email
twitter
facebook

Selingan :IBADAH jadi MELANCONG atau melencung

Kota Makkah ,pada masa dahulu kawasan itu hanya suatu lembah yg kering kontang ,seperti yg dimaklumi umum ,ia diasaskan oleh sepasang suami isteri yg amat kental jiwa dan imannya iaitu Nabi Ibrahim dan isterinya Siti Hajar . Zaman berganti zaman , pembangunan kota Makkah mengalami perubahan yg sesuai dengan zamannya .
Gambar yg pertama di atas .... Kerajaan Arab Saudi telah membina landasan kereta api elektrik yg amat memudahkan para jamaah haji bergerak ,selain itu ia mampu mengelakkan kesesakkan teruk pada waktu puncak iaitu pada 9 zulhijjah ketika jamaah haji berwuquf di Arafah .

Seringkali kita mendengar jamaah haji terlepas waktu wukuf atas alasan kesesakkan lalu lintas yg dahsyat . Wang yg bukan sedikit dibelanjakan ditambah kouta yg terhad menambah lagi kekecewaan para bakal haji apabila tidak dapat menyempurnakan rukun Islam yg ke 5 itu .

Walaubagaimanapun ada kesan negatif nya pembangunan pesat itu ke atas Kota Makkah seperti meruntuhkan tempat -tempat sejarah seperti tempat kelahiran Nabi SAW yg dikhabarkan terancam dan akan dibongkar untuk perluasan tempat parkir. Sebelumnya, rumah Rasulullah pun sudah lebih dulu runtuhkan . Padahal, disitulah Rasulullah berulang-ulang menerima wahyu. Di tempat itu juga putra-putrinya dilahirkan serta Saidatina Khadijah meninggal.
Apa salahnya dipelihara kesan-kesan sejarah itu sebagai kenangan Umat Islam kini . Oleh kerana mereka berpendapat perkara itu tiada kepentingannya di dlm Islam dan mereka sangat khuatir terjadinya perlakuan BIDAAH DOLALAH ke atas tempat-tempat sejarah yg penting itu .

Beginilah lah lanskap pembangunan Kota Makkah pada masa akan datang . Seperti di fahami dari ajaran Syiah "Apabila Al Qiam itu bangkit maka dia akan meratakan KAABAH DAN MADINAH " Qaim di sini bermaksud Imam Mahdi Syiah atau Anti Chirst dan kita maklum yg mereka khususnya DAJJAL tidak akan dapat memasuki 2 kota suci itu . Tetapi tenteranya dapat memasuki kota tersebut dan langkah pertama dengan meratakan bangunan-bangunan yg mempunyai sejarah Islam dan penting diratakan . Sesungguhnya Al QAIM belum pun muncul ..ia akan muncul pada waktu yg agak lama juga lah jika dibilang dengan jari .

Beberapa bulan yang lalu, Sami Angawi, pakar arsitektur Islam di wilayah Arab mengatakan bahwa beberapa bangunan dari era Islam kuno terancam musnah. Pada lokasi bangunan berumur 1.400 tahun Itu akan dibangun jalan menuju menara tinggi yang menjadi tujuan ziarah jamaah haji dan umrah.

“Saat ini kita sedang menyaksikan saat-saat terakhir sejarah Makkah. Bahagian bersejarahnya akan segera diratakan untuk dibangun tempat parkir,” katanya kepada Reuters. Angawi menyebut setidaknya 300 bangunan bersejarah di Makkah dan Madinah dimusnahkan selama 50 tahun terakhir.

Bahkan sebagian besar bangunan bersejarah Islam telah punah semenjak Arab Saudi berdiri pada 1932. Hal tersebut berhubungan dengan maklumat yang dikeluarkan Dewan Keagamaan Senior Kerajaan pada tahun 1994.Nasib bangunan bersejarah Islam di Arab Saudi memang sangat menyedihkan. Mereka banyak menghancurkan peninggalan-peninggalan Islam yg wujud pada zaman Rasulallah s.a.w

Inilah satu usaha yg tersembunyi lagi terancang utk menghapuskan jejak rasul .Kelak generasi yg pergi menunaikan haji lebih terpegun dengan bangunan jam yg tertinggi di ARAB SAUDI dan juga bangunan hotel-hotel yg tinggi mencapai awan berbanding dengan BANGUNAN KAABAH yg semakin kerdil dan terpencil nun di bawah sana .

Memang benarlah mafhum hadis Rasulallah s.a.w .Antara tanda-tanda kiamat ialah apabila orang -orang yg miskin mendirikan bangunan-bangunan yg mencakar langit . Fenomena mendirikan bangunan ini dimulai oleh Negara Dubai dan sekarang diikuti oleh kerajaan Arab Saudi . Jangan sampai nanti ibadat umrah dan haji bertukar menjadi seperti manusia pergi melancong serta melencung bukan utk beribadah kepada Allah . Jangan sampai manusia yg hendak pergi ke Makkah kerana hendak melihat JAM yg tertinggi ,duduk di hotel yg selesa berbanding dengan tarikan sebenar iaitu BAITULLAH @ rumah Allah .




0 Ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails