email
twitter
facebook

JUMAAT YG TERAKHIR siri 14 : Letusan gunung berapi benua Amerika



TUNGURAHUA memuntahkan lahar dalam letusan sejurus sebelum tengah malam semalam, menggegarkan wilayah Cotalo, Ecuador. - AP

GUATEMALA CITY 29 Mei - Dua gunung berapi besar di Amerika Tengah dan Amerika Selatan meletus semalam, memaksa beribu- ribu penduduk meninggalkan kediaman masing-masing dan mencetuskan gangguan trafik udara akibat debu gunung berapi yang berterbangan ke bandar-bandar besar.

Gunung berapi Pacaya meletuskan lahar dan batuan panas petang Khamis lalu dengan debu menyeliputi ibu negara dan memaksa penutupan sebuah lapangan terbang antarabangsa.

Seorang pemberita televisyen terbunuh akibat dihujani batu panas kerana terlalu dekat dengan gunung berapi tersebut, 25 kilometer ke selatan Guatemala City.

Di perkampungan Calderas, yang hampir dengan gunung berapi itu, seorang penduduk, Brenda Castaneda berkata, dia dan keluarganya berlindung di bawah katil dan meja ketika batu sebesar guli menghujani kediaman mereka.

"Kami fikir kami tidak akan selamat. Rumah kami musnah dan dan kami kehilangan segala-galanya," kata Castaneda ketika menunggu pasukan penyelamat mengambil mereka untuk dibawa ke pusat perlindungan di sekolah berhampiran.

Sementara itu, gegaran kuat menggegarkan gunung berapi Tungurahua di Ecuador, menyebabkan beratus-ratus penduduk berhampiran dipindahkan petang kelmarin.

Institut Geofizik Kebangsaan Ecuador berkata, lahar mengalir keluar dari gunung berapi dan debu terpancut keluar setinggi 10 kilometer dari kawah pada ketinggian 5,023 meter dari paras laut itu.

Angin meniupkan debu ke seluruh Guayaquil, bandar dengan jumlah penduduk paling ramai di negara itu, menyebabkan pegawai menghentikan penerbangan keluar dari Pasifik dan dari Quito ke Lima, Peru.

Namun kedua-dua letupan itu dijangka tidak akan mengganggu lapangan terbang negara jiran seperti yang dicetuskan oleh letusan gunung berapi Eyjafjallajokul, Iceland di Eropah. - AP

JUMAAT YG TERAKHIR siri 13 : Gempa ,gempa dan gempa ...ia tidak akan berhenti...mengapa ?



2010/05/26

TOKYO: Gempa Bumi kuat pada magnitud 6.4 menggegarkan berdekatan selatan pulau Okinawa, hari ini, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Menurut jabatan Kajiseldik Geologikal Ameri
ka Syarikat (USGS), ia melanda di 240 kilometer timur Okinawa.

Kejadian jam 5.53 petang tadi (waktu tempatan) dianggarkan pada kedalaman 10 kilometer. – AFP

Gempa bumi 7.2 gegar Vanuatu


2010/05/28

WELLINGTON: Penduduk bandar Vanuatu bertempiaran lari ke jalan apabila gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter menggegarkan kawasan itu.

Gempa bumi itu menyebabkan amaran sementara tsunami dikeluarkan untuk rantau itu. Bagaimanapun, tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa.

Kajian Geologikal Amerika Syarikat berkata gempa bumi itu berlaku pada 4.14 pagi waktu tempatan dan berpusat di 485 kilometer ke barat daya ibu negara, Port Vila, dan pada kedalaman 36 kilometer.

Beberapa gempa bumi susulan juga menggegarkan kawasan itu, termasuk yang berukuran 6.4 tiga jam kemudian.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii mengeluarkan amaran bagi Vanuatu
, Solomon Islands dan New Caledonia, tetapi membatalkannya kira-kira sejam kemudian. - AP



--------


p/s - Apabila selalu terjadinya gempa bumi ,maka ia alah bisa tegal biasa ...maka manusia kembali lalai ...adakah manusia tahu yg kiamat sudah menjengah di pintu ....



Vaksin selsema babi yg tidak diendahkan ...mengapa?




Penerimaan rakyat Malaysia terhadap vaksin Influenza A (H1N1) masih tidak memberangsangkan walaupun ia boleh diperolehi secara percuma di klinik dan hospital kerajaan seluruh negara, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, senario itu tidak seharusnya berlaku memandangkan wabak berkenaan masih menular dalam negara dan orang ramai khususnya golongan yang berisiko tinggi seharusnya mendapatkan vaksin itu dengan segera.

Menurut beliau, setakat ini hanya 123,000 rakyat Malaysia termasuk golongan berisiko tinggi yang sudah mendapatkan vaksin ini dan masih ramai yang tidak mengendahkan seruan kerajaan agar mendapatkan suntikan berkenaan.

"Vaksin ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan yang serius kecuali sedikit kesakitan di bahagian lengan, demam sedikit atau mungkin juga pening kepala kepada sesetengah orang," katanya.

Beliau berkata, pada peringkat pertama pemberian vaksin, keutamaan diberikan kepada 89,000 petugas barisan hadapan dari Kementerian Kesihatan dan 73,000 petugas barisan hadapan dari kementerian lain termasuk anggota polis, imigresen dan kastam yang bertugas di semua pintu masuk negara.

- Bernama

JUMAAT YG TERAKHIR siri 12 :Tiga Gempa ...

2010/05/23 SAN DIEGO: Satu siri gempa bumi sederhana melanda Baja California, Mexico, hari ini, di mana ia turut mengegarkan bangunan di pusat bandar San Diego.

Susulan kejadian itu, tiada laporan kecederaan atau kerosakan dilaporkan. Jabatan Kajiselidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa bumi itu dicatatkan pada magnitud 4.9, kira-kira pada jam 10.30 pagi Sabtu (waktu tempatan), iaitu di tengah-tengah Baja California pada jarak 26 kilometer barat daya Tiga minit selepas itu, gempa bumi pada magnitud 4.8 dicatatkan dan 3.6 pada jam 10.59 pagi. - AP


COSTA RICA: Gempa bumi kuat melanda di sepanjang pesisir Pasifik Costa Rica, hari ini, tetapi tiada laporan kerosakan dan kematian dilaporkan.

Amaran tsunami tidak dikeluarkan susulan kejadian terbaru ini. Menurut jabatan Kajiselidik Geografikal Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi dicatatkan pada ukuran magnitud 5.9 di pusat gempa 65 kilometer selatan-barat daya ibu kota San Jose, Costa Rica pada kedalaman 23 kilometer. Ia berlaku di pesisir pantai barat di tengah-tengah Costa Rica pada jam 4.16 petang (waktu tempatan). - AFP


KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi yang kuat pada magnitud 6.4 di skala Richter berlaku di bahagian barat Brazil pada 12.18 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu dikesan di 8.1 darjah selatan dan 71.6 darjah barat, 749 kilometer (km) ke timur laut Lima, Peru dan 18,879 km ke barat daya Kunak, Sabah.
"Tidak ada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan itu. - Bernama

Selingan : Kalau dikaji kan terkuak kebenarannya ...



Ribut matahari yg dijangka akan berlaku pada tahun 2012 nampaknya telah dapat ditolak oleh saintis Indonesia . Hasil kajian mereka ,mereka berpendapat , ribut matahari akan tetap berlaku tetapi bukan pada tahun 2012 , ia berlaku pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 2013 .

Ribut itu akan merosakkan sistem janakuasa elektrik dan sistem-sistem yg lain disebahagian negara-negara yg tertentu tetapi tidaklah sehingga merosakkan dunia.

Walaubagaimanapun sekiranya ribut itu dimanipulasikan iaitu ditambah kuasanya dengan tenaga yg dikeluarkan oleh mesin HARRP mungkin impak yg berlainan akan terjadi ke atas muka bumi kita ini

Moral yg lain dimanakan pendapat saintis Negara 1 Malaysia kita ini...





Sungai di bawah laut ..itu adalah tanda bahawa Allahlah sahaja tuhan yg sebenar kerana perkara itu telah terakamdi dlm Al Quran " Dan dialah yg menciptakan 2 lautan ,ini ( air lautan yg pertama )rasanya payau dan tawar dan ini ( lautan yg ke dua ) rasanya masin dan di antara ke duanya ada dinding yg memisahkannya ."

jadi nikmat tuhan yg mana satu yg engkau dustakan !!!

Apa pendapat anda ?


Facebook: Israel Ceroboh Maklumat Orang Ramai.

Oleh Drs Mohd Rashidi Deraman

DUBAI - Pasukan perisikan Israel dipercayai menceroboh maklumat sulit orang ramai, terutama pengguna Arab dan Islam dalam Facebook bagi mendapatkan maklumat berharga mengenai individu tersebut.

Pendedahan terbaru itu diperoleh menerusi sumber-sumber yang dipetik sebuah majalah, Israel Magazine, di Perancis. Pencerobohan maklumat peribadi dalam laman web jaringan sosial itu bertujuan untuk menganalisis aktiviti dan memahami corak pemikiran mereka.

Pendedahan tersebut ternyata menjejaskan rahsia kerajaan Israel dan hubungan diplomatik Tel Aviv, manakala duta Israel ke Paris menuduh majalah tersebut sengaja menghasilkan maklumat sulit sedia ada kepada pihak musuh.

Aktiviti risikan Israel itu dibongkar pada Mei 2001, kata profesor psikologi di Universiti Provence, Gerrard Niroux. “Ini adalah rangkaian perisikan yang dicipta ahli psikologi Israel yang cuba menggoda belia dari dunia Arab, terutama di negara yang terletak dalam konflik Israel-Palestin dan Amerika Latin,” katanya.

Niroux turut memberi amaran kepada pengguna lelaki yang menggunakan Facebook untuk mencari teman wanita kerana aktiviti intipan akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan golongan itu. (MRD)




PERHATIAN :Artikal ini bukan artikal blogger tanya-ustaz.blogspot.com


SOHEH MUSLIM siri ke 5 : Haid

Hadis pertama
Dari Aishah r.a katanya : Apabila salah seorang kami haid ,makaRasulallah s.a.w menyuruh kami , supaya memakai kain haid ,sesudah itu baginda bercumbuan dengan isterinya .Kata Aishah r.a selanjutnya ,Tetapi tidak ada seorang di antara kalian pun yg dapat
mengendalikan nafsunya seperti mana Rasulallah s.a.w .

Hadis ke 2

Dari Maimunah r.a ,isteri nabi s.a.w katanya " Rasulallah s.a.w pernah bercumbuan dengan isterinya ketika datang haid ,tetapi mereka memakai kain haid ( iaitu tidak sampai bersetubuh )

Hadis ke 3

Dari M
aimunah r.a katanya .Rasulallah s.a.w pernah berbaring bersamaku ,padahal ketika itu aku sedang haid .Tetapi kami dihalang dengan sehelai kain ( kain haid ) .

Hadis ke 4

D
ari Ummu Salamah r.a katanya , Pada suatu ketika sedang aku berbaring bersama Rasulallah s.a.w dalam satu selimut ,tiba-tiba aku didatangi haid .Kerana itu aku menghindari diri secara diam-diam ,lalu aku memakai kain haid ku , Baginda berkata ,Haidkah engkau ? Ya ,aku haid ...Ya Rasulallah . Aku dipanggilnya kembali lalu aku tidur di dlm satu selimut .Selanjutnya Maimunah r.a pernah menceritakan yg beliau pernah mandi janabah ( mandi wajib ) berdua dengan Rasulallah s.a.w dalam satu bilik mandi .

Hadis ke 5

Dari Aishah r.a katanya pada suatu ketika Nabi s.a.w sedang iktikaf .Tiba-tiba baginda mendekatkan kepalanya kepada ku ,maka aku sisirkan rambutnya .Selama baginda beritikaf baginda tidak pernah masuk ke dalam rumah kecuali qodo' hajat .

Hadis ke 6
Dari Aishah
r.a katanya .Pada suatu ketika ,Rasulallah s.a.w meminta aku mengambil sejadah dari dlm masjid .Lalu aku menjawab . aku sedang haid Ya Rasulallah ,Maka Rasulallah s.a.w bersabda , Bukankah haidmu itu tidak ditanganmu ? .


Hadis ke 7

Dari Abu Hurairah r.a ka
tanya , KetikaRasulallah s.a.w berada di dlm masjid ,beliau pernah meminta Aishah r.a .Hai Aishah Ambilkan bajuku ,Jawab Aishah , aku sedang haid Ya Rasulallah .Maka Rasulallah s.a.w bersabda , Bukankah haidmu itu bukan ditanganmu ? kerana itu Aishah pun mengambilkannya .

Hadis ke 8

Dari Aishah r.a katanya , Pada suatu ketika aku sedang haid , aku minum .Kemudian gelasku aku berikan kepada Nabi s.a.w , maka baginda meletakkan bibirnya dibekas mulutku lal
u baginda minum pula .Pernah ketika aku sedang haid ,aku memakan daging ,setelah aku gigit ,daging itu aku berikan kepada Nabi s.a.w lalu beliau menggigit pula bekas gigitanku pula .

Hadis ke 9

Dari Aishah r.a . katanya , Rasulallah s.a.w menyandar kepadaku ,lalu dia membaca Al Quran padahal aku sedang haid .

Hadis ke 10

Dari Anas bin Malik r.a katanya , Suatu kebiasaan bagi Bangsa Yahudi ,apabila wanita-wanita mereka haid ,mereka tidak mahu makan bersama-sama . bahkan tidak tinggal serumah.Maka para sahabat bertanya kepada Nabi s.a.w perihal itu ,lalu turunlah ayat

"Mereka bertanya kepadamu perihal haid ,katakanlah haid itu kotor ,kerana itu jauhilah wanita-wanita itu selama mereka haid - (Al Baqoroh : 222)
Kemudian Rasulallah s.a.w bersabda , Kamu boleh melakukan segala-gal
anya selain bersetubuh berita itu sampai kepada orang -orang Yahudi .Mereka berkata orang itu ( Rasulallah s.a.w ) memang selalu hendak meremehkan dan menentang kita .

Mendengar itu maka datanglah Usaid bin Hudhair dan Abbad bin Bisyir kepada Rasulallah s.a.w
lalu mereka berkata , Orang-orang Yahudi mengatakan begini dan begitu . Apakah tidak lebih baik sahaja kita bersetubuh dengan wanita kita yg sedang haid ? Wajah rasulallah s.a.w berubah serta merta sehingga kami menyangka beliau sangat marah kepada mereka berdua ,lalu mereka berdua pergi . Kemudian Rasulallah s.a.w menyuruh seseorang menyusul mereka utk diberikan susu .Dengan itu mereka tahu ygRasulallah s.a.w tidak marah kepada mereka berdua .

Berdasarkan 10 hadis di atas dapat kita membuat kesimpulan ..

  1. Wanita yg didatangi haid hendaklah memakai kain haid @ tuala wanita @ al maklum dikalangan wanita . supaya darah yg keluar dapat dijaga dari menitis di merata-rata tempat .
  2. Wanita yg didatangi haid juga harus masuk ke dalam masjid untuk tujuan mengmbil barang , memberi barang walaupun keadaan tidak terdesak seperti peristiwa Saydatina Aishah r.a yg mengambil sejadah dari dalam masjid, asalkan darah haid itu tidak menitik di atas lantai masjid . Maka qiaskanlah perkara-perkara yg lain berdasarkan peristiwa itu .
  3. Wanita yg sedang haid juga harus makan dan minum bersama -sama suami dan juga keluarga dan orang lain . Bahkan tinggal serumah atau sebilik atau sekatil dengan suami sekalipun . Amalan ini telah ditunjukkan oleh Rasulallah s.a.w ketika para isterinya didatangi haid
  4. Begitu juga diharuskan bercumbu-cumbuan dengan isteri ketika mereka didatangi haid asalkan tidak disudahi perbuatan tersebut dengan jimak .seperti sabda Baginda " anda bebas melakukan apa sahaja kecuali jimak .."
  5. Rasulallah s.a.w telah menaikkan taraf wanita dan memudahkan urusan penganutnya . Kalau kita lihat orang-orang Yahudi ketika wanita-wanita mereka didatangi haid ,mereka tidak mahu makan dan minum bersama ,tinggal serumah lagi-lagilah tidur sebilik dan di bawah selimut yg sama. Begitu juga Agama Hindu yg melakukan perkara yg hampir sama seperti orang -orang Yahudi ,bahkan mereka memestikan semua perkakas dapur seperti pinggan ,mangkuk , kuali dsb di basuh setelah darah haid isterinya sudah kering . Wallah a'lam

bersambung ...

Selingan : Hitler dengan Yahudi sama sahaja

























Gambar di sebelah kiri adalah bukti kekejaman HITLER terhadap bangsa Yahudi . Adakah anda tahu siapa HITLER sebenarnya ... HITLER adalah berbangsa yahudi dari puak ZION .Yahudi puak zion tidak berpegang dengan kitab Taurat atauTalmut mereka beragama KARBALA ( sihir kuno zaman dahulu pada zaman NABI SULAIMAN yg menyembah berhala ) .Hitler dengan bantuan Yahudi dari puak ZION telah mengkambinghitam bangsanya sendiri iaitu Yahudi mungkin dari pihak yg berpegang dengan kitab Taurat atau Talmut .Suatu harga yg tinggi perlu dibayar tetapi ia berbaloi dengan ganjaran yg diterima dengan wujudnya sebuah negara Israel .

Gambar di sebelah kanan pula ialah suatu modus operandi yg hampir sama dilakukan oleh puak zion terhadap kaum muslimin . Bezanya kalau dulu penindasan itu menyebabkan berlakunya perang dunia yg ke 2 .tetapi penindasan terhadap umat Islam kita hanya mampu melampirkan gambar di blog sahaja . atau singkatannya ialah OHH I SEE.

Terima kasih kepada Saudari HAMIZAH kerana sudi menghantar gambar-gambar ini utk tatapan dan renungan kita

PSI : Sejarah Ibadah Haji siri 1

Kaabah merupakan binaan yg pertama di bina untuk manusia beribadah di dlmnya . Ia di bina oleh 2 orang anak beranak iaitu Nabi Ismail dan juga bapanya Nabi Ibrahim . Seperti mana bukti yg terakam di dlm Kitab Al Quran pada ayat 96 surah Ali Imran yg bermaksud

" Sesungguhnya rumah yg mula-mula didirikan utk menjadi tempat manusia beribadah ialah baitul Allah di Kaabah yg diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia . "


Selepas sahaja Nabi Ibrahim dan juga anaknya iaitu Nabi Ismail selesai membinakan Kaabah ,mereka berdua pun berdoa kepada Allah yg maksudnya ..

" Wahai Tuhan kami ! terimalah amalan kami ,sesungguhnya engkau yg Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui "

" Wahai Tuhan kami ! jadikanlah kami dua orang yg patuh kepada-Mu .Perlihatlah amalan haji kami serta terimalah taubat kami , sesungguhnya engkau Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang "

"Wahai tuhan kami ,utuslah kepada mereka seorang rasul dari kalangan mereka yg membaca ayat engkau ,mengajar kitab (Al quran ) dan hikmah ( Ilmu ) serta mensucikan mereka daripada syirik dan kufur .Sesungguhnya engkau lah yg Maha Perkasa lagi MahaBijaksana .


Ulasan

Ayat pertama adalah doa Nabi Ibrahim dan juga anaknya Nabi Ismail kehadrat Allah selepas sahaja siap membina Kaabah . Mereka berdua memohon agar amalan membina kaabah itu diterima oleh Allah . Doa ini juga menjadi amalan kita selepas sahaja solat .

Ayat ke dua pula ,mereka berdua memohon supaya dikurniakan ketaatan ke
hadrat Allah dan mereka juga memohon supaya amalan -amalan dan pengorbanan mereka diperlihatkan kepada manusia khususnya Ummat Muhammad . Di antara amalan mereka yg diperlihatkan kepada kita oleh Allah ialah .

  1. Peristiwa penyembelihan Nabi Ismail dijadikan suatu upacara ibadah korban . Pada setiap tahun kita akan mendengar di sana sini adanya amalan korban di masjid-masjid dan di surau-surau atau di rumah-rumah persendirian . ini adalah sutau bukti yg menunjukkan doa mereka berdua dikabulkan oleh Allah .
  2. Melontar jamrah akobah ,wusta dan ula pula diambil dari iktibar peristiwa Nabi Ibrahim melontar batu kepada Iblis di atas usaha iblis utk menggagalkan upacara penyembelihan Nabi Ismail oleh bapanya kerana patuh perintah Allah .
  3. Penderitaan dan pengorbanan serta kesusahan Saidatina Hajar isteri kepada Nabi Ibrahim berulang alik di antara bukit sofa dan marwa utk mencari air supaya dapat diberikan kepada anaknya yg kehauasan dijadikan satu manasik haji iaitu ibadah saie.
dsb .

Ayat ke 3 pula ialah mereka berdua berdoa agar diutuskan seorang rasul dikalangan mereka ( bangsa arab ) dan rasul itu ialah tidak lain dan tidak bukan ialah Nabi Muhammad s.a.w . Nampaknya Allah memberi ilham kepada mereka berdua supaya dengan sebab -musabab doa mereka lahirlah seo
rang rasul akhir zaman iaitu penutup segala nabi dan rasul .

Rasul itu juga dikurniakan sebuah kitab yg bernama Al Quran ,Rasul itu juga mengajar isi-isi kitab dengan penuh hikmat kepada manusia . dan manusia yg beriman dengan rasul dan kitab itu dinamakan orang Islam . Maha hebat perancangan Allah walaupun orang munafiq amat benci dengan semua ini .


PENTADBIRAN KOTA MEKAH

Dibahagikan kepada 3 zaman iaitu

  1. Zaman jahiliah
  2. Zaman kegemilanan Islam
  3. Zaman kini
Zaman jahiliah

Pentadbiran dikendalikan oleh keturunan Bani Hasyim pada ketika itu urusan Kaabah dan hal ehwalnya di bahagiakan kepada 3 unit yg besar iaitu

  • Unit Siqoyah iaitu unit ini bertanggungjawab utk memastikan semua penziarah mendapat minuman dan tidak kehausan ketika datang menziarahi kaabah
  • Unit Rifadah iaitu unit ini bertanggungjawab utk memastikan tidak ada seorang pun penziarah yg datang ke Mekkah merasai kelaparan
  • Unit Sidanah iaitu unit ini diamanahkan memegang kunci Kaabah dan akan membuka pintu utk tetamu yg bertaraf VVIP dan ke atas utk melihat keadaan dalaman Kaabah . Mereka juga bertanggungjawab menjaga kebersihan dan kesucian baitullah agar sentiasa teguh dan hebat .



Zaman kegemilangan Islam

Kaabah dan kota mekah di tadbir oleh GABENOR atau AMIR yg dilantik oleh khalifah empayar Islam

Zaman kini

Kaabah dan kota mekah di tadbir oleh KEMENTERIAN HAJI DAN WAKAF kerajaan Saudi Arabiah



Bersambung ....



Al Masih Dajjal siri 10 : Bermulanya suatu pengembaraan..


...Setelah Jasasah itu masuk ke dlm hutan ... Al Masih Dajjal kembali ke gua penginapannya dan masih terngiang-ngiang pesanan Jasasah itu ... yg dia akan mengalami satu malam yg dia tidak dapat tidur sebagai bukti dia akan di timpa laknat oleh Allah s.w.t tuhan semesta Alam .

Tiba-tiba hatinya ingin benar melihat kembali 7 peringatan yg pernah di lihat bersama-sama Jasasah yg ter tulis di 7 jenis batu yg besar-besar . Sampai sahaja di sana dia melihat dan memerhati dan membuat keputusan bahawa 7 peringatan yg ditulis di 7 biji batu besar itu adalah terjadi dari proses semulajadi bukan dari tulisan Jibrael yg di perintah tuhan yg di sebut-sebut oleh Jasasah itu .

Dia juga membuat keputusan burung yg mati kemudian di sapu dengan tanah hitam yg seperti dakwat itu yg menyebabkan burung itu kembali hidup dan terbang dan selepas itu mati semula adalah punca segala-gala kehidupan ,cuma yg membezakan banyak atau sedikit bahan itu di sapu ke atas sesuatu objek sahaja.

Al Masih Dajjal mengumpulkan bahan-bahan @ dakwat yg digunakan oleh Jibrael itu ke dalam sebuah bekas ,kemudian dia membawanya ke dlm gua tempat dia tinggal utk di simpan .

Apabila tiba waktu malam ketika ia mahu tidur ..tiba-tiba matanya tidak merasa mengantuk ..pelbagai usaha dan ikhtiar di cuba seperti makan dan min
um dsb tetapi matanya tetap juga cerah .Pada ketika itu dia mula teringat pesanan Jasasah itu tanda-tanda dia akan di laknat oleh tuhan iaitu dia tidak dapat tidur dlm satu malam tetapi peringatan itu lenyap kembali dan perasaan lain pula muncul iaitu timbul di hatinya utk keluar dari pulau tersebut .

Apabila matahari terbit maka dia mula utk menggumpulkan kayu-kayu kering utk dijadikan unggun api pada waktu malam nanti . Oleh kerana pada malam tadi tidak sepicing pun matanya mahu lelap maka pada waktu pagi yg hening itu , tiba-tiba matanya diserang mengantuk yg hebat lalu tertidurlah Al Masih Dajjal itu sehinggalah tiba waktu malam .


Apabila dia terjaga maka dia melihat persekitarannya sudah pun gelap dan dengan bersusah payah dia menggumpulkan kayu api dan menjaganya supaya ia tidak padam .Dia menjaganya supaya nyalaan api itu besar dan boleh di lihat oleh orang walaupun dari jarak yg jauh . Dia
melakukan perkara yg sama selama 3 hari .

Tiba-tiba pada suatu malam ,Al masih dajjal melihat suatu objek yg yg berupa kapal yg samar-samar berlabuh di tepi pantai dan tidak lama kemudian dia melihat beberapa lembaga bergerak-gerak di gigi pantai dan alangkah terkejutnya Al Masih dajjal apa yg dilihatnya itu adalah lembaga seperti dirinya iaitu manusia !.

Seramai 3 orang turun dari sampan itu . Manusia itu ialah para pelayar dari Negara Yaman .Tanpa membuang masa Al Masih dajjal pun memperkenalkan dirinya da
n menceritakan sejarah hidupnya kepada para pelayar .

Selepas sahaja para pelayar mendengar penjelasan Al Masih dajjal mereka pun tertawa dan seraya berkata sesama mereka bahawa anak itu seorang yg kurang akalnya atau telah dirasuk jin ditambah pula mereka melihat mata anak itu yg cacat dan jelek .

Al Masih dajjal menyatakan hajatnya utk menumpang bahtera para pelayar itu dan para pelayar itu membenarkan . kemudian Al Masih dajjal teringin sangat utk diturunkan di Negara Yaman yg makmur tetapi hasratnya ditolak . Para pelaya
r akan menumpangkan tetapi mereka tidak mahu menurunkan di Negara Yaman ,Mereka akan menurunkan di pelabuhan yg lain iaitu selain darpada Negara Yaman .Di dalam hati mereka menganggap yg anak itu akan membawa sial kepada mereka dan menyebabkan perniagaan mereka kelak akan merugi . Itulah suatu alamat tanda-tanda yg Al Masih Dajjal telah terkena laknat oleh Allah seperti yg dijelaskan oleh Jasasah .

----------


Apabila sahaja dia diturunkan di suatu pelabuhan di sebuah daerah berdekatan dengan Negara Yaman dia menyaksikan suatu kehidupan yg begitu aneh dan pelik ,terdapat begitu ramai lembaga sepertinya iaitu manusia . Aktiviti yg aneh , berpakaian yg aneh , sungguh menakjubkan . Al Masih Dajjal cepat belajar dari keadaan itu ,walaupun matanya jejek tetapi akalnya amat genius seolah-oleh lebih bijak daripada 100 orang lelaki .

Sejak dari itu Al Masih dajjal suka mengembara utk mencari ilmu ,kemahiran dan harta sebanyak-banyaknya , Dia juga suka bergaul dengan ilmuan seperti doktor ,filusuf ,ahli kaji bintang ,kahin dsb .

Dari satu negara ke satu negara dia mengembara ..kini usianya mencapai usia 10
0 tahun .Tetapi pada diri dajjal seakan-akan masa berhenti pada masa dewasanya . Ilmu dan kemahiran dan pengalaman nya semakin meluas ,begitu juga hartanya tetapi jasadnya seolah-olah tidak di jamah masa dan cuaca . Ini suatu yg amat menggembirakannya . ...

Bersambung .....





JUMAAT YG TERAKHIR siri 11 : Selsema Babi ...Si Baju Merah Mula Mengamuk

Sejumlah 19 pesakit lagi disahkan positif Influenza A (H1N1) sehingga 5.30 petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul individu yang dijangkiti penyakit itu di seluruh negara ialah 14,326.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata bilangan pesakit dirawat di hospital seluruh negara akibat penyakit serupa influenza (ILI) adalah sebanyak 606 kes.

"Daripada jumlah itu, 80 kes disahkan positif H1N1. Bilangan kes di Unit Rawatan Rapi ialah 12 kes dengan sembilan daripadanya mempunyai faktor risiko," katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, sehingga 8 pagi ini, sebanyak empat laporan kejadian kluster ILI dikesan di Kelantan, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.

"Kementerian Kesihatan ingin mengingatkan bahawa penularan jangkitan virus H1N1 cukup mudah berlaku di tempat orang ramai berkumpul atau bersesak-sesak.

"Bagi mengekang penularan ini secara efektif, amat penting bagi mereka yang mempunyai gejala ILI supaya tidak pergi ke tempat tumpuan awam sedemikian," katanya.

AMUKAN SIBAJU MERAH 2

Kedutaan Malaysia di Bangkok tidak perlu ditutup kerana ia tidak terjejas dengan kekacauan yang berlaku di ibu negara Thailand itu, kata Timbalan Menteri Luar A Kohilan Pillay.

Semua rakyat Malaysia di Bangkok juga dilaporkan selamat, katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, katanya pejabat Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia di Bangkok ditutup.

"Rakyat Malaysia perlu mengelak kawasan terlibat, waspada. Hubungi kedutaan sekiranya perlu,” katanya.

Sementara itu, menurut jurugambar AFP, sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam keganasan terbaru di Bangkok.

Jurugambar itu mendakwa melihat mayat mereka terbaring di atas tanah.

Saksi berkata, dua lagi mangsa yang terbunuh juga kelihatan di kawasan itu.

Semalam, pertempuran antara penunjuk perasaan dan tentera Thai menyebabkan 16 orang terbunuh dan lebih 140 cedera.

Semua yang terbunuh itu adalah warg
a Thai.


Empayar perniagaannya ....Maju dan Berkembang

Keluarga Ashaari Muhammad reda dengan pemergian pengasas Al Arqam itu dan berazam untuk mempertahankan empayar perniagaan yang ditinggalkannya.

Anak lelaki sulungnya, Fakhrur Razi (kiri), 48, kini memangku tugas Ashaari sebagai pengerusi eksekutif di syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd.

Syarikat tersebut diasaskan lebih setahun lalu selepas pihak berkuasa mengenakan tekanan ke atas Rufaqa Corporation Sdn Bhd yang ditubuhkan oleh pengikut Ashaari pada 2006.

Ashaari, 73, lebih dikenali dengan panggilan Abuya oleh para pengikutnya, meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh, Perak pada pukul 2.10 petang semalam.

Beliau sebelum itu dimasukkan ke hospital itu kerana jangkitan paru-paru.

Mengulas pemergian bapanya itu, Fahrur Razi berkata, rancangannya setakat ini adalah untuk mempertahankan empayar yang diasaskan oleh bapanya itu.

"Yang pertama sekali, saya akan pastikan empayar ekonomi dan korporat yang diasaskan Abuya dapat dipertahankan. Itu sudah cukup baik," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tambahnya, beliau juga menjalankan tugas berkenaan selaku timbalan pengerusi eksekutif syarikat tersebut.

"Secara fizikalnya, Abuya sudah tidak boleh jalankan tugas lagi sejak Disember 2006 dulu. Saya yang memangku tugas dia," katanya lagi.

Tambahnya, syarikat itu kini berjaya menubuhkan sebanyak 20 buah bandar mini yang disokong oleh aktiviti perniagaan oleh anggotanya.

"Perniagaan ini seperti pasaraya, kedai dobi dan pemprosesan makanan," kata Fakhrur Razi yang pernah menuntut secara tidak formal dalam jurusan bahasa Arab dan Syariah.

Fakhrur Razi juga merupakan antara pengikut terawal Ashaari yang menubuhkan pergerakan Al-Arqam pada 1968.

"Saya dibawa ketika (Ashaari) pergi ke perjumpaan-perjumpaan sejak kecil lagi, semenjak beliau aktif berpolitik," kata anak kelahiran Sekinchan, Selangor itu.

Katanya lagi, seluruh anggota syarikat itu kini sedang berkabung selama seminggu.

Anggota syarikat berkenaan kini berkumpul di rumah-rumah tamu syarikat di seluruh negara untuk mengadakan acara tahlil.

"Selepas ini barulah kita tumpukan agenda perniagaan kita," kata anak lelaki sulung daripada 38 orang adik beradik itu.

Selain itu, Ashaari meninggalkan seramai 200 orang cucu serta 64 orang menantu.

"Ramai kerana ahli keluarga Abuya ramai yang mengamalkan poligami," katanya lagi.

Jelasnya, kekuatan empayar yang ditubuhkan bapanya itu diasaskan oleh kasih sayang dan semangat perpaduan dalam keluarga.

"Kita akan teruskan budaya perpaduan dan kasih sayang, sama seperti zaman beliau masih hidup," katanya lagi.

Lupakanlah dan maafkanlah kesalahannya ..Al Fatehah



Asaari Muhammad
Bekas pengasas Al-Arqam dirawat di KPJ Ipoh sejak 10 Mei

IPOH: Bekas pengasas dan pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan, Asaari Muhammad, meninggal dunia di Hospital KPJ Ipoh Specialist di sini, pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.

Asaari, 73, dimasukkan ke hospital berkenaan pada 10 Mei lalu selepas dikatakan mengadu sakit ketika berada di sini.

Anak Asaari, Mohd Niqdad, 29, yang dihubungi Berita Harian mengesahkan ketika menghembuskan nafas terakhir, ibunya, Tengku Noriah Tengku Abdullah dan dua ibu tiri, Hatijah Aam dan Noraziah Ibrahim, berada di sisi bapanya.

"Abuya (bapa) memang kurang sihat sejak akhir-akhir ini tetapi doktor menyatakan kematiannya disebabkan paru-paru berair. Abuya singgah sebentar di sini selepas balik dari program ziarah di Thailand dan dimasukkan ke hospital sejak tiga hari lalu," katanya.

Mohd Niqdad, anak ke-15 Asaari, berkata jenazah bapanya dikebumikan di tempat kelahirannya di Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan.

Jenazah Asaari yang dikenali sebagai `Abuya' di kalangan pengikutnya, dibawa ke rumah tamu syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (Global Ikhwan) di Lorong Raja DiHilir, Tambun di sini, untuk solat jenazah selepas solat Asar. Kira-kira 100 pengikutnya berada di rumah berkenaan.
Selepas itu, jenazah dibawa menaiki kenderaan pelbagai guna Toyota Alphard beserta beberapa kenderaan lain keluar dari pekarangan banglo itu kira-kira jam 5.40 petang untuk dibawa ke Negeri Sembilan.

Di pintu masuk banglo berkenaan, ada sepanduk tertera ‘Selamat Pulang Abuya Fata At Tamimi ke Malaysia' manakala di sepanjang pagar beberapa sepanduk kecil tertera logo syarikat serta perkataan seperti Abuya Penyelamat Kami, Abuya Bapa Poligami dan Abuya Hidup Mati Kami.

Sementara itu, seorang kakitangan Global Ikhwan, Marzuki Hussain, 57, berkata Allahyarham singgah di sini dalam perjalanan pulang dari Thailand atas urusan perniagaan.

"Allahyarham adalah Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan dan berada di sini beberapa hari lalu untuk pertemuan dengan kakitangan syarikat di sini," katanya.

Beliau berkata, Asaari dimasukkan ke hospital selepas dikatakan mengadu sakit ketika berada di rumah tamu berkenaan.

Kerajaan mengharamkan kumpulan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994 kerana ajaran Aurad Muhammadiah yang diamalkan kumpulan itu bertentangan dengan akidah Islam.

Asaari yang dilahirkan pada 30 Oktober 1937, ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan Al-Arqam mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pernah membuat pengakuan terbuka mengenai penyelewengan dalam kumpulan berkenaan.

Allahyarham pernah dikenakan tahanan rumah di kediamannya di Rawang, Selangor dan Pulau Labuan tetapi dibebaskan pada 25 Oktober 2004.

Berita ini di petik dari sumber berita harian .Admin blogger tanya-ustaz.blogspot.com tidak bertanggungjawab diatas isi berita yg disiarkan di sini .terpulang kepada pembaca budiman utk menilainya .
Related Posts with Thumbnails