email
twitter
facebook

Azab Anak Derhaka

video

Pada siri yg ke 5 saudari Aslina terus menceritakan pengalaman rohaniahnya di alam barzakh dan akhirnya menemui titik penemuan yg mengembirakan ..apakah titik penemuan itu ! ikutlah kisah seterusnya ..

Manusia Berusia Sebaya Di Akhirat.

video

Assalamualaikum.

Bermulalah pengembaraan ASLINA di alam barzakh ..di perjalanan itu beliau bertemu arwah bapanya ,terjadilah dailog ... apakah dailog beliau dengan arwah bapanya ... mari saksikanlah siri yg ke 4 ini.[

MENGKAJI UNSUR TENAGA PADA REKA BENTUK BANGUNAN

video

Assalamualaikum

Siri yg ke 3 ini ada 2 siri ( agaknya ini siri yg ke 2 ) akan datang inssyaallah saya akan paparkan siri yg ke 2 dari siri yg ke 3 . Di sebalik reka bentuk bangunan ada tersimpan rahsia yg belum kita ketahui ..baiklah untuk mengetahuinya , ikutilah siri ini . Terima kasih

Bukan Artis Sahaja Yang Berkemban


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan gambar seorang personaliti TiVi yang sedang berkemban. Walhal perkara ini bukanlah perkara baharu di Malaysia ini,kalau anda tak percaya selaklah akhbar dan majalah-majalah masa kini,tontonlah TiVi 1 hingga TiVi 9(ulang kaji tambahan buat yang mempunyai Astro),akan berhasillah pengkajian saudara-saudari sekalian dengan aurat-aurat perempuan yang terdedah.

Demi menjaga kemaslahatan mata-mata suadara-saudari,saya hanya meletakkan link ke sebuah blog yang sedang membuat pengundian Juara Artis Berkemban Se-Malaysia di sini. (lebih baik jangan ditengok)

Kekurangan Sebuah Slogan

Kecantikan hak milik setiap insan...
Alhamdulillah,kita yang cantik dan kacak ini semuanya kurnia dari siapa?
ALLAH
Maka apa yang kurang pada slogan iklan tersebut?

...HAMBA KEPADA PENCIPTA KECANTIKAN DAN EMPUNYA KECANTIKAN


Betapa kita sebagai hamba sering lupa menghargai nikmat CANTIK kurnian Tuhan,bahkan CANTIK itu menjadi FITNAH buat diri kita.

Ingatlah!Cukupkah kapan nan putih membalut dosa sekujur tubuh?

SIHIR KUNO YAHUDI

video

Assalamualaikum

Sudah sampai masanya saya paparkan EDISI BONGKAR The Arrivals yg lengkap selepas ini . Pada paparan siri yg terdahulu iaitu siri 25 hingga ke siri ke 36 adalah kisah pembongkaran identiti DAJJAL . Edisi lengkap ini bertujuan memberi gambaran dan bukti secara menyeluruh atas bencana yg akan berlaku ke atas seluruh manusia . Jom saksikan.

BILA WAKTU TELAH TERHENTI



Sebuah lagu
Serangkap tazkirah
manusia lalai selalu
saling mengingat pada ALLAH

UMMAT ISLAM YG TERBUKTI LALAI

video

Assalamualaikum,

Siri pertama STRATEGI KRISTEN MEMURTADKAN UMMAT ISLAM mudah-mudahan dapat membuka mata hati kita sebagai penganut ISLAM baka untuk menuntut dan mengkaji serta mengamalkan amalan ISLAM yg kita tinggalkan ..ayoh kita saksikan .

Sakitnya Mati .

video

Assalamualaikum

Seterusnya Paman Aslina menceritakan sedikit pengalaman kerohanian yg diceritakan kepadanya oleh Aslina . .. ikutilah kisah selanjutnya pada siri yg ke 3 ini.

Bilalah Nak Khusyuk Dlm Solat ...



Percaya ke kita bila disebutkan bahawa hanya 1 atau 2% sahaja umat Islam yang sembahyang? Kalau kita tak percaya maknanya mungkin kita belum faham makna sembahyang. Bila kita tanya budak kecil apa itu sembahyang, dia jawab, sembah Tuhanlah!.Betullah tu, pandai pun dia jawab.

Kita tanya pula diri kita yang dah dewasa ini, betul ke kita dah sembah Tuhan bila kita sembahyang? Sebagai panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira sembahyang ialah kategori 7,8 dan 9 sahaja. Yang lain itu hakikatnya termasuk dalam golongan 98 atau 99% yang tak sembahyang...takut juga kita dibuatnya

1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang.

Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau dah kufur...confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka...waliauzubillah.

2.Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang.

Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lain sembahyang.Tetapi yang sebenarnya, tak tamat ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!

3.Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu.

Mereka ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score A1 lagi. Tapi bila Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun qada'.Kadang-kadang terlepas waktu kerana sibuk sangat buat kerja nak cari duit. Kalau sembahyang pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang tonggek untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh round seluruh dunia. Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak faham, mereka ini golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan jahat? Mengadap Tuhan boleh lagi nak main-main...kalau depan raja pun orang dah kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala raja.Mereka ini kalau tak merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau dengan Tuhan - Syurgalah) Kalau dah dihalau dari Syurga, kemana agaknya kita kena pergi, sudah tentu semua dah maklum!

4. Golongan yang lalai dalam sembahyang

Mereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dah tak main qada' sembahyang. Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan stress, cukup rajin pula sembahyang jemaah dimasjid atau di surau. Orang sangka mereka ini orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi. Kalau kita nak tahu, diwaktu sembahyang hati dan fikiran mereka selalu melayang teringatkan problem yang masih tak selesai. Contohnya bergaduh dengan isteri, ceti dah datang, kunci hiang dll. Kadang-kadang sungguh hebatnya sampai teresak-esak menangis dalam sembahyang. Bukan tangiskan dosa dan takutkan Tuhan tapi sebab melayan perasaan sendiri. Dan ada dikalangan mereka yang lebih hebat lagi, bila bagi salam, kunci pun dapat! Memang tepatlah kalau mereka ini dikatakan golongan yang lalai.Mereka ini termasuk juga golongan yang biadap dengan Tuhan, macam orang yang berdepan dengan raja tapi buat hal sendiri. Raja tetap marah kerana tidak dihormati. Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah di Neraka Wail, waliauzubillah.

5.Golongan yang sembahyang tarik tali.

Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasa tarik tali antara ingat bacaan sembahyang dengan tidak. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai. Macamlah orang yang ada penyakit amnesia (hilang ingatan). Kejap sedar, kejap tak sedar. Baru cakap separuh jalan, dah pengsan. Kalau raja rasa yang penyakit ini dah teruk, tentu raja suruh dia tinggal di hospital agar penyakitnya boleh di"rawat ".Kalau masih terkawal, ada peluang juga tinggal di kalangan tetamu raja. Jadi, golongan ini walaupun bersembahyang tapi belum selamat. Sebab terpulanglah kepada Tuhan, macam mana Than nak beri 'markah'. Golongan ini bila sedar, hendaklah banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga ALLAH terima mana-mana bahagian sembahyang yang dia ingat, manakala yang lalai tidak dikira. Disamping itu, hendaklah mereka terus tingkatkan kualiti sembahyang mereka.

6.Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam sembahyang.

Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertarik tali dalam sembahyangnya. Mereka dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan dan lafaz-lafaz yang diucap dalam sembahyang. Sembahyang mereka pun nampak cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab, tetapi tak ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original tapi tak ada nilai apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang dibaca...dan tak nak pula belajar makna bacaan sembahyangnya. Nak khusyuk macam mana?... memanglah impossible! Inilah golongan awamul muslimin. Golongan ini juga belum selamat. Kalau di depan raja, mereka ini ibarat burung kakak tua yang tak faham apa yang diperkatakannya. Manusia yang berperangai burung kakak tua didepan Tuhan, manalah Tuhan suka!

7.Golongan yang selamat.

Mereka bersembahyang dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH. Selain sembahyangnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada sembahyang. Faham pula apa yang diucapkan dalam sembahyang.
Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka pada mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam istananya. Golongan ini selamat di dunia dan di Akhirat dan dapat masuk Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.

8.Golongan muqarrabin

Mereka bukan sahaja khusyuk dalam sembahyang, tetapi dapat juga rasa lazat dalam sembahyang, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang azab ALLAH, kecut hati dan perut mereka.Bila baca tentang rahmat ALLAH, hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai sembahyang mereka. Darjat mereka ini lebih tinggi dari golongan 7. Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja. Bukan saja mereka memuliakan raja, bahkan semua titah raja dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa, asalkan dapat berkhidmat kpd raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak payah soal siasat. Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka. Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat, tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus juga dijadikan ibadah.




9. Golongan siddiqin

Golongan
ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kena paksa diri untuk sembahyang tetapi betul-betul seronok nak sembahyang. Bukan rasa lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kpd ALLAH sewaktu sembahyang (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka ini terdiri dari kalangan para rasul dan anbia' ALLAH. Mereka ini ibarat menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur kalau terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja tak sayangkan mereka!. Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa. Malah banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kpd mereka.Nasib mereka di Akhirat tak payahlah nak dicerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan untuk selamatkan manusia.

Begitulah 9 kategori golongan manusia dan sembahyangnya...dimana kita agaknya? Bila diperiksa sembahyang kita agaknya belum lulus lagi. Ingatkan rasa lega dah tunaikan sembahyang, rasa dah cukup baik tetapi rupa-rupanya belum selamat lagi. Rupa-rupanya masih derhaka dan sangat biadap dengan Tuhan. Masya-ALLAH tak sedar yang kita derhaka dalam buat taat!. Marilah kita berusaha sungguh-sungguh untuk meningkatkan sembahyang ke peringkat 7 atau 8 kalau kita sayangkan diri kita. (Peringkat 9 memang tak boleh untuk orang macam kita). Moga-moga kita selamat di dunia dan Akhirat.

Pak !! Jangan Mati Dulu Ya...

video

Assalamualaikum'
Menurut Paman ( Pak Cik ) Aslina , berdasarkan pengamatannya , Aslina sudah meninggal dunia selama 2 jam kemudian diikuti koma selama 2 hingga 3 hari ...ikutilah pengalaman paman Aslina yg melihat sendiri Aslina meninggal dunia , pada siri ke 2 ini .

Lagi Pendedahan Dakyah Kristian!


Yang pasti............
ini bukan ayat al-Quran...... Semoga kita semua berhati2 jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara2 kita. Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR .................. Perhatian Kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay"(Terus reject) Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua.... Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mail ini... Itulah agenda mereka, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan sel id ikilah isinya juga... tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah Al-Quran......sebenar ayat Bible....

MATI HIDUP SEMULA SIRI 1

video

Assalamualaikum

Aslina seorang gadis, berumur 21 tahun telah disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka dan kembali koma selama beberapa jam , ketika beliau "mati " dan " koma " itu AlLAH membawa Aslina mengembara ke alam Barzakh ... ikutilah pengalaman Aslina dlm siri pertama ini.

BASMALLAH- kisah dari Majalah Iktibar



Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin di hujung kampung. Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tghhari, tiba di suatu simpang jalan, mereka

terdengar suara tangisan kanak-kanak.





Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu? Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara itu, jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki. Walau bagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan. Menurut salah satu drp budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya di mana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sahlah yg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.



Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar. Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya. Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.



Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat org lelaki. Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai. Ada sebahagiannya sibuk di tempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg memasak tidak membaca Bismillah...). Syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk. Ada juga yg muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.


Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu. Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri. Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia dgn bapa syaitan tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan. Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai.


Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka. Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. Mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah. Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang di rambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan. Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek. Untuk sehari itu, letih lah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak.


Macam Mana Rupa Unity Government?

Akhirnya dapat juga saya lepas daripada kekangan menulis atas nama badan ini.Teringin juga saya menulis mengenai cadangan unity government yang heboh sekarang ini

Adakah Mamat Khalid meletakkan makna tersirat pada babak terakhir dalam video ini?


Bantuan datang tika Lang Buana diserang.Inikah rupa unity government yang dicari?


Saya bukanlah peminat drama mahupun filem.Sesekali saya kagum dengan orang seni sebegini, misalnya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.Karya-karya beliau sememangnya penuh dengan mesej tersirat.Dahulu heboh di sebelah pihak mengenai video ini,manakala baru-baru ini penuh analisis politik semasa dikaitkan dengan petikan filem ini.

Biarlah apa orang hendak kata,Labu...asalkan kita kembali kepada matlamat yang satu, PENYATUAN UMMAH!

corat-coret:kredit kepada Media Plex atas kesudian memuat naik video Lang Buana.'Nasi tambah' dari cerita Fearless...
Dendam tak menyelesaikan masalah.Ia hanya menambah sengketa.

Pak Cik boleh guna bulu bashu...


video

Assalamulaikum

Kehidupan Umat Islam semakin bahagia semenjak PEMBUKAAN MEKAH ... ikutilah siri yg terakhir dlm MUHAMMAD UTUSAN TERAKHIR ini . selamat menonton . akan datang siri MATI HIDUP SEMULA akan datang menemui anda.terima kasih

INJIL VERSI JAWI???

Kitab Injil Versi Jawi
[Image: Al-quran.jpg]

Cara terbaru orang kafir nak menyesatkan orang islam..???

FATHUL MAKKAH

video

Assalamualaikum

Pada siri yg ke 11 ini tentera Islam akhirnya dapat membuka KOTA MAKKAH MUKAROMAH ..saksikan kehebatan tentera Islam yg tidak terkalahkan apabila berperang...

TAK PERNAH DIBUAT DEK ARAB...



video



Assalamualaikum

Siapakah yg mencadangkan parit digali disekitar MADINAH ? Mampukan parit itu menahan tentera MUSYRIKIN drp menyerang MADINAH ... kita lihat kisah seterusnya pada siri ke 10 ini

KHAZANAH YG SUDAH HAMPIR HILANG - BERENDOI
















AMPUN TUAN SERIBULAH AMPUN
HAMBA,HAMBA INI HENDAK BERENDOI
SEDIKIT PERKATAAN BANYAK TAK BETUL
DI DLM MAJLIS INI HAMBA MINTA AMPUN


MAJLIS INI SANGATLAH MULIA
MENGIKUT SYARIAT NABI DAN AULIA
UMUR DI DUNIA AKHIRLAH ZAMAN
MINTA SEKALIAN KITA MASUKKAN IMAN

KANAK-KANAK INI ORANG BERIMAN
PERCAYA SUNGGUH-SUNGGUH HADIS DAN FIRMAN
UMUR DI DUNIA AKHIRLAH ZAMAN
MINTA SEKALIAN KITA MASUKKAN IMAN


KUS SEMANGAT HAI ANAKMU TUAN
JANGAN TERGAMAM DI DLM AYUNAN
DIPANGGILKAN KAMI TETAMU SEKALIAN
IBU BAPAMU MINTA AYUNKAN

لا اله الا الله # لااله الا الله
لا اله الا الله # نبي محمد يا رسول الله
BISMILAH ITU PERMULAAN NAMA
KEADAAN ZAT DAN BERISMA
ZAHIR DAN BATIN SIFAT MENENTUKAN ISMA
QIDAM DAN BAQO’ SEDIALAH LAMA

ASALNYA KAMU DARIPADA LEMBAGA ADAM
KETURUNAN ILAHI NURUL KHITAM
DIPECAHNYA EMAPT NASIRNYA ADAM
DIPECAHNYA ITU SEKALIANNYA ALAM


SULBI BAPAMU RAHIM IBUMU
EMPAT PULUH HARI NUTFAH NAMAMU
DELAPAN PULUH HARI NUTQOH NAMAMU
SERATUS DUA PULUH HARI NAZRAH NAMAMU


DIKANDUNGKAN IBUMU SEMBILAN BULAN
LEBIH DAN KURANG TIADA DITENTUKAN
DILAHIRKAN ENGKAU BEBERAPA KESAKITAN
DIPANJANGKAN PULA MINUM DAN MAKAN

CUKUPLAH BULAN DENGAN HARINYA
LAHIRLAH ENGKAU KE ALAM NYATA
IBUMU BERHARAP CUKUP DAN SEMPURNA
BERDOALAH IBUMU SEPANJANG MASA


TETAKALA ENGKAU LAHIR KE DUNIA
DISAMBUTNYA BIDAN TANGAI TERKAPAI
DIBASUH DICUCI DENGAN SEMPURNA
DIAMBILNYA KAIN DIBERINYA PAKAI

BEBERAPA DI PASANG DIAN DAN TANGLUNG
DIANGKAT DICIUM LALU DIBEDUNG
JIKALAU JAGA DIANGKAT DIDUKUNG
KASIH IBUMU TIADA TERTANGGUNG


لا اله الا الله # لااله الا الله
لا اله الا الله # نبي محمد يا رسول الله

-----------------------------

ALHASAN THUMAL HUSIN # IBNI ALI SITI FATIMAH
WAFAT HASAN MENINGGALKAN HUSIN
MATI BERPERANG SABILILAH

HARAP IBU MU BUKAN SEDIKIT
TINGGI DRP GUNUNG DAN BUKIT
SELAMA-LAMA MERASAI SAKIT
SEMBILAN BULAN TIDA BERBANGKIT


BAIKLAH JUGA ENGKAU FIKIRI
SAKIT IBUMU TIADA TERPERI
MENCARI MAKAN SEHARI-HARI
LEMAK DAN MANIS SEMUA DIBERI

DENGAR OLEHMU SEKALIAN ANAK
TETAKALA ENGKAU MASIH KANAK-KANAK
APABILA SUDAH TIDURMU NYENYAK
MENCARI MAKAN MANIS DAN LEMAK


ENTAH BERHUTANG KESANA KEMARI
SEDAPAT-DAPAT IBUMU MENCARI
ANAKU TIDAK TAHUKAN DIRI
MAKANDAN MINUM SAMBIL BERLARI

SEDIKIT TIDAK MENARUH BELAS
KASIH IBUMU TIADA TERBALAS
DIBERI PAKAI SERBA IHKLAS
SEKARANG DISURUH TERLALU MALAS

AL HASAN TSHUMAL HUSIN # IBNI ALI SITI FATIMAH
WAFAT HASAN MENINGGALKAN HUSIN
MATI BERPERANG SABILILLAH
-----------------------------------------------------


ZAMAN BERZAMAN YA RASULALLAH
DIAM BERDIAM DITANAH MEKAH
WAFATNYA NABI NEGERI MEKAH
MENINGGALKAN ANAK SITI FATIMAH


LA ILAHA ILLALLAH ,TALI YAG TEGUH
SEBUT OLEH MU BERSUNGGUH-SUNGGUH
SIANG DAN MALAM JANGAN BERTANGGUH
SUPAYA MESRA KE DLM TUBUH

LA ILAHA ILLALLAH ,KATA BERTALI
SEGALA MAKNA HENDAK KETAHUI
LAFAZ DAN MAKNA SEMUA SEKALI
INILAH AMAL SEKALIAN WALI


LA ILAHA ILLALLAH , BUKAN KEPALANG
SEBUT OLEHMU BERULANG-ULANG
SUPAYA MESRA KEDLM TULANG
INILAH BEKAL DIBAWA PULANG

ZAMAN BERZAMAN YA RASULULLAH
DIAM BERDIAM DI TANAH MEKAH
WAFATNYA NABI NEGERI MADINAH
MENIGGALKAN ANAK SITI FATIMAH
-------------------------------------------------------------------------------


YA RUSSAFIE YA SULTAN
ADAM DAN HAWA DATUK NENEK KITA
TURUN KE DUNIA DIBUKIT TUR SINA
ADAM DAN HAWA KELUAR DARI SURGA
THSUMA SOLA .THSUMAN SOLA
BAINA ZAM ZAM WAL MAKHO

SITI KHATIJAH ,IBULAH MANUSIA
LINABIYIL MUSTAFA

THSUMA SOLA .THSUMAN SOLA
BAINA ZAM ZAM WAL MAKHO

SITI AISYHAH ,IBULAH MANUSIA
LINABIYIL MUSTAFA

THSUMA SOLA .THSUMAN SOLA
BAINA ZAM ZAM WAL MAKHO

SITI SALAMAH ,IBULAH MANUSIA
LINABIL MUSTAFA

اللهم صلى وسلم وبارك عليه

PERSIDANGAN SETAN ANTARABANGSA


Written by cahayaislami
Wednesday, 11 June 2003
TAJUK : SUATU HARI DI PERSIDANGAN BANGSA2 SYAITAN SEDUNIA
LOKASI : VILLA IBLISSIYAH, PUNCAK SYAITANNIAH, GENTING HIGHLAND
TARIKH : 00-00-5000 TAHUN SYAITAN

Menjelang penghujung tahun , bermacam-macam persidangan telah diadakan untuk membentangkan laporan aktiviti. Dikalangan bangsa-bangsa syaitan sedunia juga turut mengadakan persidangan mereka untuk membentangkan laporan dan mengambil langkah-langkah wajar untuk terus meyesatkan golongan manusia.
Suatu persidangan syaitan-syaitan sedunia baru-baru ini telah diadakan di puncak VILLA IBLISSIYAH bersebelahan KASINO di Genting Highland.Persidangan ini dihadiri oleh setiap wakil-wakil syaitan dari seluruh pelusuk dunia bermula dari BERMUDA TRIANGLE sehingga dari negeri di Kutub selatan..
Majlis ini diadakan untuk memebentangkan laporan-laporan aktiviti syaitan-syaitan sedunia. Majlis itu telah dirasmikan oleh IBLIS LAKNATULLAH yang bertindak sebagai pengerusi majlis. Setiap yang hadhir akan membentangkan laporan-laporan terperinci serta pelan-pelan tindakan yang akan diambil untuk menyesatkan golongan manusia.

Laporan dimulai oleh seekor syaitan yang bermata juling bernama BAILL Klentong yang datang dari AS.

IBLIS : Apa yang kau nak lapurkan kepada kami wahai BAIL? tanya iblis

Baill : Wahai raja segala syaitan... aku telah berjaya menghasut seorang Raja yang bernama Soddom yang tinggal berhampiran negara Babelon, lalu ia dengan kekuatan tenteranya telah menyerang dan melakukan kerosakan ke atas negara jirannya. Akibatnya negaranya megalami sekatan perdagangan dari PBB PERSIDANGAN BANGSA2 BERSYAITAN SEDUNIA. Akhirnya rakyatnya yang tidak berdosa menderita sebab tak cukup makan..

Syaitan-syaitan yang lain bersorak sambil menggoyangkan ekor masing2.

IBlis : Bagus kerja kau ni Baill..Cuba pertingkatakan kualiti kau di masa-masa depan..
Berikutnya bangun pula seekor syaitan yang bernama Brutus Galihole yang datang dari negeri Mesir untuk memberikan laporannya.

Galihole: Boss... aku berjaya mnenghasut sepasang suami isteri yang akibat dari hasutan aku mereka telah bercerai berai..Adalah punya buduhhhh pasangan itu, sebab pasal ikan bakau pun mereka sanggup bercerai..si suami tu beli ikan pari, suruh isteri dia bakau tetapi aku lalaikan isterinya suruh rebus dengan tempoyak..suami dia melenting lalu diceraikan isterrinya..Itulah sebabnya kalau tidak bersabar dan tidak beriman..

Haaa.haanaa Syaitan-syaitan yang lain tergelak besar mendengarkan cerita Galihole..Iblis hanya tersenyum sahaja tanpa memberikan reaksi.
Kemudian ia memanggil pula syaitan yang bernama Redhovan Kelicik yang berasal dari Serbia...

Redhovan: Wahai IBLIS... KL sekarang ni dah banyak berubahlah..dulu masa aku datang tak de pun KL Tower... .nasib baik tak terlanggar tadi, aku ingatkan menatang apa yang bercahaya-cahaya dari jauh ni... kau tahu tak kat KL jemm punyalah teruk... .masa jem tu lah aku racun fikiran dia orang tu... ada sorang tu tension sangat pasal jem sehingga bila orang lain hon dia, dibunuhnya orang tuu... padan muka dia ..sekarang ni ada kat PUDU JAIL... besok mati dah tentu sama-sama dengan kita kat neraka...
Kemudian bangunlah seekor syaitan yang buta sebelah matanya bernama S.Vellooo berasal dari negara tuan rumah, Malaysia..Berkata S.Vellooo." Wahai raja ku... kat tempat aku dulu mulanya ramai yang rajin sembahyang .. tapi selepas aku goda mereka dengan kemewahan dan macam-macam lagi bentuk hiburan maka ramai yang tidak sembahyang, mereka asyik khayal dengan wayang 3Dlah, dengan judilah, dan macam-macam jenis hiburan kat luar tuu.. kalau ada juga yang sembahyang aku ganggu dia masa dia sembahyang sehingga start sembahyang sampai habis asyik tak khusyuk je dok fikir ekonomi yang meredumlah, airlah, saham GENTINGlah ,TELEKOMlah yang jatuh... ada juga yang berjaya ku pengaruhi supaya jangan sembahyang awal waktu..sehinggakan ada tuu yang sampai nak habis waktu zohor baru sembahyang sebab lepas tu boleh terus sambung dengan Asar..tak payah nak makeup 2 kali... Aku yakin TUHAN TAK AKAN TERIMA SEMBAHYANG ORANG SEPERTI ni.. Mudah-mudahan kat akhirat nanti ramai le kekawan kita.
Selepas itu muncullah pula seekor syaitan bernama JOSOP.. JOSOP : Sebenarnya kerja aku bukannya apa-apa..cuma main-main sahaja..

IBLIS : Apa main-main pulak niii... kita semuanya mesti seriuos dalam usaha meyesatkan golongan manusia... Haa cepat berikan lapuran kamu..

JOSOP : Wahai tuanku..sabar lah sampai aku beri lapuran... gini,,kerja aku cuma hasut orang tukar agama ,,tuuu jelah kerja akuuu... Baru-baru nii..heboh satu Malaysia pasal kes apo bondonya... riddah..murtadlah tuu..Si Ecah tuuu... aku punya kerjalah tuuuuu..Anak tok sheh nuuu.kau orang ingat senang nak pujuk dia..Bukan setakat tuu,,,beribu-ribu orang sedang diproses permohonannya ... .cuba periksa kat JAWI ke JAIS ke, PUSAT tak ISLAM kalau tak caya..kata JOSOP dengan bangga..
Maka bertanyalah sahabat-sahabatnya..apakah rahsia kejayaan JOSOP... Jawab JOSOP "Kat Malaysia nii... mana ada undang-undang nak cegah... aku pujuk-pujuk dengan sedikit kemewahan le... dengan jantan lee..dengan betina le... hancussss... . semuanya boleh pulun... La niii depa tengah dok bising-bising pasal nak jalankan undang-undang murtad... Aku masuklah leee jarum akuuu..Aku suruh diaorang pakai undang-undag 356... tahu tak apa apo bondonya... 3 tahun penjara, 5,000 RM dan 6 sebatan... kalau setakat undang-undang manusia gerentinya kita boleh makan..yang aku takut undang-undang ALLAH..kalau mereka laksanakan habislah kita...
IBLIS menganguuk kepalanya sambil berkata "Syukur aku ada syaitan macam kau ni" teruskan usaha... mungkin hujung tahun aku akan bagi sedikit insentif kepada kau ...
Seekor syaitan remaja yang berasal dari utara Kedah pula bangun memberi lapuran "Aku ni syaitan muda..kerja aku goda teman setia aku yang sebaya dari kalangan manusia untuk buat maksiat..cuba nengok tuuu... betapa punya banyaklah bohjanleh..bohsia_lee..ntah apa-apa boh lagi...
Tak dengar ke baru-baru ni kan ada pesta seks remaja... aku punya kerja le tuuu..sekarang ni masih boleh jalan la sebab pemimpin mereka tak tegas nak basmi..mereka lebih sibuk dengan urusan rebut jawatan... .Syoknya nengok remaja-remaja nuu buat kerja-kerja terkutuk tuuuu... eehmmmmm.
Seekor syaitan yang gendut perutnya dengan badan yang berkurap bangun mencelah untuk memberikan laporannya... Katanya dia datang dari Bangunan MALL sebelah HOTEL LEGEND. " Tuanku... dulu masa aku mula-mula menetap kat MALL tuu..taklah teruk sangat..sekarang nii nak naik lif aje kena tunggu beberapa minit..Masa dulu ramai yang pakai tudung tutup kepalanya... lepas tu aku berusaha bersunguh-sungguh sehingga akhirnya ramai yang dah tak pakai tudung lagi... Ade pulak tu yang mana-mana pakai tu aku hasut dia supaya di pakai kerana supaya dipandang cantik... Jadi dia pakai bukan kerana ALLAH..tentu ALLAH tak terima... nanti kat akhirat nanti tentu kena pakai tudung dari cairan tembaga yang mendidih... aduhhh sakitnya ... ... .

IBLIS mencelah " Bagus kerja kamu semua niii... Ada sapa-sapa lagi yang nak beri laporan... " Masing-masing berpandangan anatara satu sama-sama lain..Tiba-tiba dari pintu belakang bangunlah seekor syaitan yang bernama WAK LENTOK atau nama samarannya WAK TERKUTUK yang tempang kakinya. Ia berjalan menuju ke hadapan terhencot-hencot dengan tongkat daripada tulang ba_bi... Syaitan-syaitan yang lain terdiam sambil masing-masing dalam hati berkata "Apa pulak yang nak diperkatakan oleh sitempang ni... "

WAK LENTOK : Wahai IBLIS... Raja segala-syaitan" katanya dengan kuat..IBLIS yang waktu itu terkhayal mungkin terkenang masa dia diusir dari SYURGA dulu akibat tidak patuh perintah ALLAH dan puas hatinya bila dapat menyesatkan manusia, terkejut dengan kata-kata WAK LENTOK..

WAK LENTOK menyambung lagi...
" Dengar sini semua... sepanjang hidup ku ini... aku hanya menjalan suatu aktiviti sahaja iatu menghalang manusia dari belajar atau mengajar ilmu agama ... Inilah sahaja kerja aku sepanjang hidupku..Warisan orang tua ku... .Bila ada sahaja majlis ilmu aku akan lalaikan mereka... Ada yang pergi lepak-lepak main game lah, ada yang seronok-seronok pergi makan... ada yang aku hasut supaya pergi tidur le nengok tv laa dan macam-macam lagi. sebab tu aku lewat sikit tadi sebab sebelum tuu aku singgah sebentar kat tempat orang buat surat kabau kat Sg. Besi tuu..Aku tolong kawan aku tulis TULISAN YANG SESAT LAGI BOLEH MENYESATKAN MANUSIA ...
Lepas tu aku singgah kejap kat bawah tempat persidangan kita nii..Kau lihat kat sebelah persidangan kita..Berapa ramai yang sedang main judi tuuuu... JADILAH MEREKA ORANG YANG JAHIL DALAM ILMU AGAMA DAN APABILA MEREKA BERAMAL, MEREKA BERAMAL TANPA ILMU AGAMA DAN HANYA IKUT-IKUT SAHAJA. INI SUDAH TIDAK SAH DAN TIDAK AKAN DITERIMA OLEH ALLAH ... sudah tentu kat akhirat nanti ramai le teman-teman kita dari kalangan manusia... .
Mendengar penjelasan WAK LENTOK tersebut, IBLIS melompat kegirangan sehinggga terkentot-kentot mengeluarkan bau yang sangat busuk... Syaitan-syaitan yang lain-terkejut kehairanan sambil menutup hidung mereka lalu bertanya kepada IBLIS...
" Apa yang bagus sangat si tempang tuu buat sehingga kau terlalu gembira sedangkan kami ni dah buat kira lagi hebat... " Maka jawab IBLIS sambil menepuk-nepuk bon_tot IFRIT "Inilah yang kau tak tahu ni... Kamu semua mesti giatkan usaha untuk menghalang orang dari mancari ilmu... Marilah aku tunjukkan kamu akan kelebihan ILMU AGAMA.
Maka mereka beramai ramai menuju sebuah tempat kalau tak silap di daerah pantai timur..Sungai Golok namanya..Di sana ada seorang tua yang sangat rajin beribadat... Kemudian IBLIS bertanya kepada orang tua... .
"PAKCIK ... saya tak tahu nii... nak tanya satu soalan lah pakcikk..Boleh ke tuhan memasukkan bumi nii dalam sebiji telur... ."kata iblis yang menyamar sebagai orang muda..
Termenung orang tua yang jahil itu memikirkannya..iyelah... macammana Allah nak masukkan dunia yang besar ni dalam sebiji telur..katanya dalam hati... .Kemudian ia berkata "" Enntahhhlah... pakcik pun tak tahu rasanya tak boleh kut. "Baiklah pakcikkk kata iblis lalu ia dan pengikutnya chow dari tempat itu menuju ke tempat lain bernama Kg Rawa...
Berjumpalah mereka dengan seorang ustaz yang sedang mengajar... . " Ustaz... nak tanya satu soalan... .boleh tak tuhan memasukkan bumi ni ke dalam sebiji telur... Maka dijawab oleh ustaz tersebut Sudah tentu boleh sebab tuhan Maha Berkuasa, bila tuhan berkata JADI, MAKA JADILAH... wallahuallam... " "Iyeke pakciikk..mustahil dunia yang besar ni boleh dimasukkan dalam sebiji telur..kata IBLIS untuk meniupkan rasa was-was dalam hati ustaz tu..
"Tiada perkara yang mustahil bagi ALLAH..Bagaimana caranya wallahhualam "terima kasih pakcik..Kata IBLIS sambil meminta keizinan untuk berambus... .
Kata iblis kepada sahabatnya... "Kau lihat bagaimana mudahnya seorang itu menjadi kafir apabila berkata ia tidak tahu samada tuhan boleh memasukkan bumi dalam sebiji telur akibat tidak berilmu... .dan bagaimana sukarnya untuk menyelewengkan orang yang berilmu.. Oleh itu aku minta kamu semua supaya berusaha bersungguh-sugguh mencegah orang daripda mencari ilmu mudahan berkat usah kamu ramaile kekawan kita kat neraka nanti... . SESUNGGUHNYA AKU LEBIH TAKUT DARI SEORANG YANG BERILMU DARI 1000 ORANG YANG RAJIN BERIBADAT TANPA ILMU...

Kesimpulan...

Tuan-tuan yang dimuliakan oleh ALLAH..Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang dinyatakan oleh IBLIS dan konco-konconya... Marilah kita bersama-sama memantapkan ilmu agama kita agar tidak mudah ditipu oleh syaitan dan memenuhkan majlis-majlis ilmu di mana-mana saja kita berada..
Semoga ada manfaatnya dari kisah benar ni... ... ----
KETAKWAAN MEMERLUKAN KEIMANAN -----KEIMANAN TIDAK AKAN DIPEROLEHI TANPA ILMU YANG MANTAP
wallahuallam... ..

Ooo.. NAK MENYAMAR ...!?

video

Assalamualaikum ,

Kisah Nabi Isa a.s yg dipesongkan dan disamakan dgn KISAH HORUS tuhan matahari. menimbulkan kekeliruan dikalangan pengikut MASIHIAH /kristian .. lihat kisahnya pada siri yg ke 36 ini .

NATIONAL TREASURE

video

Assalamualaikum

Rabbi JUDIS menafikan tentang penggalian bawah tanah disekitar masjidil Aqsa ,kerana ORANG YAHUDI pun di larang memasuki "KUIL" tersebut ... MENGAPA? .Siapa yg boleh masuk ? Sungguh bertuah manusia itu . Ataupun sungguh laknat orang itu!! Untuk mengetahui jawapan saksikan lah kisah seterusnya pada siri ke 35 ini.

MEREKA YAKIN YG JASAD RASULALLAH MASIH UTUH







Perang di antara orang Islam dengan org kafir Kristian di kenali sebagai Perang Salib. Ianya
berlangsung begitu lama, kemenangan dan kekalahan berlaku silih berganti pada kedua belah pihak.
Umat Islam berjuang berhabis-habisan menentang pihak musuh. Segala kekuatan dikerahkan kerana pada waktu itulah kesempatan yang paling baik utk memperolehi syahid di medan perang. Raja-raja dari semua kerajaan Islam memberikan sokongan padu kepada setiap panglima perang yang tampil memimpin para pahlawan Islam menentang kafir kristian yg datang dari Eropah.



Salah seorang yang banyak berjasa dalam perang Salib ini adalah sultan Nuruddin Zangki (Zenggi) berketurunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Beliau diputerakan dalam tahun 118 masehi dan meninggal dunia pada tahun 1174 masehi. Seorang raja yang terkenal dengan takwa,warak dan adil. Disebabkan keadilannya itu dia digelar Malikul Adil (Raja yang adil). Pada waktu malam, beliau bangun untuk solat Tahajjud dan berdoa agar rakyatnya hidup bahagia dalam keredaan Allah dan terselamat di akhirat nanti.Pada siang hari beliau banyak berpuasa dan selepas solat, wiridnya sentiasa panjang. Seluruh kekuatan yg di milikinya adalah utk menentang serangan tentera Salib agar tidak dapat menjajah negara islam. Beliaulah yg membentangkan jalan kepada Salahuddin Al-Ayyubi, panglima perang Salib di pihak Islam yg telah berjaya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman kaum Salib.



Beliau sentiasa tenang dan gembira melayan semua rakyat dan menteri-menterinya, sekali pun negara dalam keadaan darurat perang kerana beliau sudah bermimpi berjumpa Rasulullah S.A.W. pada suatu malam. Dalam mimpi itu Sultan Nuruddin melihat Rasulullah dalam keadaan gembira, menandakan perjuangan kaum muslimin yang di pimpinnya dalam berjihad berhasil. Suatu hari Malikul Adil kelihatan tidak seperti biasanya, kali ini baginda nampak risau seolah-olah ada yang tidak kena dirinya. Menteri-menteri menyedari hal itu, namun mereka tidak berani bertanya. Kerisauan dan kegelisahan tersebut berpunca daripada mimpinya pada beberapa hari yang lalu. Mimpi itu sangat mengerikan dan sukar ditafsirkan.Dalam mimpinya itu, baginda memakai baju yang cantik bergemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah. Rasulullah memegang tangan Nuruddin dan menunjukan dua orang lelaki yang berada di hadapannya dan bersabda; “Kenalilah aku dan bebaskan aku dari dua orang itu!” Nurrudin terbangun, namun wajah Rasulullah dan dua orang lelaki itu kelihatan jelas di hadapan seperti bukan mimpi. Wajah kedua lelaki itu kelihatan
kemerah-merahan.Tidak seorang pun diberitahu tentang mimpi itu dan beliau yakin bahawa yang datang itu benar-benar Rasulullah S.A.W. Baginda Rasulullah sendiri telah bersabda; “Siapa yang melihat aku dalam mimpi,sama ertinya melihat aku di waktu bangun kerana syaitan tidak akan datang menyerupai aku.”




Keyakinan Raja Nuruddin akan kesahihan mimpinya itu dikuatkan lagi oleh mimpinya yang dahulu berhubung dengan peperangan. Ketika itu Rasulullah kelihatan sangat gembira sekali. Tetapi mengapa kali ini beliau kelihatan sedih? Dan siapakah gerangan dua lelaki yang ditunjukkan oleh Rasulullah itu? Nuruddin tidak habis-habis merenung dan berfikir; “Ah..ini tentu ada yang tidak kena pada keperibadian baginda yang mulia atau akan ada sesuatu yang mengancam maruah umat islam.” Dalam seminggu lamanya dia memikirkan hal itu dengan risau. Tiba-tiba mimpi itu berulang lagi, peristiwa seperti mimpi yang dahulu dan Rasulullah memanggil-manggil Nuruddin lagi: “Kenalilah aku dan bebaskan aku dari dua orang itu.”Baginda terkejut dan bangun kemudian langsung berwudhuk
terus bersolat tahajjud dan berzikir sebanyak-banyaknya di malam yang sunyi itu.
Kerana terlalu lama berzikir, baginda tertidur dalam duduk dan wajah Rasulullah menjelma lagi. Dalam masa yang tidak seberapa lama sudah tiga kali beliau berjumpa dengan Rasulullah dalam keadaan yang muram. “Perkara ini benar-benar serius agaknya dan tidak boleh aku simpan seorang sahaja.” Kata Nurruddin di dalam hatinya. Apabila beliau tergerak hati untuk memanggil orang kepercayaannya, beliau teringat akan sabda Rasulullah. “Apabila seseorang bermimpi buruk, janganlah diceritakan kepada sesiapa pun. Insyallah tidak akan terjadi apa-apa.” Nuruddin berfikir sekejap, sanggupkah beliau menyimpan mimpi itu seorang diri? Tidak, mimpi itu sudah tiga kali datang, dan yang datang adalah manusia yang termulia.
Selepas solat subuh, Raja Nuruddin memanggil seorang menteri kepercayaannya, Jamaluddin



Al-Mushly. Lelaki itu sangat warak, takwa dan amanah seperti rajanya juga. Oleh kerana itu, dialah satu-satunya orang yang dipanggil oleh Nuruddin berhubung dengan mimpinya. Raja Nuruddin yakin, menterinya itu tidak akan membocorkan rahsia negara dan raja. Hari masih terlalu pagi, suasana masih gelap, disana kedengaran kokok ayam silih berganti dan waktu kerja pun masih lama lagi akan bermula. Namun menteri Jamaluddin sudah berangkat ke istana negara kerana menjunjungi titah.
“Engkau adalah orang yang paling kupercayai untuk menyimpan rahsia negara selama ini. Oleh kerana itu aku tidak merasa ragu lagi menceritakan mimpiku ini kepadamu. Jamaluddin mendengar dengan serius. Dia sendiri turut merasa gerun mendengarkan cerita rajanya. Kemudian Jamaluddin berkata.” Ini memang betul-betul mimpi yang benar wahai tuanku, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai Rasulullah.” “Betul tu, aku pun merasa demikian.” kata Raja Nuruddin menyokong pendapat Jamaluddin. “Raja
Nuruddin bertanya,”Jadi, agaknya apakah pendapat mu tentang mimpiku itu?” Jamaluddin
menjawab. “Menurut pendapat saya, ada rancangan jahat orang tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah dan Rasulullah tidak menyenanginya. Tuanku diberi tugas untuk mengagalkan rancangan
jahat itu.” Nuruddin seolah-olah dikeluarkan dari kebuntuan setelah mendengar tafsiran daripada Jamaluddin
itu. Beliau percaya bahawa pendapat menterinya itu benar. Raja Nuruddin berkata: “Pendapatmu betul, sekarang kemana dan bagaimana kita mesti mencari dua lelaki yang ditunjukan oleh Rasulullah itu?” Jamaluddin mengajukan usul: “Bagaimana kalau tuanku pergi ke Madinah terlebih dahulu. Di sana tuanku dapat berdoa dimakam Rasulullah yang mulia, memohon petunjuk daripada Allah di sisi kubur kekasihnya. Mudah-mudahan di sana tersingkap rahsia mimpi tuanku.” Semua persediaan dan bekalan segera disiapkan. Maka pada hari yang telah ditetapkan, beribu-ribu rakyat berpusu-pusu di hadapan istana untuk mengucapkan selamat jalan kepada raja
mereka yang dihormati.




Raja Nuruddin berangkat bersama-sama beberapa orang pegawai tinggi menuju ke Madinah. Di setiap kampung yang di laluinya, beliau disambut mesra oleh rakyatnya. Beliau merasa puas dapat berjumpa dengan berbagai rakyat begitu juga rakyat merasa gembira bertemu dengan raja yang berjiwa rakyat dan sentiasa tersenyum kepada semua rakyat.
Namun disebalik senyumannya ada perasaan risau dan ngeri yang sentiasa menghantui beliau, Tidak sesaat pun wajah kedua lelaki di dalam mimpinya itu hilang dari pandangan beliau. Beliau juga dapat mengambarkan dengan jelas perawakan kedua lelaki itu baik dari bentuk wajah,mata,susunan gigi,mulut, janggut bahkan kesemua seluruh tubuh kedua mereka. Kalau kedua lelaki itu melintas dihadapan baginda sudah pasti akan di tangkapnya. Disebabkan beliau asyik memikirkan tentang kedua lelaki tersebut, kadang-kadang beliau terpisah dari rombongannya. Beliau tidak putus asa untuk mencari kedua lelaki itu, secara bersendirian, beliau mengembara di antara bukit-bukit. Para pegawai tidak berani menegur apa-apa sebaliknya memerhatikan sahaja raja mereka dari jauh. Hanya menteri Jamaluddin sahaja yang sesekali mengingatkan beliau apabila beliau terpisah jauh dari rombongan.




Setelah beberapa hari perjalanan, rombongan beliau sampai di sempadan Madinah. Jamaluddin memberitahu beliau: “Tuanku, sekejap lagi kita kan memasuki kota Rasulullah S.A.W., oleh itu bersiap sedialah Tuanku.” Raja berkata:”Apakah cara yang harus aku lakukan untuk memasuki kota yang mulia itu?” Jamaluddin berkata: “Pertama hendaklah tuanku mandi dan bersuci, kemudian masuklah ke masjid Quba’ dan bersolat tahiyatul masjid, ini adalah untuk menghormati masjid yang dibina dengan tangan Rasulullah S.A.W. sendiri.” Raja dan rombongannya mengikut arahan Jamaluddin, setelah selesai mengerjakan solat di masjid Quba’ rombongan raja menuju ke taman Raudhah. Di taman yang mulia itu lah jenazah Rasulullah S.A.W. bersemadi. Perasaan mereka yang berada dihadapan tempat jenazah baginda Rasulullah S.A.W. disemadikan adalah amat berlainan sekali. Mereka berasa seolah-olah berada di satu alam yang lain. Lalu raja mengangkat tangannya tinggi-tinggi dan memohon kepada Allah S.W.T. supaya rahsia disebalik mimpinya itu di perlihatkan kepadanya sebelum kedua manusia jahat melaksanakan niat jahat mereka. Detikkan hati Raja Nuruddin yang begitu kyusyuk dalam doanya menyebabkan air matanya mengalir tanpa disedarinya. Memang disinilah salah satu tempat diperkenankan doa. Wajah Rasulullah S.A.W. semakin jelas di mata raja Nuruddin seolah-olah Rasulullah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan raja
Nuruddin. Beliau terdengar suara dekat telinganya yang berbunyi: “Kenalilah aku, dan bebaskan aku dari kedua lelaki ini.” Setelah baginda berdoa dengan penuh kyusyuk di taman Raudhah, kemudian datang petunjuk dari Allah seolah-olah beliau dapat menyingkap tafsir mimpinya itu di kota mulai tempat bersemadinya



Rasulullah S.A.W. Oleh kerana raja Nuruddin ingin segera mengetahui makna mimpinya yang menakutkan itu, lalu beliau memanggil gabenor Madinah dan berkata: “Beta mahu kamu kumpulkan kesemua penduduk Madinah, beta ingin bersalaman dengan mereka.”
Gabenor Madinah itu berkata:”Baik tuanku, segala titah tauanku akan patik laksanakan.” Gabenor Madinah pun segera menyampaikan pesanan raja kepada penduduk Madinah dan penduduk yang berhampiran kota Madinah. Setelah berita itu disebarkan maka orang ramai bersama seisi keluarga pergi ke dewan orang ramai dengan perasaan gembira. Tidak seorang pun yang tertinggal.Mereka yang tua dan uzur diusung sehingga banyak sekali usungan yang kelihatan dalam perjalanan menuju ke dewan orang ramai itu. Setelah Raja Nuruddin sampai di dewan orang ramai, maka beliau pun memandang kepada rakyat sebagai penghormatan. Mata raja Nuruddin mencari-cari wajah yang menjadi buruannya tetapi tidak juga kelihatan. Raja Nuruddin semakin risau, beliau duduk sekejap dan berbincang dengan pegawai-pegawai dari Madinah. Raja Nuruddin berkata:”Apakah masih ada rakyat yang melepaskan peluang untuk bertemu dengan beta? cuba siasat sekali lagi.” Kemudian para pengawai dari kota Madinah berbincang sesama mereka, mereka cuba mengingati wajah-wajah yang hadir. Tiba-tiba seorang pegawai berkata dengan serius dan bersemangat:”Betul tuanku, saya ingat masih ada dua orang kenamaan di Madinah yang tidak hadir di sini, mungkin kedua mereka tidak mendengar tentang ketibaan baginda tuanku ke sini.” Raja Nuruddin berkata: “Di manakah mereka berada dan siapakah mereka itu?” Denyutan jantung Raja Nayuddin semakin cepat tetapi beliau menahan perasaannya. Orang yang mengenali kedua lelaki itu berkata: “Mereka berdua adalah ahli tasauf dan ahli hikmah, sangat warak dan sangat banyak ibadahnya, sesiapa sahaja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa-fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah. Kedua mereka juga adalah dermawan dan telah banyak sekali membantu orang miskin dan fakir.”

Raja Nuruddin sangat tertarik dengan huraian pegawai tersebut, dan beliau berkata: “Beta ingin sangat bertemu dengan kedua mereka, jemputlah mereka sekarang juga.”
Tidak berapa lama kemudian kedua mereka itu pun datang ke dewan orang ramai setelah diundang. Kedua mereka berjalan dengan tunduk dan tawadhuk, sementara mulut mereka tidak berhenti-henti berzikir kepada Allah S.W.T. Apabila kedua mereka berdiri di hadapan raja Nuruddin, beliau terperanjat kerana kedua mereka itulah yang muncul di dalam mimpinya. Ternyata sekali beliau tidak bermimpi, beliau kini berada betul-betul dihadapan orang yang menjadi buruannya. Raja Nuruddin yakin bahawa itu lelaki yang muncul dalam mimpinya. Kalau ikut kan hati, hendak sahaja dia bertanya: “Siapakah kamu berdua ini.”
Raja Nuruddin bertambah hairan, ini adalah kerana mereka berdua itu begitu kyusyuk dan
tawadhuk, gerak geri mereka tidak sedikit pun mencurigakan. Dari segi rambut, serban mengikut sunnah Rasulullah. Sewaktu bersalaman menunjukan adab seorang alim dan ahli tasauf, tutur kata nya penuh hikmah dan selalu berasaskan Al-Quran dan hadis, tetapi mengapa Rasulullah minta dibebaskan dari kedua orang itu? Apakah dosa yang dilakukan mereka? Raja Nuruddin serba salah kerana mereka berdua dikenali sebagai orang alim dikalangan penduduk dan sentiasa menunjukkan sifat yang penuh tasauf, beliau juga menghormati kealiman dan ketasaufan mereka. Selepas majlis selesai, orang ramai pun bersurai. Raja Nuruddin masih tidak puas hati kerna teka-teki yang menghantui nya belum terjawab. Selepas menunaikan solat Raja Nuruddin beristighfardan berzikir, kemudian beliau berdoa panjang, dalam doanya beliau meminta yang lebih jelas dari Allah S.A.W. Ketika Raja Nuruddin duduk bersendirian, lalu datang menterinya Jamaluddin dan berkata:”Wahai tuanku, sudahkah tuanku jumpa dengan dua lelaki yang tuanku cari itu?”

“Ya..sudah.”
“yang mana satu tuanku?” “Jemputan yang terakhir sekali, beta pasti itu lah orang yang ditunjukan Rasulullah S.A.W. dalam mimpi ku.” Raja Nuruddin berkata:”Tetapi yang peliknya beta tidak dapat sesuatu yang mencurigakan pada diri mereka itu, akhlaknya gerak-gerinya dan tutur katanya semuanya mengambarkan keperibadian Rasulullah S.A.W. Setelah Jamaluddin mendengar kata-kata rajanya, maka dia pun berkata:” Tuanku, ketahuilah bahawa seseorang yang pada zahirnya menunjukkan baik dan mengikut cara Rasulullah, belum tentu
hatinya baik. Boleh jadi mereka hanya berpura-pura supaya orang ramai tidak mencurigainya. Padahal dia adalah musuh yang jahat. Raja Nurudin memang tahu tentang tipu helah orang-orang kafir yang sentiasa hendak merosakkan Islam dengan berbagai cara. Raja Nuruddin berkata lagi:”Apakah yang harus kita lakukan?” Jamaluddin berkata: “Tuanku mestilah mengadakan perisikan ke rumah orang itu secara sulit.” Raja Nuruddin dan menterinya Jamaluddin mengadakan perbincangan secara rahsia tentang cara yang terbaik untuk mendapatkan maklumat tentang pergerakan kedua lelaki yang disyaki. Setelah
sekian lama mereka berbincang akhirnya mereka mendapat satu cadangan yang baik, yakni orang ramai di jemput untuk menghadiri rumah terbuka atas arahan Raja Nuruddin.
Kedua orang yang disyaki juga di jemput sebagai tetamu kehormat. Rahsia ini tetap menjadi rahsia antara Raja Nuruddun dan menterinya Jamaluddin. Gabenor Madinah di beri tugas menjayakan majlis tersebut. Kesemua bahagian di dalam rumah itu diperiksa oleh Raja Nuruddin, malangnya tidak ada satu pun benda yang mencurigakan.Sebaliknya dalam rumah tersebut dipenuhi ayat-ayat Al-Quran yang digantung juga hadis nabi. Didalam almarinya dipenuhi dengan kitab-kitab agama, fekah dan tasauf. Keadaan rumah itu mengambarkan seolah-olah pewaris nabi S.A.W. Hati kecil Raja Nuruddin bertanya dalam hati, apakah lagi yang harus aku syaki? Kenapa baginda Rasulullah S.A.W. meminta pertolongan dariku supaya di bebaskan dari kedua lelaki itu? Setelah merasa puas menyelidik rumah tersebut, Raja Nuruddin mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tersebut. Apabila beliau hendak melangkahkan kaki, datang ilham yang membuat beliau teringin hendak melihat permaidani yang sangat indah terbentang di sudut rumah. Raja Nuruddin merasa
sangat kagum dengan keindahan dan kehalusan permaidani yang dianggap cukup mahal itu. Raja Nuruddin tidak puas hati dengan melihat sahaja permaidani itu tetapi baginda ingin membelek-belek permaidani itu, sewaktu Raja Nuruddin membelek permaidani itu, beliau ternampak di bawah permaidani itu ada papan, Raja Nuruddin mulai curiga tentang papan itu, lalu beliau mengangkat papan tersebut perlahan-lahan, ternyata dibawah papan itu terdapat sebuah terowong yang bertangga. Raja Nuruddin meneliti arah perginya terowong itu, akhirnya beliau terkejut dan berkata:” MasyaAllah, terowong ini menuju ke arah makam Rasulullah S.A.W. Kemudian Raja Nuruddin mengarahkan supaya kedua lelaki itu di tangkap. Dengan terbongkarnya rahsia tersebut, yakinlah Raja Nuruddin terhadap makna mimpinya itu, kedua lelaki yang menyamar alim itu adalah musuh yang hendak mencuri jasad Rasulullah S.A.W. Orang ramai datang menyaksikan keadaan di rumah orang alim itu. Beberapa orang telah turun kedalam terowong yang sangat jauh itu dan akhirnya mereka mendapati terowong itu sudah terlalu hampir dengan jasad Rasulullah S.A.W.
Setelah mendapat kepastian tentang terowong tersebut, orang ramai memukul kedua lelaki tersebut dan terus di bawa ke muka pengadilan. Di mahkamah, keduanya menggaku sebagai agen Yahudi.

Orang-orang Yahudi memberi perbelanjaan yang cukup banyak kepada mereka untuk mencuri
jasad Rasulullah S.A.W. dari makamnya. Apabila jasad Rasulullah berada di tangan pihak Yahudi, maka mudahlah mereka merendahkan martabat kekasih Allah dan menghina umat Islam. Umat Islam di Madinah merasa tertipu dan akhirnya kedua mereka di jatuhi hukuman mati. Raja Nuruddin telah memerintahkan supaya keempat penjuru (sekeliling) makam Rasulullah di pagar dengan konkrit sampai ke bawah tanah untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi lagi. Sebelum Raja Nuruddin berlepas dari Madinah sekali lagi beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W., kali ini Rasulullah S.A.W. merangkul dan memeluk beliau. Sebelum Raja Nuruddin berangkat meninggalkan Madinah beliau memberi taklimat terakhir kepada penduduk Madinah akan kejahatan dan dendam orang Yahudi terhadap Islam, dendam mereka terhadap Islam akan berterusan. Raja Nuruddin pun kembali ke Mosul dengan diiringi doa dan airmata oleh sekelian rakyat uang menyintainya. Ketahuilah bahawa hari ini orang Yahudi sudah berjaya menghancurkan perpaduan Islam. Mereka telah berjaya melagakan umat Islam sesama sendiri. Semoga kita segera bersatu untuk menegakkan
kembali Islam yang Agung.
Related Posts with Thumbnails