


Koleksi soalan PSI ,Alat bantu mengajar , artikal & klip video bersiri , soal jawab agama .
Kalau pada siri ke - 7 yg lalu ,saya ada menulis pendapat -pendapat sebahagian ulama' .dan mereka secara majoritinya berpendapat bahawa Imam Mahdi r.a itu wujud dan akan lahir serta menjadi pemimpin umat Islam di penghujung akhir zaman . Pendapat mereka adalah berdasarkan hadis-hadis nabi yg berjumlah sebanyak 50 hadis . Hadis-hadis ini mencapai darjah mutawatir . ( seperti mana telah di bahaskan pada siri yg lalu)
i ruangan apa yg ustaz tulis di sebelah kiri blog ini.Siri yg terakhir ini kitab Bible menyebutkan bahawa Nabi Isa a.sbiadap dengan ibunya ,hal ini di nafikan dengan ayat Al Quran ,bahawa Nabi Isa a.s adalah seorang yg amat berbuat baik kepada ibunya.
Setelah selesai menulis tentang umur manusia pada siri yg lepas .maka pada kali ini saya akan menulis berkenaan MUHAMMAD BIN ABDULLAH yg ke 2 atau nama glamournya IMAM MAHDI . Terdapat banyak hadis yg menyokong tentang kelahiran Imam Mahdi di akhir zaman ini .Persoalannya bilakah akhir zaman itu ?, jawapannya ialah ia berlaku pada zaman ini .. .Lagipun kalau kita kutip kembali pendapat Imam As Sayuti baki umur dunia ini tinggal 57 tahun sahaja .Begitulah pendapat sebahagian para ulama' ketika memberi pendapat berkenaan kelahiran Imam Mahdi . Jadi sebagai ummat Islam tidak wajar kita menolak pendapat ini kerana pendapat mereka ini adalah bersandarkan hadis yg mutawatir . Kelahiran Imam Mahdi bukan dari khabar-khabar angin ,ia bukan cerita - cerita rekaan jauh sekali cerita dongeng .
Imam Mahdi adalah salah seorang watak utama di penghujung akhir zaman ,watak-watak lain ialah Nabi Isa a.s dan seorang lagi manusia ( bangsa bani Israil )yg bermata satu ialah Dajjal . Imam Mahdi adalah berbangsa Arab yg akan memimpin ummat Islam di samping seorang lagi manusia yg amat mulia dari bangsa Bani Israil iaitu Nabi Isa a.s . Manakala As Samiri ( Dajjal) akan memimpin kaum Yahudi yg sesat dan menganggap Dajjal adalah tuhan mereka. Padahal Kaum Yahudi yg sebenar ,mereka menyembah Allah s.w.t.
Akan datang Insyaallah saya akan jelaskan secara lebih lanjut berkenaan MUHAMMAD BIN ABDULLAH yg ke dua ini ataupun juga dikenali sebagai penghulu para wali / Khotimul Awlia'.Bersambung......

Ketika umur nabi berusia 35 tahun ,Kota Mekkah dilanda banjir yg menyebabkan Kaabah runtuh dan roboh sebahagiannya dan sangat perlu diperbaiki dengan kadar segera . Walaupun Kota Mekkah jarang-jarang hujan , tetapi apabila hujan , hujan akan turun dengan begitu lebatnya dan terjadilah banjir kilat ,ini kerana kedudukan Kota Mekkah terletak di tengah-tengah yg disekelilingnya dikelilingi oleh bukit bukau dan gunung -ganang . Bolehlah kita katakan bahawa Kaabah dan sekelilingnya adalah terletak di kawasan lembah .

ntang
esungguhnya apabila rasulallah senyum atau tersenyum ( rasulallah tidak pernah ketawa terbahak-bahak ) ternampaklah deretan gigi baginda yg putih bersih itu ,disamping itu terkeluarlah cahaya drp mulut baginda .
Baginda akan menyisir rambutnya dari depan ke belakang ,kemudian barulah nabi akan membelah ditengah-tengah . Antara rambut ditepi dan janggutnya tidak ditumbuhi sebarang bulu ,bermaksud nabi tidak mempunyai jambang.

Ketika mereka memprotes Allah s.w.t , maka Allah s.w.t pun menjelaskan ' Adakah DIA telah melakukan kezaliman terhadap mereka ? Mereka menjawab tidak ! . Memang selayaknya bagi Allah boleh mengurniakan sesuatu kepada seseorang tanpa meminta persetujuan drp makhluknya . Seperti seorang lelaki yg kaya berhak memberi hartanya kepada sesiapa yg dia sukai tanpa meminta persetujuan orang lain.
Yang menjadi persoalannya ialah adakah tugas yg Allah berikan kepada kaum Yahudi dan Nasrani dapat diselesaikan denga baik oleh mereka , Untuk mengetahui marilah lihat beberapa perbandingan di bawah ini . Perbandingan -perbandingan di bawah ini menunjukkan 'sikap ' sebenar kaum Yahudi yg menyebabkan Allah menggantikan dengan umat yg lain ( tugasan yg diberikan tidak diselesaikan )
5 hujjah di atas jelas menunjukan bahawa kaum Yahudi tidak beres melakukan tugasan mereka berbanding kaum muslimin yg beres tugasan mereka. Maka kita telah nampak dengan begitu ketara perbezaan di antara 2 kaum tersebut . maka layaklah kaum muslimin di beri anugerah yg lebih banyak berbanding 2 kaum sebelum mereka . Bersambung>>>>>
Assalamualaikum
Ulasan pendengar dari pihak Kristian ... dimensi ... dan memperkayakan ...dan ingatan
Assalamualaikum,
Ucapan penghormatan berbeza dengan doa ...ingat ya..
Assalamualaikum
Tahniah cikgu PJ kerana telah menjadi pengikut ke 116 , ini adalah siri -siri terakhir dialog diantara 3 orang mualaf dengan 3 orang murtad ,marilah ikuti siri ini ..apa komen pendengar ..


Assalamualaikum .
Soalan dari MURTAD 1) berkenaan bayi di dlm kandungan adakah tidak suci ? soalan ke 2) mengapa orang lain perlu mendoakan orang lain padahal amalan masing-masing adalah tertanggung di atas diri nya sendiri . marilah kita lihat jawapan drp Mualaf pula
Assalamualaikum .
Orang Kristian ( ahli kitab) telah menipu diri sendiri dengan mengamalkan ajaran Paulus dan menolak ajaran Nabi Isa a.s yg sebenar . mereka adalah golongan yg sesat .
Assalamualaikum,
Keselamatan ialah dengan mematuhi perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah ,perkara itu dilakukan oleh Nabi Isa a.s dan apa yg diperintah oleh baginda . Kemudian penerangan berkenaan malaikat menurut Injil ....saksikanlah .
ini ,sebenarnya ,saya tidak berniat untuk menakut-nakutkan para Kalau kita lihat pada hadis yg lepas ( iaitu pada siri yg ke 2 ) Ummat Islam akan berdamai ( bergabung ) dengan Kaum Nasrani untuk memerangi musuh mereka dan keputusan peperangan itu berpihak kepada gabungan M + N . Akan tetapi kaum Nasrani telah melakukan pengkhianatan yg menyebabkan gabungan itu berpecah dan berperang di antara mereka . Persoalannya di mana kaum yang satu lagi ?( Kaum Yahudi ) . Adakah mereka tidak terlibat dengan peperangan ini ? . Mereka sebenarnya terlibat bahkan merekalah yg mengobar-ngobarkan peperangan itu ,mereka bersama dengan Kaum Nasrani yg bergabung dengan Kaum Muslimin ,setelah berpecah dan meletuslah peperangan itu ,sehinggalah ada pendapat mengatakan 2/3 dari jumlah keseluruhan mereka akan tewas/mati . Kemudian berlakulah perang pusingan yg kedua .Pada ketika itu Kaum Yahudi dipimpin oleh Al Masih Dajjal bermata satu dan kaum Muslimin dipimpin oleh Imam Mahdi dan juga Putera Maryam iaitu Nabi Isa a.s
Perang pada pusingan yang ke dua itu berlaku seperti mafhum hadis yg disabdakan oleh Rasulallah ....sehingga batu dan pokok berkata kepada kaum muslimin dibelakangku ini ada yahudi ..... dan perang ini membawa kemusnahan total baki ( 1/3 lagi) kaum Yahudi dan matinya tuhan Kaum Yahudi yg sesat iaitu DAJJAL . dan di pihak kaum Muslimin yg hidup hanya tinggal seperti bilangan para nabi iaitu 120.000 orang tentera . Dan pada ketika itu sudah tidak wajib lagi jihad ke atas ummat Islam .
Setiap ummat ada mempunyai umur nya sendiri ,apabila ummat itu sudah lalai dan leka apa yg ditugaskan oleh Allah ,Allah akan gantikan dengan Ummat yg lain dengan dibangkitkan nabi yg lain cth . Ummat Musa a.s apabila sudah leka dan sesat mereka telah digantikan dengan Ummat Nasrani iaitu dibangkitkan Nabi Isa a.s .Apabila Ummat Nabi Isa a.s telah leka dan sesat ,maka dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w bersama Ummatnya . Apa kaitan dengan umur/tempoh dengan kiamat ? . Jawapanya ialah perkara ini sebenarnya ada kaitannya ,dengan mengetahui umur sesuatu ummat kita akan tahu ,bilakah alam ini akan menuju kepenghujungnya .
Mafhum sabda nabi s.a.w .. drp Abdullah bin Umar drp Rasulallah s.a.w besabda " sesungguhnya tempoh menetapmu jika dibandingkan dengan ummat -ummat yg sebelum kamu adalah seperti tempoh waktu antara solat asar sampai terbenamnya matahari . Ahli Taurat ( yahudi ) telah diberikan kepada mereka kitab Taurat ,mereka mengamalkan isi kandungannya sehingga waktu tengahari mereka pun "lemah" dari mengamalkannya . lalu mereka diberi ganjaran oleh Allah s.w.t satu qirat-satu qirat . Kemudian diberikan pula ahli Injil ( nasrani )akan kitab Injil lalu mereka mengamalkan isi kitab itu sehingga waktu Asar ,setelah itu mereka " lemah " mengamalkan , Maka mereka pun diberi ganjaran oleh Allah 1 qirat -1 qirat ,kemudian diberikan kepada kita akan kitab AlQuran dan kita mengamalkan isi kandungannya sehingga terbenam matahari lalu Allah s.w.t memberi ganjaran 2 qirat-2 qirat . Maka berkatalah ahli kitab "Wahai tuhan kami mengapa engkau beri ganjaran kepada mereka ( kaum muslimin) 2 qirat-2 qirat dan engkau berikan kepada kami 1 qirat -1 qirat padahal kami lebih banyak ( masa bekerja ) .RasulAllah bersabda .Allah s.w.t menjawab ; Apakah aku bertindak zalim ( pemberian ganjaran)ke atas amalan yg kamu kerjakan ? Jawab mereka "Tidak: . Allah s.w.t berkata Itu adalah kurnianku kepada sesiapa yg aku kehendaki . Riwayat Al Bukhari
Bersambung >>>>>>
Assalamualaikum
Al Quran dijamin akan ketulinannya oleh Allah berbanding dengan kitab-kitab lain . sekiranya dibandingkan dan terdapat kesilapan ( pada pandangan manusia ) maka sesungguhnya kesilapan itu adalah dr fahaman manusia itu sendiri ,bukan dari Al Quran . Manusia mempunyai ilmu yg terbatas .maka wajiblah kita mendalami ilmu agama sedalam-dalamnya .
Assalamualaikum .
Tahniah kepada pengikut yg ke 113 ( Saudari Fariha) . semoga anda mendapat manfaat drp kunjungan anda diblog kami . Pada siri kali ini kita dapat melihat cara mereka untuk mengaburi fahaman kita. Sesungguhnya dakyah mereka sangat licik , syariat nabi/rasul yg terdahulu akan terbatal /termansukh apabila ada nabi/rasul yg baru dilahirkan /dibangkitkan . cth syariat Nabi Isa a.s terbatal apabila dibangkikan Nabi Muhammad . Sekiranya mereka ( kristian ) beriman dengan Allah maka mereka akan memeluk Islam .

Apa yang Ustaz merepek pulak ni,sejak bila mati macam Firaun positif pula?Nombor wahid,saya ni bukan ustaz.Hanyalah anak murid Ustaz Zaki yang tumpang menulis di sini.The second one,read first then you can give your comment here.
Ittaqullaha haqqa tuqatih,wala tamutunna illa wa antum muslimun
Jika sebelum ini kita kehilangan seorang ulama berjiwa da'ie,Dr. Fathi Yakan diberitakan pula daripada blog Laman Ulama' dan Du'at[berita penuh klik sini] akan kematian Tuan Guru Mat Sedawa.Beliau antara ulama besar Patani yang mengajar di Bukit Ajyad,Makkatul Mukarramah. Sebelum itu,seorang lagi ulama Patani iaitu Tuan Guru Sin Surat pergi terlebih dahulu sebelum beliau.
1)Puasa sunat seperti yang disentuh sebelum ini.Terdapat satu doa yang boleh diamalkan dalam bulan Rejab dan Syaaban...
2)Membanyakkan sedekah.
3)Merapatkan silaturahim.Jangan dek kerana hadis fadilat yang dhaif,kita bertegang urat sesama sendiri.
4)Banyakkan zikir dan membaca Al-Quran dan lain-lain lagi.
1)Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi daripada Anas ra., beliau telah memarfu’[1]kannya:إن في الجنة نهرًا يُقال له رجب، ماؤه أشدُّ بياضًا من اللبن وأحلَى من العسل، مَن صام يومًا من رجب سَقاه اللهُ من ذلك النّهر.
Ertinya::
“Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa satu hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu”.
2)Riwayat daripada Abdullah bin Said dari bapanya (dan) beliau memarfu’kannya:مَن صام من رجب يوما كان كصيام سنة ومن صام منه سبعةَ أيّام غُلِّقت عنه أبواب جهنم . ومن صام منه ثمانيةَ أيام فُتِّحتْ أبوابُ الجنّةِ ، ومن صام منه عشرة أيام لم يسأل الله شيأ الا أعطاه الله اياه , ومن صام خمسة عشر يوما نادى مناد من السمأ قد غفر لك ما سلف فاستأنف العمل وقد بدلت سيِّئاتك حسنات ومن زاد زاده الله.
Ertinya::
“Barang siapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu tahun, dan siapa yg berpuasa di dalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka Jahannam, dan barang siapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barang siapa yg berpuasa 10 hari, tidaklah jika dia berdoa melainkan akan dimakbulkan Allah, barangsiapa yang berpuasa 15 hari, menyerulah penyeru dari langit “Sesungguhnya telah diampunkan bagimu perkara yang telah lalu maka dimulai amal yang baru, dan sesungguhnya telah digantikan segala kejahatan engkau dengan kebajikan dan barangsiapa yang melebihkannya maka melebihkannya oleh Allah”.
Penjelasan=Kemudian Al Baihaqi telah menaqalkan daripada gurunya Al Hakim bahawa hadis yang pertama di atas adalah statusnya Mauquf[2]atas Abi Qilabah seorang daripada Tabi’in. Orang yang seperti beliau tidak akan berkata-kata melainkan diambil daripada seseorang (iaitu para sahabat) yang perkataannya diambil pula daripada Tuan yang menerima wahyu (iaitu Rasulullah saw).
Mengenai hadits yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah pula (iaitu):
“Bahawa Nabi saw tidak pernah berpuasa selepas Ramadhan melainkan Rejab dan Sya’ban“,
beliau berkata Isnad[3]hadits tersebut Dhaif[4].
[1]Marfu'=Dari segi susunan perawi hadis,hadis tersebut diriwayatkan sampai kepada Rasulullah S.A.W.
a)Berpuasa pada setiap hari Isnin dan hari Khamis.Menurut Ustaz Zahazan dalam rancangan Tanyalah Ustaz 26-28 Jun yang lalu,tiada hadis yang sahih menceritakan perihal berpuasa penuh di bulan Rejab ini,namun menurut 1 hadis (maaf, saya lupa riwayatnya) Rasulullah berpuasa 15 hari pertama dalam bulan Syaaban manakala berbuka[tidak berpuasa] sehinggalah Ramadan tiba.Ini untuk panduan anda bagi puasa sunat Syaaban pula,sediakan jawapan sebelum ditanya ^_^.
b)Berpuasa 3 hari-hari putih(13,14 dan 15 haribulan Rejab).
c)Berpuasa selang sehari seperti puasa Nabi Daud.
d)Jika berkemampuan,boleh berpuasa penuh dalam bulan Rejab kerana tiada dalil juga yang melarangnya.

Mati itu pasti,hidup insya Allah...Insya Allah,penjelasan mengenai hadis fadilat Rejab akan disambung kelak.