
Setelah baginda s.a.w menyebarkan dakwah secara sembunyi -sembunyi @ secara rahsia selama 3 tahun , maka sudah tibalah masanya Rasulallah s.a.w menyebarkan Islam secara terbuka iaitu secara terang -terangan .
semasa baginda berdakwah selama 3 tahun itu hanya seramai 39 orang sahaja yg memeluk Islam .Mereka itu di kalangan Arab Quraisy , Arab bukan Quraisy , Rom , Parsi dan Habsyi . Pada tahun itu adalah tahun ke 4 kenabian dan 9 tahun lagi sebelum baginda berhijrah ke Madinah atau nama lamanya Yathrib . Semua tempoh itu berdasarkan masa terputusnya wahyu selama 6 bulan ( mengikut pendapat yg terkuat )
Rasulallah s.a.w mengambil langkah ke 2 ini di dalam fasa dakwahnya kerana perintah dari Allah s.a.w di dlm ( Surah Al Hijir ayat 94 ) yg bermaksud.
" Maka siarkan apa yg diperintahkan kepada engkau ,dan janganlah engkau pedulikan orang musyrikin "
DAKWAH KEPADA KAUM KERABAT
Dalam fasa dakwah yg ke 2 ini , rasulallah s.a.w untuk memilih untuk menyebarkan dakwah kepada ahli keluarganya terlebih dahulu , lagi pun telah turun wahyu Allah s.w.t menyuruh kepada hal demikan seperti maksud firman Allah s.w.t yg bermaksud ,
" Dan berikan peringatan kepada kaum keluarga mu yg terdekat .Dan rendahkan lah sayapmu ( dirimu ) terhadap orang -orang yg mengikutimu dari orang -orang yg beriman .Dan jika mereka derhaka kepadamu ,maka katakanlah sesungguhnya aku berlepas diri drp apa yg kamu kerjakan " ( Surah As Syura -ayat 214 -216)
Apabila nabi s.a.w menerima wahyu ini , nabi s.a.w mengurung diri di dlm bilik di rumahnya selama 1 bulan . Amat terasa berat di bahu baginda untuk melakukan perintah dari mafhum wahyu Allah s.w.t itu . Kaum kerabat adalah orang yg terdekat atas sebab pertalian darah dan tidak semestinya orang yg mempunyai pertalian darah itu menyukai apa yg Nabi s.a.w dakwahkan .
Ia berbeza dengan berdakwah kepada sahabat , sudah tentu kegemaran manusia bersahabat berdasarkan ciri -ciri sahabatnya ,sesiapa yg bersahabat dengan Muhammad s.a.w sudah tentu mereka yg menggemari akhlak ,keperibadian baginda , dan apabila baginda berdakwah kepada para sahabatnya sudah tentu mereka mudah menerima dakwah tersebut .
Oleh kerana rasulallah s.a.w sudah lama mengurung diri ,maka para ahli keluarga baginda risau dan menyangka , adakah baginda itu ditimpa sesuatu musibah ,ataupun sakit ? . Mereka mengambil keputusan untuk menjenguk dengan menziarahi baginda untuk memastikan keadaan baginda .
Baginda terkenal sebagai seorang yg sentiasa menghubungkan tali persaudaraan dan mengambil berat ahli kerabatnya yg ditimpa musibah ,baginda juga sering membantu ahli kerabatnya apabila mereka memerlukan pertolongan . Maka apabila tidak kelihatan kelibat baginda , mereka seolah-olah merasa sesuatu yg hilang di dlm hidup mereka .
Apabila sampai sahaja ahli keluarga baginda terutamanya yg perempuan ke rumah baginda , mereka melihat baginda sihat seperti biasa ,walaubagaimanapun mereka bertanya , Mengapa baginda sudah lama tidak muncul di khalayak ramai ? Baginda pun menerangkan perihal wahyu Allah s.w.t itu .
Mendengar perkara itu ,barulah mereka faham kesusahan yg ditanggung oleh baginda itu , ahli keluarga baginda mencadangkan sekiranya baginda ingin mengumpulkan ahli keluarga baginda , usahlah di jemput pakciknya yg bernama Abdul Uzza @ Abi Lahab itu ,kerana pakciknya itu adalah di antara orang yg kuat menentang baginda .Sudah tentu nanti beliau akan mengacau sahaja mejlis baginda itu nanti ,Maklumlah Abdul Uzza terkenal dengan panas baran dan lekas marah , bengis dan sukakan kejahatan .
Walaupun baginda merasa ada benarnya cadangan ahli keluarganya itu , tetapi cadangan itu tidak boleh diterima , Sebenarnya dakwah mestilah disebarkan kepada semua manusia termasuklah kepada orang yg memusuhi dakwah tersebut . Sekiranya Baginda hanya memilih orang yg baik -baik sahaja untuk didakwah ,bagaimana pula orang -orang yg jahat ? ,Mereka berhak juga mendengar syiar dakwah itu , walaupun baginda sudah tahu akibat yg akan menimpa nanti .
Siapakah yg dikatakan ahli kerabat nabi s.a.w itu ? adakah mereka terdiri drp BANI QUSAI DAN KILAB atau BANI HASYIM sahaja atau BANI ABDUL MUTALIB ? Insyaallah pada siri yg akan datang saya akan tuliskan perkara itu .....
Bersambung ......