Selepas itu Nabi s.a.w berdakwah secara perseorangan kepada Abi Talib tetapi bapa saudara yg dianggap bapanya itu menolak dengan baik . Walupun begitu Abi Talib tidak menentang dakwah rasulallah bahkan akan membela nya .Beliau juga membenarkan dan menyokong anaknya Ali r.a beriman dengan agama baru itu .
Sudah tiba lah masanya Rasulallah s.a.w berdakwah kepada Kaum Quraisy secara umumnya ...Rasulallah s.a.w bukan hendak mencari pengaruh tetapi baginda menuruti perintah Allah s.w.t dan hendak menyelamatkan kaumnya daripada kufur ,syirik dan azab Allah s.w.t
Nabi s.a.w telah memilih hari dan tempat yg sesuai ..tempat yg sesuai adalah di atas bukit Sofa iaitu sebuah bukit yg kecil dan sebahagian bukit JABAL QOBIS yg tinggi itu .Pada hari yg telah ditentukan nabi s.a.w pergi ke atas bukit Sofa dan menyeru dengan suara yg lantang
Ya sabaakha !!!!! Ya sabaakha !!!!! Ya sabaakha !!!!!
Kalimah ini adalah kalimah keramat ,kalimah kecemasan ,password bagi sesuatu perkara yg amat penting .Penduduk Kota Mekah di larang melaungkan kalimah itu jika tidak ada perkara yg sangat penting hendak diberitahu .
Antara cth-cth perkara yg sangat penting ialah akan terjadinya peperangan ,pencerobohan musuh ..tibanya musuh di pinggir Kota Mekkah ,Ia umpama siren jika dinisbahkan kepada zaman kini .
Sebaik sahaja kaum Quraisy mendengar kalimah tersebut maka dengan cepat dan tergesa-gesa mereka pergi ke arah punca seruan itu kedengaran iaitu di kaki bukit Sofa .Ababila mereka lihat ,mereka dapati MUHAMMAD AL AMIN sedang berada di atas bukit Sofa .
Rasulallah s.a.w tanpa berlengah memulakan khotbahnya ...
- Rasulallah s.aw : Wahai Bani Abdul Mutalib ! Wahai Bani Fikhir ! Wahai Bani Adi !, Wahai Bani Kaab !, Bagaimana jika aku katakan di belakang bukit sana ada pasukan tentera berkuda musuh hendak menyerang kamu ?
- Kaum
Quraisy : ( hampir menjawab dengan serentak ) Ya , kami percaya ! kami tidak pernah mendengar engkau berdusta!
- Rasulallah s.a.w : Wahai Kaum Quraisy ! hendaklah kamu menyelamatkan diri kamu dari api neraka .Sesungguhnya aku dihadrat Allah s.w.t sedikit pun tidak mampu utk menyelamatkan diri kamu dari api neraka ! Sesungguhnya aku ini hanya pemberi peringatan yg nyata dan jelas kepada kamu yg dihadapan kamu ada azab Allah s.w.t yg keras !
- Wahai sekalian Bani Kaab dan Luiy ,hendaklah kamu menyelamatkan diri kamu dari api neraka!
- Wahai sekalian Bani Kaab dan Luiy ,hendaklah kamu menyelamatkan diri kamu dari api neraka!
- Wahai sekalian Bani Murrah dan Kaab ,hendaklah kamu menyelamatkan diri kamu dari api neraka!
- Wahai sekalian Bani Hasyim ,hendaklah kamu menyelamatkan diri kamu dari api neraka!
- Wahai sekalian Bani Abdul Manaf ,hendaklah kamu menyelamatkan diri kamu dari api neraka!
- Wahai sekalian Bani Abdul Syams ,hendaklah kamu menyelamatkan diri kamu dari api neraka!
- Wahai sekalian Bani Bani Zuhrah ,hendaklah kamu menyelamatkan diri kamu dari api neraka!
- Wahai Al Abbas bin Abdul Mutalib ,hendaklah kamu menyelamatkan diri kamu dari api neraka!
- Wahai Syafiah emak saudara Muhammad ,hendaklah kamu menyelamatkan diri kamu dari api neraka!
- Wahai Fatimah binti Muhammad ,hendaklah kamu menyelamatkan diri kamu dari api neraka!
Reaksi Kaum Quraisy tidak mengembirakan Nabi s.a.w , sejuk dan beku dan tidak menghiraukan lalu mereka pun sedikit demi sedikit bersurai .Maka hanya tinggallah beberapa orang sahaja yg masih berada di kaki bukit Sofa itu seperti Ali bin Abi Talib , Anak-anak nabi s.a.w , Zaid bin Harithah ,Bapa-bapa saudara nabi s.a.w kecuali Abu Lahab , Emaka-emak saudara nabi s.a.w dan beberapa orang lagi yg bilangannya sedikit yg simpati kepada nabi .....
Bersambung .........









0 Ulasan:
Catat Ulasan