| |
![]() |
Menurut beliau, setakat ini hanya 123,000 rakyat Malaysia termasuk golongan berisiko tinggi yang sudah mendapatkan vaksin ini dan masih ramai yang tidak mengendahkan seruan kerajaan agar mendapatkan suntikan berkenaan.
"Vaksin ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan yang serius kecuali sedikit kesakitan di bahagian lengan, demam sedikit atau mungkin juga pening kepala kepada sesetengah orang," katanya.
Beliau berkata, pada peringkat pertama pemberian vaksin, keutamaan diberikan kepada 89,000 petugas barisan hadapan dari Kementerian Kesihatan dan 73,000 petugas barisan hadapan dari kementerian lain termasuk anggota polis, imigresen dan kastam yang bertugas di semua pintu masuk negara.
- Bernama










2 Ulasan:
Salam!!! Terima kasih maklumatnya.. agaknya masing2 sibuk. Selagi tak terdesak, orang ramai rilek ajer termasuklah aku~~ kena ubah sikap ini..
Terima lasih di atas komen cik yang
Catat Ulasan