Dalam keasyikan melayari laman ILuvIslam berwajah baharu,artikel bertajuk 'Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?' mendapat sambutan yang menggalakkan,bukan sahaja jumlah Like Facebook bahkan sarat dengan komen beremosi hingga terbabas dari tujuan artikel tersebut!
Tukang Masak=Tuan Imam
Lelaki mana yang tak mahu jika si pujaan hati itu tahu memasak.Secara peribadi,TAHU sudah mencukupi walaupun tidak mencapai taraf HANDAL bak seorang chef.Wahai kaum Hawa,dari air tanganmu mengalir kasih sayang yang mengenyangkan perut suami dan anak-anak.Moga dari keberkatan rezeki halal titik peluh suami(tak lupa juga bahagian darimu) berpadu dalam juadah yang berisi mawaddah, resepi rahsia keluarga sakinah.
TETAPI,jika si teruna meletakkan kemahiran memasak ke tahap sempurna sebagai indikator isteri,tiada salahnya isteri mendambakan suami sebagai IMAM suri hatinya.Menjadi imam bukan sahaja dalam erti kata sempit memimpin solat jemaah,bahkan berbekal ilmu agama dan ilmu bantu untuk dirujuk oleh isteri.Bijaksana dalam tindakan,ADIL dalam membuat keputusan.
Wahai Adam,Contohilah Umar!
Pada suatu ketika zaman Saidina Umar menjadi khalifah,seorang lelaki telah datang mengadukan hal mahar terlalu tinggi yang diletakkan oleh pihak perempuan.Saidina Umar hampir sahaja mengambil keputusan untuk menetapkan kadar mahar,lantas disahut oleh seorang wanita…
Wahai Umar,beranikah kamu mencabut hak yang Allah kurniakan kepada kami?
Maka Saidina Umar secara gentleman berkata…
Wanita ini benar,Umar salah!
Bumi mana yang tak pernah basah ditimpa kerpasan.Cukupah Dara dengan skil memasak ala kadar,lebih utama Uda membawa pulang rezeki halal mengisi perut,punca tumbesaran anak-anak dan isteri. Memadailah suami berupaya menjadi imam seisi keluarga,daripada yang culas solat dan membuat keluarga bisa berantakan.Usah disalah erti dengan isu feminisme,lebih tersasar menganggap isu sekitar rumah tangga remeh,padahal baitul Muslim batu-bata pembinaan ummah!
To err is human
Jangan impikan dinda seperti Saidatina Khadijah,kalau kanda belum menjadi Saidina Ali.
Penulis a.k.a founder blog BADAR SBPI Sabak Bernam kini penyumbang aktif di blog Cempaka Islamic Association









