email
twitter
facebook

The Divine Book siri 4 : Prophet Jesus di undi menjadi Tuhan.



Dengarlah .... wakil rakyat wujud melalui proses undian ... tanpa undian rakyak maka tidak wujudlah wakil rakyat .. adakah Jesus a.s juga diperlakukan sebegitu ..diangkat menjadi tuhan melalui undian . adakah logik akal manusia sudah mulai lusuh ?

The Divine Book siri 2b & 3 : Prophet Machmad ....ada di kitab versi bahasa Ibrani mengapa tidak ada di versi Inggeris !?






Kenali siapa sebenarnya Nabi Isa a.s @ Prophet Jesus a.s dan Nabi Muhammad s.a.w @ Machmad ..sekitanya ada faham nascaya anda tidak murtad drp agama Islam ....

Selingan : Mujaddid yg terakhir




  • Sekarang tahun 1431 Hijrah ..apa yg penting nya tarikh ini kepada kita ..

Saya teringat sebuah hadis rasulallah s.a.w yang mana di setiap 100 tahun hijrah , Allah s.w.t akan menzahirkan seorang MUJADDID di kalangan ummat Islam . Beliaulah yg akan memperbaharui agama Allah s.w.t supaya tetap asli ,segar dan releven di zamannya sekurang-kurangnya 100 tahun akan datang lagi .

Ia bagaikan kita memperbaharui wuduk , walaupun kita masih mempunyai wudhuk dan belum batal lagi tetapi kita afdal memperbaharuinya Amalan itu bagaikan suatu penyegaran rohani dan minda supaya lebih bersemangat bagi sesiapa yg melakukannya .

Begitu juga manusia yg bertaraf mujaddid ini , beliaulah yg akan berperanan sebagai penyegar agama yg kita anuti ini .Kita sememangnya seorang Islam tetapi agaknya ilmu Islam yg kita miliki ini sudah lesu dan murung ,kita perlukan suntikan kesegaran dan kita juga perlukan pembaharuan yg sesuai dengan zaman dan sudah pastinya kita mahukan keoriginalan beragama seperti agama yg di bawa oleh Rasulallah s.a.w . Di situlah peranan mujadid ini .

Apabila kita mendengar ulasan atau ilmu yg keluar drp mulut mujaddid ini berkenaan tentang ISLAM , seolah-olah ia adalah sesuatu yg baharu kita ketahui dan temui , padahal kita sudah mentalaah kitab-kitab dan buku-buku agama sebelum ini , walaupun mujaddid tersebut mengulas atau menerangkan berkenaan ilmu yg kita sudah tahu . Penjelasannya itu membuka minda dan hati .

  • Begitulah agaknya di antara ciri- ciri mujaddid yg akan muncul nanti

Mujaddid juga adalah manusia yg terpilih dan dipilih oleh Allah s.w.t .bayangkanlah manusia itu hanya wujud seorang sahaja dalam masa 100 tahun dan sudah tentulah kehidupan semasa kecil sehingga remajanya itu dipenuhi dengan kemuliaan dan kesungguhan menuntut ilmu . Kehidupan yg sangat berbeza dengan perjalanan kehidupan manusia biasa ,barangkali ia tidak hidup dengan mengikut sistem iluminati seperti perjalanan kehidupan yg kita lalui ini .

Masyarakat kita mempunyai ramai manusia yg memiliki PHD, satu peringkat yg tertinggi di dalam hairaiki pendidikan ,barang sesiapa yg mendapatnya dialah diantara orang yg terpelajar dan terhebat dan tergolong ke dlm orang yg cerdik - pandai tetapi tidak semestinya beriman dan beramal soleh . walaupun saya tidak memiliki PHD tetapi saya maklum , bagaimana cara hendak mendapat serta mencapainya ..... ..dan saya berpendapat MUJADDID ini bukan di kalangan mereka .

  • Hah itu satu di antara ciri-cirinya lagi...

Mujaddid yg ditunggu -tunggu ini , menurut pendapat saya , cara beliau menuntut ilmu-ilmu agama seperti ulama'ulama' silam seperti zaman ulama salaf fu soleh . Saya beri satu contoh kalau kita rajin membaca cerita bagaimana ulama pada zaman dahulu menuntut ilmu kita akan dapati mereka sanggup menggembara-beribu-ribu kilometer semata-mata hendak mengetahui hanya sebuah hadis sahaja setelah selesai hajatnya itu maka ulama itu pun kembali ke tempat asalnya .

Adakah wujud manusia seperti itu pada zaman sekarang ? "Oh aku tak tahu lah penyelesaian masalah ini ....guru aku di Kedah ..aku di Selangor ..ah aku nak pergi menemui guru aku sekarang juga ..ketika itu jam menunjukkan jam 12 .00 tengah malam" . Adakah kita mampu dan sanggup melakukan perkara seperti itu ... saya tanya sekali lagi ..adakah wujud manusia yg sangat dahagakan ilmu sehingga melakukan perkara yg diluar akal fikiran...pada zaman ini ?

  • Sekiranya ia wujud maka itu adalah ciri-ciri MUJADDID yg saya maksudkan .

Kita boleh mengaku sebagai muslim dan beriman dan pengakuan itu bagus kerana kita berbangga dengan keislaman kita itu ..tetapi ingat , ada tapisan atau ujian terhadap akuan kita itu ..maksud dari firman Allah s.w.t . Tidak dianggap seseorang itu beriman sebelum ia di uji . Anda mengaku beriman maka tunggulah ujian Allah .samada anda .lulus ataupun tidak ..

Nampaknya , kita tidak boleh mengaku sebagai seorang ulama' atau orang alim .sesiapa yg mengaku sebagai seorang alim maka dia sebenarnya jahil . nama blog ini tanyalah ustaz bermaksud saya mengaku diri ini sebagai seorang ustaz ..maka sebenarnya saya ini seorang yg jahil bukan nya seorang yg alim .

Begitu juga kita tidak dibenarkan mengaku sebagai seorang wali Allah s.w.t ,barang siapa yg mengaku sebagai wali Allah s.w.t . maka sesungguhnya dia adalah sebuah kuali yg bontotnya hitam kerana terkena api . Begitulah apa yg saya fahami ketika mentalaah ilmu pengetahuan Allah s.w.t ini .

Alangkah kurangnya ilmu sekiranya kita ini mengaku sebagai mujaddid ..maka sesungguhnya kita telah berbohong dengan diri sendiri dan juga Rabulalamin dengan sebesar-besar pembohongan . Adakah kita tahu taraf manusia MUJADDID itu ? Adakah hanya berserban besar kemudian berjubah sudah cukup dipanggil mujaddid kemudian berjalan-jalan dipasar mencari Allah s.w.t dan tidak menjumpainya .

Menurut Imam As Sayuti, kurun ini adalah kurun yg terakhir , maka mujadid yg akan muncul ini sudah pastinya hebat dan ada hubungan dengan Muhammad bin Abdullah yg ke 2 . Mujaddid ini sudah pasti berketurunan Sayyidina Hassan r.a . Mujjadid ini ada kaitan dengan perkembangan Islam di akhir zaman . Dan ciri-ciri yg lain ialah mujadid ini akan melakukan perkara yg diperintahkan oleh Allah s.w.t walaupun amalannya itu pada pandangan manusia ianya salah .Dia tidak kempunan dengan simpati manusia yg berada di sekeliling nya .

Dia juga tidak perlu pengiktirafan manusia yg dia sedang melakukan kebaikan dan tidak akan hirau jika kebaikan yg dilakukan dipandang serong oleh masyarakat di sekelilingnya . Saya pasti mujadid ini wujud kerana kewujudannya itu adalah berdasarkan hadis rasulallah s.a.w tetapi di mana dan siapa ? Mujadid ini ada kaitan juga dengan hadis "nusantara " . Kebangkitan Islam dari nusantara .apa sebenarnya maksud nusantara itu ? nusa itu bermaksud " negara " antara itu adalah negara itu dikelilingi oleh 3 lautan .

Mungkin mujaddid ini zahir samada dari negara Indonesia ataupun Malaysia ... jika ia lahir dari kedua negara itu sudah pastilah ia manusia yg berbangsa " MELAYU " . Mujadid ini juga yg membawa Islam yg sebenar di akhir zaman , agama Islam pada awalnya asing dan kembali kepada asing pada akhirnya . ataupun diistilah sebagai GURABA.

Tetapi adakah kita akan bersama mujaddid ini apabila ia dizahirkan oleh Allah s.w.t adakah kita bersedia meninggalkan sistem kesayangan kita ini .. maka bebaskanlah minda dan roh anda dari cengkaman sistem -sistem rekaan MEREKA .

Imam Ghazali r.a dan Sheikh Abdul Qadir r.a adalah mujadid zaman lampau ,adakah wujud manusia zaman sekarang yang mempunyai ilmu yg tinggi seperti mereka di negara kita atau di Indonesia ? . Manusia yg mempunyai ilmu yg tinggi ini adalah orang melayu bukan orang arab dll. Dia hidup di negara kita , dan pergi ke pasar-pasar seperti orang biasa , dia juga yg dijanjikan oleh Allah s.w.t yg akan memudahkan misi Muhammad bin Abdullah yg ke 2.

Mungkin selain drp itu , beliau juga yg akan menyediakan sepasukan tentera yg amat hebat dan tiada tandingannya , sehingga dapat mengalahkan tentera USA dan Eropah serta Turki .. siapakah gerangan mujaddid itu ? .. dia ada di negara kita atau di negara Indonesia ? . Tentera yg disediakan itu bukan setakat pandai bersilat ..kerana dengan hanya pandai bersilat ..ia tidak memadai .

Kehebatan tenteranya itu boleh meranapkan bukit dan gunung dengan sekelip mata sahaja ..adakah wujud tentera itu di Malaysia atau di Indonesia ? Tentera yg sehebat itu , sekiranya wujud di Malaysia atau di Indonesia sudah tentu keluar beritanya di media-media elektronik negara .. jawapannya wujud ..apa buktinya ia berdasarkan hadis akhir zaman hadis tentang kebangkitan Islam dari nusantara . Di mana ? ia berada di nusa bererti negara dan antara ialah negara yg dikelilingi oleh 3 lautan ...( seperti yg saya tuliskan di atas ) ada 2 negara sahaja yg mempunyai ciri -ciri berikut iaitu yg pertama Malaysia yg ke 2 Indonesia.

Negara kita atau Iindonesia telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t untuk menjadi tapak kebangkitan Islam pada zaman ini ...barangkali bermula dari seorang pemimpin dari kerajaan buangan dan amalan Islam yg dipandang oleh manusia sebagai guraba . kemudian dengan izin Allah s.w.t , ia terjadi sesuatu yg tidak terjangka di negara itu oleh akal dan tiba-tiba manusia akan mencari manusia yg boleh menyelesaikan masalah tersebut ... manusia itu kebetulan seorang mujadid yg dijanjikan oleh Allah s.w.t

Kalau nun di sana Vitican City mengistiharkan paus yg memerintah sekarang adalah paus yg terakhir sebelum zahirnya paus yg terhebat , di dunia Islam pun sebenarnya sudah wujud seorang mujaddid yg terakhir di zaman ini sebelum zahirnya Imam Mahdi r.a... saya terpanggil menulis artikal ini disebabkan negara yg terlibat nanti adalah negara Malaysia atau Indonesia tetapi saya lebih yakin Malaysia lah yg akan menjadi titik permulaan kedaulatan Islam diakhir zaman ini . dan sudah tentu saya adalah rakyat Malaysia .

Tetapi sebelum saya menamatkan artikal ini yg paling penting , bagaimana hendak mengecam mujadid ini . Caranya ialah beliau tidak akan mengaku sebagai mujadid ,kalau anda dengar seseorang alim mengaku sebagai mujadid bermakna dia adalah bukan mujadid yg sebenar yg diramalkan oleh rasulallah s.a.w di dlm hadisnya , seperti juga rakannya iaitu Muhammad bin Abdullah yg ke 2 , Beliau juga tidak mengaku sebagai Imam Mahdi r.a .

SIARAN ULANGAN : 17 & 18 : Operation False Flag & Tim Usman










Kita sudah tahu 11/9 adalah satu rancangan licik MEREKA , kita sudah tahu juga Tim Usman @ Usama bin Laden adalah manusia halimunan dan orang MEREKA , kita sudah tahu juga negara saudara seIslam kita Afganistan dan Iraq hancur di serang semata-mata membuat persediaan ketenteraan sambil untuk menunggu " ORANG TUA KITA " muncul ...tetapi ada sesiapa yg berani menetang secara rasmi ...saya ucapkan tahniah kepada Tun Mahathir bin Muhammad mantan PM Malaysia kerana berani mengatakan bahawa kejadian 11/9 adalah suatu konspirasi dan beliau tidak menarik kenyataannya walaupun diminta berbuat demikian... bebaskanlah minda kita drp mengiyakan apa saja yg disiarkan di TV ...

Selingan : Tidurlah Wahai Ummat Islam ....



Gempa bumi di HAITI sekuat skala ricther 7.0 +- baru baru ini yg melanda negara itu menelan korban rasmi setakat ini 50,000 orang . Dijangkakan korban akan meningkat sehingga 100,000 . satu angka yg sangat besar ,seramai korban gempa bumi yg melanda Aceh yg disusuli gelombang tunami pada tahun 2004 yg lalu .

Belum lagi hilang perasaan trauma ..negara kepulauan itu dilanda gempa susulan 6.0 sekala ricther . Pada ketika ini pasukan penyelamat bertungkus lumus menyelamatkan mangsa-manga yg tertimbus . Ada yg dikeluarkan sudah menjadi mayat dan ada juga yg bernasib baik dengan izin Allah s.w.t keluar masih berkeadaan bernyawa.


Semua yg berlaku di alam ini , tidak terlepas daripada qodo 'qadar Allah s.w.t .Tidak bergerak sesuatu itu melainkan dengan izin Allah s.w.t.


---------------
Cuba kita lihat dari sudut pandangan yg lain
  • Pada artikal yg lepas dlm lebel selingan juga dan artikal yg bertajuk "YE KE " saya ada memaparkan beberapa KAD PERMAINAN ILUMINTI yg sudah berada di pasaran sejak 1995 lagi ..kad itu pada asalnya tidak membawa maksud apa-apa ,ia sekadar suatu kad permaianan biasa sahaja tetapi kad tersebut menjadi tumpuan manusia apabila sebahagian gambar di dlm kad itu menjadi kenyataan cthnya runtuhnya menara berkembar pusat perdagangan di New York ,pelanggaran pesawat ke atas pantagon , wabak H1N1 dan banyak lagi ...para pembaca boleh merujuk perkara itu pada artikal yg saya telah nyatakan tadi


  • Salah satu gambar yg terdapat di kad itu ialah wujudnya satu gambar MESIN PENGGEMPA BUMI yg dikenali sebagai HRRP . mesin ini digunakan untuk mencetuskan gempa bumi dlm skala yg dikehendaki oleh " perancangnya " ia adalah satu proses penghapusan ummat manusia secara " TABIE " dan ianya tidak dapat di kesan dan manusia menganggapnya sebagai kejadian yg rutin atas sebab-sebab sains . Persoalan nya adakah gempa bumi yg melanda Haiti ini berpunca dari angkara mesen ini seperti yg berlaku di Negara CHINA ?

  • Zagami seorang tokoh FREEMASON yg khabarnya telah keluar drp" persatuan kebajikan dan senibina " itu dan telah memeluk agama Islam (walaupun statusnya masih diragui lagi) menjelaskan ummat manusia khususnya ummat Islam hendaklah bersiap sedia sebelum datangnya tahun 2012 nanti . Beliau menjelaskan mulai 2010 akan berlakunya penghapusan manusia pada skala yg besar ! .. dan perkara ini akan berlanjutan sehinggalah kemuncaknya iaitu pada tahun 2012 . Beliau menambah akan terjadinya penazian ke atas bangsa EROPAH DAN USA di antara tahun 2010 hingga 2012 nanti .

  • Saya tidak percaya kenyataan ZAGAMI ini ,walaubagaimanapun , ketika saya membaca artikal ini dr blog EFEIRY di dalam hati saya tertanya-tanya , adakah benar-benar berlaku apa yg beliau jelaskan itu ... nampaknya seakan-akan benar berlaku seperti yg di jelaskan ...Haiti dilanda gempa bumi 7.0 sekala richter dan korban dijangka 100,000 hingga 500,000 orang !!!.Peristiwa itu berlaku pada pembukaan tirai tahun 2010 seperti yg dijelaskan olehnya . Persoalannya mengapa terjadi begitu banyak kebetulan seperti yg terdapat di dalam kad ILUMINATI , ramalan ZIGAMI ,mesin HRRP . dan....





  • Sekiranya para pembaca mengikuti dialog antara MUSLIM dengan BISHOP di blog ini ,anda akan mendapati satu kenyataan drp BISHOP itu..

  • "Mengapa anda ketawa 2, 3 tahun ini adalah tahun terakhir bagi ummat Islam menunaikan haji dan berkahwin ... selepas kemunculan PAUS ST. PETER yg ke 2 nanti anda tidak berpeluang melakukan perkara itu" .

  • Apa yg boleh diambil pengajaran drp kenyataan ini tahun-tahun masa akan datang nanti penuh dengan pancaroba yg bersekala MEGA yg menyebabkan aktiviti manusia yg rutin terhenti dan beralih menumpukan " perkara yg lain "

  • Kita seorang yg setia dan komitmen dengan kerja sehingga tidak tahu apa yg sebenarnya terjadi di sekeliling kita .. kalau saya katakan kita sedang di sembur racun secara besar-besaran oleh MEREKA , adakah anda percaya ?

  • Baik, cuba baca penjelasan ini ..lihat-lihat lah langit biru nan indah ciptaan Allah s.w.t sekali sekala ...sekiranya bertepatan dengan jadual MEREKA, anda akan lihat langit kita telah dicemari dengan " CHEMTRAILS ", ia di katakan sejenis racun yg akan mengakibatkan beberapa penyakit yg tidak ketara ,dengan bahasa yg mudah "pembunuhan secara perlahan dan senyap " seluruh dunia telah disembur tidak terkecuali langit negara kita ..saya telah melihat sendiri perkara itu tetapi malangnya saya tidak sempat merakamkan aktiviti mereka itu .





  • Fungsi yang ke 2 ialah menjadikan langit kita sebagai layar yg besar ..apakah tujuan sebenar mereka itu ?..



    ..sila baca artikal -artikal saya yg lepas dlm lebel selingan untuk mendapatkan pemahaman

  • Mereka sekarang sudah tidak kisah sekiranya rancangan mereka disebar-sebarkan kepada mangsa -mangsanya ..kerana mereka tahu yg mangsa-mangsa itu tidak akan percaya dan masih nyenyak tidur ... tidurlah wahai " mangsa-mangsa" mereka ... tunggu sahaja bila dikejutkan nanti .. dan pada ketika itu jangan rasa bingung ... pastikan pilihan "mangsa-mangsa" mereka itu benar ...pilihan yg benar d isisi Allah dan pilihan yg sebaliknya itu menyebabkan suatu kerugian buat selama-lamanya ... MEREKA mahukan roh @ iktiqod anda ! ...
Tidurlah
Tidurlah
Wahai Ummat Islam
Tidurlah wahai Umat Islam

Tidurlah wahai Umat Islam
Tidurlah
Pejam mata
Tidur minda

Tidurlah wahai Ummat Islam
Tidurlah
Pejam mata
Tidur minda

Ku kisahkan ,ku tuliskan
Wahai Umat Islam
Ku kisahkan ,ku tuliskan
Wahai Umat Islam

Jika kau tidur lena
kau kan kasihkan dunia
Bersifat fatamorgana
Di perhambakan manusia


Bangkitlah
Wahai Ummat Islam
kau akan berjaya

Bangkaitlah
Wahai Umat Islam
Kau akan berjaya

Bebaskanlah minda mu
Bersama rohmu

Bebaskanlah minda mu
Bersama rohmu

Bebaskanlah mindamu


Umat Islam
Tidurlah
Umat Islam
Jangan jaga



Sila alunkan senikata lagu ini mengikut lirik TIDURLAH WAHAI PERMAISURI oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramli.


Sekian



SOHEH MUSLIM siri ke 3 : Semuanya pasal wang ! ..maka akhlak menjadi mangsanya ..



Maksud Hadis Rasulallah s.a.w

" Dari Abu Hurairah r.a katanya , Pada suatu hari Rasulallah s.a.w berkumpul bersama-sama dengan orang ramai ,Tiba-tiba datang kepadanya seorang lelaki ,lalu bertanya ,Ya rasulallah Apakah yg dikatakan iman ? . Jawab nabi s.a.w , iman ialah ....

  • Beriman dengan Allah
  • Beriman dengan para malaikat-Nya
  • Beriman dengan kitab-kitabnya
  • Beriman akan menemui-Nya
  • Beriman dengan Para Rasulnya
  • Beriman akan dibangkitkan di akhirat nanti
Apakah yg dikatakan Islam ? .Jawab Nabi s.a.w ,Islam ialah ...

  • Menyembah Allah s.w.t dan tidak mempersekutukan -Nya dengan yg lain-lain
  • Mendirikan solat fardu
  • Membayar zakat yg wajib
  • Berpuasa Ramadhan
Tanyanya pula ya rasulallah ! apakah yg dikatakan Ihsan . Jawab Nabi s.a.w,Ihsan ialah ...

  • Menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya sekiranya engkau tidak melihatnya ,sesungguhnya Allah melihat kamu .
Tanyanya pula ,bilakah terjadinya kiamat ? . jawab Nabi s.a.w ...orang yg bertanya lebih mengetahui daripada orang yg ditanya ,tetapi akan aku terangkan tanda-tandanya..

  • Apabila hamba sahaya telah melahirkan tuannya itu adalah salah satu tanda-tanda nya
  • Apabila orang miskin dan hina dina telah menjadi pemimpin itu juga salah satu tanda-tandanya
  • Apabila pengembala ternak yg hina telah bermewah-mewah dengan bangunan-bangunan yg indah-indah ,itupun termasuk tanda-tandanya
Selanjutnya ,ada 5 perkara yg seorang pun tidak mengetahui nya selain Allah s.w.t Kemudian Rasulallah s.a.w membaca ayat .

Sesungguhnya Allah s.w.t,hanya Dia sahaja yg mengetahui tentang hari kiamat ,dan Dialah yg menurunkan hujan ,dan yg mengetahui apa yg berada di dlm rahim , Dan tidak ada seorang yg pasti apa yg akan dilakukan pada esok hari dan tidak ada sesiapa yg tahu di bumi mana ia akan mati , sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal ( surah Luqman ayat ke 34 )

Kemudian orang itu pun berlalu ,maka bersabda rasulallah s.a.w ,itulah Jibrael a.s. dia datang mengajar agama kepada orang ramai


--------------------------------------------------

Hadis di atas adalah hadis yg ke 2 menyentuh rukun agama yg 3 itu dan menjadi ia menjadi suatu dalil sokongan kepada hadis yg pertama yg di tuliskan di dlm artikal pada siri yg pertama .

Ini adalah di antara dalil- dalil yg membenarkan wujudnya rukun Iman itu ada 6 perkara .... rukun Islam itu ada 5 perkara dan rukun Ihsan itu juga wujud di dalam Islam iaitu menghilangkan sifat - sifat yg keji dan menghiasi diri dengan sifat -sifat yg terpuji , sekiranya kita lihat di dlm hadis ..Ihsan itu menyembah Allah seolah-olah kita melihat Allah s.w.t , kalau kita tidak mampu melakukan perkara itu sesungguhnya Allah s.w.t melihat segala perbuatan kita .

"Kalau di sebut adab atau akhlak maka kita akan menjuehkan mulut kita dan minda yg dipengaruhi dunia dan nafsu menganggap perkara tersebut tidak penting untuk kehidupan kini ...kita akan berkata ...tidak komersial ... tidak mendatang hasil wang yg banyak ... lapuk .. apa yg penting sekarang adalah kemajuan . .bukannya belajar akhlak dan lain-lain "

  • Jangalah begitu wahai kawan .. fikir panjang sedikit .. mari saya jelaskan ...
Dunia sekarang mengutamakan manusia yg mempunyai kemahiran tinggi ...cth manusia sangat berkeinginan menjadi seorang DOKTOR , seorang JURUTERA , seorang PROFESOR ,seorang AHLI PERNIAGAAN dan sebagainya . Bagaimana sekiranya negara kita mempunyai doktor yg tidak berakhlak seperti mengambil kesempatan mencabul pesakitnya ketika ia merawatinya ,menjual organ-organ manusia secara haram dipasar-pasar gelap ...

Bagaimana pula negara kita memiliki seorang jurutera membina sebuah jambatan yg kurang mutu keselamatannya kerana inginkan keuntungan semata-mata , bagaimana pula negara kita memiliki seorang ahli perniagaan yg memanopoli sesuatu barang yg sangat diperlukan oleh orang ramai dan seterusnya menaikkan harga barang tersebut ? .

Saya nyatakan contoh-contoh di atas kerana mengkehendaki minda kita berfikir semula , Adakah kita tidak nampak betapa pentingnya peranan Ihsan @ tasauf @ akhlak @adab kepada "wang" kita , kepada "kepercayaan" kita , kepada"ekonomi "kita . Saya ambil satu contoh yg mudah pembinaan jambatan mestilah menelan perbelanjaan yg banyak ,kemudian oleh kerana seseorang jurutera itu TAMAK @ HUBBU DUNIA @ CINTAKAN DUNIA @RAKUS maka bahan-bahan yg digunakan kurang kuantitinya dari yg sepatutnya dan rendah mutunya .. dipendekkan cerita maka robohlah jambatan itu walaupun baru setahun di bina .. maka setiap manusia di alam ini akan menuding jari kepada watak-watak yg terlibat di dlm pembinaan jambatan yg sudah roboh itu . .... maka banyaklah al kisahnya ...dipendekkan cerita sekali lagi , jambatan itu tetap penting utk kegunaan orang ramai , maka kerajaan memutuskan mengeluarkan lagi peruntukan sekali lagi untuk membina jambatan itu ,maka kos meningkat sebanyak 2 kali ganda , kalau sebuah jambatan kosnya sebanyak RM 10 juta , maka kos itu bertambah menjadi RM 20 juta .

Maka sudah tentulah kerajaan menanggung kerugian yg banyak ,,itu belum diambil kira korban nyawa , kenderaan yg terbabit pada tragedi itu dsb .

Oleh itu saya nak bertanya ..adakah ilmu akhlak itu tidak bersifat komersial ? tidak penting untuk kemajuan sesuatu negara ? ... bak kata Nabil ..anda fikirlah dengan waras dan adil ... tidak roboh jambatan itu sekiranya ada sifat jujur ,amanah dan bertanggungjawab pada pembinaannya . Sifat -sifat tersebut hanya boleh dipelajari di dlm ILMU AKHLAK @ TASAUF @ EHSAN yg mana ia tidak terdapat pada ilmu-ilmu yg lain ...persoalannya mengapa dianak tirikan ilmu ini ?

bersambung ....

Al Masih Dajjal siri 6 : Big Foot ...Pengasuh Dajjal


Sesungguhnya Allah s.w.t tidak bertindak zalim ke atas hamba-hambanya tetapi hamba-hambanya lah yg melakukan kezaliman ke atas diri-diri mereka sendiri . Allah s.w.t tidak akan menimpakan bala' kepada sesuatu kawasan sekiranya penduduk di sesuatu kawasan itu beriman dan beramal soleh dan meninggalkan maksiat dan perkara-perkara keji .

Negeri Samirah@Sumariah telah musnah ,semua penduduknya mati ,segala bangunan musnah ,negeri itu umpama padang jarak padang terkukur . Seperti mana yg saya tuliskan pada kisah yg lepas dengan izin dan takdir Allah s.w.t hanya seorang sahaja yg masih hidup .manusia yg dimaksudkan ialah DAJJAL yg berumur 5 tahun .

Sesungguhnya dia telah ditakdirkan menjadi manusia perosak dan berbahaya pada zaman ini ..sudah tentu dia akan muncul tidak lama lagi ..
ada ulama yg berpendapat Dajjal akan muncul dikhalayak ramai pada tahun 2020 M atau 2023 M . Sekiranya anda membaca dialog di antara Muslim dengan Bishop di dlm blog ini pada artikal yg lalu , anda akan dapat merasai yg tempoh kemunculan Dajjal hanya tinggal beberapa tahun lagi .

"INILAH TAHUN-TAHUN YG TERAKHIR UNTUK UMAT ISLAM MELANGSUNGKAN PERKAHWINANNYA DAN MENUNAIKAN HAJI jika ummat Islam tidak melakukannya ..maka mereka akan menyesal tidak kesudahan"


  • .- inilah mafhum kata-kata bishop yg berdialog dengan muslim itu

------------------

Kanak-kanak @ Dajjal itu melihat apa yg berlaku disekelilingnya ...negerinya sudah musnah dan tidak sesuai diduduki lagi oleh manusia dalam jangka masa yg panjang .

Tiba-tiba dengan izin dan perintah Allah s.w.t Malaikat Jibrael a.s pun turun ke negeri yg musnah itu . Tujuan malaikat Jibrael a.s ke sana ialah untuk mengambil kanak -kanak @ Dajjal dan membawanya ke sebuah pulau yg subur dengan tumbuh-tumbuhan . Suatu tempat yg terasing dan jauh drp pengaruh manusia .Di manakah pulau itu ?

Pulau itu terletak berdekatan dengan negeri YAMAN dilautan HINDI . Kemudian kanak-kanak itu ditinggalkan bersendirian dipulau itu .Malaikat Jibrael a.s diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk memelihara dan mengawasi perkembangan kanak-kanak @ Dajjal itu dari masa kesemasa .

Walupun kanak-kanak itu adalah manusia yg paling berbahaya disepanjang zaman manusia sejak Nabi Adam a.s sehingga kiamat , Allah s.w.t Yang Maha Penyayang tetap menyayanginya .Allah berfirman kepada Malaikat Jibrael a.s

" Hai Jibrael ,anak itu adalah hamba-Ku tetapi di akhir zaman nanti ia akan mengaku sebagai tuhan yg disembah di muka bumi .Aku akan mengutus orang yg akan menyeksa nya dengan seksaaan yg pedih dan akan membunuhnya pada suatu saat tertentu yg tidak akan diingkari oleh hamba-Ku .Orang tersebut adalah seorang Nabi yg diutus pada suatu masa dan akan menjadi seorang wali tanpa wahyu pada menjelang akhir zaman "


Manusia yg dimaksudkan itu ialah tidak lain tidak bukan ialah
Nabi Isa a.s putera kepada Siti Maryam perempuan yg tersuci di dunia dan Dajjal pula mengambil gelaran ANTI CHIRST @ anti Nabi Isa a.s ataupun raja bagi pergerakkan persatuan ILUMINATI dan FREEMASON dan Pemerintah dibelakang tabir NEW WORLD ORDER atau ST. PETER II , paus yg terhebat dan teragung yg akan muncul menggantikan Paus yg terakhir yg masih hidup sekarang ini dan sudah lanjut usianya lebih kurang 90 tahun . Inilah 2 watak utama di pentas utama akhir zaman @ zaman ini .

St Petter II , paus yg terhebat itu akan mengistiharkan bahawa segala kerosakkan yg berlaku di dunia ini adalah disebabkan oleh ilmu -ilmu Islam kerana teknologi yg wujud sekarang adalah berasaskan ilmu Islam dan sewajarnya Umat Islam wajar di bunuh dan seterusnya CANTOS @ tentera mereka akan membunuh orang Islam secara beramai-ramai , Bermula pengistiharan itu maka selepas 9 bulan kemudian akan berlakunya perang yg dinanti-nantikan oleh Penganut Kristian iaitu perang ARMAGEDDON .

Sudah tentu lah Dajjal yg muncul itu akan memakai topeng khas bagi menyembunyikan indentitinya yg sebenar dan beliau juga akan berpura -pura mati terbunuh .
Walaubagaimanapun perkara ini hanya pendapat peribadi saya sahaja .
------------------

Selain Malaikat Jibrael a.s ada satu makhluk Allah s.w.t yg ditugaskan sebagai pengasuh kepada Dajjal d ipulau itu .Makhluk itu ialah seekor bintang yg berbulu tebal sehingga tidak dapat bagi sesiapa yg melihatnya untuk membezakan yang mana bahagian depan dan yg mana bahagian belakang bintang tersebut . Nama bintang itu yg dirakamkan di dlm hadis dikenali sebagai JASASAH dan kini manusia memanggilnya sebagai
BIG FOOT .

Jasassah @ big Foot diberi kemampuan oleh Allah s.w.t untuk berkata-kata menggunakan bahasa manusia . Ia boleh bertutur dengan menggunakan bahasa Ibrani tua @ bahasa orang-orang Yahudi dan juga mampu berbahasa Arab . Kemampuan Jasasah berkata-kata menggunakan bahasa manusia adalah terhad ,ia hanya berkata berkenaan perkara -perkara yg penting sahaja ,selepas itu ia kembali menjadi binatang biasa sahaja .

Jasasahlah yg menjaga Dajjal akan makan minumnya dan mengajar kesedaran-kesedaran yg sepatutnya didengar dan dituruti oleh Dajjal . Dajjal mendapat pendidikan yg istimewa drp Allah s.w.t , ini adalah semata-,mata untuk menjelaskan siapa sebenarnya beliau dan siapa sebenarnya Tuhan yg layak disembah dan tuhan sebenar yg mencipta Alam ini . Jasasahlah yg bersungguh -sungguh memberi kesedaran itu kepada Dajjal supaya ia di akhir zaman nanti menjadi manusia yg baik bukan manusia yg amat berbahaya kepada manusia samada Muslim dan bukan Muslim .Persoalannya adakah Jasasah berjaya mendidik Dajjal ?

Dajjal seperti kebiasaannya semasa d inegeri Samirah@ Sumariah dulu lebih banyak tidurnya berbanding jaganya ..jaganya hanya untuk makan dan minum yg disediakan oleh pengasuhnya . Jibrael a.s hanya sebagai pemantau yg datang sekali-sekala dan kekerapan nya itu semakin jarang sehingalah MalaikatJibrael a.s tidak datang-datang lagi menjengok Dajjal ,memandangkan Dajjal sudah besar dan tahu menjaga diri ,seterusnya tugas menjaga Dajjal 100% dipertanggungjawabkan kepada Jasasah .

Ini kerana Dajjal sudah meningkat besar dan Jibrael a.s mempunyai tugas yg lebih utama drp menjaga Dajjal ...

Bersambung ............

SIARAN ULANGAN : 15 &16 " Minda yg direhatkan ..buat apa nak fikir-fikir





Assalamualaikum .Terima kasih kepada saudara FAKA penulis ke 2 blog ini ... walaupun terlambat ...beliaulah lah yg meluangkan masa mengisi blog ini dengan artikal -artikal ketika saya ada urusan yg tidak dapat dielakkan .. terima kasih sekali lagi

--------------

Setelah penat bekerja ..sambil duduk berehat , kita melihat siaran tv .. tidak semua rancangan tv tidak bermanfaat ...tetapi tv adalah satu alat kawalan minda ...ia menjadikan minda tidak sempat berfikir tentang apa yg terjadi disekeliling kita ,kita letih melayan kisah khayalan yg dicipta di kaca TV . Kita juga menceritakan kisah khayalan itu bersama-rakan -rakan pada keesokkan harinya .

Begitulah hidup kita sehingga tua ..persoalannya ..apa yg kita dapat ketika hari tua itu ? . Kalaulah kita tidak keluar dari kawalan minda itu dengan segera nascaya ..otak kita akan dipenuhi dengan idea-idea ,hasutan-hasutan drp "MEREKA" cthnya seperti yg di kisahkan oleh 2 klip video di atas ....Jom bebaskan minda ..

Selingan : Mari ke Alam Jin ....Tuan Kelarias

Alam Bunian dan alam jin adalah kalimat yang berbeza tetapi adalah di satu alam yang sama. Ini adalah suatu cerita mistik warisan orang melayu dari zaman dahulu sehingga zaman moden ini dengan berbagai variasi dan tanggapan yang berbeza dari satu cerita ke suatu cerita yang lain. Ada sesetengah pihak yang menafikan sama sekali kewujudan alam bunian dan jin ini dan ada juga sesetengah pihak yang lain mengakui kewujudannya. Bahkan ada dari kalangan mereka yang merasai sendiri pengalaman berada di alam bunian dan alam jin secara jaga bukan sekadar bermimpi semata mata.

Di halaman blog ini penulis ingin menyajikan kepada penggemar cerita yang penuh dengan beberapa cerita tahyul dan dongeng yang boleh dikongsikan bersama salah seorang rakan kenalan penulis yang digelar bomoh Wak Din dan sememangnya beliau berurusan dengan orang bunian pada setiap ketika dan keadaan yang memerlukan bantuan dan pandangan dari salah seorang bunian yang kami gelar 'Sheikh Bunian' itu terutama sekali didalam hal rawatan dan perubatan tradisional untuk penyakit-penyakit misteri. Beliau menetap di Tanah Lesen dan bertugas sebagai salah seorang pegawai kerajaan.

Orang kedua yang akan dijadikan sebagai rujukan cerita orang bunian dan jin ini ialah En. Tugiran. Beliau ini adalah salah seorang rakan penulis yang amat dikenali dikalangan orang orang bunian di Kampung Parit Baru Baruh. Kampung ini terletak di hujung muara Sungai Bernam yang terkenal dengan pendudukan kawasan orang orang bunian terbesar di daerah ini di sepanjang pesisiran pantai Bandar Baru Sungai Lang yang masih dalam pembinaan sebahagiannya. En Tugiran adalah salah seorang yang dikurniakan Allah swt dapat bersahabat dengan orang orang bunian di daerah ini dan dengan beberapa tokoh misteri dari alam bunian yaitu Puteri Gunung Ledang yang kisahnya amat masyhur didalam hikayat Hang Tuah dan Sultan Mahmud Shah yang berangan angan meminang Puteri Gunung Ledang. Dari pengalaman inilah penulis dapat mengenali mereka yakni Puteri Gunung Ledang dan rohaniah manusia pahlawan silam Al Marhum Laksamana Hang Tuah panglima perang armada angkatan laut dan darat Kerajaan Islam Melayu Melaka, serta salah seorang tokoh rohaniah misteri dari kalangan raja-raja melayu Al Marhum Tuanku Sultan Mahmud Shah semuga Allah swt merahmati mereka berdua.

Hamba Allah ketiga yang penulis rujuk sebagai 'Si Penglipur Lara' ialah seorang yang telah lanjut usianya sekitar 70an dan telah pun uzur waktu cerita ini dituliskan. Beliau adalah salah seorang ayah angkat penulis yang paling mencengangkan didalam hal kerohanian dan ketuhanan sepanjang perantauan penulis mengembara mencari dan menimba ilmu dunia dan ilmu akhirat semenjak tahun 80an hingga ke hari ini. Adapun nama beliau penulis terpaksa merahsiakannya untuk kepentingan peribadinya. Semasa beliau masih tergila gila dengan kemasyhuran dan kehebatan ilmu dunia dahulu beliau pernah mencabut 3 batang pokok kelapa di belakang rumahnya kerana melempiaskan ammarahnya kepada seseorang dan pernah menampar pipi seorang pemuda sombong sehingga berguguran 9 batang susuk dari tubuh pemuda angkuh tersebut disalah sebuah pekan kecil dan ternama di salah sebuah negeri di Malaysia.........

-------------------

Ini juga bukan hasil artikal blogger tanya -ustaz.blogspot.com ...ini cuma untuk memperkenalkan blog dan blogger baru yg menjadi rakan link blog tanya-ustaz.blogspot.com . ...mahu cerita selanjutnya sila lihat blog alamjin-tuan kelarias.blogspot.com dan bloggernya ialah Tuan Kelarias .

Anda boleh melayari dengan meng klik di bawah ruangan PEMIKIR DAN PENGKAJI di sebelah kiri blog ini ..wassalam

SELINGAN : Berita terkini !!!


Mahasuci Allah Tuhan Pengatur Alam, Salawat dan Salam Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad Saw, Kepada Para Ahlul Baitnya, Para Sahabatnya, Para Tabiin Dan Tabi'at, Juga Muslimin dan Muslimat. Khususan Kepada Kedua Ibu Bapa Kami yang telah kembali ke rahmatullah, Khususan kepada Para Guru-Guru Kami yang telah pergi menghadap Yang Maha Agung, segala sesuatu adalah kepunyaan Allah, Al-Fatihah untuk mereka serta bacakan Surah Al-Ikhlas 12 kali yang satunya untuk diri sendiri..amin ya rabbal alamin.

Kami ingin menyampaikan sebuah berita yang amat menggembirakan sekalian umat islam di seluruh dunia. Mudah mudahan apa yang akan kami sampaikan ini terhindar dari fitnah yang mengundang perselisihan faham di antara mereka yang mempunyai niat dan hasrat yang berbeza dalam menentukan siapakah Imam Mahdi yang sebenar. anggaplah cerita ini sebagai dongengan atau tahyul semata mata dari kami. Maka adalah kalam ini harus pada akal untuk diterima atau ditolak seadanya. Kami amat mengharapkan pertolongan Allah Swt di atas segala rencana kebaikan ini yang semata mata ingin menyedar dan mengingatkan sekalian umat muslimin dan muslimat dari lena tidur dan khayalan yang tidak akan ada kenyataannya. Kami juga bermohon kehadrat Allah Swt semuga tulisan ini dapat memberikan manfaat yang sebaik baiknya walaupun kami sendiri meminta pembaca menganggapnya sebagai dongengan, mana tau benar Wallahu a'lam. Semata mata ilahi anta maqsudi waridhaka matlubi.

Juga harapan kami kepada sekalian pembaca laman ini kami mohon ribuan ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki andai ada kata kata dari kami yang kurang enak dibaca lantaran teramatlah kerdil diri kami dan teramat sedikit ilmu kami dalam menyampaikan maksud yang tersirat ini. Walaupun begitu kami cuba sedaya upaya yang termampu untuk menyampaikan setiap perkhabaran dari apa yang pernah kami dengar sekitar hujung akhir tahun 2009M bersamaan 1430H di dalam bulan Rabiul Akhir yang lalu.

Dengan nama Allah Kami nukilkan kembali kata-kata yang pernah kami dengar beberapa waktu yang lalu di salah sebuah negeri yang mudah mudahan diberkati Allah Swt dengan pemandangan yang mengasyikkan menghijau dan bergunung ganang indah sekali, dikelilingi sungai sungai yang berselirat dipenuhi hutan rimba yang menenangkan hati yang ingin mencari ketenangan dan menyepikan diri.

'IMAM MAHDI yang dinanti nanti jutaan bahkan billion umat islam telah muncul di salah sebuah negara islam di dunia yang terhampar padanya tempat sujud tua berdada lumut, tempat bernaung ahlinya syorga juga tempat tidur orang yang munafik dan juga tempat musyrik merusak nantinya'.ini adalah kata kata simbolik dari salah seorang ahli rohaniah.Dipetik kata2 ini pada bulan muharram .( Disember 2009 )

'Imam Mahdi sudah ada di sana, setiap khamis malam jumaat. Serbannya berlilit ibarat ular hitam dan ular putih' Kami telah merakamkan perkataan ini dalam bulan sebelum Muharram 2009-2010M. Kata kata ini datang dari seorang tua,yang tidak di kenali orang dan tidak akan dikenali.Tapi kami mungkin dapat mengenalinya lagi jika ditakdirkan dapat bertemu dengannya suatu ketika nanti. Mudah mudahan..

Seandainya kami diizinkan menyebut nama negara tempat al mahdi itu datang setiap khamis malam jumaat seperti yang dimaksudkan nescaya datanglah yahudi dan nasrani berbondong2 menghantar mata-mata memasang telinga untuk mencarinya, melihat dan membunuhnya itu pun jika mereka mengenalinya.

Sebenarnya, Kalau mengikut apa yang kami dengar dan fahami Baginda tidak merasakan dirinya adalah Imam Mahdi, bahkan dirinya hanyalah salah seorang manusia yang beriman yang ingin melihat keagungan islam kembali, maksiat terkubur, fitnah terlenyap, manusia hidup aman damai tanpa menindas dan tertindas. Tanpa menyangka dirinyalah Al-Muntazar itu. Ini adalah pandangan kami, tetapi nyata hakikat itu adalah benar. Sekalipun telah di nobatkan maka akan berkatalah hati hati orang yang soleh lagi merendah diri itu bahawa beliau bukanlah orang yang dijanjikan Tuhan. Maka maha benarlah sabda Rasulullah yang mengisyaratkan bahawa Mahdi itu akan melarikan diri ke madinah walaupun telah di tunjuk oleh seseorang. Beliau masih tetap membawa diri mencari tuhannya selama ini. Beliau masih lagi menguruskan dunia dirinya sendiri, masih belum tiba waktunya untuk di bai'at manusia ramai. Maka qiaskanlah wahai saudara kami para ikhwanul muslimin. Dengan itu dapatlah kita fahami bahawa setiap pengakuan akan membatalkan pengakuan. Kecuali telah ternyata benar maka lahirlah pengakuan yang haq. Bukan pula seperti pandangan sesetengah manusia bahawa hendaklah mengaku dan mengisytiharkan diri jika telah ramai pengikut seperti yang berlaku di seluruh dunia.

Beliau adalah orang kebanyakan, yang sesungguhnya tidak disangkakan orang sama sekali bahawa beliau adalah manusia yang disebut sebut oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Apa yang sudah dijanjikan sangat pasti akan berlaku. Kami tinggal menghitung waktu dari saat ini 2010 M dan terus ke tahun tahun hadapan. Mahdi itu bukanlah dari kami bahkan kami hanya menyampaikan sahaja perkhabaran beritanya dari seorang tua bertongkat yang tiba-tiba kami temui di sebuah kawasan hutan pendalaman. Beliau adalah manusia dan bukan nya jin atau bunian. Apa yang menarik, orang tua itu menceritakan arwah ayahanda beliau sangat ditakuti dan digeruni oleh kebanyakan jin dan bunian di sebelah Tanah Melayu ini.Walau pun begitu bukanlah yang terhebat dan yang terkuat.

Kami tidak bermaksud untuk berbangga kepada sesiapa jua tetapi hanya sekadar untuk menceritakan kepada para pembaca yang budiman bahawa semasa hidupnya ayahanda hamba allah ini kalau mahu berjumpa dengan jin hanya perlu menepuk lantai dengan jampinya yang mudah, tergigil gigil jin yang ada berhampiran datang terbungkuk bungkuk menghormatinya. Atau sebut saja nama Tok Botak atau Tok Jxxx pada diri yang seorang lagi itu pasti mereka dari alam jin dan bunian sekalian sangat mengenalinya. Terutama di Asia Tenggara ini. Sayangnya beliau tidak membuka klinik perubatan tradisional islam. mungkin tidak mahu bercampur dengan manusia ramai agaknya.Tok Botak telah meninggal dunia sekitar tahun 2000M, tapi sampai sekarang nama Tok Botak sangat dikenali dikalangan jin.Beliau adalah salah seorang wali di alam jin mengikut kata salah seorang jin yang pernah kami temui dan berbincang dengannya selepas pertemuan dengan orang tua itu.

Ada pun Tok Jxxx sangat dikenal di seluruh dunia alam jin,bunian dan alam rohaniah manusia, tetapi sangat jelek di alam nyata dunia manusia. Begitulah Allah mengkehendaki agar hambaNya yang dikasihi tersembunyi dari pengetahuan manusia ramai. Kami menjadi saksi atas kemuliaan ilmu orang tua si Tok Jxxx itu.Perkaranya telah kami cuba dan benar2 terbukti bahawa Jin sangat mengenali Tok Jxxxt orang tua yang kami maksudkan. Pun begitu beliau bukanlah Imam Mahdi Al Muntazar, tetapi beliau lah yang telah menceritakan dimana Muhammad bin Abdullah Al Mahdiy kini berada.

Al Mahdi juga sebenarnya nanti sampai ketika akan dikenal dan ditakuti jin islam dan jin kafir yang ingin merusak. Jangan terlupa wahai saudara kami sekalian bahawa tentera Al Mahdi termasuk Rijalul Ghaib, berarti para malaikat tertentu, rohaniah manusia tertentu dan juga para jin tertentu yang akan bersama Imam Mahdi membantunya dalam peperangan besar itu nanti. Suatu peperangan yang bukan sahaja oleh manusia tetapi turut disertai oleh tentera tentera ghaib. Oleh sebab itu tentera Bani Tamim dan Mahdi tidak akan pernah kalah dan akan terus maju melangkah kehadapan dan dalam masa yang singkat dapat melumpuhkan musuh musuh Allah yang berani menghalang halanginya.

Walaupun bunyinya agak ganjil tetapi percayalah bahawa akan berlaku perang tanding atau sayembara beradu kekuatan zahir dan batin diantara manusia dengan manusia dan diantara jin dengan jin kafir. Perang yang akan mencengangkan yahudi dan nasrani dan sangat mengherankan Timur dan Barat. Peperangan kali ini adalah peperangan Tuhan dengan hambanya yang kufur dan ingkar si pemijak Al-Quranul Karim. Walaupun Allah Swt Yang Maha Agung Lagi Maha Berkuasa untuk memusnahkan mereka dengan sekelip mata tetapi jangan lupa bahawa sababiahnya pasti ada dan berjalan mengikut ketentuan yang telah di tuliskan. Maka hambaNya yang benar benar beriman akan berpeluang untuk mati syahid di jalan Allah Swt.

Yahudi dan nasrani juga terkenal dengan kemampuan dan kebolehan mereka berhubung dan memerintahkan jin untuk menghancurkan peradaban manusia. Nabi Sulaiman itu sendiri adalah contoh bangsa Israel yang beriman yang telah di beritakan bahawa Baginda telah diberikan kelebihan mampu menguasai dan memerintahkan jin dan syaitan dari jenis jin rendah sehingga jin bertaraf tinggi lahi sakti. Imam Mahdi bukan saja mampu melakukan perkara zahir dengan bijaksana tetapi baginda mempunyai kelebihan menguasai jin untuk memudahkan segala urusan baginda pada masa itu.

bersambung...

--------------
Artikal ini bukan artikal hasil tulisan blogger tanya-ustaz.blogspot.com . ia adalah satu artikal yg saya salin dan tampal di blog ini .artikal ini berasal dari blog dariufuktimur.blogspot.com( Imam Mahdi Al Muntazar ) .kepada pembaca -pembaca yg berminat hasil karya tuan blogger tersebut sila klik senarai blog di sebelah kiri blog ini ...di bawah ruangan pemikir dan pengkaji .sekian

Selingan : Solat gerhana


Hukum Solat Gerhana

Ulama telah bersepakat tentang hukum sunat muakkad bagi melaksanakan solat sunat gerhana. Hukum sunatnya adalah sama dengan hukum solat dua hari raya. Solat sunat gerhana pula hanya dilakukan di tempat berlakunya gerhana. Jika saudara kita di satu tempat seperti Mesir mengetahui ramalan akan berlakunya gerhana matahari pada tarikh -tarikh yg diramalkan kemudian terjadi di situ , tetapi gerhana tersebut tidak berlaku d Malaysia, maka umat Islam di Malaysia tidak disunatkan untuk melakukan solat gerhana.

Dalil Al Quran dan Hadis

Hukum solat sunat gerhana adalah berdasarkan dalil dari

  • (1) Surah Fussilat, ayat 37,

لاَ تَسْجُدُواْ لِلشَّمْسِ وَلاَ لِلْقَمَرِ وَٱسْجُدُواْ لِلَّهِ ٱلَّذِي خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Maksudnya “Janganlah kamu sujud kepada matahari dan jangan pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah”.

  • (2) Hadis riwayat Imam Muslim yang maksudnya;

Sesungguhnya kedua-dua matahari dan bulan adalah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidak berlaku gerhana kerana kematian atau kerana hidupnya seseorang, apabila kalian menyaksikan fenomena gerhana tersebut maka solatlah dan berdoalah”

Menurut Imam Ibrahim al-Baijuri, antara hikmah berlakunya fenomena gerhana ialah sebagai peringatan kepada golongan penyembah matahari dan bulan bahawa kedua-dua matahari dan bulan adalah makhluk yang tunduk dan patuh pada kekuasaan Allah. Jika kedua-duanya adalah tuhan sebagaimana dakwaan mereka, nescaya akan menjaga dirinya daripada kekurangan, lalu mengapakah cahayanya boleh hilang seketika?

  • Beza Antara Gerhana Bulan dengan Gerhana Matahari

Gerhana Bulan

Gerhana Matahari

1

Biasanya berlaku pada pertengahan bulan hijri.

Biasanya berlaku pada akhir bulan hijri.

2

Berlaku pada waktu malam.

Berlaku pada waktu siang.

3

Disunatkan membaca al-Fatihah dan surah secara kuat (jahar).

Disunatkan membaca al-Fatihah dan surah secara perlahan (khafiyy).

  • Perkara -perkara yg patut dilakukan sebelum melaksanakan solat sunat gerhana

1. Sunat mandi terlebih dahulu.

2. Tidak disunatkan memotong kuku atau bercukur kerana waktu yang singkat .

3. Sunat juga memakai pakaian yang biasa (pakaian harian), bukan pakaian yang cantik-cantik seperti solat sunat istisqa’ (minta hujan).

  • Waktu Disunatkan Solat Sunat Gerhana

Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala. Begitu juga tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu. Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah. Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana. Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita.

  • Peringatan Penting

i. Tidak perlu azan dan iqamah untuk memanggil jemaah menunaikan solat gerhana tetapi cukup dengan sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )

ii. Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan. Bagi solat sunat gerhana matahari pula disunatkan memperlahankan suara pada bacaan Fatihah dan surah.

iii. Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

iv. Sunat menyampaikan khutbah (dua khutbah seperti khutbah Jumaat) selepas solat sunat gerhana walaupun gerhana sudah hilang.

v. Sunat menyampaikan khutbah (seperti khutbah hari raya tetapi tidak disunatkan bertakbir 9 atau 7 kali berturutan pada mukaddimah khutbah).

vi. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah agar bertaubat daripada maksiat, bersedekah, berbuat kebajikan, banyak berdoa, beristighfar dan berzikir, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingatkan manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.

vii. Jika dilakukan berseorangan atau jemaah hanya daripada kalangan wanita, maka tidak perlu khutbah (tetapi harus memberi tazkirah kepada jemaah wanita).

PANDUAN RINGKAS SOLAT GERHANA & KHUTBAHNYA

  • Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

  • Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari

أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

  • Cara & Bilangan Rakaat

Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu;

i. Yang terlebih sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku’ dan 2 qiyam yang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat (Kesimpulannya: jumlah ruku’, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat solat sunat gerhana).

  • Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang. Kadar panjang bacaan surah ialah surah al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama,
  • Surah Aali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua,
  • Surah al-Nisa’ (176 ayat) dalam qiyam ketiga,
  • Dan surah al-Ma’idah (120 ayat) dalam qiyam keempat). Kadar panjang tasbih ialah sekadar bacaan 100 ayat dalam ruku’ dan sujud pertama, sekadar bacaan 90 ayat dalam ruku’ dan sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat dalam ruku’ dan sujud ketiga, dan sekadar bacaan 50 ayat dalam ruku’ dan sujud keempat.

ii. Yang lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat. Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.

iii. Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.

  • Cara Kedua (Sederhana )

Sekiranya gerhana berlaku sekitar 30-40 minit maka surah-surah yg panjang itu boleh digantikan dengan surah-surah lazim ..

---------------------------------------------------------------------

  • (Rakaat Pertama)

1. Takbiratul Ihram.

2. Membaca doa iftitah.

3. Membaca Isti’azah. (أَعُوْذُ بِالله مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ)

4. Membaca surah al-Fatihah.

5. Membaca surah dalam qiyam pertama. Dicadangkan membaca surah surah al-Baqarah (ayat 1-25) atau surah al-A’laa (19 ayat).

6. Ruku’ (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).

7. Iktidal dan qiyam kedua, membaca surah al-Fatihah dan surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 26-48) atau surah al-Ghaasyiyah (26 ayat).

8. Ruku’ (kedua) dengan membaca tasbih (90 kali tasbih).

9. Iktidal.

10. Sujud (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).

11. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).

12. Sujud (kedua) dan membaca tasbih (90 kali tasbih).

13. Berdiri ke rakaat kedua.

-------------------------------------------------------------

  • (Rakaat Kedua)

1. Qiyam ketiga dan membaca surah al-Fatihah.

2. Membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 49-61) atau surah al-Syams (15 ayat).

3. Ruku’ (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).

4. Iktidal dan qiyam keempat, membaca surah al-Fatihah dan membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 62-74) atau surah al-Zalzalah (8 ayat).

5. Ruku’ (keempat) dengan membaca tasbih (50 kali tasbih).

6. Iktidal.

7. Sujud (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).

8. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).

9. Sujud (keempat) dan membaca tasbih (50 kali tasbih).

10. Membaca tasyahhud akhir.

11. Memberi salam & imam bangun menyampaikan dua khutbah.



Sekian

Related Posts with Thumbnails