


Koleksi soalan PSI ,Alat bantu mengajar , artikal & klip video bersiri , soal jawab agama .


Apakah dosa bayi-bayi ini ditinggal merata-rata?Dek kerana 'nikmat' dosa beberapa minit,malu menggunung pada manusia tatkala tak terdetik di hati malunya pada ALLAH.Shortcut diambil, yang membawa sesal seumur hidup pada pelakunya dan derita buat si anak,BUANG BAYI!1. Permasalahan pemakaian niqab/purdah bagi wanita adalah merupakan perselisihan dalam perkara cabang (furu') di dalam perbahasan hukum. Berikut adalah kesimpulan pandangan para fuqaha terhadap masalah pemakaian niqab/purdah:Mazhab Hanafi : Wajah dan pergelangan tangan bukanlah aurat tetapi diharamkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatnya apabila disertai dengan syahwat.
Mazhab Maliki : Wajib bagi seorang wanita untuk menutup muka dan pergelangan tangan apabila berada bersama lelaki ajnabi
Mazhab Syafi`e : Tidak wajib menutup muka dan pergelangan tangan. Namun pandangan muktamad di sisi Mazhab Syafi`e adalah wajib menutup muka dan pergelangan tangan.
Mazhab Hambali: Wajib menutup muka dan pergelangan tangan.
2. Kenyataan Imam al-Akbar Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi yang telah disiarkan oleh media tempatan dan luar adalah tidak tepat dengan situasi sebenar bahkan telah diputarbelitkan.3. Majlis Tertinggi al-Azhar al-Syarif yang bersidang pada 8/10/2009 telah membuat beberapa keputusan berkenaan isu pemakaian purdah seperti berikut:
1) Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif
2) Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar3) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan
4) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.
5) Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.
4. Setelah meneliti dan mengkaji perkara di atas, Markaz Pengumpulan Kajian dan Hasilan Penyelidikan ( MANHAL ) PMRAM menegaskan beberapa perkara untuk diambil perhatian:
1. Memahami bahawa masalah khilaf tidak sepatutnya menjadi pertikaian dan perselisihan berdasarkan kaedah yang berbunyi:
" لاَ يُنْكَرُ الْمُخْتَلَفُ فِيْهِ ، وَإِنَّمَا يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عَلَيْهِ "
Yang bermaksud:
"Perkara yang berlaku khilaf tidak perlu untuk dipertikaikan sebaliknya perkara yang perlu untuk dipertikaikan adalah apabila perkara tersebut merupakan perkara yang disepakati oleh para ulama secara Ijmak."
Oleh itu, umat Islam dibolehkan untuk mengambil mana-mana pandangan para fuqaha.
2. Menghormati al-Azhar al-Syarif sebagai satu institusi keilmuan Islam yang diiktiraf sejak dulu hingga sekarang kerana bermanhaj dengan manhaj ilmu yang sederhana (wasatiah)
3. Bersangka baik dengan para ulama sekiranya timbul usaha untuk melaga-lagakan antara mereka dalam sesuatu isu serta merujuk terus kepada sumber yang boleh dipercayai
4. Tidak melupakan isu utama yang disepakati oleh ulama iaitu wajib menutup aurat disebabkan terlalu membesarkan masalah furu'.
5. Semua pihak perlu menghormati ketetapan yang diluluskan oleh al-Azhar al-Syarif dan membenarkan pemakaian niqab/purdah di premis-premis dan rumah-rumah negeri.
Satu lagi isu menarik dari bumi Kinanah itu,ialah Program Pembacaan Kutub Sittah(6 kitab hadis yang utama) anjuran PMRAM di'gam' oleh Jabatan Pelajar Malaysia Kaherah(JPMK).
Saya fikir agar isu ini dirunding secara baik antara PMRAM dan JPMK.Sebenarnya,PMRAM bukanlah pertubuhan yang bermotif politik,seperti yang dicanang pada Perhimpunan Agung UMNO oleh wakil UMNO UK(pelik,pelajar di UK komen isu di Mesir) satu ketika dulu.Buanglah yang keruh ambillah yang jernih...


Tak cukup dengan itu,Aidilfitri yang baru berlalu terisi dengan kontroversi penuh misteri.Kotak Jerit[Shoutbox bahasa Melayunya...]diserang makhluk Allah 
Begitu juga dengan internet yang menyimpan 1001 tanda kebesaran Tuhan.Siapakah pencipta elektron dalam arus elektrik apabila suis dibuka dan elektron yang membantu menghantar data?Sudah tentu Allah.Subhanallah!Bagaimana pula kita gunakan internet selama ini?
Allah yang mengizinkan kita mengakses internet.Allah juga yang mencipta manusia yang mencipta internet.[...]Sudah pasti internet,pereka cipta dan penggunanya adalah makhluk, manakala Allah iaitu pencipta(Khalik) kekal sampai bila-bila.

Sampaikanlah dariku walaupun 1 ayatDi jalan sains mahupun dakwah,permudahkan bagiku ya Allah!
segala tenaga,bakat,dan potensi mereka ini disalurkan?Novel VT sedikit sebanyak mencungkil persoalan ini.
Syahir,pemain badminton berbakat namun utuh menjaga aurat,hasil didikan gemulah bapanya. Ustaz Zaid Akhtar bijak mengadun watak Syahir dengan isu-isu seputar sukan seperti birokrasi pihak atasan,godaan kontroversi & gosip tak lupa juga penyalahgunaan dadah.Ajarkan anak kamu berenang,menunggang kuda atau memanah!Tepat sekali kata-kata Saidina Umar.Perhatikan padang-padang tatkala petang,mesti dipenuhi remaja bermain bola atau apa saja.Namun sejauh mana anak muda yang bersukan ini dapat mendekatkan diri dengan Tuhan?Cukup sekadar niat Lillahi Taala saja?


