E-mail pilihan yg pertama
Assalamualaikum
"sy ada sedikit pertanyaan.. sy sekarang hidup penuh dengan dosa.. sy ingin bertaubat tapi hati ni masih tidak mahu bertaubat.. sy masih mahukan hiburan dunia yg tktaw ble habisnya.. sy tk tinggal solat 5 waktu tp dosa sy tetap buat.. ble sy dah buat dosa bru sy tkt azab Allah.. tp hanya seketika dan perkara yg sama akan berulang.. sy ingin sgt tinggalkan dosa2 sy sebab sy tkt sy mati dlm keadaan pmuh hina dan dosa tp sy tktaw mcm mane sebab hati yg masih tk mahu berubah..tlglah ustaz.. sy tktaw apa patut buat.. "
E-mail pilihan yg ke 2
Assalamualaikum…
Saya ingin bertanya, bagaimanakah taubat yang betul untuk orang2 yang telah melakukan maksiat / zina?
Bagaimana cara untuk meninggalkan maksiat?
Saya ada research kat internet bagaimana dosa orang yang berbuat maksiat ini boleh diampunkan, namun masih tidak berpuas hati.
Dahulu saya pernah buat solat taubat, tetapi akhirnya saya mengulangi lagi dosa yang pernah saya lakukan. Sejak itu saya belum buat lagi solat taubat, saya takut kalau terbuat lagi dosa yang sama. Tapi sekarang ni saya dah kurang terjebak dengan maksiat zina dan kadang rasa benci dengan perbuatan itu.… tetapi kadang2, datang juga godaan.
Walaupun saya sedang berbuat maksiat, saya boleh ingat bahawa Allah itu melihat apa yang saya sedang lakukan ketika itu. Hati saya rasa bersalah dan malu dengan Allah tetapi jasad saya teruskan berbuat maksiat. Apabila ingin bersolat dan berdoa pun saya rasa malu…sebab saya banyak berbuat dosa…. Saya takut hari2 yang akan datang akan ditimpa bala, kadang2 saya rase hidup saya tak berkat langsung, terasa macam solat 5 waktu, mengaji, apa pun kebaikan yang saya buat rasa macam tak diterima Allah. Bila fikirkan hidup bekeluarga akan datang, lagi saya takut. Saya takut kalau anak2 saya jadi macam saya jugak. Orang selalu kata, apa yang kita buat hari ni, anak2 akan balas dikemudian hari….
Tolonglah beri panduan pada saya ustaz…
saya mempunyai banyak rasa was2...mula2 saya rasakan was2 dalam syahadah,bermaksud iaitu saya xyakin syahadah saya betul ke x bacaan nya..adakah bacaan saya betul2 seperti ikhlas dan mcm2 lagi seperti org yg was2 membaca Alfatihah dlm solat..ingin memastikan semua betul...selepas masalah itu selesai,datang pula was2 yg lain iaitu perlu berjmpa ustaz kerana saya selalu sangat was2...tp masalahnya saya sgt sukar utk berjumpa seseorg ustaz utk berceritakan masalah saya ni,saya rasa malu,apa jua yg saya lakukan semasa syahadah tu mesti was2..was2 yg slalu hadir ialah perlu berjumpa ustaz dan perlu bnyk belajar lg perkara2 yg halal dan haram kerana kdg2 lps syahadah saya mesti was2 jugak..utk mengelakkan saya berjumpa mana2 ustaz dan melegakan kekusutan hati saya,saya terpaksa melakukan cara saya sendiri iaitu saya berjanji utk tdk mengulangi perangai buruk saya,saya akan solat,mengaji,bertaubat dan apa2 kebaikan dan selepas itu baru saya berjanji utk berjumpa ustaz utk bertanya pasal was2 saya ini ...tetapi kita sebagai manusia,saya x berjaya jugak utk melaksanakan apa yg saya janjikan itu..dan sering juga melakukan perangai buruk saya itu...adakah syahadah saya sah,adakah seperti saya mempermainkannya..adakah perangai2 buruk ini boleh menyebabkan kita jd was2...bagaimana caranya ustaz.
perangai buruk saya ialah:
-sering melakukan maksiat yg ringan2...
-sering was2 benda2 yg kecil
-sering sgt sukakan hiburan..
-sering tinggal solat.
Ulasan admin
Sesungguhnya telah kami ciptakan manusia itu sebaik -baik ciptaan ..kemudian kami jatuhkan martabatnya ke serendah-rendah martabat yg paling bawah ..
..dan apabila di panggil roh dan dihadapkan dihadapan tuhannya lalu ditanya adakah aku ini tuhan mu! maka roh pun menjawab Ya ! engkau adalah tuhan kami ...
Roh di utus ke jasad manusia
Apabila jasad sudah sempurna di dalam rahim ibu maka Allah s.w.t memerintahkan salah satu roh ciptaan nya memasuki jasad manusia tersebut maka patung yg lengkap segala aksesorinya itu pun berfungsi dan bergerak .
Apakah aksosori patung@jasad manusia . Di antaranya adalah seperti berikut
Akal fikiran -gudang menyimpan segala memori hafalan ilmu fardu ain atau fardu kifayah -seperti ilmu nahu , usuluddin ,fekah dsb juga ilmu perubatan , ilmu pengurusan dsb ia amat berguna kepada manusia dan menjadi pemandu hidup manusia ke arah kebenaran .
Walaubagaimanapun akal akan memusuhi sesuatu perkara yg akal tidak ada maklumat @ ilmu tentang perkara itu ..akal atau ilmu akan terhapus apabila nyawa terpisah dari jasadnya . Maksudnya ia hanya berguna ketika di dunia tetapi tidak di akhirat . setinggi mana ilmu manusia itu , ia akan musnah dan hilang dengan musnahnya jasad manusia .
Nafsu - ataupun qorin yg sentiasa mendorong manusia ke arah kejahatan - ia bukan tidak berguna dan patut dimatikan dan dihapuskan .Jika ada ilmu mematikan nafsu maka manusia itu akan jadi malaikat . Maka fungsi manusia itu sudah tiada . Lebih baik manusia itu tidak diciptakan .nafsu perlu dikawal dan dikecilkan serta dilemahkan atau ditukar wataknya drp negatif kepada positif .
Nafsu ada beberapa peringkat iaitu Amarah ,lawamah .mulhimah ,mutmainnah ,rodiah ,mardiah dan kamilah ,sekurang-kurangnya darjat nafsu manusia hendaklah mut mainnah barulah manusia itu selamat drp tipu daya nafsunya ...dan perkara ini juga dikenali sebagai rohaniah baik dan rohaniah jahat ..rohaniah baik bermula dr roh yg bertaraf mutmainnah dan ke atas manakala rohaniah jahat bermula dari mulhimah dan ke bawah .Maksud jahat di sini bukan maksud jahat yg dimaklumi umum tetapi jahat bagi dirinya iaitu nafsu itu sentiasa mendorong jasad itu melakukan maksiat batin dan zahir
Inilah nanti yg akan di lihat di alam akhirat .. sukatan di sana ..bukannya ilmu tetapi hasilan ilmu yg dipelajari adakah ia boleh membesarkan roh diri masing-masing ? Ataupun hanya kata-kata yg memukau manusia di sekelilingnya dan dirinya ? Maka malanglah manusia yg seratus peratus bersandar dengan ilmu nya tanpa memikirkan hasilan darp ilmu yg di hafal-hafal dan difaham-fahamkan itu .
Dan aksosori-aksesori lain seperti mata hidung ,lidah dsb yg mana aksesori itu akan hancur juga setelah nyawa di pisahkan dari jasad .Gajet -gajet ini dicipta semata-mata sebagai utk diperkudakan untuk misi membesarkan rohaniah diri manusia masing-masing , jika gajet -gejet ini disalah gunakan maka ia akan memberi kesan yg buruk kepada rohaniah manusia iaitu rohnya semakin kecil dan jatuh martabatnya sehingga ke taraf nafsu ammarah .
bersambung ...









5 Ulasan:
rakan taulan menjadi ubat..mencari tohan sekalian tempat...
wahai tuan yang bijaksana, ingin hamba bertanya..
di manakah tempat...tohan betakhta?
apalah kurang dirinya tuan,,di sana sini mencatit kata,,soalan demi soalan tiadalah kira,,,huraian kata sang guru yang mulia,,berdakwah juga itulah kerjanya,,,menarik roh manusia ke jalan bahagia....
Agama Allah.. bukan sekadar agama kata- kata
di pandang manusia sepi semakin sepi
jika tuan ingin tahu dimanakan tohan bertahta
ia ada di dlm hati sanubari qolbi
bukan aku yg berbuat ..tetapi semuanya adalah petunjuk " tohan "sekalian alam
Assalammualaikum ustaz.....Di sini saya ingin bertanyakan kepada ustaz beberapa soalan mengenai "perkahwinan". Untuk pengetahuan ustaz saya kini berusia 21 tahun dan telah memiliki teman lelaki yang berusia 23 tahun. Teman lelaki saya masih belajar diperingkat ijazah dan kami sering berjumpa dengan keizinan daripada ke dua - dua belah pihak keluarga. Hubungan kami hanyalah sebagai pasangan kekasih yang masih belum mempunyai apa - apa ikatan. Saya takut sesuatu yang tidak elok terjadi kepada kami contohnya "berzina". Saya pernah berbincang mengenai masalah ini bersamanya dia juga berkeinginan untuk mengahwini saya. Tetapi terdapat beberapa masalah yang menghalangnya daripada berbuat demikian antaranya ialah dari segi kewangan.
1. Masih adakah cara lain yang boleh digunakan untuk membolehkan kami meneruskan niat murni kami?
2. Dan apakah hukum nikah yang seharusnya bagi kami?
Saya berharap ustaz dapat membantu saya memberikan jawapan bagi soalan yang saya kemukakan sebagai panduan.
buat pinjaman utk majlis perkahwianan drp ahli keluarga yg kaya atau sahabat yg kaya atau bank tapi jangan pak cik along ...
buat kerja part time kumpul duit sikit sikit ..samada anda atau pasangan anda //kumpulkan dan buat perbelanjaaan kawin
hukum nikah kalian wajib tetapi uahakan dulu utk meredakan gelojak nafsu sahwat dengan berpuasa dan usahana duit utk sara hidup ..solatlah tasbih dan berzikir ..samada anda atau pasangan anda
elakkan berjumpa sebagai langkah pencegahan ..seelok-eloknya sibukkan diri anda dengan belajar dan kerja ..
Catat Ulasan