email
twitter
facebook

TELUR pun ada yg palsu


Saya petik: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran. Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.


SEORANG pegawai CAP, N.V. Subbarow menunjukkan telur tiruan (kiri) yang lebih besar berbanding telur sebenar di George Town semalam. Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa.


Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur. Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.


Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama.


Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar. Cara mengenal telur tiruan: •Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur. •Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara. •Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar. •Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal. •


Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah. •Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan. •Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama. •Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh. Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia.


Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini. Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam. SM Mohamed Idris, Presiden CAP.


Artikal ini di ambil dari blog duniacacmerba -


8 Ulasan:

hawiz berkata...

mak aih...macam2 skrg..

RHEA berkata...

Memang dah lama ujud di negeri China.. tak sangka pula akan lepas ke gara kita..

ini salah satu bencana juga kepada umat..

wallahu'alam..

RHEA berkata...

TYPO --> ke negara

Tanpa Nama berkata...

teman lelaki saya memaki hamun 'babi la duit pon xde nak beli rokok' padahal dia dah lame x bekerja..mcm mane duit nak ade...saya je yg support dia sejak bulan 12 tahun lepas.. apakah maksud yg dia maki tu? sape senarnya yg dia maki tu? apakah hukumnya ustaz??

nurin berkata...

salam..teman lelaki saya slalu memaki hamun 'babi la duit naj beli rokok pon xde..' padahal dia dah lama x bekerja...
jadi apda siapakah dia maki tu? adakah pada tuhan? apakah hukum nya ustaz??

Sang karut berkata...

Saya pun tak tahu ..kena tanya dialah siapa yg dia maki


alah ..tinggakan ker lah teman lelaki yg tidak berguna tu...

dan berhentilah dari bercuople..

Tanpa Nama berkata...

saya minta izin share

Ahmad Abdul Rahman berkata...

Assalamualaikum Ustaz ...

Saya ambil SPM zaman 80an ... dalam teks mata pelajaran Agama Islam ... pertelingkahan antara Saidina Ali RA dan Muawiyah RA spt yg diajar oleh Ustaz bahawa wakil Saidina Ali RA ditipu oleh wakil Muawiyah RA ... yg kini saya telah tahu sumber itu palsu.

Jadi saya nak tahu ... bagaimana riwayat sedemikian boleh dijadikan sumber teks ... dan dari mana sumbernya?

W'salam.

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails