email
twitter
facebook

SOHEH MUSLIM siri ke 4 : Terlalu Banyak Hadis Yg mengatakan begitu ...tetapi manusia masih mahu mengikut yahudi


Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulallah s.a.w - Bertanyalah kamu kepada ku !.Kerana itu para sahabat berebut-rebut hendak bertanya .Tetapi tiba-tiba muncul seorang lelaki lalu dia duduk dekat dengan lutut nabi s.a.w dan bertanya

Lelaki asing : Apakah yg dikatakan Islam ?

Rasulallah s.a.w : Jangan mempersekutukan Allah dengan sesuatu , Dirikan solat ,mengeluarkan zakat dan berpuasa di bulan ramadhan .

lelaki asing : Engkau benar ! lalu dia bertanya pula ya rasulallah s.a.w ,Apakah yg dikatakan Iman ?

Rasulallah s.a.w : Iman dengan Allah , Iman dengan para malaikat -Nya , Iman dengan kitab-kitab-Nya , Iman hendak bertemu dengan-Nya , Iman dengan hari pembangkitan , Iman dengan qodor-Nya .

Lelaki asing : Engkau benar !Ya Rasulallah s.a.w apakah yg dikatakan Ihsan ?

Rasulallah s.a.w : Hendaklah engkau takut kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya sekalipun engkau tidak melihat-Nya , sesungguhnya dia melihatmu .

Lelaki asing : Engkau benar ! lalu dia bertanya ,ya Rasulallah bilakah terjadinya kiamat ?

Rasulallah s.a.w : Orang yg bertanya lebih tahu daripada orang yg ditanya ...akan tetapi akan aku terangkan tanda-tandanya

  1. - Apabila hamba melahirkan majikannya,ia salah satu tandanya
  2. - Apabila orang yg bodoh yg miskin menjadi raja di dunia ia juga termasuk tanda-tandanya
  3. - Apabila gembala-gembala kambing bermewah -mewah digedung-gedung yg mewah yg itu juga termasuk tanda-tandanya
Rasulallah meneruskan sabdaannya ..ada 5 perkara yg ghaib yg tidak diketahui oleh manusia kecuali hanya Allah sahaja yg mengetahui iaitu

  1. Sesungguhnya Allah .Dia sahajalah yg mengetahui bilakah berlakunya hari kiamat
  2. Dialah yg menurunkan hujan
  3. Dan Dialah sahaja yg mengetahui apa yg ada di dalam rahim
  4. Dan tiada seorang pun yg pasti apa yg akan dilakukan pada keesokkan hari
  5. Dan tiada siapa yg mengetahui di mana bumi ia akan mati .
Sesungguhnya Allah maha Mengetahui lagi maha Mengenal ( Luqman : 34 )

Kemudian lelaki itu pun pergi ,Rasulallah s.a.w pun bersabda " Pergilah kamu mencarinya ! para sahabatpun mencari lelaki tersebut tetapi tidak menjumpainya . Lalu sabda Nabi " Itulah Jibrael ,dia sengaja datang untuk mengajar agama yg mana kamu tidak menayakannya .

---------

Inilah hadis yg terakhir di dlm kitab soheh muslim berkenaan RUKUN AGAMA ISLAM iaitu Islam ,Iman dan Ihsan yg menjadi fardu ain ke atas kita mempelajarinya . Menurut KITAB KASFU ASRAR sesiapa yg tidak mempelajarinya 3 rangkai ilmu ini akan dihukumkan sebagai fasiq .

Keutamaan manusia sudah terlencong , manusia lebih berminat mempelajari ilmu-ilmu lain berbanding 3 rukun agama itu tadi . Manusia menganggap ilmu-ilmu ini sebagai remeh dan hanya budak-budak sahaja yg layak mempelajarinya .orang-orang tua sudah tidak perlu lagi mempelajarinya sebab pada zaman budak-budak dulu mereka sudah khatam perkara itu . Ia seperti mempelajari cara membaca Al Quran .. dipelajari ketika kecil sehingga khatam dan apabila hendak bernikah barulah hendak membuka Al Quran buat kedua kalinya maka tergagap-gagaplah hendak membacanya .

Sebenarnya secara tidak sedar kita telah meremehkan formula jati diri yg ampuh untuk menjadi seorang muslim yg kebal murtad..Ilmu inilah yg meningkatkan martabat seorang muslim itu meningkat menjadi seorang muslim yg sejati . Ia juga sebagai Ilmu pelindung iman diri seorang muslim itu , apabila berhadapan dengan dakyah-dakyah para paderi Kristian dan Sami Hindu dan manusia yg anti akan Islam dan ujian-ujian hidup yg lain .

Sekiranya lemah pada penguasaan ilmu ini , maka mudahlah sahaja seorang muslim itu tergelincir dan kadang kala boleh jatuh murtad apabila berdepan dengan ujian keimanan. Manusia lebih suka anak-anaknya menjadi penyanyi berbanding menjadi seorang yg kental imanmya .

Ubahlah cara berfikir ..sesungguhnya kita sudah terlalu jauh dengan fahaman Islam yg sebenar ...

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails