email
twitter
facebook

BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK




25 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya

mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena..

Oleh : PieLan


13 Ulasan:

mdsaf_kyo berkata...

lupakan sahaja minuman ringan @ bergas kan lebih baik....

Tanpa Nama berkata...

sayer setuju

Tanpa Nama berkata...

saya usop,bekas penari turut bersetuju

Tanpa Nama berkata...

cmne dgn model iklan minuman ringan tsebut..
bdose @ tidak...mengajak, mgoda, menarik phatian kite utk mbeli minuman tsebut...aiyakkkk!!!!

Tanpa Nama berkata...

nasib baik aku x minat langsung minuman nie...

ina berkata...

Cabaran kepada umat Islam. Sentiasa di ancam walau secara senyap.

mamat berkata...

btol2...

Tanpa Nama berkata...

aku dh minum bergelen dah skrg beu bgtau hampeh tol

storm berkata...

hbis klu macm tu mana pihak yg sepatutnyer bertggjwab!!!! xkan dok diam je?ambik la tindkan...

Tanpa Nama berkata...

kluargaku xpernah m'war2kn utk m'bli minumn spt ni

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum....pendapat sya d sini ialah jka kita rasa ragu2 dgan mnuman ini mka jauhilah krana itu lbih baik.....

Tanpa Nama berkata...

Sekarang kan dah banyak minuman seperti itu dikeluarkan oleh syarikat orang kita -Islam cthnya produk HPA dan banyak lagi produk IMP yang lain. Saya dan keluarga dah lama menggunakan produk IMP nie.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..sy baru saje check kt web JAKIM mengenai status RIBENA ni dan terbukti HALAL.. sila senak kt http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails