Kali !!



Ummu Aiman sentiasa dihati orang Islam ,beliau menjadi ingatan kaum muslimin sehingga pemerintahan kerajaan Bani Umayyah . Berikut adalah kisah Ummu Aiman yg menjadi kenangan ummat Islam . Walaupun beliau berbangsa Habsyah ( wanita berkulit hitam)

Kisah ini berlaku pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz yg masyhur itu ,Menurut Kitab Tabaqot yg ditulis oleh Ibnu Saad " Telah terjadi satu pertukaran pendapat di antara Ibnu Furat maula kepada Usamah bin Zaid dengan Al Hassan bin Usamah bin Zaid ,Pertukaran pendapat ini berakhir dengan pertengkaran sehingga terbit makian dan kata-kata kasar . Padahal mereka adalah sekeluarga


  • Ibnu Furat berkata kepad AlHasan bin Usamah bin Zaid : wahai anak Barakah ( Ummu Aiman )

  • Al Hasan yg sangat marah dengan Ibnu Furat : Lalu berkata dengar kamu sekalian ,kamu menjadi saksi si atas perkara ini

Ibnu Furat adalah bekas hamba bapanya , Ummu Aiman nama asalnya Barakah tetapi Nabi tidak pernah memanggilnya dengan Barakah tetapi nabi memanggilnya dengan nama Ummu Aiman iaitu ibu kepada Aiman , ataupun dengan panggilan UMMAH bermaksud ibu . Jadi perbuatan Ibnu Furat itu merupakan penghinaan kepada pengasuh nabi .

AlHasan melaporkan perkara ini kepada Gabenor Madinah iaitu seorang Ulama ' besar dlm bidang Hadis iaitu Abu bakar Muhammad bin Amru Bin Hazmi .Abu Bakar memanggil Ibnu Furat untuk disiasat

  • Abu Bakar bertanya kepada Ibnu Furat : Wahai Ibnu Furat apakah maksud saudara memanggil Ummu Aiman dengan panggilan Barakah .
  • Ibnu Furat menjawab : Saya memanggilnya dengan nama sebenarnya
  • Abu Bakar menjawab dengan marahnya : Tidak benar demikian ,anda tahu nilainya di sisi Islam ,ketahuilah nabi tidak pernah memanggilnya dengan Barakah ,anda telah mengecikannya /menghinaknnya . Saya tidak akan dimaafkan oleh Allah sekiranya saya memaafkan anda dlm hal ini.

Lalu Ibnu Furat dijatuhkan hukuman dengan 70 kali pukulan . Demikianlah mulianya kedudukan Ummu Aiman ,pengasuh nabi walaupun beliau berkulit hitam dan berbangsa Habsyah .bersambung

Siri Akhir : Pembongkaran Yg Menyakitkan

Assalamualaikum ,

Siri yg terakhir yg menyingkap :GOOD FRIDAY " yg sepatutnya "GOOD WEDNESDAY " apakah peristiwa yg berlaku pada hari itu ...anda nak tahu ..saksikanlah siri penamat ini

Siri 4: Good Friday

Assalamualaikum

Satu lagi salah faham Kristian tersingkap , ikutilah siri ini untuk mengetahuinya kerana baik utk keyakinan anda sebagai MUSLIM ..jadi saksikanlah semoga anda mendapat manfaatnya

Related Posts with Thumbnails