
- Sekarang tahun 1431 Hijrah ..apa yg penting nya tarikh ini kepada kita ..
Saya teringat sebuah hadis rasulallah s.a.w yang mana di setiap 100 tahun hijrah , Allah s.w.t akan menzahirkan seorang MUJADDID di kalangan ummat Islam . Beliaulah yg akan memperbaharui agama Allah s.w.t supaya tetap asli ,segar dan releven di zamannya sekurang-kurangnya 100 tahun akan datang lagi .
Ia bagaikan kita memperbaharui wuduk , walaupun kita masih mempunyai wudhuk dan belum batal lagi tetapi kita afdal memperbaharuinya Amalan itu bagaikan suatu penyegaran rohani dan minda supaya lebih bersemangat bagi sesiapa yg melakukannya .
Begitu juga manusia yg bertaraf mujaddid ini , beliaulah yg akan berperanan sebagai penyegar agama yg kita anuti ini .Kita sememangnya seorang Islam tetapi agaknya ilmu Islam yg kita miliki ini sudah lesu dan murung ,kita perlukan suntikan kesegaran dan kita juga perlukan pembaharuan yg sesuai dengan zaman dan sudah pastinya kita mahukan keoriginalan beragama seperti agama yg di bawa oleh Rasulallah s.a.w . Di situlah peranan mujadid ini .
Apabila kita mendengar ulasan atau ilmu yg keluar drp mulut mujaddid ini berkenaan tentang ISLAM , seolah-olah ia adalah sesuatu yg baharu kita ketahui dan temui , padahal kita sudah mentalaah kitab-kitab dan buku-buku agama sebelum ini , walaupun mujaddid tersebut mengulas atau menerangkan berkenaan ilmu yg kita sudah tahu . Penjelasannya itu membuka minda dan hati .
- Begitulah agaknya di antara ciri- ciri mujaddid yg akan muncul nanti
Mujaddid juga adalah manusia yg terpilih dan dipilih oleh Allah s.w.t .bayangkanlah manusia itu hanya wujud seorang sahaja dalam masa 100 tahun dan sudah tentulah kehidupan semasa kecil sehingga remajanya itu dipenuhi dengan kemuliaan dan kesungguhan menuntut ilmu .
Kehidupan yg sangat berbeza dengan perjalanan kehidupan manusia biasa ,barangkali ia tidak hidup dengan mengikut sistem iluminati seperti perjalanan kehidupan yg kita lalui ini .Masyarakat kita mempunyai ramai manusia yg memiliki PHD, satu peringkat yg tertinggi di dalam hairaiki pendidikan ,barang sesiapa yg mendapatnya dialah diantara orang yg terpelajar dan terhebat dan tergolong ke dlm orang yg cerdik - pandai tetapi tidak semestinya beriman dan beramal soleh . walaupun saya tidak memiliki PHD tetapi saya maklum , bagaimana cara hendak mendapat serta mencapainya ..... ..dan saya berpendapat MUJADDID ini bukan di kalangan mereka .
- Hah itu satu di antara ciri-cirinya lagi...
Mujaddid yg ditunggu -tunggu ini , menurut pendapat saya , cara beliau menuntut ilmu-ilmu agama seperti ulama'ulama' silam seperti zaman ulama salaf fu soleh . Saya beri satu contoh kalau kita rajin membaca cerita bagaimana ulama pada zaman dahulu menuntut ilmu kita akan dapati mereka sanggup menggembara-beribu-ribu kilometer semata-mata hendak mengetahui hanya sebuah hadis sahaja setelah selesai hajatnya itu maka ulama itu pun kembali ke tempat asalnya .
Adakah wujud manusia seperti itu pada zaman sekarang ? "Oh aku tak tahu lah penyelesaian masalah ini ....guru aku di Kedah ..aku di Selangor ..ah aku nak pergi menemui guru aku sekarang juga ..ketika itu jam menunjukkan jam 12 .00 tengah malam" . Adakah kita mampu dan sanggup melakukan perkara seperti itu ... saya tanya sekali lagi ..adakah wujud manusia yg sangat dahagakan ilmu sehingga melakukan perkara yg diluar akal fikiran...pada zaman ini ?
- Sekiranya ia wujud maka itu adalah ciri-ciri MUJADDID yg saya maksudkan .
Kita boleh mengaku sebagai muslim dan beriman dan pengakuan itu bagus kerana kita berbangga dengan keislaman kita itu ..tetapi ingat , ada tapisan atau ujian terhadap akuan kita itu ..maksud dari firman Allah s.w.t . Tidak dianggap seseorang itu beriman sebelum ia di uji . Anda mengaku beriman maka tunggulah ujian Allah .samada anda .lulus ataupun tidak ..
Nampaknya , kita tidak boleh mengaku sebagai seorang ulama' atau orang alim .sesiapa yg mengaku sebagai seorang alim maka dia sebenarnya jahil . nama blog ini tanyalah ustaz bermaksud saya mengaku diri ini sebagai seorang ustaz ..maka sebenarnya saya ini seorang yg jahil bukan nya seorang yg alim .
Begitu juga kita tidak dibenarkan mengaku sebagai seorang wali Allah s.w.t ,barang siapa yg mengaku sebagai wali Allah s.w.t . maka sesungguhnya dia adalah sebuah kuali yg bontotnya hitam kerana terkena api . Begitulah apa yg saya fahami ketika mentalaah ilmu pengetahuan Allah s.w.t ini .
Alangkah kurangnya ilmu sekiranya kita ini mengaku sebagai mujaddid ..maka sesungguhnya kita telah berbohong dengan diri sendiri dan juga Rabulalamin dengan sebesar-besar pembohongan . Adakah kita tahu taraf manusia MUJADDID itu ? Adakah hanya berserban besar kemudian berjubah sudah cukup dipanggil mujaddid kemudian berjalan-jalan dipasar mencari Allah s.w.t dan tidak menjumpainya .
Menurut Imam As Sayuti, kurun ini adalah kurun yg terakhir , maka mujadid yg akan muncul ini sudah pastinya hebat dan ada hubungan dengan Muhammad bin Abdullah yg ke 2 . Mujaddid ini sudah pasti berketurunan Sayyidina Hassan r.a . Mujjadid ini ada kaitan dengan perkembangan Islam di akhir zaman . Dan ciri-ciri yg lain ialah mujadid ini akan melakukan perkara yg diperintahkan oleh Allah s.w.t walaupun amalannya itu pada pandangan manusia ianya salah .Dia tidak kempunan dengan simpati manusia yg berada di sekeliling nya .
Dia juga tidak perlu pengiktirafan manusia yg dia sedang melakukan
kebaikan dan tidak akan hirau jika kebaikan yg dilakukan dipandang serong oleh masyarakat di sekelilingnya . Saya pasti mujadid ini wujud kerana kewujudannya itu adalah berdasarkan hadis rasulallah s.a.w tetapi di mana dan siapa ? Mujadid ini ada kaitan juga dengan hadis "nusantara " . Kebangkitan Islam dari nusantara .apa sebenarnya maksud nusantara itu ? nusa itu bermaksud " negara " antara itu adalah negara itu dikelilingi oleh 3 lautan .Mungkin mujaddid ini zahir samada dari negara Indonesia ataupun Malaysia ... jika ia lahir dari kedua negara itu sudah pastilah ia manusia yg berbangsa " MELAYU " . Mujadid ini juga yg membawa Islam yg sebenar di akhir zaman , agama Islam pada awalnya asing dan kembali kepada asing pada akhirnya . ataupun diistilah sebagai GURABA.
Tetapi adakah kita akan bersama mujaddid ini apabila ia dizahirkan oleh Allah s.w.t adakah kita bersedia meninggalkan sistem kesayangan kita ini .. maka bebaskanlah minda dan roh anda dari cengkaman sistem -sistem rekaan MEREKA .
Imam Ghazali r.a dan Sheikh Abdul Qadir r.a adalah mujadid zaman lampau ,adakah wujud manusia zaman sekarang yang mempunyai ilmu yg tinggi seperti mereka di negara kita atau di Indonesia ? . Manusia yg mempunyai ilmu yg tinggi ini adalah orang melayu bukan orang arab dll. Dia hidup di negara kita , dan pergi ke pasar-pasar seperti orang biasa , dia juga yg dijanjikan oleh Allah s.w.t yg akan memudahkan misi Muhammad bin Abdullah yg ke 2.
Mungkin selain drp itu , beliau juga yg akan menyediakan sepasukan tentera yg amat hebat dan tiada tandingannya , sehingga dapat mengalahkan tentera USA dan Eropah serta Turki .. siapakah gerangan mujaddid itu ? .. dia ada di negara kita atau di negara Indonesia ? . Tentera yg disediakan itu bukan setakat pandai bersilat ..kerana dengan hanya pandai bersilat ..ia tidak memadai .
Kehebatan tenteranya itu boleh meranapkan bukit dan gunung dengan sekelip mata sahaja ..adakah wujud tentera itu di Malaysia atau di Indonesia ? Tentera yg sehebat itu , sekiranya wujud di Malaysia atau di Indonesia sudah tentu keluar beritanya di media-media elektronik negara .. jawapannya wujud ..apa buktinya ia berdasarkan hadis akhir zaman hadis tentang kebangkitan Islam dari nusantara . Di mana ? ia berada di nusa bererti negara dan antara ialah negara yg dikelilingi oleh 3 lautan ...( seperti yg saya tuliskan di atas ) ada 2 negara sahaja yg mempunyai ciri -ciri berikut iaitu yg pertama Malaysia yg ke 2 Indonesia.
Negara kita atau Iindonesia telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t untuk menjadi tapak kebangkitan Islam pada zaman ini ...barangkali bermula dari seorang pemimpin dari kerajaan buangan dan amalan Islam yg dipandang oleh manusia sebagai guraba . kemudian dengan izin Allah s.w.t , ia terjadi sesuatu yg tidak terjangka di negara itu oleh akal dan tiba-tiba manusia akan mencari manusia yg boleh menyelesaikan masalah tersebut ... manusia itu kebetulan seorang mujadid yg dijanjikan oleh Allah s.w.t
Kalau nun di sana Vitican City mengistiharkan paus yg memerintah sekarang adalah paus yg terakhir sebelum zahirnya paus yg terhebat , di dunia Islam pun sebenarnya sudah wujud seorang mujaddid yg terakhir di zaman ini sebelum zahirnya Imam Mahdi r.a... saya terpanggil menulis artikal ini disebabkan negara yg terlibat nanti adalah negara Malaysia atau Indonesia tetapi saya lebih yakin Malaysia lah yg akan menjadi titik permulaan kedaulatan Islam diakhir zaman ini . dan sudah tentu saya adalah rakyat Malaysia .
Tetapi sebelum saya menamatkan artikal ini yg paling penting , bagaimana hendak mengecam mujadid ini . Caranya ialah beliau tidak akan mengaku sebagai mujadid ,kalau anda dengar seseorang alim mengaku sebagai mujadid bermakna dia adalah bukan mujadid yg sebenar yg diramalkan oleh rasulallah s.a.w di dlm hadisnya , seperti juga rakannya iaitu Muhammad bin Abdullah yg ke 2 , Beliau juga tidak mengaku sebagai Imam Mahdi r.a .









5 Ulasan:
Assalamualaikum. Ustaz, Brunei boleh dikategorikan sebagai negara yg dikelilingi oleh 3 lautan tak?
tidak ...berunai adalah sebagai dari negara nusantara yg dujanjikan tuhan ...
Assalamualaikum, Boleh tuan berikan rujukan/ambilan hadith tersebut untuk kajian saya?
hadis yg mana satu yerr...jika mahu mengetahui peristiwa akhir zaman
kajilah hadis akhir zaman ...
Assalamualaikum Ustaz, jazakallahu khoiron katsiiro atas ulasanya. semoga Allah Azza wa Jalla menjaga dan melindungi ustaz sekeluarga.
Salam dari Sidoarjo, East Java
Catat Ulasan