email
twitter
facebook

Siri 40 : Sambungan 3 L + 4 P = 7

Ummu Kalthum Puteri nabi yg ke 3

Ummu Kalthum adalah anak perempuan nabi yg ke 3 ,ketika dilahirkan umur nabi ketika itu ialah 33 tahun . Beliau seorang yg jelita seperti adik -beradik perempuan yg lain . Kalau Siti Ruqaiyyah berkahwin ketika umurnya 9 tahun .Ummu Kalthum pula berkahwin dengan adik Utbah iaitu Utaibah bin Abu Lahab ketika umurnya 8 tahun .

Ummu Kalthum menerima nasib yg sama seperti kakaknya iaitu diceraikan oleh suaminya selepas sahaja Muhammad dilantik menjadi rasul dan nabi . Seperti mana Utbah dipaksa oleh bapanya supaya menceraikan isterinya ,begitu juga adiknya Utaibah .

Utaibah dengan perasaan yg sangat marah menarik isterinya itu untuk dipulangkan kepada ibu bapanya .Sampai sahaja Utaibah di rumah nabi ,Utaibah mencerca dan mengeji nabi ,bukan setakat itu sahaja tindakan Utaibah ,Bahkan Utaibah menendang nabi dipinggangnya sehingga nabi jatuh .


Nabi amat marah dengan tindakan menantunya itu ( p/s - gambar disebelah sekadar hiasan ) lalu nabi pun menyumpah Utaibah

" Engkau nanti akan dibinasakan oleh salah seekor daripada anjing-anjing Allah "



Utaibah dengan perasaan sangat takut pulang ke rumah dan menceritakan perkara itu kepada bapanya .Abu Lahab yg mendengar cerita anaknya itu pun merasa takut .Mereka berdua tahu dan yakin bahawa Muhammad itu nabi dan rasul dan segala doanya dimakbulkan oleh Allah tetapi kekotoran hati mereka sahaja yg menjadi hijab menyebabkan mereka tidak beriman.

Akhirnya Utaibah di baham oleh singa padang pasir ketika rombongan perniagaan Abu Lahab yg membawa anaknya bersama-sama pergi ke Negeri Syam untuk berdagang .

Setelah kakaknya Siti Ruqaiyyah wafat pada tahun ke- 2 hijrah . Ummu Kalthum pun dinikahkan dengan Uthman bin Affan . Oleh itu Saidina Uthman bin Affan menjadi menantu nabi buat kedua kalinya . Selepas itu Saidina Uthman digelar sebagai Zu Nurain .

Siti Fatimah Puteri Bungsu Nabi

Ini lah puteri bungsu Rasulallah . Anak yg paling dikasihi dan anak yg paling mengasihi ayahandanya . Siti Fatimah dilahirkan ketika usia nabi 35 tahun . Ketika Muhammad dilantik menjadi rasul dan nabi ,umur Siti Fatimah ketika itu 5 tahun . Ketika nabi menyeru ummatnya secara terang-terangan ketika itu usia Siti Fatimah baru 8 tahun .

Pada 1 hijrah Siti Fatimah telah di lamar oleh Ali bin Abi Talib . Lamarannya diterima dan Saidina Ali dinikahkan dengan Saidatina Fatimah ketika usianya 18 tahun . Saidatina Fatimah dlm hal ini ( bekahwin) agak lewat berbanding dengan kakak-kakaknya .

Para orentalis menuduh Saidatina Fatimah tidak cantik sebab itulah beliau lambat berkahwin . Sebab yg sebenar mengapa Saidatina Fatimah lewat berkahwin ialah kecintaannya kepada nabi , Siti Fatimah lah yg mengurus rumah tangga ketika bondanya wafat dan pada masa yg sama kakak-kakaknya sudah berkahwin .

Beliaulah menjadi penghibur hati nabi ketika nabi dihina dan dicerca oleh kaumnya ketika menyeru kaumnya beriman kepada Allah . Beliau lah yg membuang najis-najis dan usus-usus dan perut unta di belakang ayahandanya ketika Rasulallah dilempar benda-benda di belakang badannya ketika bersolat(rukuk) dihadapan Kaabah oleh kaumnya . Hasil daripada perkahwinannya dengan Saidina Ali mereka dikurniakan zuriat oleh Allah seramai 5 orang anak iaitu 3 anak lelaki dan 2 anak perempuan . Beliau wafat ketika umurnya 28 tahun dan merupakan orang yg pertama menyusuli kewafatan rasulallah di kalangan ahli bait .




BERSAMBUNG >>>>




Siri 13(4 dari 16) : Saya tak mahu masuk neraka




Assalamualaikum


Kejahilan dan cepat putus asa itu dan kurang pengantungan kepada Allah akan menyebabkan seseorang itu memilih jalan yg salah ... oleh itu kita sebagai ummat Islam mesti menuntut ilmu untuk lebih memahami Islam ....

Siri 12 ( 3 dari 16): Kisah Pronografi sebagai pengajaran

Assalamualaikum

Ibadah mesti diniatkan kepada yg Esa barulah ibadah itu diterima . Sesuatu ibadah yg diniatkan kepada selain Allah akan ditolak . Begitulah diantara perbezaan Islam dengan Kristian . ia adalah perbezaan pada masalah yg asas bukan perbezaan pada masalah furu'.

Siri 39 : 3 lelaki 4 perempuan



Anak-anak nabi kesemuanya berjumlah 7 orang iaitu 3 lelaki 4 perempuan . Hasil perkahwinan dengan Siti Khadijah ,nabi dikurniakan 6 orang anak iaitu 2 lelaki 4 perempuan . Anak-anak nabi yg lelaki bernama Al Qosim , Abdullah ,manakala nama anak-anak nabi yg perempuan ialah Zainab ,Rugaiyah , Ummu Khalthum dan Fatimah . Anak nabi yg seorang lagi hasil drp perkahwinan nabi dengan Siti Mariah Al Qibtiah iaitu Ibrahim .


Ketika usia nabi berumur 40 tahun , kesemua anak nabi yg lelaki sudah wafat ( kecuali Ibrahim kerana Ibrahim adalah anak hasil dari perkahwinan nabi dengan Siti Mariah dan perkahwinan nabi dengan Mariah berlangsung selepas Siti Khadijah wafat ). Anak -anak nabi yg perempuan kecuali Siti Fatimah telah berkahwin . Siti Fatimah ketika usia nabi berumur 40 tahun ialah baru berusia 5 tahun . Siti Fatimah lahir ketika umur nabi 35 tahun.


Siti Zainab anak perempuan nabi yg sulung .


Siti Zainab adalah anak perempuan nabi yg sulung tetapi bukan anak nabi yg paling awal dilahirkan . Anak nabi yg pertama ialah Al Qosim @ At Taib . Al Qosim dilahirkan ketika usia nabi 26 tahun ,ketika nabi berusia 28 tahun barulah Abdullah @ At Tahir dilahirkan dan dipercayai Siti Zainab dilahirkan ketika nabi berusia 30 tahun .Ketika usia nabi berumur 43 tahun Siti Zainab berumur 13 tahun . Maksudnya di sini nabi mengkahwinkan anak-anaknya ketika usia mereka sangat muda . Ada pendapat mengatakan , pada ketika itu gejala perzinaan sangat berleluasa ,begitu juga jenayah rogol . Jadi nabi mengambil jalan selamat untuk anak-anaknya ,sekiranya ada yg ingin melamar anaknya ,nabi akan terima dan dinikahkan . kita boleh jadikan perkara ini sebagai salah satu jalan penyelesaian gejala sosial yg berlaku di negara kita ini iaitu mengkahwinkan anak-anak perempuan kita pada usia yg muda.


Siti Zainab dinikahkan dengan Abu Al Ass bin Ar Rabi' seorang pedagang Quraisy yg kaya lagi segak . Sebenarnya perkahwinan Siti Zainab adalah di atas persetujuan Nabi ,isterinya Siti Khadijah dan anaknya Siti Zainab . Abu Al Ass adalah anak saudara Siti Khadijah .Beliau adalah anak kepada saudara perempuan Siti Khadijah .


Siti Zainab kekal menjadi isteri Abu Al Ass sehingga pada tahun pertama hijrah ,beliau meninggal pada usianya 26 tahun .Hasil perkongsian ,mereka dikurniakan zuriat .


Siti Ruqaiyyah puteri yg ke-2


Siti Ruqaiyyah adalah puteri nabi yg kedua ,beliau memiliki paras rupa yg sangat jelita . ( sebenarnya anak-anak perempuan nabi kesemuanya jelita-jelita belaka ) Oleh kerana rumah nabi bersebelahan dengan rumah bapa saudarnya Abu Lahab ,jadi anak-anak Abu Lahab sering melihat kejelitaan anak -anak perempuan nabi ini. Utbah bin Abu Lahab sangat tertarik dengan kejelitaan Siti Ruqaiyyah ini . Beliau jatuh cinta dan melamar anak perempuan nabi ini ,maka nabi menerima dan menikahkan mereka berdua.


Usia Siti Ruqaiyyah ketika berkahwin dengan Utbah ialah 9 tahun . Perkahwinan mereka tidak sampai melahirkan zuriat kerana tidak lama selepas mereka berkahwin ,Muhammad dilantik menjadi nabi dan rasul . Oleh kerana Abu Lahab sangat menentang kerasulan Muhammad ,maka beliau memerintahkan anaknya supaya menceraikan isterinya . Sebenarnya Utbah sangat mencintai Siti Ruqayyah dan dia sangat berat hati untuk menceraikan isterinya itu . Walaubagaimanapun Utbah tetap menceraikan isterinya demi takutkan bapanya , Utbah menghantar isterinya dengan hormat ke rumah ayahandanya .


Tidak lama kemudian Siti Ruqaiyyah mendapat jodoh yg lebih baik ,lebih tampan dan kaya raya , dan paling penting drp itu ialah jodohnya itu telah beriman dengan Nabi Muhammad . Beliau ialah Uthman bin Affan . Walaubagaimana pun ketika usianya 23 tahun iaitu ketika perang Badar berlaku Siti Ruqaiyah mengikut jejak langkah ibunya ( wafat).


Hasil perkahwinan mereka berdua lahirlah seorang zuriat dan diberi nama Abdullah . Walaubagaimanapun Abdullah wafat ketika usia kanak-kanak .
BERSAMBUNG >>>

Arab Hebat!

Perihal kematian Michael Jackson kita tangguhkan dulu.Walaupun ia telah disentuh merata- rata blogosfera,hinggakan Ustaz Kak Kujie pun update pasal berita ni.Tapi izinkan saya memuji bangsa Arab selepas mengkritik mereka sebelum ini.

Mim Shod Ra dan Binaannya
Penduduk Arab Mim Shod Ra(Mesir lah) memang hebat perkembangan seni binanya.Tengok sahajalah piramaid yang menjadi pojaan hati mereka.
Tahukah anda gelaran yang diberi kepada kota Kaherah?
Kota Seribu Menara
Fakta ini cukup jelas kelihatan pabila menyaksikan jarak antara 2 buah masjid cukup rapat di kota Kaherah.Disebabkan banyaknya bilangan masjid,maka tidak hairanlah gelaran Kota Seribu Menara diberi kepada Kaherah.Seni bina di Mesir juga agak unik kerana ia terhasil daripada adunan daripada pelbagai pemerintahan yang berjalan di Mesir,tinggalan sejarahnya yang begitu panjang.
Masjid Ayat-Ayat Cinta Al-Azhar

Masjid Amru Bin Al'As(Masjid Pertama DI Bumi Afrika)
Masjid Saidina Husin(angle tak betul,maaflah agak terlindung),tak jauh dari Masjid Al-Azhar
Sebahagian daripada Kubu(Qal'ah) Salahuddin
Tersergam indah di puncak Kubu Salahuddin,Masjid Muhammad Ali Pasha

Maaflah sebab saya bukan fotografer yang suka tangkap gambar banyak-banyak.Kalau sebut seni bina,memang orang Arab Mesir boleh dapat nombor wahid.Firaun bukan suka-suka ingin membina piramid,tetapi piramid yang dibina tika hayatnya itulah persediaan buatnya untuk menghadapi mati.Apa pula persediaan kita untuk menghadapi kematian?Ustaz Pahrol kata, belajar daripada Firaun...

Kehebatan Ilmu
Ustaz Abdul Rahman,pemandu pelancong kami menceritakan bahawa Mufti Mesir Syeikh Muhammad Ali Jumaah pada asalnya mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan. Ingatkah anda pada Allahyarham Syeikh Fathi Yakan?Beliau sebenarnya berkelulusan ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dalam bidang kejuruteraan sebelum membuat PhD dalam bidang Bahasa Arab & Pengajian Islam.Walaupun dilihat agak lewat mendalami ilmu agama namun itulah rahsia kekuatan bangsa Arab...

Kaum Penghafaz
Jika ditelusuri sejarah Arab zaman Jahiliah,majoriti daripada mereka tidak mengenali apa itu huruf dan tulisan khususnya Arab Badawi yang menghuni pedalaman padang pasir. Dari situ, mereka menjadi bangsa yang begitu kuat ingatan,bukan sahaja dilihat pada zaman Nabi S.A.W dan para sahabat,bahkan versi itu kelihatan pada zaman globalisasi ini jua.Lihat sahajalah,betapa banyaknya hadis yang mereka hafaz,bukan hanya lafaznya bahkan beratus susunan periwayat hadis tersebut.

Saya terkenang cerita-cerita Ustaz Anuar.Katanya,pelajar Arab boleh menjawab soalan peperiksaan dengan berkajang-kajang kertas,hasil hafalan daripada sebuah kitab!Namun, keputusannya mungkin setara dengan pelajar Malaysia,kerana pelajar Malaysia lebih cenderung menghafal isi penting(yang lebih tepat untuk menjawab soalan)berbanding pelajar Arab. Nampaknya Ustaz Hasrizal ada cerita tersendiri mengenai ini[2 minggu di bumi Arab manakan sempat saya hayati kesemua juzuk kehidupan mereka ^_^]

Diharap artikel ini sedikit sebanyak mengimbangi kritikan saya sebelum ini...

Siri 11 : Carilah domba -domba yg tersesat ....

Assalamualaikum

Nabi Isa a.s hanya diutuskan hanya kepada Bani Israil bukan kepada semua umat manusia ini berdasarkan ayat yg di petik di dlm kitab Injil ...Carilah domba-domba yg tersesat dikalangan Bani Israil .. akan tetapi telah ditafsirkan lebih drp itu berdasarkan hujjah yg mereka kemukakan .. hujjah itu sebenarnya untuk menghalalkan kegiatan dakyah Kristian yg mereka laksanakan ...

Mulia Kerana Islam

Maaflah,kerana artikel ini sering tertangguh.Terima kasih daun keladi saya ucapkan pada saudari Shaera Si Electric Purple(menarik nama tu...) yang respon kepada tulisan saya sebelum ini,di samping cikgu tutorial blog Syamzone & Eriyza kerana sudi berkunjung ke blog ini[perhatian:penulis bukan seorang ustaz,tetapi penulis sampingan di blog Ustaz Zaki a.k.a anak murid Ustaz Zaki ye]
2 Kota Mulia
Alhamdulillah,rombongan umrah kami turut disertai dengan rombongan umrah Ustaz Badrul Amin.Beliau juga sempat memberi beberapa siri tazkirah di sana.Dipendekkan cerita,saya tersentuh dengan tazkirahnya yang terakhir,sewaktu kami bersiap-siap pulang pada 12 Jun keesokan harinya.Beliau memetik kata-kata Saidina Umar

نحنُ قومٌ أَعزَّنا اللهُ بالإسلامِ فَمَهْمَا نَبْتَغِ عِزَّ بِغَيْرِ ما أَعَزَّنا اللهُ أَذَلَّنا الله

"Kita adalah suatu kaum yang diberi kekuatan oleh Allah dengan Islam , maka barangsiapa yang mencari kekuatan lain , selain dari apa yang telah dianugerahkan oleh Allah , maka tunggulah bala kehinaan daripada Allah swt ." [Ehsan saudara panod]

Beliau pun mula mengulas...
Kota Makkah dan Madinah ini,menjadi tumpuan jutaan ummah kerana sinar Islam yang meneranginya.Allah telah memuliakan 2 kota ini dengan Nabi Muhammad S.A.W,Rasulullah yang membawa risalah Islam.Bayangkan,pada musim panas sebegini masih ramai yang bertandang ke Makkah untuk mengerjakan umrah.
Maka,lamanya saya berfikir sebelum terhasilnya catatan ini.

Sebagai seorang penganut Islam,sememangnya kita perlu punyai rasa izzah(bangga) dengan agama Islam.Bukti kemuliaan Islam kita dapat lihat pada keunggulan tamadun Islam dari zaman Khulafa' Ar-Rasyidin,Umaiyyah,Abbasiyyah hinggalah Uthmaniyyah.

Izzah sebagai seorang Muslim tidak hanya lekat pada yang berbangsa Arab dan Turki sahaja. Lihatlah betapa unggulnya empayar Melayu-Melaka,hingga diiktiraf sahabat oleh empayar Ming di China.Keluasannya merangkumi sebahagian Sumatera,Semenanjung Malaysia bahkan meliputi wilayah Patani di selatan Thailand kini.

Ia berkesinambungan hingga empayar Johor-Riau.Keagungan empayar Melayu selama ini hanya dilihat pada aspek fizikalnya sahaja.Bukankah Kesultanan Melaka sanggup menghantar wakil ke Pasai semata-mata perihal menterjemah sebuah kitab.Lupakah kita Kesultanan Johor-Riau telah mengasilkan Raja Ali Haji,seorang pahlawan,pemimpin sekaligus ilmuwan.Ya, di sinilah kesilapan pembelajaran sejarah kita,suka menekun isi dan tarikh tanpa membongkar pengajaran yang ada padanya.

Islam Dihina Online & Offline!
Coretan ini hanyalah sebuah kenangan lampau.Apabila sebuah blog anti-Islam terang-terangan memuji Israel,maka bermulalah episod berbalas-balas komen antara saya dan empunya blog . Menariknya,soalan saya naik menjadi tajuk artikel mereka,semestinya untuk menghentam Islam[anda tak perlu pergi ke blog tersebut,kalau nak pergi jangan lupa flag blog tersebut ya!]

Itu kisah online.Bagaimana pula penghinaan offline?

O.I.C hanya mampu mengutuk.Selagi iman kita tidak diperbaiki,kita hanya mampu bersedih. Izzah[kemuliaan] sebagai penganut Islam semakin luntur ke akhir zaman...Ya Allah,perkuatkan hamba-Mu yang lemah ini.

AKHIR ZAMAN : siri 2 : Mereka pasti tentang itu ...kita?

Perang Armageddon adalah suatu perkara yg pasti akan berlaku , cuma masa sahaja yg menentukan , ini adalah satu kesimpulan yg boleh dibuat setelah kita meneliti dan mendengar drp ucapan -ucapan pemimpin -pemimpin barat dan juga pernyataan-pernyataan yg di kutip drp kitab-kitab mereka . Berikut adalah sebahagian pernyataan itu .

  • Ronald Reagen (Mantan Presiden USA ): Sesungghnya generasi ini adalah generasi yg akan melihat " ARMAGEDDON "

  • Oral Robertus di dlm bukunya ada menulis : ....segala sesuatu akan berakhir dlm beberapa tahun ...akan terjadi perang dunia yg paling besar ..Armageddon /Dataran Mageddo .

  • Jimmy Sujjest : Aku berkeinginan mengatakan kita sudah mencapai perdamaian .Akan tetapi aku pasti perang Armageddon akan berlaku .Mereka akan datang ke lembah Mageddo dan menandatangani perjanjian damai padahal perjanjian itu palsu dan pasti selepas itu bermulanya hari-hari hitam bagi manusia...

  • Petikan drp kitab Injil : 16:16 ( revelation) Dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekalian tentera dunia di sebuah tempat bernama Armageddon .

  • Shofeld berkata : Sesungguhnya penganut Kristian bergembira dlm hal ini , setelah pertempuran di lembah Mageddo selesai ,Jesus akan turun dan membawa mereka ke langit dan meninggalkan segala penderitaan yg ada di bawahnya ( di bumi)

  • Gerie Folwel : (Beliau adalah seoarang pemimpin Fundamentalis Kristian ) berkata : Sesungguhnya Armageddon sesuatu yg pasti dan sangat nyata ,kita bersyukur kepada Allah kerana ia terjadi diakhir-akhir usia bumi ini .

  • Greys Halsl berkata ( seorang penulis Amerika ) : Kita sebagai orang Kristian percaya bahawa perang Armageddon pasti akan berlaku yg akan diakhiri dengan pengangkatan Jesus sebagai pemerintah bumi ini yg akan memerintah manusia yg hidup dan mati

Dan banyak lagi penyataan -penyataan mereka ,samada daripada kalangan pemimpin ,bijak pandai dan Paderi . mereka sangat yakin perkara itu dan mereka telah bersedia untuk menghadapinya .

Sikap Kaum Muslimin


Kalau di tanya kepada sebilangan orang Islam Apakah Armageddon itu ? mereka ( orang Islam ) sebahagian nya tidak tahu menahu . Mengapa agaknya ? kalau tidak pun ditanya berkenaan Armageddon ,cubalah tanya apakah peristiwa yg akan berlaku di akhir zaman ? mereka ( orang Islam ) akan terkulat-kulat ketika menjawabnya . Mereka masih lalai dan alpa dan zero tentang pengetahuan tersebut . Barangkali mereka sangka bahawa orang Yahudi dan Nasrani akan membiarkan orang Islam hidup dengan aman ..

Walaubagaimanapun sebahagian pemikir dan cendiakawan Islam mula mengkaji perkara ini dan mereka sudah tentulah akan meneliti hadis-hadis yg berkaitan dengan perang yg berlaku di akhir zaman . Maka muncullah buku -buku yg membahaskan berkenaan peperangan ini di pasaran yg di tulis dari aspek pelbagai sudut pandangan . Apabila membaca buku-buku karangan cediakawan Islam ini ,maka bolehlah disimpulkan

  • Pertempuran itu pasti akan berlaku dan persiapan-persiapan menghadapi sedang giat dilakukan ( oleh orang Yahudi dan Nasrani ) tetapi tidak bagi kaum Muslimin

  • Perang tersebut adalah perang nuklear ,perang strategi yg bersifat antarabangsa .

  • Yahudi akan mengalami kekalahan total pada peperangan itu .

Jika kita lihat secara realiti Orang yahudi sudah besiap sedia dengan pelbagai persediaan sejak lama dahulu ( sila lihat siri the arrivals utk memahaminya ) dan pemimpin nombor wahid mereka akan tiba tidak lama lagi . Manakala orang Kristian pun amat percaya dan yakin bahawa JURU SELAMAT mereka akan turun ke dunia dan menyelamatkan mereka , walaupun mereka pada mulanya tidak mengetahui perkara itu . Kepercayaan itu sebenarnya mereka petik drp hadis-hadis akhir zaman ( ajaran Islam ) dan mereka bersyukur adanya ramalan ini , walaupun dlm masa yg sama mereka menafikan ajaran Islam pada aspek yg lain dan tidak mempercayai kerasulan MUHAMMAD . Ini adalah satu perkara yg pelik ,mereka percaya ajaran Muhammad tetapi mereka tidak percaya bahawa Muhammad adalah seorang rasulallah.

Bagaimana pula Ummat Islam ,sudahkah anda tahu perkara ini ?, adakah anda sudah membuat persediaan ? Padahal kita adalah diantara pelakon utama pada kisah itu . Barangkali gaya hero memang macam itu , ... tidak begitu bersedia tetapi menang juga nanti ... adakah itu kelas minda kita ?.

Maksud sabda rasulallah s.a.w yg diriwayatkan oleh Ahmad , Abu Daud dan Ibnu Majah .

" Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa ROM dlm keadaan aman ,lalu kamu akan berperang bersama mereka melawan suatu musuh di belakang mereka . maka kamu akan selamat dan mendapat harta rampasan perang ,kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yg luas dan berbukit-bukit ,maka berdirilah seorang lelaki Rom ,lalu dia mengangkat tangan .salib telah menang ,maka datanglah kepadanya seorang dari kaum muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut ,lalu Kaum Rom mengkhianati perjanjian damai dan terjadilah peperangan demi peperangan .Di mana mereka akan bersatu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera ada 12 ribu orang tentera "


Di antara perkara yg dijelaskan oleh hadis di atas bermulanya satu perjanjian damai di antara Orang Islam dengan Orang Kristian .walaupun ia dikenali sebagai perjanjian damai , sebenarnya ia adalah satu tipu muslihat yg besar . Mereka menggunakan kekuatan Orang Islam untuk memerangi , musuh di belakang mereka .Siapakan yg di maksudkan musuh di belakang mereka itu ? Komunis atau yahudi atau penganas ? dan peperangan itu berpihak kepada gabungan kaum kristian dengan kaum Islam . Malangnya selepas sahaja selesai peperangan itu ,kaum Kristian telah mengkhianati perjanjian yg menyebabkan pasukan itu berpecah dan berlakulah peperangan diantara kristian dengan Islam . Pihak kristian mempunyai jumlah tenteranya yg amat ramai iaitu sebanyak 12 ribu tentera di bawah setiap satu bendera . dan kesemua bendera berjumlah 80 buah. Jadi jumlah tentera mereka ialah 960.000 tentera. BERSAMBUNG ....

Siri 10 : Nababan....

Assalamualaikum ,

Ketika meneliti dan mengkaji Al Quran beliau mendapati terdapat bukti-bukti yg menunjukkan Al Quran adalah kitab yg sebenar drp Allah ...maka beliau tanpa ragu-ragu memeluk Islam ....

Fadilat Puasa Bulan Rejab Siri 1

Kali ini saya menjawab soalan Farah,mengenai fadilat puasa pada bulan Rejab.
Baiklah,sememangnya tidak ada dalil daripada hadis sahih berkenaan fadilat puasa pada bulan Rejab.Keistimewaan bulan Rejab ialah tergolong daripada bulan-bulan haram seperti firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 36.Bulan-bulan haram yang dimaksudkan ayat tersebut ialah Zulkaedah,Zulhijjah,Muharam & Rejab.

Walau bagaimanapun,fadilat mengenai puasa bulan Rejab kebanyakannya bersumberkan hadis dhaif atau maudhu'(palsu).Penerangan mengenai hal ini rasanya terlalu panjang, alhamdulillah ada rujukan lain mengenai hal ini secara bersiri,iaitu Siri 1<>Siri 2<>Siri 3<>Siri 4. Secara ringkasnya,walaupun hadis mengenai fadilat berpuasa di bulan Rejab terdiri daripada hadis dhaif & palsu,tetapi ia tidak membawa kepada larangan berpuasa sunat dalam bulan Rejab.

Rasulullah Pun Berpuasa Rejab
Pertama sekali,maafkan saya kerana saya sendiri bukanlah seorang yang kuat beramal dengan puasa Rejab.Bahkan bukanlah terlalu ahli dalam bidang hukum-hakam ini.Namun bawakan satu hadis sahih berkaitan puasa Rejab beserta keterangan mengenainya[petikan Siri 4].

Usman bin Hakam Al Ansori berkata::

”Saya telah bertanya Sa’id bin Jubair berkenaan puasa Rejab sedangkan kami ketika itu masih berada di bulan Rejab.”

Beliau (Sa’id ) menjawab:

”Saya telah mendengar Ibnu Abbas (رضى الله عنها) berkata: Adalah Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) berpuasa sehingga kami mengatakan (menyangka) baginda tidak berbuka (tidak berhenti puasa), dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan (menyangka) baginda tidak berpuasa“. – Riwayat Muslim.

Terang dan jelas dalam hadits ini yang mana menunjukan bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) berpuasa Rejab, dan mereka yang mengatakan bahawa Nabi tidak pernah berbuatnya adalah dusta.

Kalau mereka berkata:

”Aah itu hadits yang menunjukan harus puasa di bulan Rejab, bukannya sunat. Memang dibolehkan jika berpuasa tanpa mengaitkan bulan Rejab. Sebab dalilnya hanya bersandarkan dalil yang umum akan hadits Shahih riwayat Muslim tersebut.”

Jawabnya:

Lihatlah bagaimana mereka cuba berpusing-pusing. Mula–mula mereka mengatakan tidak sunat puasa Rejab sebab tak ada dalil Nabi (صلى الله عليه وسلم) puasa padanya. Kemudian berdalih pula mengatakan hadits Muslim tersebut menunjukkan hanya hukum harus bukan hukum sunat sebagaimana yang disepakati oleh jumhur ulama kaum Muslimin.

Lihatlah akan Syarah/Keterangan hadits tersebut dalam Kitab Syarah Muslim 8, ms 38-39, cetakan Daarul Syaqafah:

Bab: “Berpuasa Nabi (صلى الله عليه وسلم) di bulan yang selain bulan Ramadhan”.

Maksudnya::

“Yang dzahir, bahawa maksud Sa’id bin Jubair dengan istidlal (pengambilan hukum) dengan hadits ini bahawa puasa Rejab tidak ditegah dan tidak disunatkan berdasarkan hadits ini untuk ain (yakni diri atau perkara) puasa Rejab itu.

Bahkan sebaliknya bagi puasa Rejab (iaitu) sama hukumnya dengan hukum selebihnya bulan-bulan (yakni dengan hukum puasa di bulan-bulan haram). Tidak tsabit pada berpuasa Rejab tegahan dan tidak “tidak sabit” nadab (sunat ) bagi diri Rejab , tetapi asal hukum berpuasa Rejab adalah disunatkan.

Di dalam Sunan Abi Daud (disebutkan) bahawa Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) men-sunat-kan berpuasa di bulan-bulan Haram. Padahal Rejab adalah salah satu dari bulan-bulan Haram. Wallahu a’lam”.

Maksud sebenar keterangan Imam Nawawi sebagaimana yang ditulis beliau dalam kitab Syarah Muslim karangannya itu adalah hanya sanya dalil ”Kesunatan Rejab” tidak berdalilkan dengan ain/diri hadits tersebut. Bukan menafikan ”Kesunatan berpuasa di bulan Rejab”. Perhatikan baik-baik perkara ini.

Memang, berdasarkan hadits tersebut kita dapat fahamkan:

1) Nabi (صلى الله عليه وسلم) pernah berpuasa di bulan Rejab. Menafikannya sebagai tidak pernah berpuasa di bulan Rejab dan tiada sunnahnya berpuasa di bulan Rejab adalah satu pembohongan yang mentah-mentah mesti ditolak oleh mereka yang mengerti.

2) Hadits tersebut dilalahnya menunjukan harus berpuasa di bulan Rejab. Bukan sunat, bukan juga makruh, dan barang dijauhi akan ke-haram-annya.

3) Sekalipun hadits tersebut tidak menjadi ain/diri dalil kesunatan berpuasa Rejab, tetapi berpuasa di bulan Rejab tetaplah juga hukum nya sunat berdasarkan Hadits-hadits Shahih yang mentsabitkan puasa di bulan Haram. Misalnya adalah hadits riwayat Imam Ibnu Khuzaimah yang disebutkan sebelum ini dan hadits riwayat Imam Abu Daud yang juga telah meriwayatkan “Seafdhal-afdhal puasa adalah puasa di bulan-bulan Haram”.

Sebagai penjelasan, Imam Nawawi menyebut “Ashlu Shaum mandubun ilaih” yang mana maksudnya ” asal hukum berpuasa adalah mandub, iaitu disunatkan”. Ditahqiqkan dengan kenyataan “bulan Rajab adalah salah satu daripada Tadhamun kepada makna ‘Asyh harul Haram”.

Tidak ada satu hadits sama ada yang bertahap Shahih mahupun Hasan yang boleh dijadikan dalil pentakhisan untuk hadits “Asyharul Haram” yang umum maknanya itu. Bahkan hadits tersebut akan menunjukkan Rejab adalah sebahagian afradnya (yakni satu bulan daripada bulan-bulan haram).

Hadits yang khusus berkenaan puasa Sya’ban dan bulan Muharam tidak pula sah dan boleh dipakai sebagai pentakhsisan hadits “Asyhurul Haram” sehingga melibatkan puasa di bulan Rajab. Sebabnya Muharram, Sya’ban dan Rajab adalah ain atau diri atau masa yang berlain-lainan. Sya’ban bukan bulan Haram. Sya’ban mempunyai dalil yang tersendiri. Sedangkan Muharram dan Rejab adalah afrad daripada “bulan-bulan Haram”. Hadits khusus berkenaan fadhilat Muharram tidak akan melibatkan Rejab. Maka bulan Rejab tepat di atas hukum asalnya iaitu sunat sebagaimana yang dicatit oleh Imam Nawawi tersebut, iaitulah dengan catatannya “Ashlul Shaumi Mandhubun ilaih”.

4) Juga difahamkan tentulah berlaku perbezaan bulan Rajab dengan bulan-bulan selain dari bulan Haram, misalnya bulan Safar. Bulan Safar tidak termasuk bulan-bulan Haram. Bulan Rejab adalah bulan di mana sunat berpuasa di dalamnya berdalilkan hadits-hadits yang telah lalu. Sementara bulan Safar pula misalnya tidak disunatkan berpuasa sebab tidak ada dalilnya.

Oleh yang demikian, jika ada orang yang berkata:

“Tidak ada langsung bezanya bulan Rejab dengan bulan-bulan yang lain, sebab semua hadits-haditsnya adalah maudhu’ dan dhaif. Tidak ada fadhilat, tidak ada pahala, dan kalau puasa pun tidak ada ketentuan berpuasa di bulan Rejab dengan berniat umpamanya: ”Sahaja aku puasa esok, di bulan Rejab….”;

maka satu lagi perkara bohong telah timbul. Sebab memang terdapat perbezaan antara bulan Rejab dengan bulan selain bulan-bulan Haram seperti bulan Safar tersebut, menunjukan ada fadhilat atau kelebihan Bulan Rejab.

Maka kita ulangi lagi, “Adalah mereka yang menafikan secara mutlak fadhilat bulan Rejab adalah melakukan kesalahan yang mesti ditangani oleh pemerintah, lantaran perbuatan menyalahfahamkan keterangan yang hak yang menjejaskan kepentingan awam”.

5) Maka sebenarnya hendaklah difahami, bahawa Imam Nawawi hanyalah menyatakan hadits Muslim tersebut tidak menjadi ain dalil berpuasa Rejab sahaja. Bukan kerana berpuasa Rejab tidak ada dalilnya. Kedua-duanya adalah berbeza.

Ada lagi seorang hamba Allah mengatakan, tidak betul huraian awak ini sebab Imam Nawawi tidak berkata secara khusus berpuasa di bulan Rejab, sehingga boleh ditentukan niat berpuasa Rejab secara khusus.

Jawabnya:

Kenapa Imam Nawawi mengatakan ” Ashlu Shawumi Mandubun ilaih”? Cuba pula awak jelaskan?.

Sila lihat pula kitab Majmu’ Syarh Al-Muhazzab juzuk 6 ms 386:

“Sebahagian dari puasa yang disunatkan, ialah puasa dibulan-bulan Haram, iaitu Zul Qa’edah , Zul Hujjah, Muharram dan Rejab”.

Di sini menunjukkan sunat puasa Rejab dan adanya pengkhususan puasa Rejab serta niat-niatnya.


Hati-Hati Dengan Fadilat
Kita biasa mendengar mengenai fadilat,namun usahakanlah untuk merujuk daripada mana sumber hadis fadilat itu didapati.Apakah pula taraf hadis tersebut?Namun perlu diingatkan, sesetengah hadis dhaif masih boleh diguna pakai sebagai Fada'ilil Amal(fadilat-fadilat amalan) atas beberapa ciri seperti tidak bertentangan dengan syarak dan lain-lain lagi.

Bagi yang kuat menjaga kesucian hadis,janganlah pula meletakkan kata putus bahawa haram berpuasa pada bulan Rejab,atas dhaif dan palsunya hadis FADILAT puasa Rejab.Harus diingat, terdapat juga sumber hadis sahih yang menyatakan Rasulullah sendiri berpuasa dalam bulan Rejab.

Cuma jika hadis tersebut bertaraf MAUDHU',janganlah pula kita dengan suka hati menyebarkannya.Kerana ia boleh tergolong dalam perkara BERDUSTA TERHADAP RASULULLAH.Siri akan datang saya akan bawakan contoh fadilat puasa Rejab yang dhaif & maudhu' itu.

Untuk hadis dhaif,ini memerlukan sedikit kajian kerana taraf dhaif ini kadang kala berpunca daripada perawi hadisnya,namun tidak menafikan bahawa ia berasal daripada Rasulullah.Ia hanya tidak boleh dijadikan hujah dalam hukum-hakam.Berhati-hatilah dalam menangani isu hadis fadilat ini...

Siri 9 : Agama Perdamaian




Assalamualaikum ,


Beliau dilahirkan sebagai Kristian di hidupkan di dlm lingkungan suasana Kristian ,walaubagaimanapun beliau meninggalkan agama Kristian disebabkan beberapa peringatan dr AlQuran diantaranya " Kecelakaan besarlah atas orang-orang yg menulis alkitab dengan tangan nya sendiri ! ( Al Baqoraoh) . sejak itulah pegangan nya goncang ....

Siri 38 : 2 orang anak angkat nabi s.a.w

Anak angkat nabi yg pertama .

Sebelum berkahwin dengan nabi , Siti Khadijah nemiliki hamba yg masih kecil yg bernama Zaid bin Harithah . Ceritanya bermula apabila Zaid dijual dipasar Ukaz ,lalu di beli oleh sepupu Siti Khadijah ialah Hakim bin Hizam bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusai bin Kilab . Beliau adalah salah seorang pembesar Quraisy . Selepas Hakim membeli Zaid ,dia menghadiahkan kepada Siti Khadijah .

Setelah berkahwin dengan Nabi ,Nabi meminta drp isterinya supaya diberi Zaid kepada baginda . Baginda telah melihat kecerdasan yg luar biasa pada diri Zaid .Persoalannya mengapa nabi meminta Zaid diberi kepadanya?,Bukankah Zaid duduk bersama dengan Nabi dan Siti Khadijah ?

Sebenarnya walaupun Zaid telah dihadiahkan oleh Hakim kepada Siti Khadijah ,ada kemungkinan nanti Hakim akan meminta kembali hambanya itu . Sekiranya Zaid telah di beri kepada suaminya ,bermakna nanti ,sekiranya Hakim ingin mengambil Zaid ,adalah alasan untuk Siti Khadijah menolak permintaan sepupunya itu . Sudah tentu Hakim akan naik segan untuk meminta terus kepada nabi . Oleh kerana itulah Nabi meminta kepada isterinya supaya memberikan Zaid kepadanya .

Anak angkat nabi yg ke 2




Abu Talib adalah seorang pembesar Quraisy ,akan tetapi beliau tidak memiliki banyak harta tetapi Abu Talib kaya dari aspek kehormatan dan akhlaknya . Tambahan pula tanggungannya ramai .Jadi untuk meringankan bebanan Abu Talib itu ,Nabi mengambil Ali bin Abu Talib sebagai anak angkatnya . Nabi sedar bapa saudaranya itu amat memerlukan pertolongan itu setelah Nabi berkahwin dengan Siti Khadijah lagipun inilah masanya Nabi ingin membalas jasa Abu Talib selama ini yg berkorban untuknya .



Buka setakat Ali diambil oleh nabi untuk dipeliharanya ,tetapi atas daya usaha nabi anak Abu Talib yg lain yg bernama Ja'afar di ambil oleh Al Abbas untuk dipelihara . Anak perempuan Abi Talib iaitu Hamamah dan Ummu Hani tidak pasti dipelihara oleh siapa .Manakala Aqil dipelihara sendiri oleh Abi Talib.



Bilakah nabi mengambil Ali untuk dipelihara . Sudah tentu lah bukan ketika nabi berusia 33 tahun kerana ketika itu Ali baru dilahirkan . Ali dipelihara oleh nabi setelah Ali putus susu iaitu ketika umur Ali 3 ke 4 tahun . Jadi Nabi mengambil Ali sebagai anak angkat ketika umur nabi 36 tahun . Bermula dari masa itulah Ali tinggal bersama-sama Nabi , Siti Khadijah serta seorang anak angkat nabi yg lain iaitu Zaid bin Harithah.



BERSAMBUNG >>>>

Siri 8 : Pronografi dlm Kitab Injil







Assalamualaikum

Seorang yg sejak kecil ditarbiah oleh bapanya sebagai penginjil . Seorang yg paling benci kepada Nabi Muhammad s.a.w . Tetapi akhirnya beliau memeluk Islam selepas berdialog dengan bapanya ..apakah perkara yg dibincangkan itu yg sehingga dia tertarik memeluk Islam ...saksikanlah .

Siri 1 : Doa ,pahala dan bahagiannya



Assalamualaikum , Para pelajar sekalian ,pada kali ini saya akan menulis berkenaan tajuk DOSA ,PAHALA DAN BAHAGIANNYA . Tajuk ini ,tajuk yg pertama pada bahagian akidah ting 5 . Tajuk yg biasa dan sering kita dengar dan perkara ini menjadi sebahagian hidup kita .


Seperti biasa saya mulakan dengan Ta'rif /maksud dosa

Dari segi bahasa : Hukuman atau balasan
Dari segi istilah : Balasan buruk drp Allah disebabkan melakukan sesuatu yg dilarang oleh Allah atau meninggalkan sesuatu yg diperintahkannya .


Sudah menjadi makluman umum kepada kita sebagai muslim . Kalau kita buat perkara yg dilarang ,akibatnya kita akan mendapat dosa seperti berzina ,merogol ,membunuh , minum arak ,makan babi dsb .semua perkara tadi adalah tergolong di dlm dosa besar dan haram dilakukan dan akibatnya kita akan dapat kemurkaan drp Allah iaitu dosa. Dosa adalah tiket masuk ke dlm neraka .

Dan perkara biasa yg lain yg selalu kita dengar ialah ,apabila seseorang meninggalkan perkara yg diperintahkan ( supaya kita melakukan) oleh Allah seperti meninggalkan solat ,enggan mengeluarkan zakat ,mencari-cari alasan untuk tidak menunaikan haji ( walaupun mampu dan ada masa) dan perkara-perkara wajib yg lain ,maka kita sudah maklum kita telah melakukan perkara yg haram ( meninggalkan kewajipan) maka berdosalah kita .dan natijahnya serupa seperti seseorang itu melakukan perkara yg haram di sisi Allah iaitu akan dimasukkan ke dlm neraka .

Nama -nama yg lain bagi DOSA ialah ;
  • الذنب
  • الفساد
  • السيئة
  • العصيان
  • الاثم
  • الخطيئه

Dalil /bukti yg menunjukkan bahawa dosa sememangnya ada di dlm Islam berdasarkan dalil drp Al Quran . ( Surah An Nisa : 31) yg bermaksud

" Jika kamu menjauhkan dosa -dosa besar yg dilarang kamu melakukannya ,nascaya kami akan menghapuskan kesalahan ( dosa kecil ) dosa kamu ,dan kami akan memasukkan kamu ketempat yg mulia ( surga)"

# Seseorang yg bersungguh -sungguh menjauhi dosa-dosa besar seperti merogol ,membunuh ,minum arak dsb , maka Allah akan menghapuskan dosa - dosa kecil yg mereka telah lakukan seperti dosa menyentuh Al Quran tanpa wuduk ,dosa merosakkan harta benda awam ,dosa melakukan perkara-perkara lagha dsb .

------------

Sekarang teliti pula pengertian pahala

  • Dari segi bahasa : Ganjaran atau pahala
  • Dari segi Istilah : Ganjaran baik yg dikurniakan oleh Allah kerana mematuhi perintah dan menjauhi larangannya .

Jadi konsep pahala di sisi Islam adalah perkara yg bertentangan dengan konsep dosa .Jika seseorang melakukan perkara yg disuruh Allah ,maka sesungguhnya dia telah melakukan perkara /amalan yg membawanya ke surga ( mendapat pahala ) . Sekiranya seseorang itu meninggalkan perkara -perkara /amalan-amalan yg membawa kepada dosa ,maka sesungguhnya dia telah membenarkan dirinya ke neraka . Sudah tentu para pelajar tahu dan maklum mana perbuatan yg membawa pahala dan mana perbuatan yg membawa dosa .

Pengertian dan beza diantara 2 dosa

2 dosa yg saya maksudkan ialah dosa kecil dan dosa besar

DOSA KECIL

  1. Dosa kecil bermaksud ,Segala kesalahan yg berada diluar batasan hukum had ( hudud) dan siksaan di hari akhirat kelak yg mana larangan tidak disertai dengan ancaman dan siksaan drp Allah s.w.t .
  2. Cth . merosakkan harta awam ,menyentuh Al Quran tanpa wuduk . membuat perkara-perkara yg lagha dsb .

DOSA BESAR

  1. Dosa besar bermaksud ,setiap dosa yg disebutkan di dlm Al Quran dan hadis serta diakhiri sebutannya dengan ancaman api neraka atau mendapat kemurkaan atau kutukan dan siksaan .
  2. Cth .membunuh ,menftnah ,merogol ,berzina ,minum arak dsb .

Jadi kalau kita perhatikan perbezaan 2 dosa di atas ,jelaslah kepada kita akan perbezaan diantara keduanya .Seperti cth di bawah

Maksud Firman Allah Taala di dlm Surah Al Jin ayat 23 .

'Dan sesiapa yg melakukan maksiat ( dosa ) kepada Allah dan Rasul maka sesungguhnya bagi mereka neraka jahanam ,mereka kekal di dlmnya untuk selama-lamanya '

Ini adalah cth perbuatan dosa besar ,dosa besar di dlm ayat di atas ialah MELAKUKAN MAKSIAT KEPADA ALLAH DAN RASUL . dan ancamannya ialah NERAKA JAHANAM . sekiranya para pelajar melihat ayat-ayat Al Quran yg lain seperti cth yg saya berikan ,maka ia termasuk di dlm kategori DOSA BESAR .

Maksud Firman Allah di dlm surah Al Mu'minun ayat 3.

" Mereka yg meninggalkan perkara-perkara lagha "

Ayat di atas adalah cth perbuatan bagi dosa kecil .dosa kecil pada ayat di atas ialah PERKARA-PERKARA LAGHA . Perbuatan perkara-perkara lagha itu tidak disertai oleh ancaman /kutukan drp Allah ,Maka perbuatan tersebut adalah DOSA KECIL .

BERSAMBUNG...


niaga itu sunnah boleh jadi haram-bahagian 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Agak sekian lama juga ana tidak menulis artikel untuk blog ini...mohon maaf atas ketidakaktifan ana dalam blog terutama kepada tuan blog ini, ustaz yang ana kagumi lagi hormati, Ustaz Zaki.
Ana agak sibuk dengan kerjaya ana sebagai penjual burger....

NAMUN,
Sepanjang karier ana mennjual burger, terdapat banyak pengalaman dan peristiwa yang sedikit sebanyak membuka mata ana dalam gaya hidup menjadi seorang peniaga...

Asas peniagaan; meminimumkan pengeluaran, memaksimumkan keuntungan
...
JADI,
Sesetengah peniaga akan menggunakan barang yang paling murah dan minimum dicarinya tanpa memikirkan kualiti. Ana sentiasa ingat kata bos ana,
"kalau nak beli barang, cari yang jenama tesco tau, murah sikit"
Setelah agak lama ana bekerja, ana baru faham mengapa peniaga inginkan keuntungan maksimum dan seboleh-bolehnya menjimatkan dan meminimumkan kos pengeluaran.

INI salah satu produk yang dijual di kiosk tersebut dan kiraan yang ana sempat buat..
BURGER AYAM SPECIAL= rm 5.9o
roti+telur+sayur+cili sos+mayonis= rm2.30
daging burger+keju= rm3.60

TADI hanyalah secara kasar, jika secara halus....
roti+telur+sayur+cili sos+mayonis= rm1.10
daging burger+keju= rm1.60
kos penghantaran stok dari Klang ke
Semenyih = rmo.50 setiap barang dihantar
kos sewa kiosk+bil =rm1.50
kos pengeluaran =rm4.70
keuntungan rm1.20


Puratanya, 15 burger dijual setiap hari. Dalam sebulan, bos ana dapat keuntungan secara kasarnya dalam seminggu 1.20 darab 15 darab 7 sama dengan rm126.
Adakah kami untung banyak? Ana rasa tidak...

NAMUN, adakah perlu melewatkan bayaran gaji pekerja atau menagguhkan bayaran bil elektrik dan air untuk hanya semata-mata mendapatan keuntungan yang maksimum? Atau memaksa diri menggunakkan stok lama dan rosak untuk dijual kepada pelanggan untuk mengurangkan kos pengeluaran?
ana tidak kisah mengenai gaji ana, tetapi jikalau menipu pelanggan, itu memang ana tidak boleh terima.

Di depanpremis burger ana, ada kiosk yang menjual HANYA BAHULU DAN KEROPOK LEKOR SAHAJA.
NAMUN, setiap hari mereka mendapat keuntungan BERSIH dalam rm400-rm700. Jika cuti sekolah, mereka boleh mencecah sehingga rm2000 tunai sehari. Pekerja mereka merupakan rakyat 'amah'. Ana agak kagum dengan prestasi mereka yang sungguh menakjubkan. Oleh itu, ana teringin berjumpa pemilik kedai tersebut. Namun, ana mampu berjumpa dengan abang ipar kepada pemilik kedai tersebut yang merupakan bos ketiga. Ana memanggilnya sebagai Abg Zul.
Abang Zul beritahu ana sejarah kedai bahulu tersebut yang memulakan langkah pertama di Melaka. Pemiliknya merupakan seorang mak cik yang mejual bahulu di tepi jalan suatu ketika dahulu. Pada mulanya, agak sukar untuk menjual bahulu kerana saingan terhadap pisang goreng yang panas dan sekejap sahaja untuk disiapkan berbanding bahulu. Namun, beliau memulakan perniagaan dengan memberikan pelanggan mencubanya secara percuma. Biarlah kita keluar kos untuk orang rasa. Sedekah juga namanya kata Abg Zul. Tutup mata, buka mata sudah lebih 30 kiosk dan kedai yang menjual bahulu tersebut dibuka dalam masa 19 tahun. Di mana nak cari?
klik di sini..

OLEH ITU, ana rasa asas ekonomi perlu ditukar. PELANGGAN DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.(macam pernah dengar ye)

Setakat ini yang mampu ana tulis memandangkan ana cuti seminggu sekali.
Malah, ana kerja sehari 13 jam. Kali ini ana merungkai perniagaan antara pelanggan dengan peniaga. Episod seterusnya antara pekerja dengan peniaga.
UNTUK PENGETAHUAN ANDA SEMUA, ANA BEKERJA DI BAWAH SYARIKAT MAKANAN SEGERA TAJAAN NEGERI SELANGOR . BUKAN RAMLI.

Siri 7 : Saya penganut Nabi Isa a.s yg setia

Assalamualaikum .

Pendedahan mantan penganut Kristian bahawa Nabi Isa a.s pun menyembah Allah s.w.t ,menyebabkan segala kepercayaan bahawa Nabi Isa a.s itu tuhan hancur berkecai .Perkara besar/pokok inilah yg menyebabkan beliau memeluk Islam .

AKHIR ZAMAN : Siri 1 : ARMAGEDDON



Assalamualaikum , setelah berjaya melengkapkan siri dokumentari The Arrivals pada blog ini ,saya merasakan ruangan yg kosong itu sepatutnya di ganti dengan sesuatu , samada siri -siri video lain atau pun artikal yg sama atau agak berbeza sedikit dengan mesej yg disampaikan oleh siri dokumetari itu .

Maka bermulalah apa yg ingin saya kongsikan bersama pembaca /pelawat blog ini berkenaan tanda-tanda /alamat-alamat samada kecil ataupun besar tentang ketibaan /hampirnya hari kiamat itu .

Akan tetapi saya lebih suka menulis buat masa ini berkenaan tanda-tanda /alamat-alamat kiamat yg besar ,kerana saya berpendapat alamat-alamat /tanda-tanda alamat kecil itu semuanya sudah berlaku dan berlalu dan dlm proses menjadi sejarah dunia.

Adapun tanda - tanda kiamat yg besar, sebahagian ulama' mengatakan akan di mulai dengan suatu siri peperangan yg bersifat mega lagi dahsyat . Boleh saja kita namakan ia sebagai ibu segala peperangan. Perang yg saya maksudkan itu ialah SIRI PEPERANGAN ARMAGEDDON . Adakah anda pernah mendengarnya ?. Adakah ia kedengaran seperti cerita rekaan ataupun dongeng ?.

Mukadimah Perang Armageddon

Apakah maksud perkataan itu ? Armageddon ? . Sebenarnya maksud Armageddon ialah berasal dari 2 perkataan dari bahasa ibrani iaitu ;

  • Ar bermaksud bukit atau gunung

  • Mageddo ialah nama satu lembah yg terletak di Palestin ( di sini lah dijangkakan akan berlakunya ibu segala peperangan itu ) Lembah itu bermula dari Mageddo yg terletak di utara sehinggalah membentang ke sebelah selatan sehinggalah ke suatu tempat yg bernama Edom . Jarak di antara keduanya ialah lebih kurang sejauh 200 batu manakala lebarnya lebih kurang 100 batu dari laut putih yg terletak di barat sehinggalah ke sebelah timur ( Bukit Mohab)

Selain digelarkan sebagai ibu segala peperangan ,perang Armageddon ini juga dikenali sebagai " peristiwa besar dan peristiwa kehancuran" ada juga yg mengelarkan dengan " Perang persekutuan -internasional " ada juga melabelkan sebagai "strategi perang raksasa " ataupun "perang dunia ke 4"( ada yg berpendapat perang dunia ke 3 ialah perang dingin diantara USA dengan Soviet Union ) . dan" Perjanjian Perdamaian yg palsu ". Sebenarnya banyak lagi gelaran -gelaran kepada peperangan Armageddon itu.

Sebenarnya gelaran-gelaran yg banyak itu menunjukkan bahawa peperangan itu adalah satu perang yg amat dahsyat . Adakah perang ini yg dimaksudkan dengan maksud hadis RasulAllah s.a.w.

"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!l Dan bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)".Riwayat Al Bukhari

Hadis di atas menerangkan bahawa akan berlaku peperangan di antara kaum muslimin dengan Kaum Yahudi di Palestin . Perang itu dimenangi oleh Kaum Muslimin . Di dlm peperangan itu buka setakat malaikat turun menolong tentera Islam seperti siri-siri peperangan di zaman Rasulallah dan perang-perang fi sabilillah yg lain . Bahkan pokok ,batu pun turut membantu ,sekiranya di belakang pokok ataupun batu itu bersembunyi tentera yahudi ,maka pokok ataupun batu itu akan bercakap ,wahai muslim sesungguhnya di belakang ku ini ada tentera Yahudi ,maka bunuhlah ia ... melainkan pokok krismas ( iaitu pokok yg dihisai dengan lampu -lampu dan perhiasan lain semasa Hari Natal ). Dan pokok itu adalah satu-satunya pokok yg akan masuk ke dlm neraka .

Para perancang strategi ketenteraan berpendapat lembah Armageddon itu adalah satu kawasan yg strategik ,sesiapa yg dapat menguasai lembah itu ,maka mereka akan dapat mengalahkan musuhnya. Istilah Armageddon ,sebenarnya sudah tidak asing lagi bagi orang Yahudi dan Nasrani ( Ahli kitab). Perang itu tertulis di dlm kitab-kitab suci mereka . Mereka sangat mengambil serius perkara ini ,masakan tidak ,sekiranya anda telah menyaksikan Siri The Arrivals ( sila klik edisi bongkar bagi sesiapa yg belum menyaksikan siri tersebut di blog ini ),salah satu sirinya mengatakan bahawa pihak tentera Israil telah menubuhkan satu pasukan Elit yg bernama PASUKAN KOMANDOR ELIT KAFIR .

Mereka redha akan gelaran itu ,adakah mereka tidak tahu apakah makna KAFIR itu ? Bukankah mereka terkenal dengan manusia yg paling bijak di dunia . Pada pendapat saya ,mereka terlalu taksub dengan HERO mereka ,asalkan diterima menjadi pengikutnya , gelaran apapun mereka akan terima . Siapakah hero mereka ye ... para pembaca barangkali sudah tahu . Di dahi hero mereka ada tertulis Kaf Fa Ra ( dlm tulisan arab) .Dan desas desus /khabar angin ada pendapat yang mengatakan bahawa kononnya mereka ( Yahudi ) telah menempah sebilangan ( ribuan ) pedang yg diperbuat dari tantinum . Tantinum adalah logam yg lebih kukuh drp besi . Adakah berita ini benar ? Kalau benar untuk apa mereka menempah pedang itu ?

Sebenarnya kita dibenarkan mengambil beberapa cerita yg benar drp kitab-kitab mereka , sekiranya cerita -cerita/kisah-kisah atau maklumat-maklumat di dlm kitab itu selari dan sesuai dengan kitab Al Quran dan Al Hadis . seperti mana sabda rasul Allah s.a.w yg maksudnya .

" Drp Ibnu Umar darp Rasulallah s.a.w bersabda ; Sampaikan ajaran-ajaranku walaupun satu ayat dan bicarakanlah dari ajaran Bani Israil (yahudi) dan tiada halangan " Riwayat Al Bukhari

Walaubagaimanapun kita mesti berhati - hati apabila mengambil cerita-cerita /kisah-kisah /maklumat-maklumat drp kitab-kitab mereka . Seperti mana maksud hadis Rasulallah s.a.w

"Drp Abu Hurairah r.a drp Rasulallah s.a.w bersabda; Apabila ahli kitab yg berbicara ( tentang agama)maka janganlah kamu benarkan dan janganlah kamu dustakan" Riwayat Al Bukhari

BERSAMBUNG.......

Tudung,Artis,Rokok dan Dakwah?

Janji saya insya Allah saya tunaikan Jumaat ini.Sebelum itu,izinkan saya mempraktikkan penulisan blog ala Tun Dr. M.Kali ini anda bebas memilih tajuk mana yang anda ingin baca daripada tulisan saya ini.

Tudung
1.Saya terkenang kembali tulisan saya dahulu mengenai tudung.Dari sudut hukum memang amat tepat,tetapi tidak sesuai pada kaca mata seorang pendakwah.

2.Tudung telah berevolusi daripada zaman orang dilarang langsung bertudung,hingga kini mendapat tempat di pameran fesyen antarabangsa.(Klik gambar untuk berita)
3.Terkini juga,beberapa artis wanita mula menampakkan kesedaran,antaranya Sheila Rusly, Noraniza Idris,tak lupa juga the glamorous Dato' Siti Nurhaliza.Walau bagaimanapun,Dato' Siti dikecam hebat kerana tudungnya yang ala-ala Mak Datin,nampak jambul sekerat.

4.Saya akui juga,ramai yang kurang faham makna sebenar aurat dalam Islam dan bahagian aurat pada badan,baik seorang Hawa yang auratnya meliputi hampir 90% badannya mahupun seorang Adam yang batas auratnya cuma antara kawasan pusat dan lutut.

5.Di sini saya ingin menyatakan,tahniah kepada mereka yang mengambil keputusan untuk menutup aurat a.k.a bertudung.Sebagai seorang muslim,saya mendoakan anda terus dilimpahi hidayah oleh Allah agar terus menjaga aurat,yang menjadi satu kefarduan & ibadah buat kita hamba Allah.

6.Namun,kurang enak rasanya kita mengecam sekeras-kerasnya golongan yang baru berjinak- jinak seperti Dato' Siti.Bahkan ia boleh mematahkan semangatnya untuk bertudung,ingat ia dikira menghalang orang lain beribadah dan hukumnya BERDOSA!

7.Seperti saya katakan dahulu,saya yang kerdil lagi jahil ini hanya boleh berkata...
Pakailah tudung,kan molek gitu
Cuba tutup sikit aurat tu
namun tak bisa mengubah hati seorang manusia.Insya Allah saya akan terus menyeru,namun urusan hidayah dan hati manusia yang berbolak-balik itu kita serahkan kepada ALLAH.Ingat, saya menulis ni bukan bererti saya menyokong yang tak menutup aurat pula.

Artis
1.Sejak dahulu lagi,bidang seni selalu dipandang glamour dan serba BERDOSA.Namun seperti saya sebutkan di atas,terdapat juga sebahagian artis yang menampakkan kesedaran ke arah Islam.

2.Bagaimana pula kita hendak menanggapi artis yang berubah itu sebagai berdosa,sedangkan bidang senilah periuk nasi mereka?Bagaimana pula cara dakwah kita kepada artis yang masih dedah sana dedah sini,jika persepsi kita masih di takuk itu?

3.Berita hangat kini,Ustaz Hasrizal terkena tempias kritikan dek peranan beliau dalam pembikinan skrip drama Cinta Sempurna.Saya akan mengulas juga isu seni Islamik(maaf ya ustaz Hasrizal,saya terpaksa guna label walaupun ustaz tak suka) satu masa nanti.

4.Ada yang membidas atas isu aurat(jawapan daripada saya,bacalah tajuk Tudung),ada yang takut Ustaz Hasrizal terjerumus ke kancah hidup dunia artis.

5.Pandangan sekupang dua daripada saya,ustaz Hasrizal lebih berpengalaman dan mempunyai metod tersendiri dalam dakwahnya.Mungkin juga untuk memahamkan pembaca blog beliau mengenai cara dakwah beliau,Ustaz Hasrizal mengulang semula artikel Otak Faqih Jiwa Daie.

Ustaz Hasrizal,bukan ustaz je yang kena kritik,drama kami ni pun sama...

6.Saya bersetuju dengan pandangan Ustaz Hasrizal untuk mewujudkan Akademi Lakonan Muslim.Cadangan sebegini pernah diutarakan Faisal Tehrani dalam bentuk berbeza,iaitu pelajar bidang seni lakonan harus diajar mengenai Islam dan falsafah.Sememangnya seni,falsafah dan Islam berkongsi 1 ciri,iaitu sifatnya yang 'halus'.Menurut Ustaz Hasrizal lagi,pelajar muslimin harus diberi ruang untuk berkreatif dalam bidang ini.Siapa berminat tengoklah drama pendek karya budak sekolah saya tu(komen sekali lagi bagus ^_^)...


Rokok
1.Ada yang mencadangkan pekerja yang merokok tidak diberi kenaikan gaji dan tidak mendapat insentif imbuhan.Dalam hal ini,saya teringat kepada kenyataan seorang ulama mengenai darjat perokok lebih rendah daripada lembu.

2.Isu rokok ini sebenarnya masih menjadi khilaf antara ulama'.Sebahagian mengatakannya makruh manakala sebahagian lagi mengatakannya haram,termasuklah Majlis Fatwa Kebangsaan

3.Jujurnya,pekerja mana sanggup bekerja tanpa gaji dinaikkan selari dengan prestasi.Manusia mana yang sanggup menjadi lebih bodoh daripada lembu yang hanya tahu makan rumput.

4.Seperti yang telah saya sebut,memaksa bukan cara terbaik untuk mengubah keadaan. Fahami dan nasihatilah mereka,walaupun usaha itu memakan masa bertahun lamanya.

5.Janganlah kita bersikap suka menuding,seperti kes mat rempit.Sebaliknya,cubalah untuk memahami(seek first to understand bak kata Ustaz Hasrizal).Kadang kala,mat rempit pun ada sebab untuk masuk syurga.

Penutup:DAKWAH!
Kalau anda pemerhati yang baik,sudah pasti anda menyimpulkan semua tajuk di atas dengan DAKWAH.Pendakwah yang baik punya ciri pendengar yang baik juga,iaitu memahami orang lain.Memahami pula tidak akan datang dengan jalan ego dan gasakan emosi amarah,sebaliknya dalam keadaan tenang dan merendah diri.

Untuk mengelakkan salah faham,saya ingin tegaskan tulisan ini bukan bermaksud saya menyokong tindakan para wanita free hair,artis,perokok dan mat rempit.Tulisan saya ini sekadar ingin mencetus rasa untuk kita lebih memahami mereka dalam usaha memperbetul sikap dan tindak-tanduk mereka.

Janganlah semberono mengecam,sebaliknya kitalah yang sepatutnya menjadi YANG PERTAMA mendoakan limpahan HIDAYAH ALLAH buat mereka.

Corat-coret:Sekali tengok macam karangan S.P.M daa...menulis dalam bentuk point membantu juga,agar saya tak terperangkap dalam taman bahasa berbunga-bunga hehehe.

Siri 6 : Orang Kristian Sebenar Tidak Makan Babi


video

Assalamualaikum

Dengarlah penjelasan Orang Mualaf berkenaan kitab Injil diantaranya Injil mengharamkan makan babi , berkhatan , apabila orang kristian meninggal akan dikafankan , melarang membuat patung dan menyembahnya ...lalu bagaimana amalan kristian pada hari ini ...adakah sama dengan isi Kitab Injil .. fikirkanlah

Siri akhir : Perundangan Islam di Zaman Tabi' Tabien






Assalamualaikum ,para pelajar sekalian ,sekarang kita sudah sampai siri yg ke 4 di dlm membincangkan perundangan Islam .Kalau dulu kita sudah membincangkan sumber perundangan Islam di zaman tabi'en ,sekarang saya akan jelaskan sumber dan pekembangan Islam di zaman tabi' tabi'en pula .


Sumber pada zaman ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu



  1. Sumber yg disepakati cth Al Quran , Al Hadis ,Al Ijma' dan Al Qias .

  2. Sumber yg tidak disepakati ada 8 kesemuanya sekali ,sumber itu ialah Al Istihsan ,Al Masolihul Mursalah ,Al Istishab ,Saddu Azzarai' Qaulu Sohabi , Amalul Ahli Madinah ,Sar'u man qobelana ,Al Arfu wa Aadah .

Siapakah tabi' tabi'en .Mereka ialah yg bertemu para tabi'en meriawayatkan hadis drp mereka serta mati dlm Islam ,bermula awal kurun ke 2 hingga pertengahan kurun keempat .


Tahap Perkembangan perundangan Islam zaman tabi' tabi'en ialah



  • Lahir para mujtahid dan fuqoha'yg besar seperti Imam Shafie ,Imam Malik dsb .mereka mengasaskan mazhab mereka masing-masing seperti Mazhab Shafie ,Mazhab Maliki dsb .Maksudnya mazhab muncul bermula dari zaman ini sehinggalah sekarang .

  • Lahir ulama' yg terkenal dlm bidang hadis seperti Ashabul Sinan . iaitu Bukhari ,Muslim , Abu Daud ,At Tarmizi , An Nasai .dan Ibnu Majah .Maksudnya di sini hadis yg diriwayatkan oleh mereka adalah hadis yg boleh diyakini kesahihannya .

  • Pembukuan ilmu-ilmu fekah dan disusun secara sistematik iaitu bermula dengan bab Toharah sehingga ke bab kenegaraan . Maksudnya di sini orang Islam ketika hendak mempelajari Islam dlm ilmu Fekah ,mestilah bermula dari bab Toharoh .

  • Lahir istilah yg khusus dlm Ilmu Fekah seperti Ibadah ,Muamalah, Munakahat dan jinayah . Kalau dlm bab muamalah antara perkara yg terkandung ctnnya jual beli ,hutang dsb.


Sebab berlaku perkembangan di atas



  1. Galakkan drp khalifah Abassiah kepada para Fuqoha' dan ilmu pengetahuan .maksudnya di sini . Ilmu diletakkan menjadi salah satu agenda besar negara yg menjadi tumpuan Khalifah

  2. Negara Islam berkembang luas dan ramai manusia memeluk Islam dan membawa pelbagai budaya dan adat resam .Maksudnya di sini ada adat resam yg sesuai dengan Islam ada adat resam yg tidak sesuai ,maka perkara ini cuba disesuaikan dengan Islam .Lalu berlakulah perkembangan di dlm perundangan Islam.

  3. Lahir para mujtahid yg masyhur dlm bidang fekah ,Mereka berusaha memperkembangkan mazhab masing-masing ke wilayah-wilayah Islam .

  4. Berlakunya pembukuan As Sunnah yg menyebabkan orang ramai dapat membezakan yg mana hadis soheh dengan hadis doif .Perkara ini memudahkan para fuqoha mengistinbatkan hukum .

  5. Bermulanya penyusuan ilmu fekah mengikut aliran Mazhab cth lahirnya kitab Muato' yg disusun oleh Imam Malik .

  6. Berlakunya penyusunan Ilmu Usul Feqh yg memudahkan para ulama ' mengistinbatkan hukum seperti Kitab Ar Risalah.

Keperluan kepada perundangan Islam .



  • Perundangan Islam sesuai dengan naluri manusia kerana ia diturunkan oleh Allah kepada manusia .sudah tentulah Allah lebih mengetahui drp manusia apa-apa yg terbaik untuk hambanya.

  • Sebagai panduan yg lengkap lagi menyeluruh dlm pelbagai aspek yg mana manusia tidak perlu lagi mencipta undang-undang yg lain . Manusia cuma wajib melaksanakan sahaja undung-undang itu

  • Mewujudkan keadilan sejagat ,undang-undang Islam akan menghukum semua lapisan masyarakat samada berpangkat atau tidak ,tidak ada manusia yg dapat melebihi undang-undang .kerana undang-undang itu Allah lah yg menciptanya .

  • Memperkukuhkan Aqidah yg jelas yg dapat membentuk akhlak mulia.

  • Perundangan Islam menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran .

Keistimewaan perundangan Islam



  1. Menjaga kemaslahatan manusia dan menolak keburukkan cth Allah melarang orang Islam menghampiri zina .

  2. Kekal hingga hari kiamat ,kerana undang -undang itu adalah kalam Allah yg kekal ,ia kekal seperti siapa yg menciptanya iaitu Allah.

  3. Meliputi hubungan manusia dengan Allah ,hubungan manusia dengan manusia ,manusia dengan alam .

  4. Adanya ganjaran dan balasan dlm mematuhi perintah dan menjauhui larangan Allah ,seperti melakukan solat akan mendapat pahala.

  5. Siapa yg menerima hukuman Allah di dunia ,maka diakhirat ia terlepas drp azab Allah .cth seseorang yg berzina akan dihukum sebat 100 kali ,maka di akhirat kelak dia tidak akan di azab oleh Allah akan dosa zina itu .berbeza dengan orang yg melakukan zina dan di hukum penjara 2 bulan ,diakhirat kelak mereka akan di azab oleh Allah .Mana yg lebih untung .SEKIAN.


Siri 5 : Saya Masuk Kristian bukan untuk popular


video

Assalamualaikum

Hidayah adalah milik Allah . Hanya Allah sahaja yg berhak memberi hidayah dan Allah sahaja yg berhak menyesatkan seseorang . Amat malang sekiranya kita tidak diberi hidayah oleh Allah .

Siri ke 37 : Rumah Nabi




Ketika nabi berkahwin dengan Siti Khadijah pada ketika itu nabi berusia 25 tahun dan usia Siti Khadijah ialah 40 tahun. Akan tetapi pada riwayat yg lain umur Siti Khadijah berumur 28 tahun ,ini adalah pendapat Ibnu Abbas ,beliau berpendapat demikian kerana beberapa faktor

  1. Siti Khadijah masih mampu melahirkan 6 orang anak ,kalaulah umur Siti Khadijah berumur 40 tahun masakan dia dapat melahirkan anak yg sebegitu ramai ,paling banyak pun hanya seorang atau dua sahaja.
  2. Suami Siti Khadijah yg pertama bernama Abu Halah bin Zurarah at Tamimi dan hasil perkahwinan dengan Siti Khadijah lahirlah seorang anak lelaki dan diberi nama Hindun . Suami kedua Siti Khadijah pula bernama Atiq bin Aiz Al-Makhzumi dan hasil perkahwinan mereka lahirlah seorang anak perempuan yg diberi nama Hindun juga. Nama Hindun di dlm masyarakat arab boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan.
  3. Jika diteliti jarak perkahwinan Halah dengan Atiq sudah tentu tidak lama kerana selepas Halah meninggal dan Siti Khadijah tamat eddah , Siti Khadijah pun dilamar oleh Atiq .

Begitulah pendapat Ibnu Abbas ,manakala hujjah yg Siti Khadijah berkahwin dengan nabi ketika usianya 40 tahun ,adalah berdasarkan kewafatan Siti Khadijah .Siti Khadijah wafat ketika berusia 65 tahun iaitu pada tahun 10 kenabian . Sudah tentulah Siti Khadijah berkahwin dengan Nabi ketika umurnya 40 tahun . Lihat di bawah perinciannya .

  • Siti Khadijah wafat umurnya 65 tahun ,ketika 10 tahun kenabian , Muhammad di lantik menjadi nabi dan rasul ketika umurnya 40 tahun .ini bermakna umur nabi ketika itu 50 tahun .
  • Nabi berkahwin ketika umurnya 25 tahun , oleh itu 50 tahun di tolak 25 tahun bakinya ialah 25 tahun.
  • Jadi umur kewafatan Siti Khadijah ketika umurnya 65 tahun di tolak dengan 25 tahun maka jumlahnya ialah 40 tahun .
  • Jadi kesimpulannya Siti Khadijah berkahwin dengan nabi ketika usianya 40 tahun .

Setelah nabi berkahwin ,nabi membina rumah baginda sendiri .Rumah nabi didirikan diantara rumah Abdul Uzza bin Abdul Mutalib ( bapa saudara nabi ,namanya berubah menjadi Abu Lahab setelah ia menentang seruan nabi) dengan Uqbah bin Abu Abu Muaith seorang hartawan yg banyak membela kambing .Kambingnya dipelihara oleh seorang pemuda yg bernama Saad bi Abi Waqos .

Bagaimana rumah nabi? Rumah nabi dibina dlm keadaan sederhana sahaja .Tidak dipastikan samada nabi membinanya sendiri atau rumah itu dibina dengan pertolongan penduduk di sekelilingnya .Ahli sejarah tidak membincangkan perkara itu kerana ia adalah perkara yg tidak penting . Rumah nabi itu tidaklah kecil dan tidaklah besar ,ia mempunyai 6 bilik kesemuanya sekali .

Bahagian anjungnya /soyoknya di bina seluas 4x6 meter . Ruang bilik di dalam rumah nabi sebanyak 5 bilik dan satu bilik dibina di luar rumah . berikut adalah perinciannya

  1. Satu bilik adalah bilik Nabi dan Isterinya
  2. Satu bilik adalah bilik nabi dengan tuhannya ,ukurannnya 3x3meter
  3. Satu bilik untuk isteri nabi apabila bersalin /melahirkan anak
  4. Satu bilik untuk anak-anak nabi yg bakal akan lahir
  5. Satu bilik yg dibina terpisah adalah bilik untuk tetamu yg datang berjumpa nabi
  6. Satu bilik lagi ialah bilik untuk berwuduk dan membersihkan diri yg di bina lebih rendah drp permukaan tanah

Jadi 6 bilik kesemuanya sekali . Begitu lah gambaran serba sedikit rupa bentuk rumah nabi yg sangat sederhana itu. bersambung

Siri ke 4 : Rujuklah AlQuran apabila dlm kesusahan

Assalamualaikum .

Sungguh rugi orang yg memilih agama selain Islam , lantaran kecewa dia memilih Kristian sebagai agamanya kerana disitu dia melihat beberapa "keajaiban " ..saksikanlah

Siri ke 36 : Selamat Pengantin Baru




Setelah nabi memberi persetujuan , Abi Talib bergegas menemui bapa saudara Siti Khadijah yg akan menjadi wali pernikahan nanti .Ini terjadi kerana ayah Siti Khadijah telah meninggal dunia .

Menurut satu riwayat Ibnu Hisyam , Abu Talib pergi bersama saudaranya Hamzah menemui Khuwailid bin Asad iaitu bapa Siti Khadijah .Tetapi menurut Ibnu Ishak guru kepada Ibnu Hisyam Abu Talib bersama Hamzah pergi menemui Amru bin Asad . Riwayat yg ke dua adalah yg paling benar .

Amru bin Asad ,bapa saudara Siti Khadijahlah yg akan menjadi wali perkahwinan Nabi dengan Siti Khadijah . Sebenarnya Amru bin Asad tidak bersetuju dengan perkahwinan ini kerana Amru adalah seorang yg memandang harta benda , nabi adalah seorang yg tidak berharta ,beliau khuatir nanti nabi akan menghabiskan harta anak saudaranya itu setelah berkahwin nanti . Sesungguhnya pandangan Amru itu tidak berasas ,sesungguhnya nabi adalah seorang manusia yg tidak terpengaruh dengan harta dunia .

Nabi adalah seorang yg rajin bekerja tetapi hasil pendapatan drp kerjanya itu bukan untuk dirinya semata-mata .Harta yg diperolehi adalah untuk membantu orang lain . Nabi bukan seoarang pemalas ,buktinya ,pada usia 8 tahun nabi bekerja sebagai gembala kambing , pada usia 25 tahun nabi bekerja sebagai peniaga iaitu membawa harta dagangan Siti Kahdijah ke Syam . Dan pada ketika berlaku kejadian banjir yg merobohkan sebahagian Kaabah ,nabi bersama-sama penduduk Mekkah memikul batu-batu dari bukit berdekatan dan di bawa ke Mekkah .

Setelah selesai perbincangan diantara kedua-dua belah pihak ,maka nabi telah dinikahkan oleh Abi Talib dengan maskahwinnya 400 dinar atau 20 ekor unta muda . Maka selepas itu jadilah Nabi dan Siti Khadijah sepasang pengantin baru . Berikut adalah proses pernikahan nabi bermula dengan bacaan Khotbah nikah oleh Abi Talib .

  • Abu Talib : Segala puji bagi Allah yg menjadikan kami sebagai anak cucu Ibrahim mengembangkan keturunan Nabi Ismail dari Maad hingga Mudhar Dia telah berkenan menjadikan kita penjaga rumahNya dan pemelihara kesucianNya ,Kerana rumah- Nya menjadikan kita dikunjungi orang yg melakukan haji dan menyebabkan negeri kita makmur dan aman sentosa ,dan manusia menganggap kita adalah pemimpin mereka .
  • Adapun selepas ini ,sesungguhnya anak saudaraku ini Muhammad bin Abdullah yg kita akan kahwinkan dengan siti Khadijah bt Khuwailid ,tidak boleh disamakan dengan kebanyakkan lelaki yg lain kerana beliau mempunyai akhlak yg sangat terpuji ,akal yg sangat cerdas dan tajam , Sesungguhnya dia tidak kaya dari sudut harta ,kerana harta tidak kekal abadi ,ia lebih sebagai pinjaman dan akan dikembalikan pada yg empunya nya apabila tiba masanya
  • Saudara-saudara sudah tentu mengenalnya seperti aku mengenalinya ,anak saudaraku ini bercita-cita ingin menjadikan Siti Khadijah sebagai isterinya dan maharnya adalah atas tanggunganku.

Begitulah khutbah yg dibacakan oleh Abu Talib .pihak Siti Khadijah mesti menjawabnya untuk menjadikan perkahwinan itu sah ,maka dipihak Siti Khadijah ,Khutbah di baca oleh sepupunya iaitu Waraqoh bin Naufal ,seorang yg terkenal alimnya . Beliau alim dlm kitab Taurat dan Injil .

  • Waroqoh bin Naufal : Segala puji bagi Allah telah menjadikan kita sebagaimana yg tuan katakan tadi ,kita adalah pemimpin orang -orang Arab ,dan bangsa Arab pun menganggap kita begitu , Kita tidak mahu mengurangkan kemuliaan tuan -tuan ,dan kami di sini cuma hendak menyambung silatur rahim di antara kaum Quraisy , dan sudah tentu perkara itu tidak mengurangi kemulian tuan-tuan .
  • Maka selepas sahaja Waraqoh bin Naufal berkhotbah ,Beliau pun melafadzkan ucapan nikah .Tuan-tuan orang Quraisy Bahawa sesungguhnya saya nikahkan Khadijah binti Khuwailid dengan Muhammad bin Abdullah dengan maskahwinnya sebanyak 400 dinar

Kemudian Waraqoh pun diam . Apabila Abi Talib melihat Waroqoh diam ,Abi Talib pun berkata ,

  • Abu Talib : Saya ingin benar mendengar bapa saudara Siti Khadijah iaitu Amru bin Asad berkata sepatah dua di dlm majlis ini .
  • Amru bin Asab pun menjawab : Persaksikanlah tuan-tuan saya menikahkan Muhammad bin Abdullah dengan Siti Khadijah bt Khuwailid .

kemudian nabi menjawab bagi pihak dirinya sendiri . Tetapi mengikut riwayat yg lain ,buka Waraqoh bin Naufal yg menikahkan Siti Khadijah tetapi Amru bin Asad ,kerana Amru adalah bapa saudara Siti Khadijah dan sudah tentu dia lebih layak menjadi wali .

Untuk memeriahkan suasana majlis tersebut Amru menjemput para pembesar ,pahlawan dan penduduk tempatan untuk menghadiri majlis pernikahan tersebut . Inilah pernikahan diantara 2 manusia yg mempunyai darjat yg tinggi . Siti Khadijah pun meminta pekerja-pekerjanya menyembelih beberapa ekor unta untuk dijamu kepada tetamu yg hadir pada majlis perkahwinannya .

Kenduri perkahwinan itu berjalan dengan penuh meriah tetapi dlm kesederhanaan. Selepas itu nabi dan isterinya masuk ke bilik dan berkata sesuatu diantara mereka . Abu Talib mengusap muka dan matanya tanda terlalu gembira atas majlis perkahwinan anak saudaranya itu . Bersambung

Siri 3 : Salah sikap orang Islam

Assalamualaikum

Rasa kecewa seseorang ketika di dlm kesusahan menyebabkan seseorang itu putus asa dan kadang kala mengambil jln yg salah iaitu murtad drp agama Allah. Ambillah pengajaran drp pengakuan orang yg murtad ini , bantulah saudara kita di dlm kesusahan semampu yg tersanggup . Semoga sekurang-kurangnya dengan bantuan kerdil kita dapat menyelamatkan aqidah mereka .

Siri ke 3 : Sumber dan perkembangan perundangan Islam pada zaman tabi'en


Assalamualaikum ,para pelajar sekalian kita sudah sampai ke siri yg ke 3 di dlm tajuk prinsip-prinsip dan perkembangan perundangan Islam tajuk dari pelajaran tingkatan 5 .

Sekarang kita akan membincangkan perkembangan yg seterusnya iaitu,

Sumber dan perkembangan perundangan Islam pada zaman Tabien




Sumber rujukan ketika itu ada 5 sumber iaitu

  1. Al Quran
  2. Hadis
  3. Qias
  4. Ijma'Ulama'
  5. Kata-kata sahabat
Siapakah tabi'en .Tabe'in ialah nereka yg bertemu dan bersahabat dengan sahabat-sahabat nabi Muhammad s.a.w serta meriwayatkan hadis drpnya .ia bermula dari pertengahan kurun pertama hingga awal kurun ke dua hijrah.

Perkembangan zaman itu atas beberapa faktor di antaranya ialah;
  • Meluasnya perbincangan fekah dan banyaknya khilaf ( perbezaan pendapat ) dlm pelbagai masalah
  • Berlaku perkembangan dlm periwayatan hadis
  • Lahir dua aliran madrasah ilmu

  • 1- Madrasah ahli hadis di Madinah
  • 2- Madrasah ahli ra'yi di Kufah dan Iraq.
Saya akan perincikan satu persatu bermula dengan faktor yg pertama iaitu

Meluasnya perbincangan fekah dan banyaknya khilaf ( perbezaan pendapat ) dlm pelbagai masalah ini berlaku kerana beberapa sebab di antaranya ialah
  1. Negara Islam telah berkembang luas di sebelah timur sehingga ke Negara China manakala di sebelah barat sehingga ke wilayah Andalusia . Penganut Islam bertambah ramai ,mereka terdiri dikalangan pelbagai bangsa ,warna kulit ,dan budaya dan bahasa . Pertembungan budaya dsb yg di bawa oleh mereka yg baru memeluk Islam dengan Ilmu Islam menyebabkan berlakunya satu proses penyesuaian dan timbullah pelbagai masalah baru dan seterusnya para ulama ' yg di utuskan ditempat-tempat itu berijtihad dan mengeluarkan pendapat mereka ,sudah tentulah pendapat mereka berlainan dengan pendapat ulama'di tempat yg lain kerana pendapat mereka ini mengambil kira suasana di sekitar tempat tinggal mereka .
  2. Terdapat pelbagai sumber rujukan dlm bidang perundangan selepas penyusunan dan pembukuan kitab-kitab oleh para ulama' . Kalau sebelum ini penukilan/perpindahan ilmu sebahagiannya di laksanakan secara hafazan ,apabila bertukar zaman ,penulikan jenis hafazan ini semakin berkurangan peratusannya dan bertukar penulikan ilmu secara yg lebih mudah iaitu para penuntut ilmu boleh terus merujuk kepada kitab-kitab yg telah disusun oleh para Ulama'.
  3. Ummat Islam berpegang teguh didlm urusan muamalah mereka , para pedagang/peniaga Muslim yg berniaga mereka berpegang teguh ketika berniaga seperti menjauhi unsur riba, jujur sekiranya berniaga cth sekiranya barang yg dijual itu terdapat kerosakkan sedikit ,mereka akan memberitahu pembeli/pelanggan dsb, ini menyebabkan akhlak peniaga /pedagang Islam ini menjadi bualan masyarakat setempat . Maka timbullah persepsi @tanggapan para pelanggan .
  4. Lahir tokoh-tokoh yg hebat hasil suasana yg baik negara Islam pada masa itu . Sebenarnya suasana sesuatu tempat itu mempengaruhi seseorang yg tinggal disitu cth . seorang anak yg duduk di dlm susana keluarga yg sentiasa melakukan dosa besar cth bapa yg sering minum arak dihadapan anak-anaknya , cth itu akan diikuti oleh ahli keluarga yg lain . begitu juga suasana yg keluaraga yg baik ,menghasilkan budaya yg baik dan diserap oleh ahli keluarga tersebut .
  5. Keperhatian para khalifah kepada ilmu fekah dan para fuqoha' sehingga dapat mengatasi masalah
  6. Para ulama' bebas memberi pandangan tanpa sebarang halangan menyebabkan berlaku khilaf ( perbezaan pendapat )
  7. Terdapat ramai drp kalangan sahabat dan tabi'en yg mempunyai pelbagai kebolehan dan perbezaan dlm hafazan dan kefahaman tentang Al Quran dan sunnah
  8. Perbezaan kebudayaan dan pengetahuan dlm negara yg didiami oleh fuqoha'
Berlaku pekembangan dlm periwayatan hadis yg membawa kesan-kesan berikut

  1. Penggunaan hukum-hukum yg meluas hasil kegigihan istinbat hukum drp As Sunnah sebagai sumber hukum yg ke 2 dlm syariat Islam
  2. Berlakunya unsur-unsur penambahan hadis yg dilakukan oleh golongan fasiq dan mereka yg fanatik dengan sesuatu mazhab drp pelbagai aliran
  3. Natijah drp penambahan dlm hadis nabi s.a.w memberi cabaran kepada fuqoha' utk mengemaskini dan memperkuatkan hadis -hadis nabi Muhammad s.a.w dari segi sanad dan matannya
Lahirlah 2 aliran madrasah ilmu fekah iaitu madrasah ahli hadis di Madinah dan Hijaz serta madrasah ahli ra'yi di Kufah dan Irak . Bersambung
Related Posts with Thumbnails