email
twitter
facebook

BERKAH MUHAMMAD S.A.W


Setelah Halimatus Sa’adiah mendapat nabi ,dengan perasaan gembira dia terus membawa nabi pulang ke desanya

Berikut adalah cerita Halimatus Sa’adiah ketika mencari bayi utk disusui dan menemui MUHAMMAD . Katanya


“ Tahun ini tahun kemarau , sudah tidak ada apa-apa yg tinggal pada kami , kami menyertai para ibu yg ingin mencari bayi untuk disusukan ,Aku pergi bersama suami dan anak kami yg masih kecil lagi sedang menyusu . Kami menaiki keldai yg cepat lelah serta cepat letih dan seekor unta yg kurus kering yg tidak keluar drpnya walaupun setitis susu .


Sebelum sampai ke Mekah pada waktu malam anak kami kelaparan ,air susu ku amat kurang dan tidak dapat mengenyangkannya ,tambahan pula susu unta pun tiada . Sampai sahaja ke Mekkah para ibu dan tidak terkecuali Halimatus Sa’adiah mencari anak susuan .boleh dikatakan semua para ibu telah ditawarkan untuk menyusukan nabi tetapi masing-masing berkata di dalam hati …apakah yg boleh di berikan oleh Ibu ini lantaran suaminya yg sudah meninggal dan memandangkan keadaannya yg miskin pula . ..sehingga sampai giliran Halimatus Sa'adiah ...naluri nya amat kuat supaya dia mengambil nabi sebagai anak nya ,nth mengapa perkara itu boleh berlaku ,padahal sudah tentu nanti Siti Aminah memberikan upah kepadanya dengan upah yg amat sedikit .


Suami ku mengalakkan aku mengambil anak Siti Aminah itu dan berkata kepada ku Ambillah mudah-mudahan dia member keberkatan kepada kita sekeluarga .Sebelum pulang Halimatus Sa ‘adiah cuba menyusukan nabi ..tiba –tiba nabi menyusu dengan puas dan kekenyangan sehingga tertidur ,selepas itu anaknya pun menyusu sehingga kenyang dan tertidur .kejadian ini aneh kerana sebelum ini susu Halimatus Sa’adiah kekeringan dan anaknya sering menangis kerana dia kelaparan dan tidak puas menyusu .


Suami ku pergi ke unta kami di tambat ,tiba-tiba unta tersebut sudah dipenuhi susu ,apalagi suamiku terus memerah susu unta itu dan di bawa balik .Pada malam hari itu kami dapat tidur lena dan perut kami merasa kenyang. Pada keesokkan harinya suamiku berkata ,Wahai Halimah percayalah ! bahawa engkau telah mengambil anak yg penuh keberkatan.


Halimah berkata ,saya pun mengharap demikian .pada waktu pulang kami menaiki khimar , alangkah peliknya perjalanan kami begitu cepat sekali sehingga perempuan yg bersama kami tidak dapat mengikuti dan mengejar perjalanan kami sehingga salah seorang drp mereka berkata .Adakah ini khimar yg kamu tunggangi semasa pergi ke Makkah ,maka jawab ku Ya .mereka berkata pasti sesuatu terjadi pada khimar ini



Sampai sahaja di rumah kami dapati kambing –kambing kami kekenyangan dan susu kambing-kambing kami semuanya penuh ,suami ku terus sahaja memerah susu kambing itu dan memberi kami minum . dlm masa yg sama kambing –kambing jiran yg lain masih lagi mengembek kelaparan dan susunya kering .


Jiran –jiran Halimah berkata ,Wahai Halimah sungguh bertuah anda sekeluarga kerana memelihara anak yg sungguh berkah itu. Pada hari-hari yg lain Halimah melepaskan kambing-kambingnya utuk mencari makanan. Walaupun pada musim kemarau , kambing –kambing Halimah pulang dengan kekenyangan dan susunya penuh .Sehingga jiran-jiranya cuba melepaskan kambing- kambing mereka bersama kambing-kanbing Halimah , tetapi apabila pulang pada waktu petang kambing mereka masih lagi kelaparan tetapi sebaliknya yg berlaku pada kambing-kambing Halimah.


Begitulah kami sentiasa diberkati oleh Allah kerana kami membela MUHAMAD . Sehinggalah umur Muhammad mencapai 2 tahun ,maka sudah sampailah dia berhenti menyusu. Bersambung

3 dlm 1 = Syampu ke ?

video

Assalamualaikum

Konsep ketuhanan yg memeningkan dan tidak logik dek akal ..untuk penjelasan ikutilah siri yg ke 5 ini .

Buang .. Kemudian Ambil Kembali..

video

Assalamualaikum

Pada kali ini Ahmed Deedat telah membongkar bahawa BIBLE telah diubah sesuka hati oleh para Paderi Kristian ..anda lihatlah pada video ini ( siri yg ke empat)

Misteri UFO

Assalamualaikum

Siri yg ke 19 ini menceritakan perihal UFO ,adakah UFO wujud ? sekiranya jawapannya ye ,apakah misi mereka ke atas manusia ? mari kita saksikan ..

Ibu dan Adik Beradik Susuan Nabi




Sudah menjadi kebiasaan orang Arab Badawi pergi ke kota utk mencari bayi yg baru dilahirkan utk disusui dan sebagai imbalan mereka mengambil upah drp perkerjaan tersebut , manakala orang kota menanti saat itu untuk mencari ibu susu yg sesuai untuk menyusukan anak mereka ,begitulah keadaannya pada ketika itu .


Kaum perempuan dr kalangan arab Badawi yg datang berduyun - duyun itu berebut-rebut mencari bayi yg baru dilahirkan terutamanya anak-anak pembesar kerana upahnya yg mahal .
Walaupun Aminah adalah anak pembesar dan berketurunan mulia ,kaum perempuan Arab Badawi enggan ke rumahnya kerana mereka sudah tahu yg suaminya Abdullah telah meninggal dunia. Mereka tahu Aminah akan memberi upah yg sedikit sekiranya mereka bersetuju utk mengambil upah utk menyusukan anaknya.

Halimatus Sa’adiah masih berjalan menyelusuri lorong-lorong di kota Mekkah ,tidak ada siapapun yg ingin mengupahkan beliau menyusukan bayi mereka , ditambah jiwa Halimatus Sa’adiah yg lembut dan tidak mahu berebut-rebut mendapatkan bayi utk disusukan . Dgn izin Allah sampailah Halimatus Sa’adiah dipintu rumah Arwah Abdullah bin Abdul Mutalib .
Terjadilah dialog di antara Siti Aminah dengan Halimatus Saadiah sehingga kedua- dua merasa gembira dan bersetuju .Halimatus Sa’adiah gembira kerana akhirnya dia berjumpa jua dengan bayi yg hendak disusukan .Manakala Aminah gembira kerana akhirnya ada juga yg sudi mengambil anaknya utk disusukan .

Nabi menyusu dengan ibunya selama seminggu sahaja kemudian barulah disusukan oleh Thuaibah Aslamiah ( hamba Abu Lahab) kemudian barulah diambil oleh Halimatus Sa’diah . Halimatus Sa’adiah membawa nabi yg masih bayi itu ke kampong Bani Saad bin Bakar . Suasana perkampungan Bani Saad adalah suasana yg terbaik sekali bagi kanak-kanak membesar ,Perkampungan Bani Saad terletak di antara Mekkah dengan Taif

Sebelum kita teruskan mari kita lihat sedikit siapa Thuaibah . seperti kita tahu sebelumnya Thuaibah adalah hamba Abu Lahab yg pernah menyusukan nabi ,selain drp nabi ,Thuaibah juga menyusukan Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib .Abdulllah bin Abul Asad Al Makhzumi pun pernah menyusu dgn Thuaibah .Abdullah bin Abu Asad adalah suami kepada Ummu Salamah bin Zutur Rakib ( Abu Ummayah ) .Abdullah terkenal dengan gelaran Abu Salamah Bin Abu Asad Al Makhzumi . Kesimpulannya Hamzah ialah bapa saudara dan adik beradik susuan ,manakala Abdullah Bin Asad ialah sepupu dan adik beradik susuan . Ini kerana Birrah iaitu ibu kepada Abu Salamah ialah ibu saudara nabi . Bersambung

24 RIBU SALINAN ..TIDAK ADA SATU PUN YG SAMA

video

Assalamualaikum

Pada siri yg ke 3 Adakah BIBLE itu firman tuhan ini diantara membahaskan keturunan Isa a.s .marilah kita saksikan utk mendapatkan keterangannya

Abu Lahab Besan Nabi



Abu Lahab anak kepada Abdul Mutalib , adik beradik Abdullah , bapa kepada Nabi . Beliau sangat gembira dengan kelahiran nabi sehingga melonjak-lonjak kegembiraannya . Nama sebenarnya ialah Abdul Uzza ( Uzza adalah nama berhala yg utama pada ketika itu ) berbadan gemuk dan berkulit putih kemerah-merahan . Bukan setakat itu saja Abu Lahab membebaskan seorang hambanya sempena kelahiran nabi ,hamba yg dibebaskan itu bernama Thuaibah As-Aslamiayah . setelah Thuaibah bebas Abu Lahab mengarahkan bekas hambanya itu menyusukan anak saudaranya itu sebelum menemui penyusu upahan .


Walaubagaimanapun Thuaibah menjadi hambanya kembali kerana Thuaibah banyak berhutang dengan Abu Lahab dan dia tidak mampu membayarnya hutang tersebut . Perkara yg sama juga terjadi kepada anak pembesar Quraisy iaitu Ass bin Hasyim ,beliau menjadi hamba Abu Lahab kerana kalah berjudi kemudian di bebaskan oleh Abu Lahab dengan syarat menggantikan beliau pergi berperang di Badar ,Abu Lahab terlepas drp mengikuti perang tersebut yg mana pada ketika itu semua pembesar Quraisy wajib mengikuti perang itu.



Ketika Nabi berkahwin dengan Siti Khadijah ,nabi pernah meminta isterinya membebaskan Thuaibah kerana jasanya itu ,akan tetapi Abu Lahab tidak mahu menjualnya . Kita berbalik dengan kegembiraan Abu Lahab terhadap kelahiran nabi ,beliau sanggup mengorbankan beberapa ekor unta pada hari ketujuh kelahiran nabi sebagai akikah .Inilah permulaan sambutan Maulidur rasul .rupa-rupanya yg memulakan sambutan itu ialah Abu Lahab .



Setelah Nabi mempunyai anak-anak perempuan , Abu Lahab menjodohkan anak-anak lelakinya dengan putri - putri nabi iaitu anak sulungnya yg bernama Utbah dijodohkan dengan Ruqaiyah ,manakala anak yg keduanya Utaibah dgn Ummu Kalsum .Abu Lahab melakukan demikian kerana beliau amat kasih dengan nabi dan mengenangkan adiknya iaitu Abdullah dan juga bapa kepada nabi . Namum apabila Muhammad dilantik menjadi nabi dan rasul akhir zaman , Abu Lahab menentangnya dengan keras dan mengarahkan kedua anak lelakinya itu menceraikan isteri-isterinya ,mereka berdua menceraikan sebab hati anak Abu Lahab sama hitam dengan hati bapanya .



Ketika Utaibah menghantar isterinya ke rumah nabi ,beliau telah mengambil kesempatan untuk menendang pinggang nabi sehingga nabi terjatuh . Nabi dengan penuh kesabaran bersabda



" Wahai Utaibah nanti kamu akan di baham oleh salah satu drp singa-singa Allah "



Abu Lahab yg mengetahui perkara itu amat yakin dengan kata-kata anak saudaranya itu , sehinggakan Abu Lahab mengarahkan Utaibah tidur sahaja semasa perjalanannya ketika hendak berniaga . Utaibah diarahkan tidur di tengah-tengah rombongan itu . Abu Lahab berfikir sekiranya ada sekawanan singa nanti sudah tentulah mereka akan menghalang dan membunuhnya sebelum sempat singa itu membaham anaknya itu .


Sampai dipertengahan jalan tiba -tiba keluarlah sekawanan singa dan salah satu di antara singa itu melompat lalu menerkam Utaibah yg sedang nyenyak tidur .singa itu dengan mudah dapat mematahkan leher Utaibah lalu Utaibah pun terus mati di situ serta merta . Singa itu tidak mengganggu ahli rombongan yg lain dan terus menghilangkan diri selepas itu.


Abu Lahab adalah satu-satunya manusia yg dirakamkan di dlm Al- Quran yg telah di kutuk dan dilaknat oleh Allah iaitu di dlm SURAH AL LAHAB /AL MASAD . Bersambung .



DEMOKRASI !

Assalamulaikum

Demokrasi ! demokrasi ! demokrasi ! .... ini adalah siri yg ke 18

Namanya AHMAD



Setelah melahirkan nabi , Siti Aminah menangis kesedihan ,begitu juga dengan Siti Syifa , Siti Aminah menangis kerana mengenangkan nasib bayi yg baru dilahirkan ,nabi dilahirkan yatim . sudah tentu nanti anaknya itu akan bertanyakan di mana ayahnya ,siapakah ayahnya ,mengenangkan perkara itu Siti Aminah bertambah sedih dan pilu .



setelah Nabi dimandikan dan dibersihkan ,nabi di bawa kepada datuknya Abdul Mutalib , Abdul Mutalib ketika ini sedang berada di Kaabah sedang menunggu-menunggu kelahiran cucunya itu , zuriat dari anak kesayanganya ( Abdullah ).
Siti Syifa memberikan nabi kepada Abdul Mutalib ,kemudian Abdul Mutalib menimang-nimang cucunya itu lalu dibelek-beleknya ,bisik Abdul Mutalib memang berbaloi kalau ini ganti terhadap kehilangan anak kesayanganya itu , cucunya itu sangat comel ,tanpa berlengah Abdul Mutalib masuk ke dalam Kaabah ,ketika di dlm Kaabah Abdul Mutalib memikir-mikir nama yg sesuai dengan cucunya itu ,lama juga beliau berada di dlm Kaabah tiba-tiba Abdul Mutalib mendapat ilham .



Abdul Mutalib keluar dr Kaabah dan terus ke rumah nya ( Kerana Siti Aminah tinggal di situ) dan menemui nya lantas berkata


" Wahai anakku ,ayah sudah mendapat ilham utk menamakan cucu ayah ini ,dengan ini ayah namakan dengan QUTSAM "


Mendengar cadangan Abdul Mutalib ,Siti Aminah membantah ,Wahai ayahku ,saya tidak bersetuju kerana saya telah bermimpi saya di datangi lembaga dan menyuruh saya menamakan bayi saya ini dengan nama MUHAMMAD. Abdul Mutalib terkejut mendengar cadangan anaknya itu . Setahu beliau orang arab memang sangat jarang menamakan anaknya dengan nama Muhammad . Setahu beliau di Makkah cuma ada 3 orang bayi yg dilahirkan dan diberi nama Muhammad .


Abdul Mutalib teringat ramalan -ramalan pendita Yahudi yg katanya masa telah hampir ,seorang penghulu nabi dan rasul akan dilahirkan . Abdul Mutalib berfikir barangkali cucunya ini adalah insan yg teristimewa yg di sebut-sebut di dlm kitab taurat dan injil itu . dan pendita Yahudi berkata yg nama nabi itu Ahmad .adakah ini kebetulan atau memang takdir Allah . Abdullah mula berfikir serius tentang perkara ini ... katanya nanti aku akan selidiki lagi ramalan ini.


Abdul Mutalib setuju dengan cadangan tersebut sejak dari itulah cucunya dikenali sebagai MUHAMMAD . Selepas itu sebagai tanda kesyukuran Abdul Mutalib mengadakan kenduri akikah ,beberapa ekor kambing telah disembelih atas tujuan itu dan pembesar-pembesar Quraisy semuanya di jemput utk menghadirinya .Insan yg paling gembira pada masa itu selain Abdul Mutalib ialah Abu Lahab . bersambung








Isu - Isu Panas

video

Assalamualaikum

...seterusnya perdebatan dan penjelasan berkenaan isu-isu agama Kristian yg perlu kita fahami supaya kita dapat menilai agama mana yg benar dan pada ketika itu kita yakin serta boleh mendatangkan bukti apabila ada dakyah-dakyah Kristian ke atas Ummah Islam ...supaya kita tidak lemah mempertahankan anutan kita ( ISLAM ).Ini adalah siri yg ke 2

Pengganas

Assalamualaikum

Pada siri ke 17 ini mengesahkan Islam sebagai penganas , marilah kita ikuti siri ini

Satu Perubahan Besar yg Pasti Akan Berlaku


Siti Aminah adalah wanita suci ,dari perutnya lahirlah seorang yg agong ,walaubagaimanapun cucu cicit Adam dan Hawa ,Siti Aminah menjalani kehidupan seperti manusia yg biasa iaitu mengandung ,tetapi yg berbezanya ialah Siti Amainah tidak seperti wanita lain yg susah payah ketika mengandung dan melahirkan anak . Siti Aminah tidak merasai kepayahan semasa mengandung dan melahirkan anak .


Ketika cukup masa untuk bersalin ,Siti Aminah berbaring di atas katil dan ditemani oleh seorang bidan iaitu ibu kepada sahabat yg terkenal Saidina Abd.Rahman bin Al Auf .Ibu Abdul Rahman bernama As Syifa . As Syifa ialah orang yg menyambut kelahiran Nabi .


Pada riwayat lain yg menyambut kelahiran Nabi ialah Ummu Aiman hamba kepada bonda nabi dan beliau jugalah yg merawat bonda nabi pada awal-awal kelahiran Nabi ,pendapat ini berdasarkan buku KETINGGIAN RISALAH NABI MUHAMMAD SAW . Pada subuh Isnin 12 Rabiul Awwal bersamaan 20 April atau tahun itu dikenali juga sebagai Tahun Gajah ,lahirlah insan yg agong ,


Nabi disambut oleh Siti Syifa lalu dibersihkan dan dibaluti dengan kain yg putih . Pada kelahiran baginda itu terjadilah kejadian –kejadian / tanda-tanda yg bertentangan dengan adat dan akal. Kejadian yg berlawanan dengan adat ini berlaku di seluruh alam . Siti Syifa juga mengalami kejadian aneh bin pelik ini iaitu kenapa bayi yg dilahirkan oleh sahabatnya itu tidak menangis . semenjak ia membidankan wanita yg akan bersalin belum pernah ia melihat dan mengalami kejadian seperti itu.


Nabi tidak menangis ketika dilahirkan iaitu tidak seperti bayi-bayi yg lain ,nabi bersin ketika dilahirkan ,kejadian bersin ini seperti kejadian yg berlaku ke atas Nabi Adam a.s ketika ditiupkan ruh ke dlm tubuhnya oleh Allah s w t. Perkara yg kedua yg menjadi kepelikan Siti Syifa ialah ,ketika Siti Aminah hendak melahirkan Nabi ,rumah itu diterangi oleh lampu minyak sahaja tetapi setelah nabi dilahirkan ruangan bilik itu disinari oleh cahaya yg terang benderang ,suasana di dalam bilik itu umpama seperti waktu siang.


Manakala berhala-berhala yg megah berdiri disekeliling Kaabah jatuh tumbang ,seakan –akan ada kuasa yg menolak dari arah Kaabah .Perkara luar biasa juga terjadi di Negara Farsi iaitu api yg menyala beratus-ratus tahun yg menjadi sembahan dan pujaan agama Majusi itu tiba-tiba padam/mati , Istana Kaisar Rom pula bergoncang .


Di langit para malaikat sibuk bercakap tentang kelahairan insan yg agong yg mengubah sejarah dan tamadun dunia ,insan yg menjadi sumber rahmah kepada penduduk Alam iaitu semua makhluk . sejak itu juga Allah memerintahkan pintu langit di tutup dan para jin yg kuat dan hebat yg ingin mencuri rahsia sudah tidak boleh melakukannya dan para jin yg cuba melakukannya akan direjam oleh tahi bintang /panah malaikat .bersambung
.

Sebab Saidina Uthman Menjadi Jutawan


Setelah Abrahah dan tenteranya musnah , banyaklah barang-barang/harta -harta yg bernilai yg ditinggalkan oleh mereka . Diriwayatkan bahawa yg menyedari perkara itu ialah 3 orang iaitu seorang drp Bani Hasyim ( Abdul Mutalib sendiri ) seorang drp Bani Umayyah iaitu Affan bin Abul Ass bin Umayah ( bapa kepada Saidina Uthman) seorang lagi dari suku Thaqif dari Taif iaitu Abu Mas,ud Ath Thaqofi .


Inilah agaknya dikatakan oleh Allamah As-Sibtu bin Jauzi ,pengarang kitab Mir’atuz Zaman yg setebal 40 jilid itu yg mengatakan sebab-sebab kenapa Saidina Uthman menjadi kaya raya .Tetapi bagi sesiapa yg tahu kelebihan Saidina Uthman sudah tentu menolak pendapat ini iaitu kekayaan beliau adalah mewarisi harta bapanya dan bapanya mengambil harta drp harta peninggalan Abrahah dan tenteranya .


Saidina Uthman terkenal dengan pakar dlm perniagaan , jadi boleh juga dijadikan faktor bahawa kekayaan Saidina Uthman adalah dari mewarisi harta bapanya dan bapanya mendapat harta drp harta peninggalan Abrahah dan tenteranya ,tetapi tidaklah 100% boleh diterima pendapat itu. kerana ramai orang yg mewarisi kekayaan peninggalan harta pusaka drp ibu bapa mereka sering habis dlm masa yg singkat kerana tadbir urus yg lemah .

Saidina Uthman memang kaya sebelum memeluk Islam lagi dan menjadi jutawan setelah berhijrah ke Madinah .Saidina Uthman berhijrah ke Madinah tanpa membawa sedikitpun harta seperti orang Islam yg lain .Beliau meninggalkan hartanya di Mekkah dan dirampas oleh orang kafir .Ini adalah satu bukti yg Saidina Uthman menjadi kaya raya bukan sebab harta peninggalan ayahnya tetapi atas sebab beliau yg pakar berniaga seperti Saidina Abdul Rahman bin Al Auf .

Saidina Utman terkenal dengan sifat dermawannya cthnya sehingga pada satu ketika beliau menginfakkan hartanya di dalam perang Tabuk dan banyak lagi . Bersambung

Debat- JIMMY SWAGGART vs AHMAD DEEDAT

video

AssalamualaikumDEBAT : AL QURAN ATAU BIBLE, MANA SATU FIRM

Ini adalah debat antara Jimmy Swaggart dengan Ahmad Deedat , ikutilah siri ini kerana ia boleh membuka minda .saksikanlah

Jasad Abrahah Meletup !


Burung – burung Ababil yg jumlahnya jutaan ekor itu tiba-tiba menjunam dlm keadaan menegak ke arah Abrahah dan tenteranya . Jutaan ekor burung Ababil itu melepaskan tanah/batu yg ada di kedua kaki dan paruhnya tepat ke atas Abrahah dan tenteranya .


Tiba-tiba mereka merasa pedih dan perit serta melecuh dan mencair ,bukan setakat itu sahaja bahkan berlubang ,tidak terperi sakitnya ,mereka umpama daun yg di makan ulat ( seperti yg diberitakan di dalam surah Al Fill ). Abrahah menyedari perkara inilah yg dikatakan oleh Abdul Mutalib semasa mereka berunding di khemahnya dulu.


Dan pada ketika yg sama tentera Abrahah yg masih belum krikikal parahnya ,mereka cepat-cepat memacu gajahnya ke arah Yaman ,mereka mahu menyelamatkan nyawa mereka sendiri ,pada ketika itu tentera Abrahah tidak lagi mempedulikan siapa prebet ,siapa jeneral ,apa yg penting adalah nyawa mereka sendiri.


Malangnya mereka telah di takdirkan hancur seperti daun yg dimakan ulat atau seperti plastik terkena api ,satu persatu tentera Abrahah dan gajahnya tumbang .Yang tinggal ketika itu ialah Abrahah barangkali Allah memberi peluang kepadanya memiliki nyawa yg agak panjang berbanding tenteranya .


Abrahah memecut laju gajahnya ke arah Yaman di dlm perjalanannya ada saja burung Ababil mengejarnya , agaknya utk menakutkannya . Beliau bernasib baik kerana sampai juga ke negerinya iaitu Yaman , tetapi sesampai sahaja di pintu gerbang kotanya , jasad Abrahah meletup dan terkeluar drp jasadnya nanah dan darah yg amat busuk ,maka tamatlah riwayat Abrahah


Penduduk Mekkah merasa gembira khususnya Abdul Mutalib ,di dlm hati Abdul Mutalib mengucapkan terima kasih dan syukur kepada Allah tuhan pengembala/menjaga Kaabah , Setelah kehancuran tentera Abrahah ,banyak barang yg di tinggalkan oleh Abrahah dan tenteranya , bersambung

Santa Claus, Nyayian , Hari Kekasih ,Holloween dan April Fool Bukan Dari Ajaran Kristian

video

Assalamulaikum

Ini adalah siri yg terakhir berkenaan HARI NATAL yg dijelaskan oleh Mantan Birawati Irene Hanondo , pada kali ini beliau menjelaskan beberapa perkara yg penting ...ikuti kisah ini seterusnya

F18A...Bahkan Lebih Canggih Drp Itu


Dalam keadaan gembala –gembala gajah berhempas pulas menggerakkan gajah-gajahnya supaya gajah-gajah itu menyodok dan merobohkan Kaabah ,tiba-tiba tidak semena-mena muncul sesuatu yg pelik lagi aneh dari arah laut merah kelihatan warna kehitaman –hitaman ………semakin lama semakin hampir warna kehitaman-hitaman itu .


Penduduk Mekkah yg berkhemah sementara di puncak-puncak bukit yg dalam kesedihan pun kehairanan ,begitu juga Abrahah dan tenteranya . gembala-gembala yg bengis dengan tempik soraknya yg keras itu pun tiba-tiba membisu . Abrahah dan tenteranya terpegun seketika , asyik dengan kejadian yg aneh yang melanda mereka


Langit tiba-tiba gelap seperti hujan mahu turun tetapi apabila diperhatikan betul-betul rupa-rupanya yg membuat langit gelap itu ialah sekawanan burung yang terbang betul-betul di atas Abrahah dan tenteranya . Dari mana munculnya jutaan burung ini ?,mengapa begitu banyak sekali ?


Abrahah dan tenteranya tidak menyangka dan tidak terfikir bahawa kawanan burung yang terbang berlegar-legar di atas mereka itu adalah burung yg membawa bencana yg dahsyat , burung itu dikenali sebagai BURUNG ABABIL . Kawanan burung Ababil itu datang dan terbang ke arah Abrahah dan tenteranya adalah atas perintah Allah Yang Maha Perkasa iaitu tuhan yg menjaga Kaabah ( gembalanya) .


Sesungguhnya doa Abdul Mutalib dikabulkan oleh Allah dan sekiranya Abdul Mutalib tidak berdoa pun nescaya Allah akan melindungi rumah-Nya juga di dunia ini iaitu Kaabah. Burung-burung yg dikenali di dlm Al Quran sebagai Ababil membawa tiga ketul batu atau tanah yg keras dan menyala –nyala .tanah yang keras atau batu itu dibawah oleh burung Ababil menggunakan paruh dan kedua kakinya.


Batu atau tanah yg keras itu diambil dari neraka yg akan di jatuhkan ke atas Abrahah dan tenteranya ,kisah ini dirakamkan di dalam Al Quran . Bersambung

Isau = Isa = Yesua = Yesus =Jesus


video

Assalamulaikum

Masih lagi dlm persoalan Hari Natal ,Apakah hukum mengucapkan SELAMAT HARI NATAL? mari kita cari jawapannya di audio pada siri yg ke 4 ini

SAAT DITALKINKAN

Bacalah...

Sebak dada bila membaca email ni…..

but its good ……
Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran.
InsyaAllah.. .

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di
atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak
tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku
sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas
itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan
siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat
berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita
sungguh nafasku sesak.
Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.

“Mengucap sayang mengucap….
Asyhaduallailah aillallah. ……..”

ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu
manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah
menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta
yang pernah merotanku kerana degil.

“Bagaimana dengan keadaannya doktor?”

Aku amati suara itu.Pasti itu
suara abang.Mungkin abang baru sampai.

“Tenat”,
jawab doktor dengan ringkas.

Itu ‘kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja..
Kita perlu usaha”.

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang
menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu..
datanglah… ..

Tapi mataku……semakin gelap.Adakah aku sudah buta?Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini.

“Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah.”

Abangkah yang bersuara
itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,
abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku..

“Tekanan darahnya amat rendah”.

sayup sayap kedengaran suara
doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya
mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.
Tapi,ibu…. .

aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah
daku.

“Yassin….. .”

bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu
itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???
Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!
Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik
lagi malaikat maut dtang.Aku di ambang sakaratul maut……
Aku semakin
tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa
lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya
sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

“Tolong ibu tolonglah aku,
aku takut”.Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak?

Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan.
“Panas,dahaga, haus,panas. …….”
tapi tiada siapa pun yang peduli.

Nenekku datang,

”Nenek. ……… ..”.


“Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau

cucu mahu masuk syurga,minum air ini”.

“Ibu……”.
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.

” Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah

dalam agama yahudi…..” .

Ayah…….
kau datang ayah…….” .
“Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani
tulah agama yang membantu kau masuk ke syurga”.

“Nenek….ibu. ….ayah. ….suara kau kah tadi??Kenapa kau

berubahlaku? ?Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

“Mengucap sayang, mengucap.Asyhaduall ailahaillallah. .. . . ..”.


Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku
sudah menjadi kelu..
Manusia-manusia berjubah hitam datang.

”Mari ikut kami”.

manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung
hijau,katanya

“Mari ikut kami”..

cahaya putih datang.datang kilatan
hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang

Apa ini,apa ini?.

Akulah sakaratul maut…….. !!!!!!”.

Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut
dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat
maut di hujung kepalaku.

“Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah……. “..

Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,
innalillahiwainnail aihirajiuun. …
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan
menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk.

“Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah
hari ini?Ah,busuknya, hanyirnya, hancingnya. ……”.

“Assalamualaikum. …..”.

“Siapa yang memberi salam itu?”.

“Aku”.

“Kau siapa wahai pemuda???”.

Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat
orang yang sehodoh,sekotor, dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang
tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning, coklat dan
entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya
terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya. …..
jijik,loya,aku rasa……..
teramat loya melihatnya.

“Kau tak kenal aku?”.

“Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik
ini”.

“Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari”.


“Bohong!”.


Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini

mendengarnya. .

“Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini”..


“Akulah amalanmu yang keji…….. ..”.


Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.Ya ! aku teringat

kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa
dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam
sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam
barzakh nanti.

Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat
yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana
Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah
berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus
lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat
kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak.
Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

“Tolong….sejuk! !!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong
jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!! !!Kenapa ramai orang melihat
aku???Aku malu……malu. ….malu. …..!!!! !!”.

Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu
diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah
badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu..

“Nanti,tunggu! !jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku
macam ini?Tolong rimas…..panas. …….”.

Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok
imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang
pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang
sendiri?

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.

“Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan” .

Dan kini baru aku sedar
aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat
takbir,ruku’ ,sujud dan tahiyyat.

Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?”

Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan
abang.Aku diusung setapak demi setapak”.

Al-Fatihah! “

Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah
dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?”.
Nun jauh di sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku

“Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!” .

Setibanya di tanah perkuburan,kelihata n satu liang yang besaiz dengan
jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam
liang itu.

“Perlahan-lahan” ,

aku terdengar suara tok imam memberitahu.

“Tolongkeluarkan aku dari sini!Aku seram!!!”.

Kini aku berada di dalam liang sedalam
enam kaki..Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

“Tanah apa ini?”.

“Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah”.

“Innalillahiwa innailaihi rajiuuun…. …Dari Allah kita datang,dan kepada
Allah jualah kita kembali”.

Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.

”Sesungguhnya mati itu benar
alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar……. .”

Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca
talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin lama,makin kabur dan
terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sdikit
pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap
dan……
aku kini keseorangan. .

“Nanti!Nanti! Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku
takut!!!Gelap! !!Panas!! !Tolong
!!!!

THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR LEFT OUT ONE MOST IMPORTANT THING IN DEATH…..

“SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM
MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK…DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT.”
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu
manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu
tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk
mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan
bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa
lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. ..
Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa…

corat-coret pengurus blog #2:itulah TEMUDUGA YANG PASTI

Media dan Islam

Assalamualaikum

Pada siri yg ke 16 ini menceritakan peranan media , propaganda media ..dan kaitan dgn Islam . saksikanlah

Gajah Pun Tau...


Ketika keluar drp Kota Mekkah ke tempat penginapan sementara , Abdul Mutalib melafazkan syair ini


Wahai tuhanku ! kami hamba yg hanya dapat mempertahankan binatang ternakan kami ,maka pertahankanlah gembalaan-Mu (Kaabah) ,janganlah salib yg menjadi pujaan mereka sampai mengalahkan Kaabah yg menjadi symbol engkau .Jika engkau membiarkan mereka dan kiblat kami maka terserahlah kepada Engkau .Wahai Tuhan ! perliharalah runah engkau ini drp golongan salib dan penyembah salib itu”


Setelah penduduk Mekkah mengosongkan Kota Mekkah dan berkhemah di puncak-puncak bukit dan di lurah-lurah air di luar kota Mekkah ,Maka Abrahah dengan gelojohnya mengarahkan tentera bergajah masuk ke Kota Mekkah . Terdengarlah pekikan arahan-arahan utk menggerakkan tentera bergajahnya .


Seluruh hati penduduk Kota Mekkah hancur melihat Abrahah dan tenteranya yg ingin meruntuhkan Kaabah terutamanya hati Abdul Mutalib .Sepanjang beratus tahun ketika Kaabah di bawah jagaan nenek moyangnya , Kaabah tidak mengalami sebarang kerosakkan kecuali kerosakkan kecil itupun ketika banjir ,tetapi sekarang ia akan musnah dan namanya akan hitam di kalangan ummat arab keseluruhannya dan hinalah selepas ini golongan Arab Quraisy yg sebelum ini dipandang mulia oleh ummat arab


Abdul Mutalib bersama pembesar Quraisy menyerahkan urusan penjagaan Kaabah kepada Allah kerana menurut mereka bermula dari Nabi Ibrahim sehingga kini Kaabah terselamat drp ancaman manusia . Dlm misi merobohkan Kaabah ,Abrahahlah yg mengetuai tentera bergajah tersebut dan dihadapnnya ada 12 gajah yg gagah perkasa beserta pengembalanya ,tentera Abrahah mara masuk ke Kota Mekkah dengan cepat


Tiba-tiba apabila sampai di hadapan Kaabah ,anehnya kaki gajah tersebut tidak mahu bergerak bahkan gajah-gajah tersebut duduk di atas pasir , seakan-seakan ada sesuatu yg menghalang ,Teruk gajah –gajah tersebut dipukul dan dipujuk tetapi sama juga tindakbalasnya ,tidak mahu bergerak walaupun seinci .ada seekor gajah bernama Mahmud yg amat taat ,juga enggan berdiri dan bergerak .


Tetapi anehnya apabila kepala gajah –gajah itu dihadapkan ke arah Yaman ,dengan tiba-tiba gajah-gajah itu bingkas dan bersegera berjalan dengan laju @ lari seperti ketakutan , Ketika terjadinya kelam kabut itu , Naufal bin Habib pemimpin kabilah Khat’sam mengambil kesempatan untuk keluar dan membebaskan dirinya beserta tenteranya lalu bergabung dgn Abdul Mutalib ,bersambung

Nabi Isa a.s Lahir Pada Musim Panas

video

Assalamualaikum

Dakwaan Kristian bahawa Nabi Isa dilahirkan di musim sejuk iaitu 25 hb Dis ,adalah palsu dan direka-reka ..ini bukan omongan kosong tetapi berbukti ...dengarkanlah penjelasan matan birawati ini . ini adalah siri yg ke 3

Jangan Jadi PhD


Terlebih dahulu penulis memohon maaf kerana tidak dapat menulis minggu lepas atas sedikit kekangan.Al-maklumlah,merancang pembelajaran di masa depan.

Aha,kalau di sebut pembelajaran di masa depan,tentu semua terbayang...
Nak ambil degree,lepas ni master,dikhatamkan dengan PhD lalu bergelar seorang DOKTOR!
Namun,ramai yang tak sedar bahawa kita semua telah menyemat PhD dalam kehidupan sehari-hari.Justeru,saya menyeru agar kita 'JANGAN JADI EN./PN. PhD'

Penyakit 3 Serangkai

Ehem..ini bukan bab penyakit fizikal,tetapi penyakit HATI.Izinkan saya menghuraikan PhD berdasarkan contoh isu semasa yang berlaku:

1)Prasangka=pesakit selalu memandang negatif niat orang lain.Misalnya,
Ala...buat Bank Islam tu bukan apa,sekadar menutup kerosakan dalam Parti A
Jangan sesekali mempersoalkan niat di sebalik perbuatan orang lain,apatah lagi yang menjurus kepada amal soleh.Apabila ini kita sering mempersoalkan niat orang,maka datanglah pula En. H yang seterusnya...

2)Hina=jeng,jeng,jeng...inilah kesilapan yang paling kerap dilakukan oleh parti politik.Pesakit mempunyai tabiat menghina dan memperlekehkan orang lain.Sebagai contoh,
Sudah lama Parti C memerintah negeri ini,namun tiada pembangunan yang kita nikmati selama pemerintahan Parti C.
Padahal,jurukempennya pun bukan orang negeri itu.Pengundi mana yang tak terasa dengan kenyataan itu.Apalagi,dibuktikan di kertas undi jawabnya...

3)Dengki/Dendam=Pesakit pada kebiasaannya mempunyai simptom serius seperti ingin melihat nikmat pada orang lain hilang.Dalam bab dendam,saya ingin menampilkan 1 ucapan yang masyhur...
Parti B tidak akan bergabung dengan Parti D kerana mereka pernah menipu kita dahulu...
Sebagai penutup,apa yang saya tulis banyak berdasarkan realiti(baca:POLITIK) bukan untuk memburukkan mana-mana pihak,cuma sekadar ingatan buat diri saya sendiri dan pihak lain.
Jalinkan ukhuwah,runtuhkan sifat mazmumah,tambahkan taqwa dan sifat mahmudah,KITA BINA KHAIRA UMMAH!

Keangkuhan Abrahah vs Keyakinan Abdul Mutalib



Setelah bermusafir 15 hari 15 malam di padang pasir yg berdebu ,dan tersasar pula ke Taif barulah Abrahah dan tenteranya yg seramai 20,000 orang itu sampai ke pinggir kota Mekkah ,Abrahah memerintahkan tenteranya berhenti dan melarang mereka terus masuk ke Makkah kerana dia khuatir gajah-gajahnya akan memusnahkan penduduk Mekkah . Tujuan dia ke Makkah hanyalah satu iaitu merobohkan Kaabah supaya sama rata dengan tanah


Abrahah memerintahkan tenteranya mendirikan khemah di pinggir Mekkah sambil menunggu reaksi pembesar-pembesar Mekkah akan hasratnya untuk merobohkan rumah Allah yg paling tua di dunia itu .Semasa Abrahah menanti jawapan itu , sebahagian tenteranya membuat perbuatan khianat seperti masuk ke Kota Makkah dan merompak binatang ternakan milik Abdul Mutalib bin Hasyim sebanyak 100 ekor unta .


Sebenarnya unta itu bukanlah milik Abdul Mutalib ia adalah milik Kaabah ,unta –unta itu dibela dan susunya diperah dan diberikan kepada fakir miskin dan musafir yg kelaparan seperti yg dilakukan oleh nenek moyangnya


Abdul Mutalib sangat sedih dengan berita itu tambahan pula kedatangan Abrahah ke Makkah untuk merobohkan Kaabah , Beliau bersama penduduk Makkah memang tidak terdaya utuk melawan tentera Abrahah yg sangat kuat itu ,sedang beliau berfikir bagaimana hendak menyelesaikan masalah itu ,tiba-tiba datanglah seorang urusan drp Abrahah


Nama utusan itu bernama HINATHAH AL HIMYARI ,tujuannya datang berjumpa Abdul Mutalib ialah untuk berunding ,perundingan itu berjalan begitu lama tetapi tidak berjaya ,oleh itu untuk mencapai keputusan yg memuaskan kedua-dua belah pihak ,Abdul Mutalib terpaksa pergi ke khemah Abrahah utk berunding secara langsung dgn gabenor Yaman itu.Ketika itu Abdul Mutalib berumur 72 tahun .


Butir-butir perundingan itu berjalan seperti berikut

Abrahah : Apakah tujuan tuan datang ke mari wahai Abdul Mutalib ?
Abdul Mutalib : Tujuan saya datang ke sini ialah utuk meminta tuan membebaskan
100 ekor unta milik saya yg tentera tuan merampas nya

Abrahah kehairanan melihat sikap Abdul Mutalib yg datang hanya utuk berunding supaya dibebaskan 100 ekor untanya dan tidak langsung menyentuh berkenaan keselamatan Kaabah ,Abrahah sangat gembira di atas perkembangan ini

Abrahah : Adakah tuan hanya meminta kepada ku supaya membebaskan 100 ekor unta yg dirampas oleh tenteraku tetapi menyampingkan Kaabah sebagai lambang agama ,kepercayaan dan kemuliaan kota Makkah yg akan aku runtuhkan sebentar lagi?
Abdul Mutalib : Unta –unta itu kepunyaan ku ,manakala Kaabah akan dijaga dan dipelihara oleh tuannya/pemiliknya nanti

Abrahah : Tidak ada sesiapa yg akan dapat melindungi seranganku nanti
Abdul Mutalib : Kalau demikian , kerjakanlah sekehendakmu

Berdasarkan jawapan drp Abdul Mutalib ,kita dapat lihat beliau mempunyai keyakinan yg sangat tinggi bahawa Kaabah akan dilindungi oleh Allah s.a.w,melalui utusan yg dihantar oleh Abrahah , penduduk Mekkah diminta mengosongkan kota tersebut untuk memberi laluan kepada tentera bergajah Abrahah utuk merobohkan Kaabah . Abdul Mutalib bersama-sama penduduk Makkah mendirikan khemah sementara di pinggir Mekkah menanti Kaabah selesai di robohkan .bersambung


Rahsia Bendera Israil

video

Assalamualaikum

Apakah rahsia bendera Israil? Apakah maksud 2 jalur yg terletak di sebelah atas dan disebelah bawah untuk mengetahui saksikanlah siri kali ini .

Nabi Isa a.s Di Lantik Menjadi Tuhan

video

Assalamualaikum

Demi tidak mahu melihat rakyatnya berpecah belah dan mahukan sokongan ,pemerintah Romawi mengistiharkan Nabi Isa lahir pada 25 Dis ..mengapa pemerintah Romawi berbuat demikian ...silalah ikuti audio ini .ini adalah siri yg ke 2

Tentera Abrahah Tersesat


Alangkah malangnya Abrahah serta tenteranya tersasar dan tersesat hingga ke Taif , Taif terletak di sebelah timur .Abrahah dan tenteranya telah tertipu dengan helah orang arab , Orang-orang arab yg dipaksa bersamanya membiarkan sahaja ,walaupun mengetahui jalan /arah yang dilalui Abrahah dan tenteranya salah .
Mereka orang arab sangat menyayangi Kaabah .
Mereka menganggap Kaabah adalah suci ,walaupun mereka sebenarnya menyembah berhala bukan menyembah Tuhan Yang Maha Esa .Apabila tentera Abrahah meminta ditunjukkan arah ,maka orang arab menunjukkan ke arah yg salah .


Orang arab sudah tidak berdaya melawan Abrahah dan tenteranya kerana tentera Abrahah yg kuat dan mempunyai peralatan yg canggih , Terbukti sebelum ini kabilah-kabilah yg cuba menghalang Abrahah dan tenteranya telah tewas seperti yg disebutkan sebelum ini. Setelah di ketahui bahawa beliau telah di tipu oleh orang arab yg ditemui di sepanjang perjalanannya , Abrahah dengan pantas menukar arah membelok ke Kota Mekkah .


Cita-citanya untuk melenyapkan Kaabah meluap-luap ,tidak sabar rasanya melihat detik Kaabah dimusnahkan dengan tentera bergajahnya yg perkasa itu. Berhala besar yg tersergam di Taif tidak diapa-apakan ,begitu juga berhala yg bernama Latta ( tuhan ke 2 terbesar penduduk Taif )juga dibiarkan .

Abrahah dan tenteranya tidak mengindahkan dan tidak terliur pun untuk merobohkan berhala-berhala tersebut , tujuan adalah satu iaitu merobohkan Kaabah dari muka bumi .


Apabila Kaabah lenyap dari muka bumi Mekkah ,barulah orang arab akan datang ke Negeri Yaman untuk menziarahi Kaabah buatannya itu .Bersambung

HOLLYWOOD

Assalamualaikum

Siri yg ke 14 ini menceritakan " FUNGSI HOLLYWOOD " sesungguhnya kita sudah lama terperangkap di dlm sistem dajjal ..agak susah untuk keluar dr sistemnya itu .. saksikanlah kisah ini seterusnya.

Kristian Tertipu

video

Assalamualaikum

Inilah siri yg pertama dlm membongkar "Hari Natal " .sebenarnya saya memaparkan audio ini ( ini bukan video) adalah untuk memberi penerangan kepada sesiapa yg ingin mengetahui agama krtistian yg sebenarnya . Penerangan ini adalah dibuat oleh mantan birawati iaitu Hjh IRENE HANDONO .

Tentera Yg Hebat


Atas tujuan untuk memusnahkan /melenyapkan Kaabah dari muka bumi Makkah . Abrahah membina satu angkatan tentera bergajah .
Angkatan tentera yg di bina itu adalah satu angkatan tentera yg besar lagi canggih yg tidak pernah di bina angkatan yg sebegitu oleh mana-mana kerajaan Arab pada zaman itu .


Suhu amarah Abrahah meningkat apabila mengetahui bahawa ada seseorang yg membuang najis
di dlm gerejanya . Dikatakan dlm sebuah riwayat ada seorang arab dari suku Kinanah datang ke Yaman semata- mata untuk membuang najis di dlm gereja Abrahah.Orang Arab tersebut sanggup melakukan perkara itu kerana perasannya sangat benci kepada gereja Abrahah



Sudah tiba masanya untuk menyerang Makkah .Angkatan tentera Abrahah yg seramai 20,000 orang tentera itu apabila melalui desa-desa dan lembah-lembah menyebabkan penduduk di situ lintang pukang ,mereka menganggap bahawa tentera yg masuk ke desa /lembah mereka adalah tentera musuh .


Ada juga kabilah-kabilah yg mengetahui hasrat Abrahah menyerang Kaabah lalu mengambil keputusan utk melawan tetapi penentangan mereka berakhir dengan kekalahan .Mereka kalah di sebabkan jumlah kabilah itu tidak ramai dan tidak kuat seperti tentera Abrahah ,bahkan mereka dipaksa mengikut Abrahah menyerang Kaabah seperti Zan Nafaraini


Selain drp itu ada juga kabilah yg lain mengambil keputusan seperti Kabilah Zul Nafarini iaitu Kabilah Khat’sam yg dipimpin oleh Nufail bin Habib . Walaupun Nufail seorang yg berani ,mereka tidak dapat menewaskan tentera Abrahah .Menentang tentera Abrahah bermakna seperti seekor kucing menentang seekor harimau yg amat garang .bersambung.

Yahudi Yg Menyembah KABBALAH adalah bukan Yahudi Yg Sebenar

video

Assalamualaikum

Si Baju Merah , kalau anda masih ingat ia adalah lagu yg popular pada masa dahulu ,saya tak pasti tahun bila... ,barangkali tahun 80an , sekarang saya baru faham pengertiannya ..terlalu lama Dajjal berjuang untuk di angkat menjadi TUHAN .. ini adalah siri yg ke 13...saksikannyalah

Related Posts with Thumbnails