
Maksud Hadis Rasulallah s.a.w
" Dari Abu Hurairah r.a katanya , Pada suatu hari Rasulallah s.a.w berkumpul bersama-sama dengan orang ramai ,Tiba-tiba datang kepadanya seorang lelaki ,lalu bertanya ,Ya rasulallah Apakah yg dikatakan iman ? . Jawab nabi s.a.w , iman ialah ....
- Beriman dengan Allah
- Beriman dengan para malaikat-Nya
- Beriman dengan kitab-kitabnya
- Beriman akan menemui-Nya
- Beriman dengan Para Rasulnya
- Beriman akan dibangkitkan di akhirat nanti
- Menyembah Allah s.w.t dan tidak mempersekutukan -Nya dengan yg lain-lain
- Mendirikan solat fardu
- Membayar zakat yg wajib
- Berpuasa Ramadhan
- Menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya sekiranya engkau tidak melihatnya ,sesungguhnya Allah melihat kamu .
- Apabila hamba sahaya telah melahirkan tuannya itu adalah salah satu tanda-tanda nya
- Apabila orang miskin dan hina dina telah menjadi pemimpin itu juga salah satu tanda-tandanya
- Apabila pengembala ternak yg hina telah bermewah-mewah dengan bangunan-bangunan yg indah-indah ,itupun termasuk tanda-tandanya
Sesungguhnya Allah s.w.t,hanya Dia sahaja yg mengetahui tentang hari kiamat ,dan Dialah yg menurunkan hujan ,dan yg mengetahui apa yg berada di dlm rahim , Dan tidak ada seorang yg pasti apa yg akan dilakukan pada esok hari dan tidak ada sesiapa yg tahu di bumi mana ia akan mati , sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal ( surah Luqman ayat ke 34 )
Kemudian orang itu pun berlalu ,maka bersabda rasulallah s.a.w ,itulah Jibrael a.s. dia datang mengajar agama kepada orang ramai
--------------------------------------------------
Hadis di atas adalah hadis yg ke 2 menyentuh rukun agama yg 3 itu dan menjadi ia menjadi suatu dalil sokongan kepada hadis yg pertama yg di tuliskan di dlm artikal pada siri yg pertama .
Ini adalah di antara dalil- dalil yg membenarkan wujudnya rukun Iman itu ada 6 perkara .... rukun Islam itu ada 5 perkara dan rukun Ihsan itu juga wujud di dalam Islam iaitu menghilangkan sifat - sifat yg keji dan menghiasi diri dengan sifat -sifat yg terpuji , sekiranya
kita lihat di dlm hadis ..Ihsan itu menyembah Allah seolah-olah kita melihat Allah s.w.t , kalau kita tidak mampu melakukan perkara itu sesungguhnya Allah s.w.t melihat segala perbuatan kita ."Kalau di sebut adab atau akhlak maka kita akan menjuehkan mulut kita dan minda yg dipengaruhi dunia dan nafsu menganggap perkara tersebut tidak penting untuk kehidupan kini ...kita akan berkata ...tidak komersial ... tidak mendatang hasil wang yg banyak ... lapuk .. apa yg penting sekarang adalah kemajuan . .bukannya belajar akhlak dan lain-lain "
- Jangalah begitu wahai kawan .. fikir panjang sedikit .. mari saya jelaskan ...
Bagaimana pula negara kita memiliki seorang jurutera membina sebuah jambatan yg kurang mutu keselamatannya kerana inginkan keuntungan semata-mata , bagaimana pula negara kita memiliki seorang ahli perniagaan yg memanopoli sesuatu barang yg sangat diperlukan oleh orang ramai dan seterusnya menaikkan harga barang tersebut ? .
Saya nyatakan contoh-contoh di atas kerana mengkehendaki minda kita berfikir semula , Adakah kita tidak nampak betapa pentingnya peranan Ihsan @ tasauf @ akhlak @adab kepada "wang" kita , kepada "kepercayaan" kita , kepada"ekonomi "kita . Saya ambil satu contoh yg mudah pembinaan jambatan mestilah menelan perbelanjaan yg banyak ,kemudian oleh kerana seseorang jurutera itu TAMAK @ HUBBU DUNIA @ CINTAKAN DUNIA @RAKUS maka bahan-bahan yg digunakan kurang kuantitinya dari yg sepatutnya dan rendah mutunya .. dipendekkan cerita maka robohlah jambatan itu walaupun baru setahun di bina .. maka setiap manusia di alam ini akan menuding jari kepada watak-watak yg terlibat di dlm pembinaan jambatan yg sudah roboh itu . .... maka banyaklah al kisahnya ...dipendekkan cerita sekali lagi , jambatan itu tetap penting utk kegunaan orang ramai , maka kerajaan memutuskan mengeluarkan lagi peruntukan sekali lagi untuk membina jambatan itu ,maka kos meningkat sebanyak 2 kali ganda , kalau sebuah jambatan kosnya sebanyak RM 10 juta , maka kos itu bertambah menjadi RM 20 juta .
Maka sudah tentulah kerajaan menanggung kerugian yg banyak ,,itu belum diambil kira korban nyawa , kenderaan yg terbabit pada tragedi itu dsb .
Oleh itu saya nak bertanya ..adakah ilmu akhlak itu tidak bersifat komersial ? tidak penting untuk kemajuan sesuatu negara ? ... bak kata Nabil ..anda fikirlah dengan waras dan adil ... tidak roboh jambatan itu sekiranya ada sifat jujur ,amanah dan bertanggungjawab pada pembinaannya . Sifat -sifat tersebut hanya boleh dipelajari di dlm ILMU AKHLAK @ TASAUF @ EHSAN yg mana ia tidak terdapat pada ilmu-ilmu yg lain ...persoalannya mengapa dianak tirikan ilmu ini ?
bersambung ....









1 Ulasan:
bgs la tulisan anta ni.selamat berjuang.k.salam
Catat Ulasan