email
twitter
facebook

Masjid timbul sendiri ? - Mencari kebenaran



Nampaknya hampir terlerai persoalan ini ... banagunan ini dikatakan pasenteran dan dibangunkan oleh jamaah dengan kudrat ,iradat mereka ... nanti esok jika ada info lagi admin akan menjelaskanya

Jom jadi manusia ..bebaskan diri drp ifrit


Cara mengeluarkan jin ifrit dari jasad manusia

2-Bertasbih dan solat tasbih

Selain dirotan jin ifrit yg mendiami jasad manusia insyallah boleh dikeluarkan dengan bertasbih sebanyak 3000 siang dan 3000 malam .lafadz tasbih itu berbunyi ..

" SUBHANALLAH WAL HAMDULILLAH WALLA ILAHA ILLA ALLAH WALLAHU AKBAR WALA HAULA WALA QUATA ILLA BILLAH HIL ALILIL AZIM "

Bacalah tasbih ini di dalam hati samada ketika duduk , berjalan dan melakukan aktiviti -aktiviti lain asalkan tumpuan bacaannya itu ditujukan ke dalam jantung .Sekiranya bacaan itu tidak dituju ke dalam jantung maka amalan itu tidak berkesan utk mengeluarkan ifrit .

Selain drp itu solatlah tasbih setiap malam sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam . Kaifiat solat tasbih adalah seperti berikut ...
  1. Niat solat tasbih

  2. membaca tasbih 15 kali / sekiranya tidak membaca tasbih di bahagian ini maka bacaan tasbih boleh di bawa ke bahagian seterusnya iaitu selepas membaca surah fatehah dan surah-surah sunat sebanyak 15 kali .

  3. membaca al fatehah dan surah

  4. membaca tasbih 10 kali

  5. rukuk serta membaca bacaan rukuk

  6. membaca tasbih 10 kali

  7. i'tidal serta membaca bacaannya

  8. membaca tasbih 10 kali

  9. sujud serta membaca bacaannya

  10. membaca tasbih 10 kali

  11. duduk antara 2 sujud serta membaca bacaannya

  12. membaca tasbih 10 kali

  13. sujud serta membaca bacaannya

  14. membaca tasbih 10 kali
  15. Duduk sebelum berdiri tegak dan membaca tasbih 10 kali sekiranya sebelum membaca al fatehah tidak dibacakan tasbih sebanyak 15 kali

  16. berdiri tegak

  17. membaca tasbih 15 kali

  18. membaca al fatehah dan surah

  19. membaca tasbih 10 kali

  20. rukuk serta membaca bacaannya

  21. membaca tasbih 10 kali

  22. i'tidal serta membaca bacaannya

  23. membaca tasbih 10 kali

  24. sujud serta membaca bacaannya

  25. membaca tasbih 10 kali

  26. duduk antara 2 sujud serta membaca bacaanya

  27. membaca tasbih 10 kali

  28. sujud serta membaca bacaannya
  29. membaca tasbih 10 kali
  30. duduk tahiyatul akhir serta membaca bacaannya / jika tadi sebelum membaca fatehah tidak membaca bacaan tasbih maka bacalah tasbih sebanyak 10 kali sebelum membaca bacaan tahiyatul akhir .

  31. memberi salam ke kanan dan ke kiri

  32. mualat iaitu berterusan perbuatan dari awal hingga akhir tanpa diselangi oleh perkara yg lain
Setelah selesai 2 rakaat solat tasbih di atas maka ulang sekali lagi utk mengenapkan solat tasbih sebanyak 4 rakaat . Jadi kaifiat solat sunat tasbih ada 2 cara seperti yg dijelaskan di atas .

Tasbih sebanyak 3000 kali siang dan 3000 kali malam dan juga solat sunat tasbih ini amat berkesan untuk mengeluarkan syaitan diri atau ifrit diri .

Amalan ini juga amat berkesan kepada sesiapa yg hendak bertaubat nasuhah tetapi masih melakukan maksiat yg sama setelah bertaubat . Setiap dosa wajib dikifaratkan .

3- Bersedekah .

Ini lah cara yg lain utk mengeluarkan ifrit diri darp jasad manusia . Bersedekah kepada manusia yg memerlukan seperti fakir miskin ,anak-anak yatim yg miskin , para pelajar yg memerlukan seperti pelajar tahfidz dan ibu-ibu tunggal dan sebagainya . Tujuan sedekah ialah menghindarkan kemurkaan Allah yg akan menimpa diri manusia yg telah berbuat maksiat dan dosa . Bersedekah juga akan membuka pintu -pintu rahmah kesan drp detikan hati penerima sedekah secara sepontan yg dikatagorikan sebagai doa yg paling mustajab cth . Alhamdulillah bagusnya orang ini ! . Pemurahnya orang ini ! .Ya Allah ampunkan dia ya Allah ! dsb Pintu -pintu rahmah inilah yg menyebabkan ifrit diri @ syaitan diri akan keluar darp jasad manusia yg melakukan amalan bersedekah .

Kifarat diri

Kifarat diri terbahagi kepada 2 bahagian

1- Kifarat sebelum dikifaratkan
2- Kifarat terus drp Allah

Kifarat sebelum dikifaratkan bermaksud seseorang manusia yg tahu dirinya banyak melakukan maksiat dan dosa kemudian diberi petunjuk tuhan agar kembali ke jalan-Nya . Maka diri manusia itu mencari cara utk kembali . Setelah berjumpa maka dia melakukan amalan tersebut seperti rela dirotan dan bertasbih serta solat tasbih serta bersedekah .Sehinggalah diri manusia itu merasa dirinya telah bebas drp belenggu dosa @ ifrit .

Jadi kesukaran ketika ber tasbih dan solat tasbih itu sebagai kifarat akan dosa dan maksiatnya . sifat bakhil yg muncul ketika bersedekah dan kemudian dilawan itulah yg menjadi kifarat dosa dan maksiat yg dilakukannya .Sebenarnya ada lagi cara yg lebih berkesan tetapi cukuplah hanya 3 cara itu sahaja .

Kifarat terus drp Allah bermaksud seseorang diri manusia yg tidak menghiraukan dosa dan maksiat dan menganggap tidak akan ada apa-apa yg akan ditimpakan kepada dirinya setelah diri manusia itu melakukan dosa dan maksiat . Maka Allah akan mengkifartkan diri manusia itu . Manusia suka melebelkan kifarat itu sebagai bala' .

Bala di sempitkan rezeki atau rezeki tidak berkat . Sentiasa ditimpa musibah dsb . Jika kita lihat kifarat yg Allah timpakan seperti disempitkan rezeki atau rezeki tidak berkat saling tidak tumpah dengan diri manusia yg telah sedar lalu dia mengkifaratkan dirinya seperti bersedekah . Hidup ditimpa musibah bertalu-talu sama seperti seseorang itu bersusah payah bersolat tasbih dan bertasbih 6000 kali sehari semalam .

Wahai manusia ! pilihlah kifarat anda samada anda mahu mengkifaratkan diri sebelum dikifaratkan atau Allah sendiri mengkifaratkan anda . Ianya pasti ! ...tidak ada sesiapa yg terlepas walaupun seorang manusia di muka bumi Allah ini !.

Walaubagaimanapun semua cara diatas hendaklah diambil dari guru secara berwasilah bukan dibaca da terus diamalkan .Ini lah yg membezakan sesutau amalan itu berkesan atau sebaliknya .

Sekiranya kamu melihat manusia yg tetap hatinya maka ketahuilah manusia itu telah dipercepatkan balasan surganya tetapi jika kamu melihat manusia itu sempit dadanya , gelisah hatinya maka ketahuilah sesunguhnya dia telah dipercepatkan balasan azab nerakanya didunia ini lagi . Maka apakah yg akan menunggu setelah sipulan dan sipulanah itu mati ! ...
walla a'lam .


Masjid timbul sendiri ?



Siapa boleh beri penjelasan berkenaan masjid yg kononnya timbul sendiri selepas kejadian thunami di indonesia .pelawat -pelawat atau pembaca dari indonesia yg membaca blog ini ada respon berkenaan perkara ini ...jika ada silakanlah berikan komen di bawah klip video ini ..

Jom jadi manusia ..Warga ifrit yg anda perlu tahu


Pada artikal yg lepas saya ada menjelaskan satu cara bagaimana mengeluarkan ifrit dari tubuh badan manusia ...pada kali ini saya akan teruskan lagi dengan menjelaskan beberapa cara yg berkesan bagaimana mengeluarkan ifrit dari tubuh badan manusia ..

Tetapi sebelum itu saya hendak menjelaskan perkara lain terlebih dahulu

Apakah itu ifrit diri @ syaitan diri dan juga ifrit saka dan ifrit upahan manusia dan ifrit liar dan ifrit pegawai azazil

5 jenis ifrit ini semuanya adalah warga @ bangsa ifrit yg sama tetapi berbeza dari segi sebab dan punca ia masuk kepada tubuh badan manusia ..

Ifrit diri

Ifrit diri ini juga dikenali sebagai syaitan yg dibekalkan oleh Allah apabila seseorang manusia itu melakukan maksiat dan dosa samada yg ada hubungan dengan Allah atau yg ada hubungan dengan manusia seperti berzina , marah kepada seseorang tanpa sebab yg diharuskan syara' , melawan guru , melanggar hukum hakam syara' meninggalkan solat , melakukan dosa-dosa kecil dan besar dan macam -macam lagi .

Ifrit -ifrit ini kekal di dalam jasad manusia dan sebati dengan nafsu serta sentiasa merangsang nafsu melakukan kejahatan . cthnya apabila seseorang itu terlampau marah sehingga lupa pada tuhannya maka ketika itu lah ifrit akan masuk ke jasad manusia itu . tidak tahulah berapa banyak ifrit yg akan masuk . Ifrit- ifrit itulah yg akan menambah perisa perasaan marah yg sememangnya sudah ada pada sifat semua diri manusia . Maka selepas sahaja peristiwa itu , manusia itu akan lebih cepat naik baran @anginnya berbanding dahulu ,jika tidak dikawal maka sifat marah itu akan semakin besar dan semakin tidak terkawal . Begitulah proses bagaimana ifrit -ifrit itu masuk ke dalam diri manusia . Qiaskanlah sahaja dengan perlakuan -perlakuan dosa yg lain . Mudah cerita perlakuan dosa yg besar akan menyebabkan ifrit yg besar dan banyak akan masuk ke jasad manusia ,perlakuan dosa yg kecil ifrit yg kecil-kecil dan sedikit akan masuk ke jasad manusia pula dan begitulah prosesnya pada setiap hari .

Jangan ingat di dlm tubuh badan kita tiada unsur -unsur ifrit ,semua manusia itu ada unsur-unsur itu termasuklah yg menulis artikal ini .

Ifrit saka

Saka terbahagi kepada 2 saka baik dan saka jahat .saka jahat lah yg wajib dibuang kerana ia boleh merosakkan keturunan manusia dengan mendorong keturunan manusia itu melakukan kejahatan . Membuang saka sangat susah ,cuma pakar sahaja yg mampu melakukannya . Saka jahat ini akan bertambah sihat dan gemuk jika jasad manusia itu melakukan dosa dan maksiat . saka jahat ini akan menjadi kurus dan sakit jika jasad manusia itu cuba melawannya dengan memperbanyakkan ketaatan kepada Allah . Saka jahat ini akan mengamuk-amuk jika kehendaknya tidak dituruti ...

Saka baik pula juga dikalangan ifrit tetapi mereka beragama Islam . Mereka ada di dalam jasad manusia .Tujuannya ialah memberi peringatan kepada jasad manusia itu supaya melakukan perintah Allah s.w.t . Saka ini dikenali sebagai saka yg menjaga keturunannya .Ia terhasil dari doa nenek moyang yg soleh-soleh mungkin tarafnya mencapai darjat wali-wali Allah s.w.t.

Saka jenis ini akan kurus dan sakit jika jasad manusia itu akan melakukan maksiat dan sering menyakiti manusia itu sehingga sedar yg jasad manusia itu telah melakukan maksiat . Mereka sering mendorong jasad itu agar berjumpa para pak kiayi supaya berubat . Bukan berubat utk membuang saka tetapi berubat utk memperhati hati yg penuh dengan dosa dan maksiat . Saka ini akan pergi sendiri jika jasad manusia itu telah mencapai taraf minimum darjat kesolehan yg gariskan oleh nenek moyangnya yg terdahulu .

Jadi mudah sahaja utk membezakan diantara saka jahat dengan saka baik ..jika jasad manusia itu melakukan maksiat dan timbul padanya perkara -perkara luar biasa maka itu adalah hasil daripada pertolongan ifit pendamping dan itulah saka yg jahat dan sebaliknya .

Ifrit Upahan

Ifrit upahan ini adalah dikenali sebagai warga jin ifrit beragama bukan Islam dan mereka sentiasa bersedia utk menghancurkan akidah dan masa depan manusia .Warga jin ifrit ini diangkat martabatnya oleh sebahagian manusia yg dikenali sebagai paranormal -paranormal sebelah alam gelap .


Sebahagian manusia yg hebat disebelah alam gelap ini bersedia berkhidmat apabila diupah dengan sekian upah yg ditetapkan oleh sebahagian manusia yg lain utk memusnahkan sebahagian manusia yg lain . Ifrit -ifrit inilah yg menjadi sebab musabab seseorang itu terkena sihir , ilmu pengasih , , santau dsb .Semua perkara itu terjadi dengan izin Allah s.w.t


Ifrit liar


Warga ifrit liar ini adalah warga jin yg bebas tinggal di kediaman mereka dan hidup berkampung dikalangan mereka samada di hutan -hutan atau dilaut-laut atau di gua-gua dan sebagainya . Kadangkala mereka marah kepada manusia yg menceroboh tempat tinggal mereka , Lantaran itu manusia yg mencerobooh itu akan meracau dan bertindak bukan asli perangai asalnya . Ifrit ini boleh jadi beragama Islam dan boleh jadi beragama selain Islam


Ifrit pegawai azazil


Warga ifrit ini adalah agen azazil yg patuh dengan tuannya iaitu azazil .Ifrit ini enggan masuk ke dalam Islam walaupun dirinya sudah dikalahkan ,kerana mereka menganggap menghcurkan manusia itu adalah tugas mereka seperti tugas para rasul yg menyeru ke jalan Allah tetapi mereka menyeru ke jalan sebaliknya .


Semua ifrit yg disebutkan di atas boleh dikeluarkan dari tubuh manusia dengan izin Allah s.wt apabila ia masuk ....



Bersambung ........



Maher zain lagi...

Jom jadi manusia - Dosa itu ifrit !


Rohaniah manusia yg tinggi lagi terkawal .

Setiap manusia yg dilahirkan ke alam dunia akan mempunyai rohaniah yg tip top 100% , tiap-tiap hari manusia itu layak menyambut aidil fitrah kerana jiwa manusia itu suci fitrahnya dari kawalan hawa nafsu . Nafsu yg 100% baik itu dikenali sebagai nafsu kamilah atau insan kamil . Sesungguhnya bayi ,kanak-kanak sehinggalah mereka belum mencapai umur baligh mempunyai rohaniah yg 100% baik dan tip top @ nafsu kamilah @ separuh wali .

Jadi hormati lah anak-anak kita ..sesungguhnya rezeki yg kita makan hari-hari itu berkemungkinan besar disebabkan mereka yg dirahmati oleh Allah , bukan kita yg banyak melakukan maksiat dan dosa-dosa . Adakah kita tidak malu? , kita yg darjatnya nafsu ammarah memukul manusia yg darjatnya nafsu kamilah .? Memarahi mereka suka sesuka hati ? Tanpa belas kasihan ? membuang mereka merata-rata ...manalah tahu hidup mereka itu nanti akan membawa tuah kepada kita yg sudah sial lagi dilaknat dan tidak bertuah kerana maksiat yg kita suka lakukan ...


Sehinggalah jasad manusia itu tamat tempoh percubaannya ..maka balighlah ia ..ketika itu tiada lagi penjagaan tuhan terhadapnya .. segala apa yg dilakukan olehnya akan ditanggung oleh jasad manusia itu ..jika baik maka ia akan dapat mengekalkan martabatnya sebagai manusia yg mempunyai nafsu kamilah jika buruk maka darjat nafsunya akan menurun dan terus menurun sehingga jatuh menjadi nafsu ammarah.


Syaitan@ifrit didownloadkan setiap kali manusia melakukan dosa dan maksiat .

Dan barang siapa bermaksiat kepada Allah dan Rasul maka Allah akan campurkan baginya syaitan@ifrit ke dalam diri manusia dan jadilah ia bersekutu dengan nafsu @ diri manusia .

Apakah itu dosa ?

Jangan berzina ! nanti berdosa ! ... tak takut pun !..dosa ? he ..he tak nampak pun ! ... enjoy-enjoy ..releklah brother ...

Dosa sebenarnya adalah syaitan ataupun jin ifrit yg di beri kepada sesiapa yg melakukan dosa dan maksiat terhadap rasul dan Allah . Semakin banyak dosa itu dilakukan semakin banyak ifrit dicampakkan ke dlm jasad manusia sebagai balasan keingkaran manusia terhadap tuhannya .

Ifrit-ifrit itu akan mendiami jasad manusia dan menunggang nafsu serta dipacu ke arah maksiat yg sama cthnya seseorang manusia itu telah berzina maka Allah akan campakkan 100 ekor ifrit yg kerjanya mendorong manusia berzina ,jika 100 ekor itu berjaya mengajak manusia itu berzina buat kali kedua kalinya maka Allah akan campakkan 100 ekor afrit lagi dan seterusnya

Jadi pelaku zina itu akan ketagih melakukan zina lagi dan lagi ... jika pelaku zina itu bertaubat ..tidak mahu melakukan lagi perbuatan tersebut ..maka 2 tiga hari ataupun lebih pelaku zina tersebut akan terangsang dan ketagih semula melakukan zina itu lagi sebab . ifrit pendorong zina itu masih ada lagi di dalam badan manusia , ia belum keluar -keluar lagi sehinggalah jasad pelaku zina itu dikifaratkan atau diseksa atau dihukum dengan 100 kali sebatan . setiap 1 kali sebatan akan mengeluarkan 1 ifrit , 100 kali sebat 100 ifritlah akan keluar.

Pelaku zina yg telah dikifaratkan dengan hukuman Tuhan akan dihapuskan dosanya dan di normalkan perasaanya seperti sebelum ia berzina ..jadi itulah sebahagian jawapan kepada soalan-soalan dari pembaca blog ini ...

Antara keluhan -keluhan pembaca yg hendak bertaubat sebahagiannya saya catatkan di sini ..

"bantulah saya ustaz ..saya ingin bertaubat tetapi mengapa selepas sahaja 2 ,3 hari bertaubat saya rindu melakukan maksiat itu lagi ..."

"setiap kali saya melakukan maksiat maka saya akan menyesal tetapi esok saya akan melakukannya lagi dan menyesal lagi ..tolonglah saya ustaz ...bagaimana hendak bertaubat yg sebenar-benarnya ?"

keluhan-keluahan ini sering saya terima ... dan jawapannya utk sebahagian soalan telah terjawab dengan penerangan di atas ..

Setiap dosa wajib di kifaratkan

A
da beberapa jenis kifarat dosa yg telah ditemui diantaranya ialah

1- Di rotan -seperti yg telah ditetapkan di dalam Al Quran dan Hadis seperti berzina dikifaratkan dengan 100 kali sebatan rotan , minum arak dikifaratkan dengan 40kali sebatan rotan .

Bagaimanakah cara rotan yg boleh mengeluarkan ifrit ? adakah rotan sekuat -kuat hati atau semarah-marah hati ? . 2 situasi itu tidak boleh mengeluarkan ifrit bahkan ia akan menambah ifrit kepada perotan dan yg dirotan .ifrit yg akan masuk dijasad ke 2-2 manusia itu ialah ifrit yg mendorong kepada marah dan dendam .

Jadi kifarat rotan hendaklah dijalankan oleh perotan yg mempunyai darjat nafsu mutmainnah sekurang-kurangnya . Ketika merotan , hati hendaklah di dlm keadaan tenang dan tidak marah kepada pelaku maksiat . Maka kesannya nanti orang yg dirotan juga akan tenang iaitu tidak marah kepada hukuman dan orang yg merotan ,bahkan bersyukur dan mengucapkan terima kasih kerana telah membebaskan dirinya drp belenggu ifrit .

Jika perotan ketika merotan di dlm keadaan marah maka kesan sebaliknya diterima seperti dendam ,marah dan enggan bertaubat ...serta melaknat orang yg merotan ..

Amalan rotan telah disyorkan oleh Rasulallah s.a.w seperti berikut..

"Ajaklah anak-anakmu melakukan solat sekiranya sudah mencapai umur 7 tahun , dan pukullah jika ia berumur 10 tahun sekiranya dia enggan bersolat "

Tujuan pukul atau rotan di sini adalah utk mengeluarkan ifrit-ifrit yg mendorong kepada malas utk mendirikan solat ...amalan merotan diamalkan oleh para sahabat rasul Allah seperti ...

'Saidina Umar pada setiap malam bermuhasabah dan merotan tubuh badannya sebelum ia bertahajuud dan berzikir kepada Allah s.w.t"

Walupun dia dijanjikan surga baginda tetap merotan tubuh badannya bagi mengeluarkan ifrit -ifrit yg kecil -kecil yg sesuai dengan martabatnya sebagai sahabat nabi yg besar . Amalan merotan juga menjadi amalan biasa yg diamalkan oleh orang-orang soleh seperti ...

" Para aulia Allah yg besar-besar seperti Al Junaid Al Baghdadi seringkali merotan jasadnya ketika ia duduk berkhalwat @ bertapa @ bertawajuh .@berzikir ."

Jika kita mahu mengambil pengajarannya ,kita sebagai manusia yg lemah dan banyak berdosa itu tidak mahukan mengikut apa yg di lakukan oleh orang -orang yg soleh zaman dulu...

Kekuatan hayunan rotan tidaklah sampai menyiatkan kulit daging manusia dan orang yg dirotan wajiblah menutup aurat iaitu tidak dibogelkan ataupun didedahkan dibahagian yg hendak dirotan ...



bersambung...

Bulan kawin - kawin

Jom jadi manusia ..anda dipelawa ...hanya roh akan dilihat di alam akhirat

Amaran : Ini adalah sebahagian surat elektronik dari pembaca blog ,mereka bertanyakan tentang masalah yg mereka hadapi ,Sesungguhnya paparan e-mail mereka pada post kali ini bukan utk mengaibkan mereka tetapi utk menjawab sekian banyak soalan yg hampir sama yg saya terima mirip dengan masalah mereka . Berapa banyak manusia yg hendak kembali kepada Allah s.w.t telah gagal dipertengahan jalan .. admin bukannya malaikat yg tidak ada dosa ..admin seperti manusia biasa yg berdosa dan melakukan maksiat kepada Allah...

E-mail pilihan yg pertama

Assalamualaikum

"sy ada sedikit pertanyaan.. sy sekarang hidup penuh dengan dosa.. sy ingin bertaubat tapi hati ni masih tidak mahu bertaubat.. sy masih mahukan hiburan dunia yg tktaw ble habisnya.. sy tk tinggal solat 5 waktu tp dosa sy tetap buat.. ble sy dah buat dosa bru sy tkt azab Allah.. tp hanya seketika dan perkara yg sama akan berulang.. sy ingin sgt tinggalkan dosa2 sy sebab sy tkt sy mati dlm keadaan pmuh hina dan dosa tp sy tktaw mcm mane sebab hati yg masih tk mahu berubah..tlglah ustaz.. sy tktaw apa patut buat.. "

E-mail pilihan yg ke 2

Assalamualaikum…
Saya ingin bertanya, bagaimanakah taubat yang betul untuk orang2 yang telah melakukan maksiat / zina?


Bagaimana cara untuk meninggalkan maksiat?
Saya ada research kat internet bagaimana dosa orang yang berbuat maksiat ini boleh diampunkan, namun masih tidak berpuas hati.

Dahulu saya pernah buat solat taubat, tetapi akhirnya saya mengulangi lagi dosa yang pernah saya lakukan. Sejak itu saya belum buat lagi solat taubat, saya takut kalau terbuat lagi dosa yang sama. Tapi sekarang ni saya dah kurang terjebak dengan maksiat zina dan kadang rasa benci dengan perbuatan itu.… tetapi kadang2, datang juga godaan.

Walaupun saya sedang berbuat maksiat, saya boleh ingat bahawa Allah itu melihat apa yang saya sedang lakukan ketika itu. Hati saya rasa bersalah dan malu dengan Allah tetapi jasad saya teruskan berbuat maksiat. Apabila ingin bersolat dan berdoa pun saya rasa malu…sebab saya banyak berbuat dosa…. Saya takut hari2 yang akan datang akan ditimpa bala, kadang2 saya rase hidup saya tak berkat langsung, terasa macam solat 5 waktu, mengaji, apa pun kebaikan yang saya buat rasa macam tak diterima Allah. Bila fikirkan hidup bekeluarga akan datang, lagi saya takut. Saya takut kalau anak2 saya jadi macam saya jugak. Orang selalu kata, apa yang kita buat hari ni, anak2 akan balas dikemudian hari….

Tolonglah beri panduan pada saya ustaz…

E-mail pilihan yg ke 3

Assalamualaikum
saya telah terlanjur dengan bekas teman lelaki saya sebulan yang lepas. sekarang saya betul-betul menyesali atas perbuatan saya tu. walaupun sekali, namun dosa saya tu amat besar. tak tertanggung rasa. harap, ustaz dapat bagi tunjuk ajar cara dan langkah yang betul untuk saya bertaubat. dan adakah taubat saya diterima oleh Tuhan

E-mail pilihan yg ke 4

Assalamualaikum
Salam ustaz,ingat saya lagi...saya rasa hanya ustaz saja yg mampu menolong saya..saya ada berjumpe juga ustaz di darussyifa..tp masih tdk berjaya..izinkan saya ulangi masalah saya ini..

saya mempunyai banyak rasa was2...mula2 saya rasakan was2 dalam syahadah,bermaksud iaitu saya xyakin syahadah saya betul ke x bacaan nya..adakah bacaan saya betul2 seperti ikhlas dan mcm2 lagi seperti org yg was2 membaca Alfatihah dlm solat..ingin memastikan semua betul...selepas masalah itu selesai,datang pula was2 yg lain iaitu perlu berjmpa ustaz kerana saya selalu sangat was2...tp masalahnya saya sgt sukar utk berjumpa seseorg ustaz utk berceritakan masalah saya ni,saya rasa malu,apa jua yg saya lakukan semasa syahadah tu mesti was2..was2 yg slalu hadir ialah perlu berjumpa ustaz dan perlu bnyk belajar lg perkara2 yg halal dan haram kerana kdg2 lps syahadah saya mesti was2 jugak..utk mengelakkan saya berjumpa mana2 ustaz dan melegakan kekusutan hati saya,saya terpaksa melakukan cara saya sendiri iaitu saya berjanji utk tdk mengulangi perangai buruk saya,saya akan solat,mengaji,bertaubat dan apa2 kebaikan dan selepas itu baru saya berjanji utk berjumpa ustaz utk bertanya pasal was2 saya ini ...tetapi kita sebagai manusia,saya x berjaya jugak utk melaksanakan apa yg saya janjikan itu..dan sering juga melakukan perangai buruk saya itu...adakah syahadah saya sah,adakah seperti saya mempermainkannya..adakah perangai2 buruk ini boleh menyebabkan kita jd was2...bagaimana caranya ustaz.

perangai buruk saya ialah:
-sering melakukan maksiat yg ringan2...
-sering was2 benda2 yg kecil
-sering sgt sukakan hiburan..
-sering tinggal solat.

Ulasan admin

Manusia asalnya baik dan tinggi darjatnya

Sesungguhnya telah kami ciptakan manusia itu sebaik -baik ciptaan ..kemudian kami jatuhkan martabatnya ke serendah-rendah martabat yg paling bawah ..

..dan apabila di panggil roh dan dihadapkan dihadapan tuhannya lalu ditanya adakah aku ini tuhan mu! maka roh pun menjawab Ya ! engkau adalah tuhan kami ...

Roh di utus ke jasad manusia

Apabila jasad sudah sempurna di dalam rahim ibu maka Allah s.w.t memerintahkan salah satu roh ciptaan nya memasuki jasad manusia tersebut maka patung yg lengkap segala aksesorinya itu pun berfungsi dan bergerak .

Apakah aksosori patung@jasad manusia . Di antaranya adalah seperti berikut

Akal fikiran -gudang menyimpan segala memori hafalan ilmu fardu ain atau fardu kifayah -seperti ilmu nahu , usuluddin ,fekah dsb juga ilmu perubatan , ilmu pengurusan dsb ia amat berguna kepada manusia dan menjadi pemandu hidup manusia ke arah kebenaran .

Walaubagaimanapun akal akan memusuhi sesuatu perkara yg akal tidak ada maklumat @ ilmu tentang perkara itu ..akal atau ilmu akan terhapus apabila nyawa terpisah dari jasadnya . Maksudnya ia hanya berguna ketika di dunia tetapi tidak di akhirat . setinggi mana ilmu manusia itu , ia akan musnah dan hilang dengan musnahnya jasad manusia .

Nafsu - ataupun qorin yg sentiasa mendorong manusia ke arah kejahatan - ia bukan tidak berguna dan patut dimatikan dan dihapuskan .Jika ada ilmu mematikan nafsu maka manusia itu akan jadi malaikat . Maka fungsi manusia itu sudah tiada . Lebih baik manusia itu tidak diciptakan .nafsu perlu dikawal dan dikecilkan serta dilemahkan atau ditukar wataknya drp negatif kepada positif .

Nafsu ada beberapa peringkat iaitu Amarah ,lawamah .mulhimah ,mutmainnah ,rodiah ,mardiah dan kamilah ,sekurang-kurangnya darjat nafsu manusia hendaklah mut mainnah barulah manusia itu selamat drp tipu daya nafsunya ...dan perkara ini juga dikenali sebagai rohaniah baik dan rohaniah jahat ..rohaniah baik bermula dr roh yg bertaraf mutmainnah dan ke atas manakala rohaniah jahat bermula dari mulhimah dan ke bawah .Maksud jahat di sini bukan maksud jahat yg dimaklumi umum tetapi jahat bagi dirinya iaitu nafsu itu sentiasa mendorong jasad itu melakukan maksiat batin dan zahir

Inilah nanti yg akan di lihat di alam akhirat .. sukatan di sana ..bukannya ilmu tetapi hasilan ilmu yg dipelajari adakah ia boleh membesarkan roh diri masing-masing ? Ataupun hanya kata-kata yg memukau manusia di sekelilingnya dan dirinya ? Maka malanglah manusia yg seratus peratus bersandar dengan ilmu nya tanpa memikirkan hasilan darp ilmu yg di hafal-hafal dan difaham-fahamkan itu .

Dan aksosori-aksesori lain seperti mata hidung ,lidah dsb yg mana aksesori itu akan hancur juga setelah nyawa di pisahkan dari jasad .Gajet -gajet ini dicipta semata-mata sebagai utk diperkudakan untuk misi membesarkan rohaniah diri manusia masing-masing , jika gajet -gejet ini disalah gunakan maka ia akan memberi kesan yg buruk kepada rohaniah manusia iaitu rohnya semakin kecil dan jatuh martabatnya sehingga ke taraf nafsu ammarah .


bersambung ...


Insyaallah -mahir zain

Asal usul Ahmadenejad..

Bangsa Parsi itu ialah anak-anak nabi Ishaq a.s bin Ibrahim a.s. Yahudi tu anak-anak Israel a.s (Nabi Ya'qub) dan adik beradik kepada nabi Yusof a.s. Kira-kiranya orang-orang Parsi ni adalah berasal dari keturunan adik beradik kepada Israel a.s (Ya'qub) menerusi isteri nabi Ibrahim a.s bernama Sarah, kerana mereka adalah satu rumpun. Berlainan dengan nabi Ismail bin Ibrahim a.s yang mana keturunannya hari ini ialah orang-orang Arab. Adapun orang-orang Majusi Iran, Parsi yang beragama Syiah (agama yang diasaskan oleh Yahudi Ibn Saba') terkeluar dari garis Islam dan mereka adalah kelompok anak-anak keturunan dari Ibrahim dan Ishaq yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.. Dalam surah al-Saffat (ayat 113)ada menyebutkan ; "...dan daripada zuriat kedua-duanya, ada yang berbuat baik dan ada yang menzalimi diri mereka sendiri dengan nyata".

Nama Mahmud Saborjhian (kemudiannya ditukar menjadi Ahmadinejad) sabit sebagai berketurunan Yahudi dan berasal dari wilayah itu.. ini didedahkan oleh musuh politik beliau dari kelompok reformis bernama Mehdi Khazali (anak kepada tokoh reformis Ayatollah al-Kassam Khazali) di Iran awal tahun 2009. Semasa pilihan raya presiden iran baru-baru ini, bekas speaker Iran dari kubu reformis Mehdi Karroubi menyindir keturunan Ahmadinejad semasa berdebat dengan presiden Iran berkenaan.

Perlu diketahui, majoriti generasi kedua Yahudi di negara haram Yahudi hari ini merupakan migran dari wilayah Yahudi di negara Iran (rujuk kepada tulisan penulis Iran - Behrouz Souresrafil, bekas editor Kayhan International dalam bukunya Khomeini and Israel) . Bahkan kota kelahiran Messiah Dajjal yang sangat-sangat ditunggu oleh Yahudi dan Syiah itu berada di Iran, iaitu ISFAHAN - sebuah pusat penyelidikan teknologi nuklear bagi Iran hari ini, yang mana majoriti penghuninya adalah Yahudi. Menurut sebuah akhbar Yahudi, etnik Yahudi di Iran sangat menyukai Ahmadinejad menjadi presiden berbanding Mossavi yang dianggap merbahaya kepada Israel ketika kempen pilihanraya presiden Iran baru-baru ini.

Jika diperhatikan dengan baik, Mahmud Saborjhian ini memiliki akar Yahudi dari segi keturunan, bangsa serumpun, asal wilayah, malah dari segi agamanya – Syiah – yang mana semua kita ketahui adalah sebuah agama yang diasaskan oleh seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba’ dari Yaman. Ada pun nabi-nabi Allah yang saleh seperti Ibrahim a.s, Ismail a.s, Ya’qub a.s (Israel a.s) dan Ishaq a.s tidak berkaitan dengan kelompok Majusi dan Syiah sama sekali, berdasarkan perbezaan aqidah yang jelas.

Walaupun mereka menjadi tunjang kepada orang-orang Yahudi dan Parsi (rumpun Yahudi) dari aspek keturunan. Sementara aqidah kolot Syiah yang jelas meremeh-remehkan darjat nabi-nabi keturunan bani Israel berbanding dengan para Imam mereka yang dianggap suci, sekali gus meletakkan aqidah Syiah berbeza dengan Islam secara jelas, kerana Islam tidak pernah membezakan antara sesama rasul apatah lagi melebihkan manusia biasa (anak-anak Ali dari keturunan Fatimah bint Rasulillah) dengan para rasul yang diutuskan oleh Allah s.w.t. Ini dinyatakan dengan jelas dalam firman Allah (Al-Baqarah;ayat 285); “… Kami tidak membezakan seorang pun di kalangan Rasul-Nya, dan mereka berkata kami dengar dan kami taat…” Wallahu A’lam.

Ahmadenejad seorang freemason ?


Freemason sebuah kelab pertubuhan yahudi untuk menggapai agenda mereka menguasai dunia bagi agenda besar mereka New World Order . Freemason masuk ke sesebuah negara untuk menyahudikan pemikiran dan tindakan golongan intelek di sesebuah negara. turut menjadi sasaran freemason ialah kelompok memegang authority dalam sesebuah negara. Kemungkinan Ahmadinejad sebagai ahli freemason adalah satu kenyataan yang boleh diterima dan ditolak dengan hujah masing-masing. Ada yang mengaitkan beliau dengan pertubuhan itu kerana simbol "peace" yang dirakam oleh pihak tertentu. Di sana ada pelbagai alasan untuk diterima dan ditolak. Penulis Iran dan bekas editor akhbar Kayhan International bernama Behrouz Souresrafil dalam bukunya, Khomeini and Israel menyatakan orang yang mula-mula membawa pertubuhan Freemason ke Iran ialah tokoh reformis (islah) terkenal, Jamaluddin al-Afghani. Orang-orang Iran seringkali mendakwa beliau (al-Afghani) sebagai berfahaman Syiah. Asas dakwaan ini sehanrusnya menjadi tajuk perbahasan para pengkaji Timur Tengah bagi menyelongkar hubungan persemendaan pemikiran falsafah dengan Syiah memandangkan Afghani menjadikan pemikiran sufism dan falsafah sebagai modal pan-Islamisme pada masa lalu.

Di kalangan pengkaji tentang Revolusi Iran yang dibawa Khomeni untuk menumbangkan Shah Iran, hubungan pegawai CIA bernama General Huyser dengan kelompok revolusi Khomeini (termasuk Ahmadinejad) untuk menumbangkan Shah Iran bukanlah satu perkara rahsia kerana Amerika dan Britain tidak lagi boleh bergantung kepada Shah Iran setelah dasar beliau memiliknegarakan minyak Iran dibawah presiden Mossadegh. Kerana itu hubungan CIA di bawah pentadbiran Jimmy Carter dengan Khomeini di Paris mula dijalankan bagi menjalankan usaha menjatuhkan Shah Iran. Khomeini sendiri menghukum bunuh ramai kalangan tentera Shah Iran yang belot kepadanya sewaktu Revolusi apabila beliau menjadi penguasa Iran bagi menutup rahsia kerjasama ini. Langkah ini turut dipersoalkan oleh ulama terkenal Inddonesia sewaktu itu, Hamka dan seorang penulis juga wartawan Indonesia yang membuat liputan ketika itu di Iran, Nasir Tamara dalam bukunya Revolusi Iran. Nasir Tamara ialah wartawan Indonesia yang turut berada dalam kapalterbang Air France bersama Khomeini diterbangkan dari Paris ke Tehran.

Mungkin inilah yang menjadi sebab mengapa Amerika di bawah Jimmy Carter tidak pernah bertindak satu tindakan pun ke atas Iran, walaupun 52 diplomatnya telah ditawan oleh mahasiswa Iran sewaktu revolusi berlaku. Sebaliknya berlaku pula rundingan antara Presiden Bani Sadr (presiden pertama kepada kerajaan wilayah faqih diketuai oleh Khomeini) dengan Reagan - Bush Tua di Paris bagi membebaskan diplomat yang ditawan di Tehran. Rundingan ini dinamakan skandal Iran-Contra di mana Amerika bersetuju menjual senjatanya kepada Iran untuk berhadapan dengan Iraq dalam perang Iran-Iraq (1980-1988 ) menerusi Israel. Akhirnya berlaku "October Surprise", peristiwa mengejutkan pembebasan diplomat Amerika di Iran pada hari penabalan Reagan sebagai Presiden Amerika. skandal Iran Contra menjadi bahan sindiran Clinton kepada Bush Tua sewaktu beliau menjadi presiden dan kes ini menjadi perbicaraan hangat dalam Kongres sehingga kini kerana ia melibatkan sebahagian besar tokoh dalam pemerintahan Bush Muda.

Adapun kerja-kerja Syiah dalam membunuh umat Islam sejak 656H (kejatuhan Baghdad dengan kerjasama Syiah-Mongol), termasuk yang terkini ; kerjasama pemerintah Iran dengan Amerika di bawah Pemimpin Agong mereka Khamenei dan dua presiden mereka (Mohamad Khatami & Ahmadinejad) dalam pembunuhan umat Islam dan penjajahan Afghanistan (perjanjian Bonn 2001) & Iraq (London Conference 2002) lebih besar dari kerja-kerja freemason untuk menguasai sebuah negara. Hari ini di Afghanistan, penguasanya ialah boneka sekular Amerika Afghanistan Hamid Karzai bersama kelompok Syiah etnik Hazara dan kumpulan Komunis pro Russia. Amerika bersama Russia lah yang menaikkan takhta mereka selepas perang Dingin dan selepas Taliban ditumbangkan.

Di Iraq pula penguasanya ialah Syiah berketurunan Yahudi Nuri al-Maliki bersama etnik Kurdis yang gerilanya dilatih oleh mossad Israel. Kedua-duanya menjadi buruh kasar (boneka) Amerika yang asalnya parti dan pasukan mereka dibentuk oleh Iran semasa mereka berada dalam buangan di Iran. Tentera-tentera Iraq hari ni sebahagian besarnya ialah pejuang-pejuang militia Syiah (termasuk tentera Mehdi pimpinan Muqtada Sadr) yang dilatih oleh Iran yang diserap masuk oleh Menteri Dalam Negeri Iraq yang berasal dari Iran bernama - Bayan Jabr. Pasukan itulah menjadi pelindung kerajaan boneka bagi memudahkan urusan penjajah Amerika dan pasukan bersekutu menguasai Iraq dan merompak (menswastakan) minyak Iraq yang telah dimiliknegarakan oleh pemerintah sebelumnya.

Apabila membaca mana-mana buku pendedahan mengenai kerja-kerja Yahudi penyembah setan ini, maka kita semua akan menemui fakta bahawa “Penjajahan Iraq” (dan afghanistan) adalah merupakan sebahagian dari agenda Projek Abad Baru Amerika (PNAC) yang dilaksanakan oleh Zionis neo-konservatif di sebalik pemerintahan White House yang melaksanakan New World Order. PNAC berasal dari kertas kerja kumpulan think tank "A Clean Break" yang dirangka untuk pemerintahan Sharon dan Benjamin Netanyahu bagi mengubah rantau timur tengah untuk menyelamatkan Israel dan membentuk empayar Israel Raya. Idea ini diasaskan oleh sekelompok intelek Yahudi yang dinamakan sebagai neo-konservatif dan Kristian Kanan.

Selepas perang Iraq berakhir maka terbongkarlah ucapan-ucapan intelek Yahudi (neo-konservatif Zionis) ini bahawa Iraq merupakan langkah pertama kepada projek "Israel Raya" di Timur tengah, dan kerajaan lain pula selepas ini bakal menyusul. Mereka juga menyebutkan perang dengan Iran hanyalah sebuah retorik semata-mata bagi membentuk rantau Timur Tengah Baru yang bakal dimonopoli oleh Amerika bersama Iran. Selain Lubnan yang kuasa politiknya berada dalam genggaman Syiah Duruz bersama Syiah Imamiyyah (Hezbollah), mereka sedang merancang kejatuhan Bahrain yang kini parlimennya sedang dimonopoli oleh orang-orang Syiah dan bakal menyusul pula ialah Kuwait. Apabila anda memerhati peristiwa-peristiwa di atas, di manakah kedudukan Ahmadinejad ? Apakah fungsi dan penanannya sangat kecil menjadi ahli freemason, berbanding penanannya yang sedang dimainkannya dalam kerajaan dan agenda empayar Parsi dis ebalik permusuhan retorik Iran-Amerika yang selalu dijajanya ?. Lihatlah kepada Iraq dan Afghanistan sebagai bukti yang jelas, bukan setakat mengandaikan betapa bahaya nya jika beliau menjadi seorang ahli freemason.
Related Posts with Thumbnails