email
twitter
facebook

Selingan : Botol tu ! ... Adusss...kenyataan yg mengeliatkan akal yg waras ..


Bekas Menteri Luar Negeri Iran, Ali Akbar Velayati yang juga pernah menjadi penasihat senior bagi Presiden Iran, Ali Khamenei baru-baru ini mengungkapkan kenyataan yang cukup kontroversi.

Dalam sebuah program televisyen, Ali Akbar Velayati mengatakan bahawa pada masa hidupnya sewaktu memperingati perayaan pemulihan kota Khorramshahr (Muhammarah) dari pasukan Iraq, Ayatullah Khomeini yang sering digelar Imam dan Ruhullah oleh para pengikut Syiah memuji pembebasan kota tersebut dari pasukan Saddam Hussain dan mengatakan: "Tidak ada yang lebih baik daripada masyarakat kita, bahkan masyarakat (sahabat) Nabi Muhammad saw."

Velayati memberitahu bahawa Ayatullah Khomeini mengatakan bahawa dirinya memiliki perasaan cinta yang khusus terhadap masyarakat dan bangsa Iran dan menegaskan bahawa tidak ada yang lebih baik daripada masyarakat kita (Iran) bahkan masyarakat di zaman Rasulullah saw yang ada di jantung Islam (Mekah dan Madinah)


http://kasihislam.blogspot.com/

Selingan : Walaupun di dunia di tindas dan sengsara ...ia nya berbaloi .




Penjuang Agama Tauhid yg ikhlas ..walaupun zahirnya menderita tetapi sebenarnya jiwa mereka bahagia terutamanya di sana ....apa yg kita katakan pada jenazah ini ? .... eh senyum pulak dia ?. Penganas ,penganas lah asalkan aku bahagia !

Selingan : Anda suka makan burger king ? mari saya tunjukkan sesuatu ..





Terima kasih MIA AINA TAKWA yg mahu berkongsi gambar ...gambar ini dihantar melalui E-MAIL

Selingan : Kempen war-warkan RAMADHAN 2 ...aura nya meliputi segala alam






Selingan : Kempen war-warkan RAMADHAN ...aura nya meliputi segala alam









Al Masih Ad Dajjal siri 14 : Menyiasat kehebatan Nabi Musa a.s


Masih terngiyang-ngiyang suara Jasasah ketika dia tinggal di pulau itu ...

Wahai anak ! kamu akan bertemu dengan 2 orang rasul yg diberi AL KITAB yg diturunkan oleh Allah s.a.w pencipta langit dan bumi ! . Ambillah peluang itu untuk beriman kepadanya dan mematuhi ajarannya nascaya engkau tergolong ke dalam golongan manusia yg beruntung . Sekiranya kamu enggan mengikutinya maka engkau adalah manusia yg CELAKA lagi TERLAKNAT !.

Berita pergerakkan Nabi Musa a.s berserta Bani Israel utk melarikan diri dari Mesir sayup-sayup kedengaran di cuping telinganya .. Mereka melakukan demikian kerana sudah tidak tahan lagi dengan cengkaman perhambaan dan kezaliman FIRAUN ke atas mereka. Mereka diperlakukan seumpama binatang bahkan lebih teruk daripada itu .

Hati Dajjal sudah berbelah bagi dengan perkara itu ...jiwanya bersama -sama Bani Israel kerana itu adalah bangsanya dan asal usul nya walaupun dia berusaha menyembunyikannya dari ahli -ahli sihir firaun . Di sudut hatinya merasa kagum dengan Nabi Musa a.s . Kuasa yg dikenali MUKJIZAT yg dimiliki oleh Nabi Musa a.s berjaya mematahkan sihir -sihir hebat ahli sihir firaun bahkan mereka terus sahaja beriman kepada TUHAN MUSA dan TUHAN HARUN .

Mereka juga sanggup menderita ketika di potong kaki dan tangan mereka secara bersilang utk mempertahankan keimanannya ,bahkan semasa mereka di salib di simpang-simpang jalan di sekitar ibu Kota Mesir pun mereka masih lagi diberi peluang utk kembali bertaubat dan menyembah firaun tetapi mereka tetap beriman dengan TUHAN MUSA dan TUHAN HARUN .

Oleh itu FIRAUN sangat murka dan memerintahkan Nabi Musa ditangkap padahal Nabi Musa adalah anak angkatnya yg membesar di istana nya dengan kasih sayang raja dan tuhan rakyat Mesir . Kisah -kisah itu menyebabkan Dajjal kagum dengan karisma Nabi Musa a.s .Naluri nya ingin sangat bertemu dengan insan yg terhebat itu .

Oleh kerana tuan gurunya telah dibunuh akibat berpaling tadah dari firaun @ RAMSIS 2 ,maka tidak ada apa lagi yg perlu ditunggu oleh Dajjal di makmal -makmal ahli sihir firaun itu . Secara sedar dan tidak sedar dia adalah pewaris sihir -sihir yg terhebat di dunia dan dia akan mencipta alirannya sendiri dan mencari anak muridnya sendiri dan sihir -sihirnya itu akan dipersembahkan dan dimanupulasikan kepada manusia dan dia akan menjadikan ia sebagai senjata yg ampuh untuk menyesatkan manusia dan menobatkan dia sebagai tuhan pada zaman akhir zaman nanti . Apabila dia akan muncul pada tahun 2020 MASIHI nanti berdasarkan jadual yg dirancang oleh hamba-hambanya . Sihir -sihir yg dikuasainya itu akan digabungkan dengan teknologi sains yg amat canggih hasil R & D olehnya selama ribuan tahun . Sihirnya itu kelak mampu menanggalkan iman di dada -dada mukmin .

Tidak mustahillah nanti seperti yg diceritakan di dlm hadis yg fitnah Dajjal itu di antaranya ialah
  • Dapat menghidupkan orang yg sudah mati
  • Mengergaji tubuh manusia dan memotongnya kepada 2 kemudian mencantumkan dan menghidupkan kembali
  • Menurun dan menahan hujan di kawasan-kawasan yg dilawati dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan mematikannya
  • Menggempakan bumi yg dia kehendaki
  • Dapat bergerak menyamai kelajuan cahaya dan sebagainya ..
Sebelum dajjal ikut serta Bani Israel dalam misi pembebaskan diri ,Dajjal mengambil kesempatan mengambil kesemua skrol-skrol yg berharga dan dimuatkan di dalam sebuah beg kulit yg besar . Sesungguhnya dia sudah berniat untuk mempelajari kesemua ilmu -ilmu yg ada di dlm skrol-skrol yg amat berharga itu . Skrol peninggalan ahli-ahli sihir firaun yg terhebat .


Pada malam yg telah dijanjikan dan dirancang oleh Nabi Musa a.s ,maka Bani Israel pun bergerak keluar secara senyap dari Mesir , Dajjal pun menyusup masuk ke dalam kumpulan itu ...mereka bergerak pantas ..pesan Nabi Musa a.s ,hanya barang -barang yg asas sahaja yg boleh di bawa ,yg lain di tinggalkan sahaja ... BANI ISRAEL telah dijanjikan sebuah negara di sana ,satu negara yg aman dan makmur iaitu PALESTIN .

Nabi Musa s.a. hendak memastikan pergerakkan mereka itu berjaya dan pantas ,inilah satu-satunya peluang , sekiranya gagal maka riwayat Bani Israel tamat sampai di sini sahaja . Ada 12 puak Bani Israel di kalangan pengikut Nabi Musa a.s Mereka adalah keturunan dari anak -anak Nabi Yaakob ,di antara keturunan yg mengikuti Nabi Musa ialah keturunan Nabi Yusuf dan Bunyamin serat 10 adik beradik yg lain . Dan Dajjal bukan dari keturunan yg 12 adik beradik itu !



Berita penghijrahan Bani Israel yg beriman itu sampai kepengetahuan firaun ,dengan segera baginda memerintahkan askar-askar berkuda dan infantri serta berjalan kaki nya memburu Bani Israel ... BUNUH MEREKA SEMUA termasuk kanak -kanak ,perempuan dan orang tua ..itu adalah perintah firaun kepada semua askarnya .

Apabila tiba di tepi laut Merah ....Para pengikut Nabi Musa a.s mula berbisik -bisik sesama mereka ...adakah mereka akan selamat? ...di depan mereka terbentang lautan yg luas ..laut merah .. di belakang mereka ribuan tentera firaun mara ke arah mereka . Mengapa Musa memilih jalan ini ? ..adakah tuhannya tidak menunjukkan nya jalan yg sepatutnya dilaluinya ? ...bisik seorang pengikut Nabi Musa dengan sahabatnya yg berada di sebelahnya ...

Mengapa Musa tidak menyediakan perahu -perahu ...adakah kita dikehendaki berenang utk menyeberangi lautan ini !! ?? . Bentak salah seoarang pengikutnya . Suara -suara yg pada mulanya berbisik -berbisik itu mula bertukar dengan nada yg lebih kuat ..hati pengikut Nabi Musa a.s mula GUBRA !

Dajjal yg tidak beriman hanya ketawa di dalam hati tetapi dia yakin Musa pasti ada penyelesaiannya .. dia sendiri melihat kehebatan tongkat Nabi Musa a.s ketika sayembara Nabi Musa a.s dengan ahli sihir firaun . Sudah tentu Nabi Musa akan menggunakan tongkat saktinya itu untuk menyelesaikan masalah Bani Israel itu tapi bagaimana caranya ya ?

Dajjal melihat Nabi Musa a.s berdiri dan memejamkan mata , kelihatan kepalanya tunduk sedikit kemudian tubuhnya bergetar sedikit .... seterusnya baginda menarik nafas yg keras dan dalam lalu kepalanya menganguk-angguk seolah -olah sedang memahami sesuatu , Sekoyang-koyang Nabi Musa a.s pergi ke gigi pantai dan mengangkat tinggi -tinggi tongkatnya serta memukulnya dengan kuat ... ini adalah perintah Allah s.w.t bukan perintah aku maka bukakan lah jalan bagi Bani Israel di dadamu wahai laut ...

Tiba-tiba terbelah lah laut merah yg dalam itu dan terbentanglah jalan yg seluas -luasnya .ada sebanyak 12 jalan@lorong kesemuanya sekali dan peliknya mereka Bani Israel mengetahui jalan yg mana mereka akan lalui seakan -akan ada tanda jalan di lorong-lorong laut itu ..semua itu adalah ilham dari Allah s.w.t kepada hamba-Nya yg beriman .

Wahai Bani Israel menyeberanglah ..janganlah kamu menoleh ke belakang ... wahai Bani Israel selamatkan diri kamu sekalian .. wahai Bani Israel janganlah kamu takut ...wahai Bani Israel tujulah ke negara yg di janjikan oleh Allah !!! .

Air laut yg setinggi bukit bergulung-gulung di kanan kiri laluan Bani Israel ... amat menakjubkan ...Dajjal berkata di dlm hatinya ...kalau lah begini , Musa adalah manusia yg benar-benar hebat ...apakah kehebatan Musa lagi selepas ini ... hatinya -benar-benar ingin menyiasat ..kalaulah aku memiliki kuasa Musa kemudian aku akan gabungkan dengan ilmu sihir ahli firaun sudah tentu kesan nya amat hebat dan dahsyat .

Setelah Bani Israel hampir ke gigi pantai di sebelah sana kelihatan gerombolan askar-askar firaun memasuki lorong-lorong lautan ...dengan megah Firaun berkata kepada askarnya lihatlah laut itu ia memberi laluan kepada aku utk menghapuskan Bani Israel maka burulah dan bunuhlah mereka !.... Dengan sekuat tenaga firaun dan askarnya memecut kereta kudanya dan diikuti oleh tentera berjalan kaki .

Apabila sampai sahaja di pertengahan lautan yg membawa maksud kesemua tentera firaun berada di lautan dengan izin Allah s.w.t laut Merah itu bertangkup semula . Melihat peristiwa itu maka firaun pun merasa cemas dan memerintahkan tentera nya berpatah balik tetapi sudah terlambat .. semua tentera dan peralatan mereka musnah di telan laut . Ketika firaun hampir mati ,beliau melafazkan ucapan beriman dengan tuhan Nabi Musa dan Harun tetapi ditempelak oleh Allahs.w.t .Adakah sekarang kamu hendak beriman !? . Sesungguhnya iman firaun sudah tidak diterima oleh Allah s.w.t dan dia mati dalam kekafiran yg jelas lagi nyata.

Seperti yg dirakamkan di dalam Al Quran jasad firaun dimuntahkan kembali ke darat dan terdamparlah jasad mati tuhan firaun yg menjadi saksi bahawa firaun adalah manusia dan setiap manusia adalah makhluk maka oleh itu jangan lah mengaku-mengaku tuhan dan hendak di sembah-sembah.



Kejadian itu berlaku di depan mata -mata yg melihat dari kalangan Bani Israel ... manusia itu tetap makhluk ..dan tuhan adalah tuhan dan kedua-dua itu mesti ada perbezaan diantara satu sama lain ..tetapi Dajjal tidak melihat dari sudut itu ,Dajjal melihat dari sudut kehebatan kuasa ,gelombang ,formula ..kelak ia kan memiliki kuasa itu ... hatinya berazam untuk itu ...dan aku akan menjadi tuhan yg lebih hebat dari firaun itu !

Bersambung ....




Jumaat yg terakhir siri 17 : Taufan Conson melanda Manila - 76 tewas



SEBUAH kapal dan beberapa bot nelayan yang mengalami kerosakan terdampar di sebuah pelabuhan nelayan di Mariveles, Bataan di utara Manila akibat dibadai Taufan Conson pada 15 Julai, 2010. - REUTERS


MANILA 20 Julai - Angka korban akibat Taufan Conson di Filipina meningkat kepada 76 orang hari ini berikutan pasukan penyelamat menemui lebih banyak mayat yang terapung di laut.

Bagaimanapun berpuluh-puluh lagi masih dilaporkan hilang dan dikhuatiri mati.

Seramai 72 orang masih hilang ketika pengawal pantai dan bot-bot tentera laut bekerjasama dengan pesawat di udara untuk mencari mangsa di air selepas hampir seminggu taufan itu melanda, menurut Majlis Penyelaras Bencana Kebangsaan.

"Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan selagi ada orang hilang," kata ketua jabatan pejabat pertahanan awam, Relan Asuncion.

Menurut pihak berkuasa, angka kematian meningkat daripada 68 orang tetapi jumlah mereka yang hilang menurun berbanding 84 orang yang dilaporkan awal semalam.

Taufan Conson melanda Manila pada 13 Julai lalu ketika menuju ke arah barat Laut China Selatan dengan kekuatan yang dianggap oleh peramal kaji cuaca sebagai 'mengejutkan'.

Ia menyebabkan bekalan elektrik di seluruh pulau Luzon terputus, menumbangkan tiang elektrik, pokok dan memusnahkan beribu-ribu kediaman.

Lebih 2,000 orang masih berlindung di pusat perlindungan.

Di China, ribut menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala di Vietnam seorang terbunuh manakala kira-kira 12 orang dilaporkan hilang. - AFP


Sumber - Utusan Malaysia

Hujan lebat melimpahkan empangan terbesar

BEIJING: Pasukan penyelamat di China mencari sekurang-kurangnya 30 orang yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berikutan hujan lebat yang melimpahkan air daripada empangan terbesar di dunia, Three Gorges.

Pasukan tentera menggunakan jentera pengorek untuk mencari mangsa yang masih terselamat dalam kejadian di Sichuan dan Shaan-xi, manakala pekerja di beberapa bahagian lain cuba membina laluan untuk empangan yang melimpah dan menggunakan beg pasir bagi menghalang banjir, lapor agensi berita XInhua.Pasukan tentera menggunakan jentera pengorek untuk mencari mangsa yang masih terselamat dalam kejadian di Sichuan dan Shaan-xi, manakala pekerja di beberapa bahagian lain cuba membina laluan untuk empangan yang melimpah dan menggunakan beg pasir bagi menghalang banjir, lapor agensi berita XInhua. Tiga terbunuh dalam kejadian lewat kelmarin akibat tanah runtuh di Lingao wilayah Shaanxi yang turut menyebabkan sekurang-kurangnya 17 orang hilang, lapor Xinhua. Secara keseluruhan, banjir dan tanah runtuh mengakibatkan 37 orang terbunuh dan 97 lain hilang di Shaanxi.

Di wilayah Sichuan, penyelamat mencari 13 orang yang masih hilang selepas tanah runtuh di Xujiaping pagi semalam, yang menimbuskan rumah dan menghalang jalan raya, lapor XInhua.

Kementerian Hal Ehwal Awam berkata angka kematian akibat ribut kekal pada 146 dan 40 lain hilang sejak Jumaat lalu. Kebanyakan kawasan yang teruk terjejas adalah sepanjang Sungai Yangtze.

Xinhua dan penyiar tempatan, China Central Television melaporkan Empangan Three Gorges berdepan dengan paras air paling tinggi pernah dicatatkan sejak semalam.
Kerajaan menyifatkan banjir di sepanjang Yantze sebagai antara sebab utama bagi projek empangan bernilai AS$23 bilion (RM73.6 bilion) yang memaksa perpindahan 1.4 juta penduduk. – AP

sumber -BERITA HARIAN


Nukilan Sajak Dr.MAZA - Subsidi


kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...

lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

Sumber- MALAYSIA KINI

Soheh Muslim siri 8 : Mandi Haid dan Junub lagi


HADIS PERTAMA

Dari Ummu Salamah r.a katanya dia bertanya kepada Rasulallah s.a.w .Ya Rasulallah ! aku seorang perempuan yg suka menggulung@menyanggul rambut supaya rapi , Apakah aku harus kulepas sanggulku setiap kali mandi junub ? Jawab rasulallah s.a.w ,Tidak perlu ! cukuplah anda tuangkan air di kepala anda 3 kali dengan mengunakan gayung .

HADIS KE 2

Dari Ubaid bin Umair r.a katanya , Dilaporkan oran
g kepada Saidatina Aishah r.a bahawa Abdullah bin Umar menyuruh kaum wanita supaya melepas gulungan rambutnya apabila mereka mandi kata Aishah r.a .Hai aneh anak Umar itu ! Di suruhnya kaum wanita melepas gulungan rambut mereka apabila mandi . Mengapa tidak disuruh cukur kepala mereka . Aku secara peribadi pernah mandi bersama Rasulallah s.a.w dari satu benjana ,ketika itu aku menuang kepalaku tidak lebih 3 kali .

HADIS KE 3

Dari Aishah r.a katanya .seorang wanita bertanya kepada Nabi s.a.w ,bagaimana caranya mandi HAID , Lalu Aishah r.a. menceritakan bagaimana Nabi s.a.w mengajarkan cara wanita itu sepatutnya mandi , Kemudian Nabi s.a.w menyuruh mengambil sepotong kain kotten yg diberi harum - haruman dan menyuruh wanita itu bersuci dengan kain itu .Wanita itu bertanya , Bagaimana caranya aku bersuci dengan kain itu ? .

Jawab baginda ,bersihkan denganya ! ... Subhanallah , sesudah berkata baginda beralih dari situ ,
Lalu Sufyan bin Uyaynah memberi isyarat kepada kami dengan tangannya ke mukanya ,kemudian wanita itu ku tarik ke dekatku ,dan aku mengerti apa yg dimaksudkan oleh Rasulallah s.a.w itu . Lalu kejelaskan kepadanya ,Kataku ,Gosokkan kain itu ditempat yg keluar darah !.

HADIS KE 4

Dari Aishah r.a katany
a ,Asma bertanya kepada Nabi s.a.w mengenai mandi Haid , Sabda Nabi s.a.w , Ambi air dan daun sidr ( sejenis daun yg berbusa banyak ) maka bersihkan bekas-bekas darah kotor yg melekat ditubuh anda sampai benar -benar bersih ,kemudian tuangkan air di kepalamu ,lalu gosok -gosok sehingga air rata membasahi akar rambutmu, kemudian tuang kembali air ,kemudian ambil sepotong kain kotten yg diberi harum-haruman ,bersihkan dengan kain itu , Tanya Asma' bagaimana caranya aku membersihkan dengan kain itu ?

Jawab nabi s.a.w Subhanallah ..ya bersihkan dengannya ..! lalu Aishah r.a menjelaskan dengan berbisik ..gosokkan kain itu di tempat keluarnya darah ! , kemudian Asma bertanya perihal mandi junub . Jawab rasulallah s.a.w , Ambil air ,lalu bersihkan bahagian tubuh yg kotor sampai benar-benar bersih , Sesudah itu tuangkan air ke atas kepalamu dan gosok-gosok kepala sehingga air rata ke akar-akar rambut kemudian tuang air kembali dan ratakan sehingga sampai ke seluruh tubuh , Kata Aishah r.a . Wanita yg paling baik adalah wanita ANSOR ,mereka tidak malu -malu bertanya apabila mendalami agama .

Kesimpulan

Pada siri yg lalu telah dicatatkan beberapa hadis berkaitan mandi junub @ Hadas besar ,dan pada kali ini pula dicatatkan beberapa hadis lagi utk menambah keyakinan , Kepada para pembaca yg hendakkan matan hadis dlm Bahasa Arab sila rujuk kitab sahih muslim dalm bab Mandi Janabah .

Pada masa dahulu mungkin belum tercipta sabun -sabun wangian seperti yg kita lihat pada zaman sekarang ,maka sebagai jalan rintis akan perkara itu ,Rasulallah s.a.w telah memperkenalkan sabun yg sesuai dengan zaman itu seperti seperca kain katton yg dilumurkan wangi-wangian yg fungsinya sebagai sabun dan digosokkan di tempat yg keluar darah .

Ini menunjukkan sunat membersihkan kesan-kesan darah dan menggosok dengan sabun serta membersihkan di tempat yg keluar darah itu . Adapun proses yg lain adalah seperti biasa iaitu mulakan dengan meratakan air di kepala dan seterusnya meratakan air ke seluruh tubuh badan.

Wanita yg mempunyai rambut yg panjang sehingga menyanggulnya , apabila mereka hendak mandi , mereka tidak perlulah meleraikan@melepaskan sanggulnya itu , memadai dengan menyiram air ke kepala dan meratakan air sehingga keakar-akar rambut . Wallah a'lam .

Al Aqsa , Qubah As Sahkra dan Batu Mi'raj kesan sejarah yg akan dijarah

2 Gambar di bawah adalah dipercayai gambar yg diambil di sebelah dalam Masjidil Aqsa . Masjid yg sudah terlalu lama tidak dimasuki oleh MUSLIM utk didirikan solat di dlmnya , walaupun pada hari Jumaat . Masjid yg penuh dengan sejarah yg mana pernah NABI MUHAMMAD s.a.w menjadi imam solat kepada 124,000 para nabi semasa peristiwa ISRAK MIKRAJ . Lihatlah 2 gambar di bawah ini satu gambar lama yg satu lagi gambar baru . Masjid yg akan runtuh tidak lama lagi ....



Inilah rupa sebenar Masjidil Aqsa ,termasuk enty ini sudah 5 kali saya mengepos gambar-gambar yg sebenar masjidil Aqsa sehingga mendapat teguran drp pembaca kerana sering mengeposkan perkara yg sama . Walaubagaimanapun sebagaimana puak zionis memanipulasikan gambar yg salah tentang Masjidil Aqsa sehingga gambar-gambar palsu Masjidil Aqsa di cetak di sajadah-sajadah tempat meletakkan dahi kita ketika bersolat . Oleh yg demikian saya akan terus melakukan perkara ini sekiranya ada berita yg terbaru nanti ....





Persoalannya sebesar mana komplaks KUIL SOLOMON yg akan di bina itu nanti .Jawapannya ialah sebesar garisan petak yg hijau itu , yg mana meliputi kawasan Masjidil Aqsa , Kubah As Sakhra dan sekitarnya



Inilah bukti yg PUAK ZIONIS sedang rancak mengali dan terus mengali kawasan bawah masjidil Aqsa .





Batu terbang yang dianggap sebagai keajaiban Isra Miraj atau bukti  kebesaran Allah.
Sekarang sudah masuk bulan Syaaban ,lebih kurang sebulan dari sekarang kita akan berpuasa ,rasanya macam baru semalan kita menunaikan amalan itu . Walaubagaimanapun saya hendak berkongsi dengan para pembaca berkenaan satu peristiwa di dlm bulan REJAB yg sudah lepas iaitu yg semua manusia yg beriman mengetahuinya iaitu ISRAK MIKRAJ . Lihatlah gambar batu di atas ia terapung -apung .Sebahagian manusia mempercayainya ia adalah batu yg hendak mengikut NABI MUHAMMAD MIKRAJ bertemu ALLAH .

Batu terbang oleh pemotret lain

Batu yg hendak mengikut Nabi Muhammad dan menawarkan dirinya sebagai kenderaan ,walaubagaimanapun dirinya itu tidak terpilih kerana kenderaan mikraj nabi telah dipilih iaitu AL BURAQ . Maka batu tersebut terapung-apung dan menjadi keajaiban kepada kita dan menunjukkan bahawa Allah itu Maha Berkuasa .

Penyangga Batu Terbang dalam jarak dekat


Batu terbang dari sisi lain


Dipotret dari sisi lain terlihat bentukan penyangga di bawahnya
Walau bagaimanapun gambar -gambar batu di atas ini adalah palsu ,Batu yg terapung-apung ini adalah bukan batu yg sebenar yg dimaksudkan di dalam peristiwa ISRAK DAN MIKRAJ Nabi Muhammad s.a.w . Batu yg dimaksudkan di dlm peristiwa Israk Mikraj terletak di Qubah As Sakhra di Palestin ( wujud lagi ke negara itu ).


Batu Pijakan Nabi saat Isra Miraj yang sekarang berada di bawah  Masjid Kubah Emas








Qubah As-Sakhrah, seni bangunan agung Islam yang pertama, di dirikan diantara tahun 685 masehi hingga tahun 691 masehi oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan, khalifah kerajaan Ummaiyyah. Kubah ini dibangun setengah tahun setelah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w.. Berbagai masalah dan ujian dihadapi untuk mempertahankan dan menghindarkan bangunan ini dari kemusnahan.






Bangunan Kubah Sakhrah terdiri dari tiga tingkatan; tingkatan pertama dan kedua 35,3 meter. Adapun tinggi bangunan keseluruhan termasuk Qubah bahagian atas adalah 39,3 m. Keadaan ruang di dalamnya terdiri tiga koridor yang sejajar melingkari batu (sakhrah). Koridor bahagian dalam merupakan lantai thawaf yang langsung mengelilingi batu seperti tempat thawaf di Masjidil Haram. Di dalamnya terdapat mihrab-mihrab besar jumlahnya 13 buah dan masing-masing mihrab terdiri dari 104 mihrab kecil. Untuk memasukinya yang terletak di atas bukit ada empat pintu gerbang besar yang masing-masing dilengkapi atap. Bangunan ini sepenuhnya dibina oleh dua orang jurutera Muslim yaitu Raja' bin Hayat dari Bitsan dan Yazid bin Salam dari Yerusalem. Kedua-dua mereka dari Palestin.

Sakhrah artinya batu, berada di tengah-tengah di dalam Kubah Sakhrah yang menaunginya. Sakhrah berukuran 56 x 42 kaki. Di bawah sakhrah terdapat gua segi empat yang luasnya 4,5 m x 4,5 m dan tingginya 1,5 m. Pada atap gua terdapat lubang seluas 1 m. Dengan adanya gua di bawah sakhrah (batu) maka hampir semua bahagian batu dapat dilihat dengan jelas. Batu tersebut disebut SAKHRA MUQODASAH (batu suci). Nabi Muhammad S.A.W. melakukan mi'raj dan sebagai saksi peristiwa tersebut maka dibangunkanlah Qubah Sakhrah di atasnya.








Selingan : Bahtera Nabi Noh a.s

Kisah penemuan Bahtera Nabi Noh a.s sudah menjadi bualan sejak tahun 1960 an . Ia bukan perkara baru .Ia juga menjadi salah satu bahan yg popular bagi blog-blog di Malaysia dan juga di seluruh dunia .


Di manakah lokasi penemuan Bahtera Nabi Noh a.s yg kisahnya ada di kitab -kitab suci semua agama di dunia ini ? . Bahtera ini telah ditemui di tebing puncak Gunung Ararat bersebelahan Gunung Judi seperti yg dirakamkan di dalam Al Quran . Buat pertama kali tiada satu agama pun di dunia ini yg membantah kisah ini dan mengatakan ia adalah rekaan agama-agama yg tertentu .


Puncak gunung Ararat ini diselaputi salji seperti gunung Fuji di Jepun . Gunung Ararat ini terletak di sepadan Negara Turki . Di bawah kaki gunung ini adalah kawasan puak Kurdis iaitu anak cucu cicit asal Nabi Noh a.s yg enggan berpindah ke daratan yg lain seperti yg di lakukan sebahagian anak cucu cicit yg lain .



Gambar lebih dekat lokasi Bahtera Nabi Noh a.s dari angkasa ....Dikhabarkan foto -foto ini pada mulanya diambil oleh pesawat pengintip USA dan diklasifikasikan sebagai RAHSIA tetapi sudah tidak menjadi rahsia . Mereka cuba menenggelamkan kisah-kisah seperti itu semata-mata menggelakkan manusia yg beragama Islam mendapat kesegaran Iman dan bertambah keyakinan diri terhadap Allah s.w.t.

Bahtera Nabi Noh a.s yg diperbuat dengan kayu yg spesisnya sudah pupus di dunia sejak ribuan tahun dahulu amat memeranjatkan manusia ,ketika itu barulah mereka "buka mata" dan membuat beberapa pembetulan sejarah . Manusia zaman mukjizat Al Quran ini yg lupa akan asal usul dari mana terbitnya teknologi itu mula mengiktiraf manusia zaman yg mereka gelar manusia ZAMAN BATU sebagai manusia yg sama LEVEL dengan mereka kerana dapat mereka cipta suatu BAHTERA BERCIRI moden seperti kapal selam yg wujud zaman kini .



Cuma bezanya bahtera Nabi Noh hanya mampu beroperasi di dada lautan berbanding kapal selam yg mampu beroperasi di dalam lautan . Selain penemuan Bahtera yg besar itu mereka menemui juga lampu -lampu bateri ! disekeliling bahtera . Wahai manusia sesungguhnya ilmu itu adalah milik Allah termasuklah ilmu teknologi ... Rasul adalah manusia yg paling dekat disisi Allah s.w.t sudah tentulah mereka akan dikurniakan ilmu-ilmu itu untuk memakmurkan bumi milik-Nya . Sesungguhnya sejak Nabi Adam a.s manusia hidup secara bertamadun tidak seperti gambaran orang barat yg manusia masih belum lagi mampu berbahasa dan tidak mempunyai otak yg bijak . Ketahuilah Nabi Adam adalah seoarang manusia yg paling berpengetahuan di ALAM ini sehingga dapat mengalahkan pengetahuan para malaikat di langit .

Selingan : Replika Bahtera Nabi Noh a.s - Mereka lebih menghayati sejarah para anbia'


Selain ke Timur Tengah, cubalah ke SCHAGEN, Belanda: Masuk dan jelajahilah bahagian dalam Perahu Nabi Nuh AS. Seorang rakyat Belanda, Johan Huibers, membangun Replika Perahu Nabi Nuh AS sendiri bersama dengan ukuran-ukuran detail seperti dijelaskan dalam Kitab Injil (Al-Qur’an tidak bicara detail ttg perahu Nuh, hanya menjelaskan kisah penolakan umatnya, tenggelamnya dan pelajarannya yang harus diambil-wallahualam).
Ternyata, Perahu itu memang sangat besar… ukurannya sepertiga lapangan bola sepak. Terbayang bagaimana dulu gelombang banjir yang sangat besar dan menakutkan dan umat Nabi Nuh dan ratusan pasang binatang berada didalamnya: zirafah, gajah, singa, buaya, kuda belang dan lain-lain.
Di dalamnya juga di set satu ruangan teater besar untuk 50 kursi dimana pengunjung boleh duduk menonton filem kisah tenggelam dan penemuannya. Banyak pemgunjung merasa terpukau apabila berada di dalam nya. Bayangkan pada waktu itu bagaimana nabi Nuh AS membina kapal sebesar itu banyak cabaran dilalui dengan bantuan Allah SWT semuanya berjalan lancar.





terkinibersama.blogspot.com

Sila klik di link di atas utk melihat sumber ambilan entry ini .

Admin blogger tanya - ustaz.blogspot.com hanya meng"copy" dan paste sahaja entry terbaru ini tanpa sebarang editing .

Related Posts with Thumbnails