email
twitter
facebook

PMR-Sandarkan Pada Kenangan

Sekalung tahniah,alfu mabruk alaikum kepada calon-calon PMR SBPI Sabak Bernam 2009.49 calon mendapat 9A manakala 28 lagi mendapat 8A,lapor Agensi Berita Arab2U.

Buat adik-adik,

syukurilah nikmat keputusan yang diperolehi.Usiamu masih panjang,jalan hidupmu masih berliku. Gagal Tersungkur sekali bukan bererti kamu lemah.Orang yang hebat bukan sekadar mampu mencapai dan mengekalkan kejayaan,lebih hebat lagi manusia yang mampu bangkit dari KEGAGALAN!

Jangan terbuai-buai dengan 9A di tangan...

Jangan menyimpan duka dek 9A yang tak digapai...

Rezeki Allah maha luas,setiap yang terjadi punya 1001 hikmah untuk direnungi.

Selamat Hari KrismasMensyukuri Keputusan PMR!

sisipan:rujuk JAKIM mengenai isu Hari Krismas.

Muncul Kembali!-The Arrivals

Antara tarikan ke blog ini,salah satunya berpunca daripada ulasan Ustaz Zaki mengenai video bersiri The Arrivals karya Wake Up Projects.Tak berhenti di situ,Ustaz Zaki mengembangkan pula siri Akhir Zaman dan Dajjal Al-Masih.


Terkini,siri The Arrivals muncul kembali dengan tajuk The Arrivals Reloaded.Ia terdiri daripada siri 10 video durasi 1 jam setiap satu.Dikatakan,ia mengandungi beberapa fakta dan pandangan yang tidak terdapat dalam siri The Arrivals sebelum ini!Mari sama-sama kita nantikannya...

Blog 2.0-Kajian Kes Buat Kesimpulan

Contoh Kes Diulang-Ulang
Dalam saranan kod etika blogger,setelah seorang blogger Muslim meletakkan prinsip keimanannya ketika menulis,1 prinsip yang perlu dipegang baik blogger Muslim mahupun Non-Muslim ialah akhlaq,adab atau nilai moral ketika menulis.


Walaupun nawaitu tulisan kita itu suci murni,dek kerana tulisan kita bernada keras,menyinggung sesuatu secara langsung(bergantung kepada keadaan) ataupun bersulam kata-kata yang tak sepatutnya,ia akan memberi kesan sebaliknya bukan sahaja kepada pembaca,bahkan kemurnian mesej yang kita ingin sampaikan tadi.

Hina Islam:Blogger Anti-Islam vs Blogger Muslim
Di satu blog yang anti-Islam,seorang blogger Muslim cuba mempertahankan Islam dengan komen...
LAST NIGHT I F*^# WITH YOUR MOTHER!!!
I HOPE U NOT ANGRY!!!
MAYBE TOMORROW I $!#K WITH YOUR SISTER!!!
I THINK U SO HAPPY ABOUT THIS.
arakian dijawab blogger anti-Islam tadi dengan penuh nada kemenangan...
thanks a lot for your comment it`s just another proof of mental disease and foul mind. You are a true representant of Islam and good muslim. You also show what it needs to be a good muslim: no brain and a big mouth, cowardly hiding behind a computer screen.
Blogger anti-Islam tadi mungkin terang-terangan menghina Islam atas kejahilannya mengenai Islam.Namun, bukankah blogger Muslim yang tak berakhlaq mahmudah tadi telah menyumbang lebih lagi penghinaan terhadap Islam secara tak langsung...[kisah asal di sini]

Kesimpulan Siri Blog 2.0
Siri 1~Siri 2~Eh,Saya Pernah Cadang Kod Etika Blogger?

a)Idea cadangan ini sudah lama timbul,pemimpin perlu peka terhadap respon rakyat(apa jadi dengan Bank Idea Rakyat?)
b)Untuk mengelak apa yang terjadi kepada idea Bank Idea Rakyat,perlunya 1 mekanisme mengatur dan memantau di pihak kerajaan.
c)Etika sesama blogger:sebarang petikan dan sumber perlu dipautkan kepada sumber asal.Hal ini menjaga hak cipta,mengukuhkan hubungan sesama blogger dan mengelakkan fitnah(seumpama surat layang).
d)Sentiasa rasional ketika menulis,melainkan anda berhasrat untuk menulis secara kreatif(unsur emosi yang terkawal).
e)Tak kira anda menulis blog berilmiah,atau sekadar suka-suka,BERADAB bukan biadap ketika menulis. BERADAB walaupun berbeza pendapat sesama kita di alam maya.
f)Sekiranya anda mudah dikuasai emosi,sentiasa ingat ALLAH yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat segala perbuatan kita,itulah sebaik-baik mekanisme self-censorship.

Sekian sudah saya berpendapat sehingga 3 siri semuanya.Saya hamba Allah yang terdedah kepada kesilapan. Mohon maaf dan pembaikan daripada pembaca sekalian,wallahua'lam.

Saturday Night Fever-Sang Murabbi

Lagu ini saya dedikasikan untuk semua yang bergelar guru,istimewa buat para guru yang berpenat lelah mendidik saya dan khasnya tuan blog yang 2,Ustaz Zaki dan Ustaz Amir[tahniah,berpangkat PK HEM kini].





Sang Murabbi(Izzatul Islam,OST Sang Murabbi)
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani..

Berminat menonton filem Sang Murabbi?Kini di Youtube!

Pantun Maal Hijrah 1431H

Kemas Kini:Tahniah kepada Tan Sri Dr. Yusuf Mohd. Noor dan Dr. Yusuf Al-Qaradawi kerana dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1431H oleh kerajaan 1Malaysia.



Doa Akhir Tahun:Baca sebelum azan Maghrib 1 Muharam

Dua tiga empat lima
Enam tujuh lapan sembilan
Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah agendanya


1431 Hijrah kita sambutan

Kalau Tuan pergi ke Kedah
Singgah semalam di Sungai Petani
tuan puan usah berbalah
Al-Quran Sunnah kita rujuki

Kera di hutan terlompat-lompat
Si pemburu memasang jerat
Hina sungguh fitnah dan umpat
Dilaknat Allah dunia akhirat



Inderagiri pasirnya lumat
Kepah bercampur dengan lokan
Sedangkan nabi maafkan umat
Inikan kita sesama insan

Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan rebahnya
Ukhuwah ini bertolong-tolongan
Terbilang umat menuju reda-Nya

Doa Awal Tahun:Baca Selepas Azan Maghrib 1 Muharam






Diubah suai daripada Sang Penyair dan Si Penaip Kata

Blog 2.0-Rasional Vs Emosional

Sambungan Siri 1[baca juga tulisan lama],Berita:Blogger di'BTN'kan?






Hanya Contoh:Rasional Ke Emosional?
Blog Oh Blog
Blog dibuat untuk tujuan yang rencam.Ada yang sekadar diari harian,ada yang berfungsi sebagai jurnal

pencatat pendapat dan pengulas isu.Tak lupa juga bagi yang kreatif,mencipta video blog dan photo blog.

Hidup sebuah blog tak bermakna tanpa pembaca dan tukang komen.Ada yang suka membaca sahaja,silent reader.Ada yang turut aktif berkongsi pendapat,inilah tukang komen.

Kadang kala,tulisan di blog boleh jadi tak keruan dengan bahasa-bahasa kasar ataupun kesat walaupun isi tulisannya perkara ilmiah.Inilah yang dikatakan fenomena rasional vs emosional tulisan kita di alam maya.

Tak kira apakah peranan anda,baik seorang blogger,seorang silent reader,mahupun tukang komen yang petah berkata-kata,ingatlah alam maya ini juga dalam lingkungan pengetahuan ALLAH!

BerkataTulis Yang Baik-Baik Sahaja
Dalam bidang penulisan(memandang majoriti isi blog ialah teks),ada 1 teori yang dikenali sebagai Teori YES [Yang Elok-elok Sahaja].Saudari Nasriah Abdul Salam yang mengulas mengenai teori ini menambah...
Dan bagaimana Teori YES ini berlangsung? Tidak lain dan tidak bukan, hanya satu – dengan menerapkan nilai yang dibawa oleh Islam juga. Prinsip adab dan akhlak, ibadah dan syariah, dan sebarang bentuk kebaikan mesti diacu, dicanai, ditempa dalam penulisan supaya menepati subjek dan falsafah yang dibawa oleh Islam. Oleh yang demikian, penulis yang menyampaikan ideanya lewat penulisan perlu sentiasa beringat bahawa kerja menulisnya adalah satu ‘pekerjaan’ yang akan membawa ke salah satu tempat sahaja- sama ada syurga atau neraka kerana penulis Muslim yang mukmin akan percayakan kewujudan benda-benda ghaib yang gagal dibuktikan oleh Barat lewat eksperimen makmalnya.[sumber]

Mutiara Hadis Nabawi
Sesungguhnya,amat bermanfaat sekali hadis junjungan Nabi Muhammad S.A.W...
Daripada Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka berkatalah yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka muliakanlah jirannya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka muliakanlah tetamunya” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Beriman kepada Allah,Yang Maha Mengetahui dunia online,offline bahkan alam ghaib sekalipun.Apapun yang kamu baca,lihat dan tulis di alam maya ini sentiasa diperhati dan diketahui Allah.



Beriman kepada Hari Akhirat,hari di mana dosa pahala dan syafaat menjadi penentu nasib kita di syurga atau neraka.Adakah tulisan kita di alam maya menambah catatan di kanan atau hanya 'pahala' di kiri?

Bersambung...

Inspirasi:KaryawanLuarNegara.com,SaifulIslam.com,IluvIslam.com [jujur,saya sedang kering idea...]

Blog 2.0:Kod Etika Blogger?

Akhirnya,Perdana Menteri Malaysia bersuara mengenai kod etika untuk blogger.


Apa PM Mahu?

Penulis blog hendaklah:

• Jujur dan adil dalam mendapatkan, melaporkan dan menginterpretasikan maklumat
Jangan sekali-sekali menciplak
• Mengenalpasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan
• Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat – dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut
Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta
Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera
• Perlihatkan cita rasa yang baik. Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi
• Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog
• Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi.
• Mematuhi standard yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain.

Mengapa Saranan Ini Timbul?

Adakah kerana tsunami politik 2008(masih bergelora kini) berpunca daripada tangan-tangan blogger?

Atau Yang Amat Berhormat sedar internet dan blog menjadi medan tempur maya yang menjuruskan fitnah?

Secara peribadi,saya fikir sebab yang kedua lebih penting dan mustahak bagi gagasan 1Malaysia.Bukanlah tuduhan serkap jarang terhadap blogger lain,tetapi itulah realiti alam maya.

Pergilah ke blog-blog sosio-politik,anda akan menemui hikayat 1001 malam hentaman terhadap parti lawan terkadang berulam kata-kata kesat.Beralih ke blog hiburan anda akan menemui ratusan gosip hangat yang segar dari ladang ketidakpastian.

Kini,blog agama pun sering menjadi medan pencak silat,antara fahaman A melawan fahaman Z.Tak lupa juga, yang berlesenkan dakwah untuk menggunakan kata-kata kasar lagi menghiris perasaan sasaran dakwah.

Entri Ini Belum Berakhir
Memandangkan kesibukan Ustaz Zaki,saya memangku tugas mengupdate blog.Entri ini ialah permulaan kepada siri Blog 2.0 di bawah kategori Akhlaq dan Dakwah.

Rasanya cukup untuk mengganti siri Dajal Al-Masih dan Siaran Ulangan karya Ustaz yang tertangguh.Buat peminat siri tersebut,sabar...

Hidup Untuk Berani Gagal

GAGAL!

Dibenci top scorer dan high achiever,sudah lali buat golongan GALUS(gagal/lulus).Bukankah hidup umpama air laut yang pasang dan surut,kita juga mengecapi kejayaan dan menempuhi kegagalan.

Petua Hidup Berani Untuk Gagal

Sekian banyak ayat-ayat cinta Allah dalam Manual Kehidupan Manusia bernama Al-Quran,terselit 1-2 ayat yang menjadi kunci buat kita hidup berani untuk gagal,semudah mengingat ABC...

AWAS!Anda sedang diuji,firman Allah dalam ayat 214 surah Al-Baqarah
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
Berbaik sangka terhadap Allah,seperti petikan sebahagian ayat 216 surah yang sama
...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Cuba amal dan sematkan makna doa ini di hati,daripada ayat terakhir surah Al-Baqarah
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.
Mensyukuri Kegagalan




Walaupun kegagalan itu meremukkan hatimu,ketahuilah lebih ramai yang tewas di medan ujian kejayaan berbanding ujian kegagalan.

Ingatlah kepada sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah,dan teruslah hidup berani untuk gagal kerana menyelamatkan kita daripada sifat sombong dan bongkak akibat syok sendiri atas nama sebuah kejayaan.

Yakinlah dengan jaminan Allah dalam surah Al-Insyirah(Alam Nasyrah) ayat 5 dan 6
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.[5]Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan[6]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Post ini diilhamkan oleh contest anjuran Denai Hati.yang saya ketahui melalui blognya.Terima kasih daun keladi buat para penaja- DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.Berminat ikut serta?Kunjungilah blog Denai Hati!

SIARAN ULANGAN 11 & 12 : Canggihnya dakyahnya



SAHIH MUSLIM siri pertama : " Dalil 3 rukun agama "


Maksud hadis Rasulallah s.a.w

Dari Yahya bin Ya'mar r.a katanya " Orang yg mula-mula membahaskan di Basrah menentang adanya ' Qodar " alah Ma'bad bin Juhaini .

Maka pada suatu ketika , saya dan Humaid bin Abdul Rahman Hamairi , sama-sama pergi haji atau umrah .Kami berdua bersepakat , jikalau bertemu salah seorang sahabat rasulallah s.a.w .Kami akan menyatakan kepada mereka masalah Qodar itu .

Justeru kami bertemu di Masjid dengan Abdullah bin Umar bin Al Khattab . Kami terus mendekati dan mengapitnya di kanan dan kiri beliau .Dalam ketika itu aku percaya kawanku ini menyerahkan persoalan itu kepada ku . Berkata saya kepada Abu Abdur Rahman .

Telah muncul di hadapan kita para pembaca Al Quran dan para ilmuan .Mereka mendakwa bahawa Qodar itu tidak ada . Segala yg berlaku menurut Qudratnya tanpa di dahului dengan Qodar dan Ilmu Allah . Maka jawab Abdulallah bin Umar ., Apabila engkau bertemu dengan mereka ,katakan sesungguhnya saya tidak bersetuju dan tidak bersependapat dengan mereka .

Demi Allah ! kalaulah mereka mempunyai sebungkal emas lalu mereka menafkahkan nya .Maka Allah tidak menerima nafkah mereka itu sehingga mereka beriman dengan Qodar Allah . Kemudian dilanjutkannya

Ayahku Umar bin Al Khattab menceritakan kepadaku seperti
berikut ,

" Pada suatu hari ketika kami bersama rasulallah s.a.w ,tiba-tiba muncul dihadapan kami seorang lelaki berpakaian sangat putih dan berambut sangat hitam . Tidak terlihat pada dirinya bekas perjalanan dan tidak ada seorang pun di antara kami yg mengenali dirinya .

Lalu dia terus duduk di hadapan rasulallah s.a.w lututnya di rapatkan dengan lutut rasulallah s.a.w ,manakala telapak tangannya diletakkan di atas pehanya . Lalu berkata .....

  • Orang asing : Wahai Muhammad ajarkan saya tentang Islam
  • Rasulallah s.a.w : Islam ialah ...
  1. Mengaku tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah rasulallah ,
  2. Mendirikan solat
  3. Membayar zakat
  4. Puasa ramadhan
  5. Menunaikan haji ke Baitulallah sekiranya mampu .
  • Orang asing : Engkau benar !
Ayahku bersama sahabat rasulallah yg lain merasa hairan orang asing itu bertanya kemudian dia pula membenarkannya
  • Orang asing : Terangkan kepadaku tentang Iman ?
  • Rasulallah s.a.w : Iman ialah ....
  1. Beriman kepada Allah
  2. Beriman kepada malaikat -malaikatnya
  3. Beriman kepada kitab -kitabnya
  4. Beriman kepada rasul-rasulnya
  5. Beriman kepada qodar baik dan qodar jahat
  • Orang asing : Engkau benar , kemudian dia berkata
  • Orang asing : Terangkan kepada ku tentang ikhsan
  • Rasulallah s.a.w : Ihsan ialah menyembah Allah s.w.t seolah -olah engkau melihat-Nya .Sekalipun engkau tidak melihat -Nya ,sesungguhnya dia melihatmu .
  • Orang asing : Terangkanlah kepadaku tentang kiamat !
  • Rasulallah s.a.w : Orang yg bertanya lebih tahu drp orang yg ditanya ..
  • Orang asing : Terangkan kepada ku tanda-tandanya ?
  • Rasulallah s.a.w : Apabila hamba sahaya perempuan telah melahirkan majikannya ,dan apabila orang -orang Badwi telah bermewah -mewah di gedung -gedung yg indah .
Kata ayahku ,kemudian orang itu berlalu ,tetapi tidak berapa lama selepas itu , Rasulalah s.a.w bertanya kepada ku ...
  • Rasulallah s.a.w : Tahukah engkau siapakah gerangan orang yg bertanya kepadaku ?
  • Sayidina Umar Al Khattab : Allah dan rasul-Nya yg lebih tahu
  • Rasulallah s.a.w : Dia adalah Jibrael a.s, Dia datang kepadamu mengajar agamamu .
-----------------------------------------------

Kesimpulan hadis

Agama atau syariat kita ini mempunyai 3 rukun iaitu Islam , Iman dan Ihsan . Sebagai orang Islam FARDU AIN atas kita mempelajari ke 3 -3 rukun ini . Maksudnya , kita tidak boleh ditinggalkan walaupun satu rukun drpnya . Kefarduan ini kita boleh qiaskan batalnya sesuatu ibadah sekiranya meninggalkan salah satu rukunnya cth . Adakah solat kita sah sekiranya kita meninggalkan salah satu rukunnya seperti tidak membaca Al Fatehah ? , jawapannya sudah tentu tidak sah .

Begitu juga lah agama yg kita anuti ini , ke 3 -3 rukun ini mesti dipelajari dan difahami serta diamalkan oleh kita sebagai orang Islam , supaya agama yg kita anuti ini , sah di sisi Allah s.w.t .

Hadis ini juga menolak golongan yg mengatakan RUKUN ISLAM ,RUKUN IMAN adalah
rekaan ulama' .Sesungguhnya Para Ulama 'lah yg memudahkan kita untuk memahami agama Allah ini ,mereka mengeluarkan intipati hadis di atas dan jadilah ia RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN

Mereka bukan mereka - reka dan menada-adakan ,tetapi mereka bersusah payah untuk menyusun rukun-rukun tersebut , supaya ianya mudah dipelajari oleh orang yg jahil seperti kita ini .

Rukun agama yg ke 3 ialah IHSAN ataupun ILMU TASAUF , juga telah lama ditinggalkan oleh sebahagian orang Islam .Orang Islam lebih menumpukan 2 rukun yg pertama dan sangat mengabaikan rukun yg ke 3 iaitu IHSAN @ TASAUF .
Adalah malang sekiranya kita mengatakan ILMU TASAUF itu adalah ambilan drp falsafah YUNANI dan GREEK . Ataupun berpendapat ilmu tasauf itu adalah satu agenda YAHUDI untuk melemahkan kaum muslimin , jarum -jarum yg halus itu telah masuk ke dlm hati sebahagian orang Islam lalu . ..mereka berkata kepada sebahagian saudara seIslam yg lain yg mengamalkan ilmu tasauf itu dengan katanya ....kalau orang Islam ini asyik beramal sahaja ..bilakah hendak memakmurkan dunia !?

Bukan setakat itu sahaja ..ada juga sebahagian kita yg mengatakan bahawa ILMU TASAUF ini adalah ilmu sesat dan menyesatkan .Malulah pada diri sendiri sekiranya dalam ceramah kita itu kita menyelitkan kisah Sheikh Abdul Qadir Al Jalani sebagai iktibar dan penguat ceramah yg kita sampaikan ,kita jadikan Imam Al Ghazali sebagai sumber rujukan ilmu dan permasalahan dalam masa yg sama kita sesatkan ilmu mereka yg mereka ambil drp Rasulallah s.a.w berdasarkan hadis sahih riwayat muslim ini .

Kita juga mengagumi pejuang Republik Chechnya yg berjuang fi sabilillah dengan amat hebat ,kita jadikan role model ,kita nak jadi seperti mereka tetapi kita dalam masa yg sama kita menolak ilmu tasauf , padahal ternyata yg mereka itu adalah pengamal ilmu tasauf . Di mana mereka dapat semangat juang yg tinggi itu melainkan hasil daripada amalan tasauf mereka .


Intipati hadis yg lain ..

Sekiranya kita lihat peristiwa kiamat telah diasingkan dengan rukun Iman berdasarkan dialog di atas .Bukan bermaksud ia bukan salah satu rukun iman tetapi tujuan ia diasingkan ia adalah suatu perkara yg amat besar .

Hanya Allah s.w.t sahaja yg mengetahui detik kiamat itu berlaku ,rasulallah s.a.w pun tidak tahu bilakah kiamat itu berlaku . Walaubagaimanapun kita boleh mengkaji tanda-tandanya seperti yg diisyaratkan pada hadis di atas .

2 tanda yg terdapat pada hadis di atas ialah tanda -tanda kiamat yg kecil yg sudah lama berlaku di alam ini cthnya .. Orang badwi yg miskin bermewah-mewah dengan bangunan yg indah cth sila betul kan saya sekiranya saya tersilap , Raja Arab Saudi yg ada sekarang adalah berasal drp arab badwi yg miskin ,mereka sekarang bermewah -mewah dan bermegah-megah dengan keindahan bangunan tinggi . Bagunan ini dapat di didikan apabila mereka dikurniakan hasil minyak yg sangat banyak . Lihat juga apa yg terjadi di negara Dubai , dan Kuwait . .....Kita sudah tidak melihat tanda-tanda kecil itu kerana ia sudah lama terjadi . Ia sudah menjadi sejarah .

Hadis ini juga menolak dakwaan Orang Kristian dan juga sebahagian manusia yg menganggap malaikat itu seorang perempuan anak dara yg cantik ,dakwaan ini ada pada ajaran kristian yg telah diselewengkan . Sesungguhnya malaikat itu tidak mempunyai jantina iaitu bukan lelaki dan bukan perempuan . sekiranya malaikat menjelma dikhalayak manusia , malaikat akan menjelma seorang lelaki seperti hadis di atas .

Kenyataan ini disokong oleh firman Allah taala

Dan sekiranya kami jadikan malaikat nascaya kami akan jadikan mereka lelaki dan kami pakaikan mereka dengan pakaian apa yg biasa orang lelaki memakainya .

-Ayat 9 surah Al An'am


Bersambung ....



Al Masih Dajjal siri 4 : Bapa Dajjal di penjara oleh Hakim



Begitulah Dajjal semasa bayinya , sejak dari beliau lahir sehinggalah berumur 4 tahun , matanya sentiasa tertutup kecuali beberapa ketika . Dajjal akan membuka matanya dan meneguk seteguk dua air susu kambing yg diberi oleh orang tuanya ,kemudian dia tidur kembali .

Perlakuannya itu menyebabkan orang tuanya gelisah dan khuatir sehingga satu ketika orang tuanya itu
melekapkan telinga di dada anak lelaki kesayangannya itu ,ternyata anaknya itu masih bernyawa .

Pada suatu malam ketika bapa dajjal ( ibunya sudah meninggal akibat barah payu dara ) tidur ,Dajjal menbukakan matanya dan pada kali ini dia cuba bergerak ,nampaknya dia berhasil untuk bergerak sehinggalah dia dapat berjalan dengan kedua tangan dan kakinya @ merangkak .

Apabila dia merangkak 2 , ke 3 tapak tiba-tiba seperti ada kekuatan yg lain datang meresap ketubuhnya lalu dia dapat berdiri dan terus berjalan ke arah berhala lembu betina yg liar itu . Kekuatan itu lain tak bukan berasal dari kekuatan syaitan yg menyerupai lembu betina liar sembahan bapa Dajjal .

Dajjal berjalan ke arah itu dan duduk benar-benar di hadapan berhala itu lalu dia tidur kembali .

Pada keesokkan harinya ketika bapa Dajjal bangun daripada tidur beliau mendapati anaknya tiada di sisinya ,beliau mencari anak lelakinya itu ,tiba-tiba ia mendapati anaknya itu tidur dipangkuan tuhan -tuhan yg berada di sudut rumahnya itu .

Bapanya merasa hairan dan takjub ... dari kaca mata musyriknya itu mulalah ia meyakini yg anaknya itu adalah anak yg teristimewa ,bagaimana penjelasan logik yg boleh diterima oleh akal ,seorang anak yg sentiasa tidur tiba-tiba boleh beralih tempat dari kamar tidur ke tempat pangkuan tuhan .Sudah tentu tuhannya itulah yg mengalihkannya .

Bapanya menceritakan kepada orang kampung peristiwa ajaib yg berlaku ke atas anak lelakinya itu .Orang-orang kampung yg mendengar akan cerita itu menuduhnya kembali bahawa dialah yg mengalihkan anaknya itu . Bapa Dajjal merasa kecewa di atas tuduhan itu .

------------------------------

Sedikit sejarah berkenaan " tuhan lembu " . Seperti yg saya jelaskan agama manusia yg menyembah lembu adalah agama yg lama @ kuno dan primitif @ agama Kabbala ,ianya sama seperti agama bawaan hindu yg mengagungkan lembu sebagai tuhan .

Mahatma Gandhi ada berkata berkenaan kemuliaan binatang lembu ini ...

" Sesungguhnya penjagaan atas lembu betina .sebagaimana ditetapkan dan diwajibkan oleh agama Hindu ,adalah hadiah dari orang-orang Hindu bagi dunia . Hal itu juga merupakan pancaran adanya rasa persaudaraan antara manusia dengan haiwan .Dalam pemikiran orang -orang Hindu diyakini lembu betina adalah ibu manusia .memang demikian menurut hakikatnya .

ketika saya melihat lembu betina saya tidak melihat ianya seekor haiwan ,kerana saya menyembah lembu betina dan akan terus menyembahnya di hadapan alam semuanya ,melebihi peranan ibu yg sebenarnya jika ditinjau dari berbagai segi .

  • Ibu ( manusia ) sesungguhnya akan menyusu kita selama tempoh lebih kurang satu hingga 2 tahun kemudian ia terhenti . tetapi ia menuntut khidmat kita sepanjang hidup sebagai atas jasanya itu
  • Sementara lembu betina pula memberi susu kepada kita selamanya dan tidak menuntut khidmat kepada kita , lembu betina hanya meminta makanan biasa sahaja
  • Ibu ( manusia) sekiranya sakit dia menuntut banyak belanja perubatan kepada kita
  • Sementara lembu betina apabila ia sakit ia tidak menuntut belanja perubatan kepada kita
  • Ibu ( manusia ) sekiranya mati ia juga akan menuntut kita menguruskan jenazahnya sehingga selesai dan sudah tentu ia memerlukan perbelanjaan yg banyak .
  • Lembu betina sekiranya mati ia tetap memberi manfaat kepada manusia ,segala jasadnya boleh dimanfaatkan seperti tulang ,daging , dan organ-organnya serta kulit dan sebagainya .
Saya tidak mengatakan ini sebagai ingin mengecilkan peranan ibu , saya mengatakan ini kerana menyatakan sebab-sebab mangapa saya menyembah lembu .Sesungguhnya berjuta-juta orang Hindu menyembah lembu dan saya mengakui sebahagian drp mereka . "

Kalau dilihat di sini ada kesamaan dari segi anutan agama bapa Dajjal dengan anutan agama orang-orang Hindu . Bapa Dajjal adalah salah satu orang yg menganut agama jenis ini . Tidak semua penduduk kampung itu menyembah lembu betina liar ,ia adalah manoriti sahaja . Majoriti penduduk di kampung itu menyembah hakim sebagai tuhan .


Usaha bapa Dajjal tidak berhenti setakat itu sahaja beliau berusaha menyebarkan keajaiban anaknya itu kepada orang yg boleh mempercayainya . Sehinggalah kisah ini tersebar hingga kepengetahuan hakim.

Hakim merasa marah dan memanggil bapa Dajjal dan bertanya

  • Hakim : Adakah benar apa yg engkau katakan itu ?
  • Bapa Dajjal : Benar ,sesungguhnya akau melihatnya sendiri ..
  • Hakim : Tidak ,ia tidak benar ,sesungguhnya akulah yg berkuasa dan layak di sembah ,bukan lembu betina yg liar itu
  • Bapa : Aku tidak berbohong ,apa yg aku katakan itu adalah benar !
  • Hakim dengan perasaan murka " Kalau begitu engkau akan aku hukum penjara dan dikenakan beberapa seksaan yg berat .
Maka merengkoklah bapa Dajjal dipenjara dan disiksa dengan berat oleh hakim sehingga beberapa lama ...

bersambung ..................

PSI : Korban 1



PENGERTIAN QORBAN

  • Ialah menyembelih binatang Al An'am yg dilakukan pada hari yg ke 10 Zul Hijjah sehingga akhir hari Tasyriq kerana mendekatkan diri kepada Allah .

HUKUM QORBAN
  • Sunnat muakad bagi individu muslim yg berkemampuan melaksanakannya
  • Wajib kepada baginda rasulallah s.a.w
  • Sunat kifayah ke atas sebuah keluarga iaitu sekiranya salah seorang ahli keluarga itu melaksanakan qorban maka gugurlah tuntutan sunat kifayah ke atas keluarga itu
  • Wajib juga ke atas orang yg bernazar
RUJUKAN DALIL

Maksud firman Allah Taala

"Tunaikan solat kerana tuhanmu dan berkorban kerananya"

Ayat 2 dari surah Al Kausar

SEJARAH RINGKAS

Qorban disyariatkan pada tahun ke 2 hijrah sebagai mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s . Allah s.w.t memerintahkan Nabi Ibrahim a.s menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s . Walaupun perintah itu amat berat dirasakan oleh baginda berdua tetapi mereka tetap melaksanakan perintah tersebut dengan penuh ketakwaan dan ketaatan tanpa berbelah bagi .

Ketika Nabi Ibrahim a.s hendak menyembelih anaknya , Allah s.w.t menggantikan dengan seekor kibas yg besar lagi gemuk .

Drp peristiwa itulah Ummat Islam diperintahkan oleh Allah s.w.t melalui lidah rasul-Nya disunatkan berkorban jika berkemampuan mengikut syarat -syaratnya yg tertentu .

RUKUN QORBAN

  1. Binatang qorban
  2. Masa Qorban
  3. Orang yg dituntut membuat qorban
SYARAT QORBAN

  • Binatang Qorban
  1. Mesti terdiri drp binatang Al An'am * iaitu kambing ,kibas , biri-biri ,lembu .kerbau dan unta * Al An 'am ialah bintang yg berkaki 4 ,jinak dan binatang itu banyak dipelihara oleh manusia
  2. Tidak mempunyai kecacatan yg buruk * . Mengikut mazhab As Syafie mempunyai kecacatan yg buruk ialah bermaksud terlalu kurus , tempang ,cacat penglihatan ,sakit yg terlalu teruk ,berkurap walaupun sedikit . Walaubagaimanapun binatang yg mempunyai kecacatan yg hanya sedikit harus dikorbankan seperti beberapa bulu diekornya tercabut , telinganya ditindik dan dipasang lesen pendaftaran dan yg seumpamanya . Ini kerana kecacatan sebegitu tidak mengurangkan dagingnya
  • Masa Qorban
  1. Bermula hari Aidil Adha iaitu 10 Zul Hijjah iaitu selepas sahaja solat sunat aidil adha dan 2 khotbah sehingga 11 ,12 dan 13 Zul Hijjah ( sehingga terbenam matahari ) .3 hari itu dikenali sebagai Hari Tasyrik .
  • Orang yg dituntut membuat qorban
  1. Islam , tidak wajib dan tidak sah orang yg bukan Islam membuat Qorban
  2. Merdeka , tidak wajib bagi hamba
  3. Akil dan Baligh iaitu tidak sah kanak-kanak ,orang gila dan orang yg sudah nyanyuk sepenuhnya
  4. Berkemampuan iaitu bermampuan membeli binatang qorban .
UMUR BINATANG QORBAN

  1. Unta mesti berumur 6 tahun ataupun 5 tahun dan ke atas
  2. Lembu dan kerbau mesti berumur 3 tahun ataupun 2 tahun dan ke atas
  3. Kambing dan kibas mesti berumur 3 tahun ataupun 2 tahun dan ke atas
  4. Biri-biri mesti berumur 2 tahun atau setelah bersalin gigi iaitu mulai 6 bulan umurnya
# Binatang Al An 'am yg kurang umurnya dr yg ditetapkan di atas adalah tidak sah untuk dijadikan qorban.

# Binatang selain Al An'am tidak boleh dijadikan binatang qorban walaupun banyak dipelihara oleh manusia seperti ayam ,rusa dsb .

# Setiap unta ,lembu ,kerbau mempunyai 7 bahagian bermaksud seekor lembu boleh dikongsi oleh 7 orang yg hendak berkorban . Sekiranya harga seekor lembu bernilai RM 2, 100.oo ,maka setiap bahagian bernilai RM 300.00 .

# Tetapi bagi kibas ,kambing dan biri -biri hanya mempunyai 1 bahagian sahaja .

bersambung.........

SIARAN ULANGAN 10

SIARAN ULANGAN 9

MUHAMMAD S.A.W siri ke 68 : REAKSI ABU LAHAB


Baginda mula bergerak untuk berdakwah secara terang- terangan dengan mengumpulkan ahli keluarganya . Adalah lebih baik sekiranya baginda mengumpulkan ahli keluarganya di rumah baginda sendiri .

Mulalah nabi s.a.w pergi kesetiap pintu rumah ahli keluarganya bertujuan menjemput ahli keluarganya hadir ke rumahnya pada keesokkan hari kerana baginda akan mengadakan sedikit majlis jamuan makan dan menyampaikan suatu perkara besar dan penting .

Rumah yg pertama dikunjungi ialah rumah Abdul Uzza ataupun yg lebih dikenali sebagai Abu Lahab . Rumah Abu Lahab bersebelahan dengan rumah Nabi s.a.w . Lagipun Abu Lahab ini adalah pak cik baginda .

Rumah yg ke 2 pula ialah rumah jirannya juga walaupun bukan ahli keluarganya ,beliau ialah Uqbah bin Abu Muaith . Selepas itu barulah Nabi s.a.w pergi rumah -rumah ahli keluarganya di sekitar Kota Makkah .

------------------------------------------------------

Diringkaskan cerita , pada keesokkan harinya ahli keluarga nabi datang berpusu-pusu ke rumah baginda s.a.w .Baginda s.a.w menjamu ahli keluarganya dengan makanan dan minuman . Di dalam hati ahli keluarga baginda tertanya -tanya apakah perkara yg besar yg akan di sampaikan oleh baginda ini .

Kabilah yg diundang ketika itu terdiri drp Bani Abdul Mutalib , Bani Hasyim dan juga Bani Mutalib ,ini menunjukkan mereka pada zaman jahiliah amat menghormati Nabi s.a.w . Jumlah mereka yg hadir pada majlis Nabi s.a.w itu dianggarkan seramai 40 hingga 65 orang .

Nabi s.a.w meminta Sayyidina Ali menyembelih kambing dan menyediakan susunya untuk di jamu kepada para tamu pada hari itu .

Setelah selesai sahaja mereka makan dan minum ,barulah Nabi s.a.w mula bercakap kepada hadirin .Sabda baginda s.a.w .

  • Baginda s.a.w :Bagaimana menurut kamu sekiranya aku memberitahu kamu ada seekor kuda di atas bukit sana yg akan meyerang kamu ,adakah kamu akan membenarkan kataku ini ?
  • Ahli keluarga nabi s.a.w : Ya benar ! ( dijawab hampir serentak ) kerana kami belum pernah mendengar kamu berdusta ..
  • Baginda s.a.w : Sesungguhnya aku ini memberi peringatan kepada kamu ,kerana dihadapan kamu ada siksaan Allah yg paling keras .
Rasulallah s.a.w memulakan dakwahnya kepada ahli keluarganya ..apakah reaksi ahli keluarganya itu ?

REAKSI ABU LAHAB

Abu Lahab adalah jiran nabi s.a.w ,beliau juga pak cik nabi s.a.w , beliau juga besan nabi s.a.w kerana kedua anak lelakinya yg bernama Utbah dan Utaibah dikahwinkan dengan dua putri nabi s.a.w iaitu Ruqayyah dan Ummu Kalthum . Utbah memperisterikan Ruqayyah dan Utaibah memperisterikan Ummu Kalthum .

Beliau berbadan besar dan gemuk, panas baran dan sangat lekas marah . Beliau berkata kepada Nabi s.a.w

" Sungguh celaka kamu disepanjang hari ini ,hanya untuk inikah kamu mengumpul kami di rumahmu ini ? "

Abu Lahab tunduk untuk mengambil batu tujuannya ialah digunakan untuk membaling Nabi s.a.w tetapi hasratnya di batalkan lalu beliau meletakkan kembali batu tersebut .

Nabi s.a.w yg ulul azmi itu hanya diam sahaja mendengar cercaan bapa saudarnya .Baginda amat sedih mendengar cercaan pak ciknya itu . padahal sebelum ini pak ciknya itu amat menyayangi baginda . beliau sanggup mengkahwinkan anak-anak lelakinya dengan putri -putri nabi s.a.w. tetapi kasih sayang itu sudah terlerai .Sesungguhnya kasih sayang yg hakiki adalah kasih sayang kerana Allah s.w.t.

Apabila ahli keluarga nabi yg lain melihat peristiwa itu ,hati mereka berbelah bagi terhadap Abu Lahab ., perasaan hormat kepadanya hampir lebur .

Abu Lahab tidak berhenti setakat itu sahaja ,beliau menyambung dengan cercaan yg lain .....

" Selama ini aku belum pernah melihat seorang yg datang dari keturunan orang tuanya ( Abdul Mutalib) dan kaumnya ( Bani Hasyim)lebih keji dengan apa yg engkau bawakan dan perlihatkan ini !"

Allah s.w.t pada ketika itu telah menurunkan wahyu yg berbunyi dan maksudnya ..

Celakalah dua tangan Abu Lahab ! , memang dia sangat celaka ! - ayat 1 , surah Al Lahab

Mendengar sahaja perkataan itu drp anak saudaranya ,Abu Lahab menjawab ..

Jika apa yg dikatakan Muhammad itu benar maka aku tebus diriku dengan harta dan anak-anakku !

Lalu turunlah wahyu Allah lagi

Tidaklah berguna daripadanya ( Abu Lahab ) harta bendanya dan segala usahanya " - ayat 2 , surah Al Lahab .

Mendengar sahaja wahyu Allah s.w.t mengutuk dan melaknat dirinya ,maka beliau mula membuat kacau di dalam majlis Rasulallah s.a.w itu , sehingga Nabi s.a.w terpaksa membubarkan majlis itu .Para ahli keluarga baginda yg lain merasa simpati di atas kesedihan yg ditanggung oleh nabi s.a.w dan pembubaran majlis tersebut .....

Bersambung >>>>

The Divine Book 2

The Divine Book 1

Realiti Nur,Nur..Nur Kasih

Untuk Anda!:Jemput semua pembaca blog Tanyalah Ustaz ke blog baru milik CIA, sebuah badan dakwah peringkat sekolah.

**************************************************************
Terbayang di ingatan saya,ketika TV3 mengulang siar filem Ayat-Ayat Cinta.Bukan sahaja bilik TV dipenuhi manusia[baca:lelaki],bahkan dewan makan pun menjadi destinasi tumpuan,dek kerana sebuah peti televisyen yang menyiarkan Ayat-Ayat Cinta.

Demam tersebut tak berhenti di situ.Usai peperiksaan PMR,pelajar Tingkatan 3 pula sibuk melayan filem ini.Itulah kenang-kenangan hidup di sekolah asrama.Jumaat lepas,kita menyaksikan happy ending ala-ala Bollywood rancangan yang mendapat rating tertinggi di TV3(sekali lagi?),Nur Kasih.




Mengapa Begitu?
Orang kata,rencah keberhasilan Nur Kasih terletak pada unsur Islamik bernafas dakwah padanya.Tuan Manja Ismail,mengulas di Berita Harian 30 September lalu,

Jika filem Hindustan yang memaparkan kemewahan,kekayaan dan keriangan satu ketika dulu dikatakan menjadi eskaapisme bagi majoriti rakyat India yang miskin,apakah sambutan hangat terhadap Nur Kasih ini juga berupa eskapisme masyarakat Melayu-Islam di negara ini yang sudah bosan dengan keruntuhan moral dalam setiap bidang kehidupan mereka sekarang?

Ya,realiti masyarakat kini tak seindah yang digambarkan watak-watak Nur Kasih.Betapa ada yang

mengatakan,mustahil masih wujud wanita secantik dan sesolehah Nur Amina,atau lelaki sebaik Aidil.Mungkin juga ada kaum Hawa yang membantah ‘pengorbanan’ Aliya yang rela dimadu dengan Nur.

Kang Abik,penulis Ayat-Ayat Cinta sendiri pernah dikritik kerana mencipta watak Fahri yang setulus malaikat. Lantas beliau menerangkan tujuan penciptaan watak sebegitu,iaitu ketika masyarakat berfikir kebaikan sudah hampir lenyap diganti kebobrokan,watak sebegitu menunjukkan bahawa masih ada lagi nur kebaikan di hati sesetengah insan dalam masyarakat.

Keindahan Fitrah Program Allah S.W.T
Seseksi manapun seorang artis wanita,lebih cantik tika dia menutup aurat.Semanis manapun cinta yang mahu dibina,cinta berdasarkan syariat-Nya jua mendapat keselamatan dan kebahagiaan.

Bukankah semua itu terangkum dalam fitrah?Fitrah Islam yang diprogramkan Allah S.W.T dalam jiwa setiap insan.Maka benarlah firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 30 maksudnya,
Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang Telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui

Siapa lagi yang mengurniakan NUR dalam jiwa manusia kalau bukan Yang Maha KASIH,ALLAH S.W.T…

Al Masih Ad Dajjal siri 3 : Namanya ada disebutkan di dlm Al Quran


Maksud Hadis rasulallah s.a.w

" Ayah dan ibu Dajjal itu melalui perkahwinan selama 30 tahun tanpa melahirkan seorang anakpun .Kemudian lahirlah seorang anak lelaki yg buta sebelah matanya .Ia menjadi seorang yg paling berbahaya dan paling sedikit manfaatnya ,kedua matanya tertutup tetapi hatinya sentiasa jaga "

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dlm musnadnya

Dajjal atau sebahagian ulama '
berpendapat bahawa nama sebenarnya adalah MUSA AS SAMIRI . Namanya serupa dengan nama salah seorang Nabi Allah s.w.t yg besar iaitu Nabi Musa a.s tetapi jiwanya di antara mereka berdua amat berbeza seperti langit dengan bumi .

Nabi Musa a.s bercita-cita menjadi
hamba Allah yg sebenar-benar hamba kepada Khaliknya sehingga sanggup belajar walaupun ketika itu baginda sudah bertaraf nabi dan rasul drp seorang nabi juga iaitu bernama Nabi Khidir a.s .

Musa As Samiri bercita -cita menjadi tuhan ataupun mengambil alih kedudukan Allah s.w.t dan menyamar menjadi tuhan yg esa selepas ia menyamar sebagai
Nabi Isa a.s .tidak ada yg lebih melucukan melainkan matanya sahaja yg satu . Belajar drp Iblis ,mentornya yg berpengkalan di segi 3 bermuda .

Nabi Musa a.s di pelihara oleh Isteri Ramses 2 iaitu Asiah r.a , Ramses 2 adalah firaun yg terkenal
kezalimnya terhadap Bani Israil membunuh bayi-bayi lelaki dan membiarkan serta membogelkan anak-anak perempuan iaitu diharamkan kepada mereka memakai pakaian walaupun berjalan-jalan di pasar-pasar.

Firman Allah Taala yg bermaksud

" Dan ingatlah ketika kami selamatkan kamu dari firaun dan pengikut-pengikutnya ,mereka menimpakan kepada mu siksaan yg seberat-beratnya ,mereka menyembelih anak-anakmu yg lelaki dan membiarkan hidup anak-nak perempuan mu .Dan pada demikian itu terdapat cobaan-cobaan yg besar "

Ayat 49 surah Al Baqoroh

Walaupun begitu Musa a.s menjadi manusia yg paling unggul di zamannya berkenaan ketakwaannya walaupun berbapa angkatkan Ramses 2 yg sangat kejam itu .

Musa As Samiri @ Uncle Sam ini dipelihara oleh binatang berbulu tebal @ mungkin BIG FOOT dan juga malaikat Jibrael a.s dan diajar pelbagai kesedaran-kesedaran supaya dia menjadi hamba tuhan , walaupun begitu ia tetap ingin menjadi tuhan , walaupun kita tahu manusia tidak akan jadi tuhan sampai bila -bila pun . Dia masih lagi menyimpang cita -citanya ingin menjadi tuhan . Cita -citanya itu terkabul tidak lama lagi ,kerana sebahagian manusia khususnya wanita akan menyembah dia sebagai tuhan yg esa .

----------------

Dajjal lahir drp perkahwinan adik beradik @ perkahwinan sumbang mahram , benih bapanya bercantum dengan telur ibunya yg ketika itu ibunya didatangi haid . Sebelum kejadian itu selama 30 tahun bapanya berdoa kepada berhala @ tuhannya yg berupa seekor lembu betina yg liar yg sebenarnya adalah seekor syaitan yg menjelma dan menyamar menjadi patung lembu betina .

Berhala itu diletakkan di suatu sudut di dlm rumahnya dan menjadi sembahan ibu -bapa Dajjal , sesungguhnya ibu bapanya seorang Yahudi yg beragama PAGAN atau lebih dikenali sebagai agama KABBALA .

Tiap -tiap malam selama 30 tahun ibu bapanya berdoa memohon kepada berhala supaya dikurniakan akan lelaki .Tiba-tiba pada suatu malam yg gelap gelita dan berangin kencang serta hujan yg amat lebat ,ibu bapa Dajjal terdengar suara datang dari berhala bahawa tuhan telah meredai kedua-dua mereka dan permintaan mereka akan dikabulkan ,maka perbanyakkanlah persajian .

Persajian yg dimaksudkan itu ialah korban nyawa binatang seperti kambing dan juga arak . Penduduk kampung di situ percaya sekiranya tuhan merestui mereka .maka mereka akan dapati binatang dan juga arak itu akan di makan dan diminum oleh tuhan mereka dan hanya tinggal sisa -sisa yg berbaki sahaja pada waktu pagi selepas mereka bangun drp tidur .

Begitu juga lah yg di alami ibu -bapa Dajjal bezanya ibu bapa Dajjal mendengar suara dari berhala yg disembahnya itu .

Maka pada malam itu ibu -bapanya tidur dan berlakulah hubungan intim di antara 2 adik
beradik @ zina . Semasa hubungan itu berlaku selain mereka berdua , bersama-sama mereka juga syaitan itut serta berzina dengan ibu Dajjal yg menyamar menjadi berhala itu ,maka bercampurlah benih bapa dan juga syaitan dan bercantum dengan ovem ibu Dajjal .Semua itu adalah atas Qudrat dan Iradat Allah s.w.t .Tanpa izinnya maka tidak akan terjadi sesuatu perkara di dlm alam ini .

Selepas malam itu ibu bapa melipatkaliganda ketaatannya ,korban binatang digandakan ,arak di berbanyakkan ,semoga Tuhannya itu dengan belas ihsannya mengabulkan niat mereka untuk memiliki seorang anak lelaki .

Perbuatan meyembah berhala , membuat persembahan dan pengorbanan binatang dan arak adalah sebahagian ritual agama yg dikenali sebagai Kabbala . Itulah juga anutan agama Dajjal secara warisan ,tetapi telah dinaik taraf olehnya pada ketika ia dewasa , bukan objek-objek yg seperti binatang dsb yg akan di sembah oleh manusia tetapi dirinya itulah yg patut di sembah oleh jin dan manusia sekalian .

Musa As Samiri ..gelaran As Samiri adalah dinisbahkan kepada sebuah Daerah kelahirannya yg bernama As Samirah yg terletak di Negara Palestin yg tidak wujud sekarang . Nama Samiri ada di sebutkan di dalam Al Quran semasa peristiwa Nabi Musa a.s turun drp gunung Thur Sina selepas dikurniakan kitab Taurat drp Allah s.w.t .

Nabi Musa a.s amat terkejut dan marah kepada perbuatan sebahagian kaumnya Bani Israel yg menyembah berhala lembu betina ..setelah diselidik barulah Nabi Musa a.s mengetahui itu adalah angkara Samiri iaitu Dajjal , maka dihalaulah ia pergi dari kelompok Bani Israil ..dengan kata-kata .. buatlah apa yg engkau suka sesungguhnya engkau tidak ada sesiapa yg menganggu dan mengacau ...sebagaimana firman Allah Taala yg bermaksud

" Dan ingatlah ketika kami berjanji kepada Musa memberikan Taurat sesudah 40 malam ,lalu kamu menjadikan anak lembu sebagai sembahanmu sepeninggalnnya dan kamu adalah orang-orang yg zalim "

Ayat 52 surah Al Baqoroh .
Maksud Firman Allah yg lain

  • Mengapa kamu datang lebih cepat daripada kaummu hai Musa?,
  • Berkata Musa "Itulah mereka sedang menyusulku ,dan aku besegera pada -Mu , Ya Tuhanku agar engkau reda kepada ku ,Allah berfirman maka sesungguhnya kami telah menguji kaummu ,sesudah kamu tinggalkan dan mereka telah disesatkan oleh SAMIRI .kemudian Musa kembali kepada kaum nya dengan marah dan bersedih hati "
  • " Berkata Musa hai kaumku bukankah tuhan engkau telah menjanjikan kepadamu sesuatu janji yg baik maka apakah terasa lama masa yg berlalu bagimu itu , atau kamu menghendaki agar kemurkaan dr tuhanmu menimpamu ,lalu kamu melanggar perjanjian dengan aku "
  • Mereka berkata "kami sekali-kali tidak melanggar perjanjianmu dengan kemahuan kami sendiri ,tetapi kami disuruh membawa beban-beban dari perhiasan kaum itu, maka kami telah melemparkan nya .Dan Demikian pula SAMIRI telah melemparkan nya " Kemudian SAMIRI mengeluarkan untuk mereka anak lembu yg bertubuh dan bersuara .Maka mereka berkata inilah tuhan mu tuhan Musa a.s ,tetapi Musa a.s telah lupa ...... "
Ayat 83 - 88 surah TOHA

Pada ayat yg lain dari Surah TOHA..

  • Berkata Musa a.s Apakah yg mendorong mu hai SAMIRI ? SAMIRI menjawab "Aku mengetahui apa yg mereka tidak ketahuinya .Maka aku ambil segenggam dari jejak rasul lalu aku melemparkannya ,dan demikianlah nafsuku ,memujukku .
  • Berkata Musa a.s " Pergilah kamu ,maka sesungguhnya bagimu di dlm kehidupan di dunia ini hanya dapat menyatakan " Janganlah menyentuh aku ......


Surah TOHA ayat 95 -97


Selepas sahaja dilahirkan Dajjal diletakkan di depan berhala di dalam rumahnya oleh ibu bapanya sebagai tanda bersyukur ke atas kurnia tuhan ke atas sepasang "suami isteri " yg berstatus sumbang mahram itu .

Satu kepelikkan dan keganjilan seperti hadis di atas matanya sentiasa tertutup .Dajjal ketika bayinya , seakan-akan sedang tidur tetapi tidaklah ia tidur sebenarnya ,matanya sentiasa tertutup kecuali beberapa ketika .Walaubagaimanapun hatinya sentiasa jaga dan berfikir . Secara positifnya Dajjal adalah seoarang manusia yg amat genius melihat potensi semasa kecilnya ,tetapi malangnya kegeniusannya itu digunakkan untuk jalan hitam @ kejahatan .

"Banyak merbahayanya dan sedikit manfaatnya" ..oleh kerana mata Dajjal yg satu itu sentiasa tertutup maka dia tidak menyusu tetek ibunya , payu daranya membengkak malah yg lebih buruk dan malang perkara itu menyebabkan ibunya diserang barah payu dara yg membawa kepada kematiannya ,Maklumlah ibunya seorang yg pendek dan besar dan mempunyai payu dara yg amat besar dan bertangan panjang .
Itulah salah satu bukti yg Dajjal itu adalah seorang manusia yg banyak bahayanya dan amat kurang manfaatnya ,ibunya sendiri mati akibat dirinya yg tidak mahu menyusu .Dajjal berkeadaan begitu sehingga umurnya 4 tahun . Walla a'lam

Bersambung >>>>




SIARAN ULANGAN 8

SIARAN ULANGAN 7

HADIS SAHIH MUSLIM siri 1 : Pelancaran siri baru


Kita seorang Islam jenis " baka " turun temurun sekurang-kurangnya 3 generasi . Orang -orang tua kita menjadi muslim dengan penuh keyakinan ,mempunyai dalil - dalil pada setiap amalan yg dilakukannya ,Apabila ditanya apakah dalil kamu melakukan solat fardu 5 waktu ini ? ..adakah Allah suruh ? mana buktinya ..maka dengan senang hati mereka berkata ( maaf saya tidak dapat menulis arabnya kerana blog ini tidak mesra jawi /arab )

Firman Allah s.w.t yg bermaksud

"Dan dirikan lah solat dan keluarkan lah zakat " surah Al Baqoroh

Setiap amalan yg dilakukan berhujahkan dalil samada Al Quran atau As Sunnah . Apabila Islam turun ke bapa-bapa kita maka pengamalan amalan Islam masih kuat lagi ,mereka masih mampu mengeluarkan dalil-dalil pada setiap amalan yg mereka lakukan .pendek kata , mereka begitu yakin dengan amalan mereka tetapi tidak sehebat datuk -datuk kita .

Islam sampai ke kita dan kita juga beragama Islam ,beramal dengan amalan yg sama dengan datuk dengan bapa ,apa kurangnya ..memang ada kurangnya iaitu amalan yg kita lakukan tanpa dalil drp Al Quran dan Hadis . Kita mewarisi amalan mereka .sudah tentulah amalan itu benar daripada ajaran Allah dan rasul -Nya , tetapi kita terngaga apabila ada sekumpulan drp saudara kita bertanya kepada kita ...

Benarkah amalan kamu ini drp Islam ? mana dalilnya ? maka kita tidak dapat menjawab kerana kita beramal tanpa dalil ..kita yakin dengan amalan itu drp Allah dan rasul , tetapi oleh kerana tanpa dalil maka kita terkedu , tergamam dan termalu . sekiranya ia berkaitan amalan fardu maka kita masih lagi dapat mempertahankan walaupun tanpa dalil seperti solat fardu ,zakat dsb .

Kalau ia berkaitan dengan amalan Tahlil ? amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat ? apakah respon anda ! .anda tidak dapat mendatangkan bukti dalil syarak maka pegangan anda goyah dan lebih malangnya anda terus tinggalkan amalan tersebut kerana amalan itu boleh mejerumuskan anda masuk ke dlm neraka ..ya ! ...ia adalah bidaah ..itu kata mereka ..bukan kata saya .

Mengapa datuk -datuk dan bapa-bapa kita mampu mendatangkan dalil dan kita tidak mampu melakuknnya ? Di antara salah satu faktornya ialah mereka belajar agama drp Institusi -institusi yg dikenali sebagai
" PONDOK " kita belajar agama drp institusi -institusi yg dikenali sebagai " SEKOLAH ". Walaupun objektifnya sama tetapi kesannya berbeza .

"Pondok" , mereka yg belajar di sana kerana Allah s.w.t , mereka belajar Imu fekah kerana ingin mudah beramal dan menentukan sah atau batal sesuatu amalan yg dilakukannya . Mereka belajar Ilmu Akidah kerana ingin mengesakan Allah s.w.t . mereka belajar Tasauf kerana ingin menjadi orang yg menyakini Allah sentiasa melihat segala perbuatan mereka walaupun di mana mereka berada . Jadilah mereka seorang hamba Allah yg soleh walaupun tidak bergelar ustaz ..maka sangat kuranglah gejala sosial yg berlaku ketika itu berbanding sekarang ini..

Berbeza dengan kita ,kita belajar PENDIDIKAN ISLAM atau SYARIAH ISLAMIAH atau PENDIDIKAN QURAN DAN SUNAH kerana ingin dapatkan A1 ! .kan sangat berbeza seperti umpama langit dengan bumi .

Mereka selepas tamat sahaja pengajian di pondok ilmu mereka tetap tersemi di hati sanubari dan boleh dikongsikan dengan masyarakat . Kita selepas sahaja periksa ..maka ilmu itu kembali ke buku -buku ..tertanggal dari hati sanubari . Dapat A1 dlm mata pelajaran agama tetapi adakah A1 juga dari segi amalan ibadah ?

Maka oleh kerana itulah saya terpanggil untuk menerbitkan satu siri baru iaitu yg bertajuk HADIS SAHIH MUSLIM sebagai satu lapangan untuk menzahirkan dalil -dalil hadis rasulallah berkaitan amalan kita sebagai seorang muslim . Mudah-mudahan kita tidak terngaga lagi nanti apabila saudara kita bertanya mana dalilnya ?... ini bukan amalan Islam ! ...dsb .

Siri ini saya hanya tuliskan sahaja mafhum hadis tanpa disertakan sekali matan hadis yg di dalam bahasa arab kerana blog ini tidak mesra huruf arab .Bagi sesiapa yg mahukan kepastian dipersilakan merujuk kitab hadis
SOHEH MUSLIM .

Mudah-mudahan Allah sentiasa membimbing saya ketika menulis hadis -hadis sahih riwayat Muslim ini .Semoga Allah menghindarkan saya drp melakukan kesilapan disepanjang menulis hadis kekasih-Nya . Sekiranya ada rezeki insyallah siri ini akan saya sambung terus dengan hadis-hadis riwayat drp imam yg lain seperti BUKHARI , IBNU MAJAH , AT TARMIZI dsb .

Bersambung >>>>>

Selingan : 11/9 lagi ..







PSI: Sembelihan 2



..........Antara perkara -perkara yg disunatkan dilakukan sebelum ,semasa menyembelih ialah ,

  1. Mempertajamkan alat sembelihan supaya proses penyembelihan berjalan dengan lancar dan cepat ,Alat yg tajam juga mengurangkan kesakitan binatang ketika disembelih . ia juga sebagai belas kasihan manusia kepada binatang .
  2. Berwudhuk sebelum menyembelih bagi menambahkan keberkatan di atas perbuatan manusia itu
  3. Membaca BISMILLAH ALLAH AKBAR bagi menyedarkan segala perbuatan manusia mesti berteraskan nama Allah dan membesarkan Allah s.w.t
  4. Mengadap ke arah kiblat menunjukkan perbuatan sembelihan itu adalah satu ibadah dan unsur-unsur kerohanian .
  5. Membaca selawat ke atas nabi s.a.w kerana kaifiat sembelihan itu di turunkan @ajarkan oleh nabi s.a.w kepada Ummat Islam .
  6. Memutuskan urat WAJADAN yg terletak di kanan dan kiri saluran halkum supaya menyegerakan hilangnya nyawa binatang .
  7. Membaringkan binatang sembelihan di atas rusuk kiri iaitu kepala binatang di kiri penyembelih.
  8. Menyegerakan penyembelihan untuk mengurangkan kesakitan yg ditanggung oleh binatang yg disembelih .
HAIWAN YG HALAL DAN HARAM DI MAKAN

Haiwan yg halal di makan

  • Binatang yg hanya hidup di dalam air dan ia tidak lama hidup di atas darat walaupun bentuknya menyerupai haiwan darat yg haram dimakan .Contoh ikan , udang , sotong kerang dan sebagainya
  • Binatang darat yg tidak mempunyai gigi taring yg kuat cth lembu , kambing , rusa dsb.
  • Burung -burung yg tidak berkuku tajam ,kuat ,menyambar dan mencengkam cth ayam ,itik ,merpati dsb
Haiwan yg haram dimakan

  • Anjing dan babi
  • Binatang yg hidup di darat dan di air cth katak , penyu ,buaya dsb
  • Binatang yg bertaring kuat seperti ,harimau ,singa ,kera dsb
  • Burung yg mencengkam ,menyambar dan berkuku tajam dan kuat cth helang ,burung hantu dsb
  • Binatang yg jijik atau makan benda-benda jijik cth cengkerik , anai-anai ,semut dsb
  • Binatang yg sunat di bunuh cth tikus ,ular dsb.
  • Binatang yg lahir daripada hasil persenyawaan di antara binatang yg halal dengan biantang yg haram cth binatang yg lahir dari persenyawaan diantara kambing dengan anjing .
Sabda Rasulallah s.a.w bermaksud

" Drp Ibnu Abbas r.a katanya ,Nabi s.a.w melarang ( memakan) setiap binatang yg buas yg mempunyai taring ( kuat ) dan setiap burung yg berkuku tajam "

Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim.

PERBEZAAN ANTARA SEMBELIHAN ORANG ISLAM DENGAN ORANG BUKAN ISLAM

Sembelihan orang Islam

  1. Menyembelih binatang kerana Allah s.w.t
  2. Menyembelih dengan memutuskan urat halkum dan mareh
  3. Dan hasilnya daging binatang itu halal di makan
Sembelihan orang bukan Islam

  1. Menyembelih bukan kerana Allah s.w.t
  2. Tiada cara perlaksanaan yg khusus ketika menyembelih
  3. Maka haramlah di makan dagingnya

Cara sembelihan terbahagi kepada 2 bahagian

  1. Ikhtiari iaitu cara sembelihan yg biasa seperti saya tuliskan pada siri yg pertama
  2. Idtirari iaitu cara sembelihan ketika cara ikhtiari @ biasa tidak boleh dilaksanakan
Sembelihan Idtirari ialah menyembelih @ melukakan binatang pada mana-mana bahagian dengan tujuan mengeluarkan darah binatang sebagai syarat untuk menghalalkan dagingnya dengan syarat -syarat tertentu .

Syarat -syaratnya seperti berikut .

  • Binatang yg tidak boleh disembelih seperti biasa kerana darurat seperti seekor lembu yg terjatuh ke dalam lubang yg sukar ditarik keluar dari lubang itu ,maka diharuskan disembelih@ dilukakan di mana-mana bahagian dengan tujuan untuk mematikannya .

  • Binatang buruan
  1. Binatang buruan yg liar tidak perlu disembelih seperti rusa ,burung dan sebagainya ,memadailah di tembak ( ketika hendak menembak hendaklah berniat utk menyembelih kerana Allah di dlm hati ) sekiranya binatang itu mati selepas ditembak maka haruslah dimakan dagingnya tanpa disembelih . Sekiranya binatang itu masih hidup maka wajiblah menyembelihnya . Memadailah menyembelih secara Idtirari iaitu melukakan mana-mana bahagian binatang bertujuan untuk mematikannya . Senjata yg diharuskan seperti yg diperbuat drp kayu ,buluh ,logam dsb
  2. Pemburu yg menggunakan khidmat binatang buruan seperti anjing ,singa dsb , Sekiranya binatang itu mati akibat di gigit oleh nya maka tidak perlulah disembelih dan halal dagingnya untuk di makan . ( Pemburu hendaklah berniat menyembelih kerana Allah ketika mengarahkan binatang buruan nya itu menangkap rusa dsb )
MENYEMBELIH DENGAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MODEN

Demi menunaikan permintaan pasaran yg tinggi pengusaha -pengusaha yg membekalkan ayam /sebagainya menggunakan teknologi moden ketika hendak menyembelih binatang tersebut . Persoalannya adakah sah sembelihan seperti itu ?

Sembelihan itu sah dan halal daging binatang itu di makan dengan syarat ,
Sekiranya binatang itu dikenakan arus elektrik atau ubat bius ,maka arus elektrik yg dikenakan hendaklah rendah dan tidaklah sehingga mematikan binatang itu sebelum ia disembelih .Begitu juga dengan ubat bius tersebut .

Ubat bius yg disuntik itu hendaklah diperbuat drp ramuan yg terdiri drp bukan najis dan halal di sisi syarak .

Seterusnya mesin pemotong elektrik itu mestilah dikawal oleh orang Islam yg berniat menyembelih kerana Allah dan cukup syarat-syarat nya

HIKMAH SEMBELIHAN

  1. Mencapai keredaan Alllah kerana telah mengikut salah satu perintahnya ketika menyembelih
  2. Menghindarkan penyakit yg terdapat di dlm bintang dengan keluarnya darah maka keluarlah segala penyakit dari binatang itu
  3. Sebagai tanda penghormatan dan ihsan manusia kepada binatang
  4. Mengelakkan drp menyeksa bintang tersebut kerana untuk memakannya
  5. Jiwa menjadi tenang kerana memakan daging yg halal
SEKIAN ....




Related Posts with Thumbnails