email
twitter
facebook

Isu Nama ALLAH:Pandangan Yang Tak Bergelar Ustaz


Kata Pengarah ILDAS dalam 1 slot,ketika saya mengikuti Program Jalinan Ukhuwah anjuran APIS Disember lalu...
Menterjemah 1 kata dalam 1 bahasa ke bahasa lain bukan mudah!
Justice tidak memberi makna yang sama seperti adil,kerana justice lebih kepada kesamarataan manakala adil diertikan meletak/melakukan sesuatu pada haknya. The question is...God=Allah?

Mereka Tahu ALLAH WUJUD
Lupakah kita bahawa musyrikin Makkah sendiri mengakui Allah itu Pencipta!Apa bezanya Muslim dengan Musyrikin dan Kafirin ini?
Mereka TIDAK MENYEMBAH ALLAH YANG ESA
Sebaliknya dengan sewenang-wenangnya mereka mencipta berhala-berhala untuk mereka sembah...para pendeta mereka merobah kitab Injil yang tulen lalu mewujudkan konsep Trinity.

Madah Berhelah 'Dakwah'

Mati-matian mereka menuntut penggunaan nama Allah.Kita boleh berhujah lanjut mengenai isu nama Allah,namun saya lebih suka anda meneliti kajian para ustaz JAKIM ini(muat turun di sini).Apa niat mereka sebenarnya?

Inilah yang diistilahkan oleh Ustaz Zaki sendiri sebagai paderi alaf baharu.Hadirnya frasa Allah dalam kegiatan dakwah(baca:missionary) mereka,bertambah mudahlah mereka untuk mengelirukan kita.Peganglah sekuat-kuatnya aqidah kita yang mengEsakan Allah,meniadakan yang setara dengan Allah,juga meyakini Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan-Nya dan tidak bersifat seperti makhluk(contoh:bertangan,beranak).

Jika mereka berjaya menternak Islamophobia,mengapa kita masih tak berjaya melaksanakan counter missionary@DAKWAH?Apa pula kata Dr. Asri di sini?


Ada Apa Denganmu...


Baru-baru ini dunia telah digemparkan dengan tawaran yang amat tinggi oleh pengurus Manchester City, Mark Hughes terhadap perancang AC Milan, Kaka.Tawaran City untuk Kaka dilaporkan bernilai 108 juta pound, lebih daripada 60 juta pound rekod dunia yang dicatatkan oleh Real Madrid kepada Juventus untuk mendapatkan khidmat Zinedine Zidane. Malah, City juga sanggup memberikan 500,000 pound seminggu untuk Kaka.(~tapi gagal~)

Namun PERSOALANNYA IALAH BAGAIMANA MEREKA(Mark Hughes dan pemilik City, Syeikh Mansour bin Zayed Al Nahyan) MASIH MAMPU MELETAKKAN HARGA YANG AMAT TINGGI UNTUK MEMBELI KAKA, SEDANGKAN EKONOMI DUNIA KINI SEDANG MENGALAMI KEMEROSOTAN? ADAKAH MEMBELI MANUSIA YANG SEPERTI KAKA INI LEBIH BERNILAI DARIPADA MENYELAMATKAN MANUSIA TERUTAMANYA RAKYAT PALESTIN??(sedangkan pemilik City ini orang Islam)

Oleh itu...
Berapa harga diri kita sebenarnya? Jika kita melihat manusia yang berbakat dan hebat sepertit Kaka dan Robinho, harga dirinya amatlah tinggi. Sebaliknya, jika kita melihat hamba Allah seperti pelacur, GRO dan sebagainya yang sanggup menjualkan tubuh badan mereka, harga diri mereka rendah.

Sebenarnya, harga diri kita 'priceless' di antara kita sebagai manusia kerana kita semua adalah sama dan tiada bezanya, namun kitalah yang menentukan harga diri kita(contohnya, harga sebiji epal yang elok berbeza harganya dengan 100 biji epal yang elok)Sebaliknya, di hadapan Tuhan yang Maha Esa itu, kita hanyalah sekadar hamba hina yang sentiasa alpa dan lalai kepada-NYA.(dah nama pun manusia=al-insan=an-nas=amnesia=pelupa)

Namun....
Manusia kini ber'tuhan'kan wang, ber'iman'kan kuasa, dan tergelincir dari الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ serta menjadi golongan الضَّالِّينَ sehingga sanggup mencampakkan harga dirinya ke lembah yang hina, memahligaikan wang dan kuasa dalam isi hati mereka.Memang patut surah Al-Fatihah menjadi surah yang wajib dibaca dalam solat (paling minimum kita baca sehari ialah 17 kali). Pendek tetapi bernas dan sungguh padat.Surah yang sepatutnya menjadi tazkirah(peringatan) dan doa yang secara tidak langsung kepada diri kita yang pelupa.



Adakah duit menjadi ukuran dan kuasa menjadi rebutan?
Sedangkan Khalifah Umar Abdul Aziz teramat sedih apabila beliau dilantik menjadi khalifah pada zaman Umaiyyah, mengapa kita menjadi gila pangkat(GIPANG)?

Sedangkan Abdul Rahman bin Auf yang merupakan jutawan yang amat kaya-raya itu sanggup mendermakan keseluruhan hartanya untuk Islam, mengapa kita menjadi tamak ringgit (TARING)?

Tamak kuasa gila pangkat,
Tanda-tanda kiamat nak dekat.
p/s : kenapalah manusia mengejar duniawi tapi tak nak menukar akhaki?
kenapalah manusia melihat tersurat tapi buta terhadap yang tersirat?

SIWAK?!

Kepentingan bersugi dalam Islam ?

Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Tahukah Anda Punca Gigi Berlubang?

Penyakit karies (caries) atau gigi berlubang masih merupakan topic yang hangat untuk dibicarakan sampai saat ini. Karies merupakan suatu penyakit jaringan keras gigi iaitu enamel, dentin dan sementum yang disebabkan oleh aktiviti bakteria dalam suatu karbohidrat yang dapat diragikan.

Pada tahun ke lima puluhan, Orland dan Keyes dalam penelitiannya memperlihatkan besarnya peranan bakteria dalam pembentukkan karies. Tikus percubaan diberi diet yang sangat kariogenik. Ternyata jika kondisinya dijaga bebas kuman maka karies tidak terbentuk. Ketika bakteria ditambahkan, karies pun muncul.

Plak gigi terbentuk dari saliva, sisa epitel jaringan mulut, sisa makanan dan bakteria. Peniadaan plak sebanyak mungkin setelah makan harus dilakukan kerana plak gigi memegang kunci dalam keberhasilan pembentukan karies. Sesuai yang dikatakan Kantorowicf: “clean teeth never decay” (gigi yang bersih akan sulit rusak). Antara bakteria yang terdapat pada plak gigi adalah jenis Streptococcus mutans, memiliki korelasi positif terhadap asal mula pembentukan karies.

Karies (caries) adalah penyakit multifaktorial yang meliputi (Keyes 1960):

  1. Host : Gigi & saliva
  2. Agent : Bakteria kariogenik
  3. Environment : Substrat (Sukrosa)
  4. Time

Seiring berkembangnya pengetahuan yang lebih mendalam tentang karies, para peneliti berlumba-lumba untuk menghentikan proses karies. Cara mekanik, kimia dan immunologi merupakan pendekatan yang paling rasional.

WHO telah mentargetkan pada tahun 2010 penduduk usia 20 tahun, 75% nya harus merupakan karies inaktif dan pada tahun 2025 targetnya meningkat menjadi 90%.

Kerisauan Yang Berasas..

Di pasaran dunia dan Malaysia khususnya terjadi lambakan barangan keperluan yang diperbuat daripada sumber yang haram dan beracun. Berdasarkan kepada Panduan Halal Haram yang di keluarkan oleh Consumer Association of Penang (CAP),

“Lazimnya berus yang diperbuat daripada bulu babi dilabelkan sebagai ‘Pure Bristle’. Selain berus lukisan, berus cat, berus menggosok kasut dan songkok, berus gigi dan berus cukuran dikhuwatiri mengandungi bahan haram ini.”

Disaat umat islam dilanda dengan kebimbangan mengenai status barangan halal khususnya keperluan dalam menjaga kesihatan mulut, Nabi SAW telah memberikan satu solusi yang terbaik hampir 1400 tahun yang lalu. Perlu kita diketahui bahawa pada zaman nabi telah terdapat pelbagai jenis alat pembersih mulut seperti powder tetapi siwak tetap menjadi pilihan Baginda SAW.

Contoh barangan yang disyaki mengandungi bahan beracun

Sejarah Siwak

Beraneka ragam peralatan sederhana digunakan untuk membersihkan mulut dari sisa-sisa makanan, mulai dari batang kayu, ranting pohon, kain, bulu burung, tulang haiwan hingga dari landak. Antara peralatan tradisional yang perlu diketahui sebagai pembersih gigi dan mulut adalah kayu siwak (Salvadora persica). Siwak (Chewing Stick) telah digunakan oleh masyarakat Babilonia semenjak 7000 tahun yang lalu, yang kemudian digunakan pula di zaman Kerajaan Yunani dan Romawi, Yahudi, Mesir dan Kerajaan Islam. Penggunaan chewing stick (kayu kunyah) berasal dari tanam-tanaman yang berbeza-beza pada setiap negera. Di Timur Tengah, sumber utama yang sering digunakan adalah pohon arak (Salvadora persica), di Afrika Barat yang digunakan adalah pohon lemon (Citrus aurantifolia) dan pohon limau (Citrus sinesis). Akar tanaman Senna (Cassiva vinea) digunakan oleh orang Amerika berkulit hitam, Laburnum Afrika (Cassica sieberianba) digunakan di Sierre Leone serta Neem (Azadirachta indica) digunakan secara meluas di benua India.

Emslie (1996) cit Babay (1999) melaporkan untuk pertama kalinya adanya prevelensi karies lebih rendah pada pengguna siwak dibandingkan dengan pengguna berus gigi biasa di Negara Sudan. Baghdady dan Ghose (1979) cit Babay (1999) juga melaporkan prevelensi karies yang rendah pada anak-anak sekolah di Negara Sudan akibat dari penggunaan siwak.

Pada penelitian Almas, Skaug dan Ahmad (2004) ekstrak siwak memiliki daya antibakteria terhadap Streptococcus mutans dan Streptococcus faekalis. Kelebihan siwak dalam membersihkan gigi dan mulut menurut Hardie dan Ahmed (1995) cit Darout, Skaug (1995) disebabkan oleh kesan mekanik dari serat-serat batang dan siwak mampu melepaskan zat aktif yang sangat bermanfaat. Hal ini mungkin merupakan jawapan terhadap prevelensi karies yang rendah di Sudan. Secara in-vitro menurut laporan Al-lafi dan Ababneh (1999) cit Darout et al (2001) siwak dapat menginhibisi (menghambat) pembentukan plak gigi, pertumbuhan dan produksi asid oleh beberapa bakteria kariogenik.

WHO pada tahun 1984 dan Consensus Statement on Oral Hygiene (2000) menganjurkan penggunaan chewing stick (kayu sugi) kerana efektivitasnya dalam menghilangkan plak dan mencegah karies gigi.

Komposisi Siwak mempunyai kesan sebagai berikut: (Tubaishat et al 2005):

  1. Trimethylamine berguna untuk menghilangkan karang gigi dan stain (kotoran), juga sebagai anti-bakteria, anti-inflamasi dan mampu menstimulasi gingiva.
  2. Chloride sebagai penghalang pembentukkan calculus dan membantu menghilangkan stain ekstrinsik dari gigi.
  3. Flouride berfungsi untuk memperkuat enamel gigi, mendukung remineralisasi sehingga mencegah terjadinya karies gigi. Ion flouride juga membentuk kesan penghalang terhadap pertumbuhan bakteria pada plak gigi.
  4. Silika suatu bahan abrasif yang berfungsi membantu membersihkan gigi kerana silika bekerja sebagai bahan pembersih yang dapat menghilangkan kotoran.
  5. Vitamin C membantu penyembuhan dan perbaikan jaringan gusi.
  6. Tannin atau molekul phenolic yang mengandung zat astrigen yang dapat melindungi gingiva.
  7. Saponin mempunyai sifat seperti sabun yang dapat melarutkan kotoran, dan dapat digunakan sebagai anti-inflamasi (peradangan) dan anti-mikrob.
  8. Flavonoids berfungsi menguatkan gingiva dan dapat mengurangi inflamasi (radang)
  9. Sterol dapat mengurangi penumpukan plak.
  10. Salvadorine berfungsi sebagai anti-bakteria, anti-inflamasi dan gingiva stimulating.
  11. Resins adalah produk amorphous yang membentuk lapisan pelindung untuk mencegah gigi dari karies.
  12. Sulfur bau dan rasanya yang pedas digunakan untuk melindungi gigi dari karies.
  13. Komponen anionik antibakteria adalah sulphate (SO42-), chloride (Cl-) dan thiocyanate (SCN-).

Peranan Siwak Sebagai Anti-karies

Almas dan Al-Zeid (2004) meneliti in-vivo kesan antibacterial yang cepat terhadap Streptococcus mutans dengan menghitung koloni bacteria dalam saliva pada subjek pengguna siwak, ekstrak siwak 50%, berus gigi, dan normal sanlin. Pengukuran menggunakan Vivacare (Caries Risk Test). Hasil penelitian menyimpulkan bahawa ekstrak siwak 50% mampu menurunkan kadar hitungan bacteria Streptococcus mutans dalam saliva dan menunjukkan penurunan bermakna Streptococcus mutans yang lebih besar pada penguna siwak dibandingkan penguna berus gigi biasa.

Cara Penggunaan Siwak

Orang menggunakan siwak dalam bentuk batang atau stick kayu dengan cara:

1. Batang atau cabang siwak dipotong berukuran pensil dengan panjang 15-20 cm. Stick kayu siwak ini dapat dipersiapkan dari akar, tangkai, ranting, atau batang tanamannya. Stick dengan ukuran diameter 1 cm dapat di gigit dengan mudah dan dapat memberikan tekanan yang tidak merusak gusi apabila digunakan.

2. Kulit dari stick siwak ini dihilangkan atau di buang hanya pada bahagian hujung stick yang akan di pakai sahaja.

3. Siwak yang kering dapat merusak gusi, sebaiknya direndam dalam air segar selama 1 hari sebelum digunakan. Selain itu, air tersebut juga dapat digunakan untuk kumur-kumur.

4. Bahagian ujung stick siwak yang sudah dihilangkan kulit luarnya digigit-gigit atau dikunyah-kunyah sampai berjumbai seperti berus.

5. Bahagian siwak yang sudah seperti berus digosokkan pada gigi, dan boleh digunakan untuk membersihkan lidah.

Dengan pesatnya perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan moden maka siwak digunakan dengan cara diolah dahulu kemudian ekstraknya dimasukkan dalam ubat gigi. Suryadi et al (2006) menunjukkan bahwa ubat gigi siwak mampu menginhibisi (menghambat) strain lokal Streptococcus mutans yang diisolasi dari gigi manusia.

Siwak Menerajui Era Sains dan Teknologi

Bagi menyimpulkan kelebihan siwak berbanding ubat gigi biasa, penulis akan memetik kenyataan Dr. M. Ragaii El-Mostehy dan rakan-rakan dari Kuwait dalam Siwak as an Oral Health Device (Preliminary Chemical and Clinical Evaluation):

“It could be concluded that Siwak and powdered Siwak are excellent tools for oral cleanliness. Because of its availability in this part of the world, being inexpensive and readily adopted by Moslems as part of their religious regimen, it is highly recommended in implementing a preventive dental health program for Islamic countries. Also recommendations should be directed to manufacturers of toothpastes to include the powdered form of Siwak in a highly debriding sophisticated toothpaste.”

Namun, perlu kita sepakati bahawa ilmu memberi kita pengetahuan relative dan tidak final serta boleh sahaja ia direvisi atau dibatalkan, sedangkan hadith nabi memberikan kita hakikat yang final dan mutlak iaitu fakta bahawa bersugi menyihatkan mulut dan kesukaan Maha Pencipta. Itu sahaja. Kita tidak mengomentari ini itu (kesimpulan ilmu pengetahuan) untuk selama-lamanya! (hadith)

Wallahua’lam.

Rujukan:

  1. Sayyid Quthb, Fiqhud Dakwah: Maudhu at fi ad-Dakwah wal Harakah. Alih bahasa: Abdul Majid, Lc. Aku Wariskan Untuk Kalian!
  2. Kidd EAM, Joyston-Bechal S. Dasar-dasar karies, Penyakit dan penanggulangannya.
  3. Panjaitan M. Etiologi karies gigi dan penyakit periodontal
  4. Axelsson Per. An Introduction to risk prediction and preventive dentistry.
  5. Axelsson Per. Diagnosis and risk prediction of dental caries.
  6. Wu CD. Chewing Stick, Timeless natural toothbrushes for oral cleansing.
  7. Babay Nadir, Almas K. Effect of miswak extract on healthy human dentin: an in vitro study.
  8. Almas K., Skaug N. Ahmad, I. An invitro antimicrobial comparison of miswak extract with commercially available non alcohol mouth rinses.
  9. Darout IA. Comparative Oral Health status of an adult Sudanese population using miswak and toothbrush regularly.
  10. Tubaisat RS, et al. Use of miswak vs toothbrushes: Oral health belief and behaviors among a sample of Jordanian adults.
  11. Almas, K. The antimicrobial effects of seven different types of Asian chewing stick.
  12. Suryadi A, Mangundjaja S, Soekanto SA, Djais A. Effect of Salvadora percica in dentrifice on streptococcus mutans from humans.
  13. Poisonous Toothpaste Discovered In Chicago Stores
  14. Siwak as an oral health device (preliminary chemical and clinical evaluation)

Apa Kata Quran?

Terganggu.Sepatah kata yang mengungkap kejelekan lanskap politik Malaysia yang dikatakan semakin 'matang'.

Video tersebut merupakan sebahagian daripada siri The Arrivals,sebuah kejadian yang cuba menyingkap kronologi kedatangan Imam Mahdi serta tipu daya Dajjal di Akhir Zaman(mungkin akan diulas pada masa depan,SIRI LENGKAP DI SINI).Ayat Al-Quran yang dipetik dalam video tadi ialah ayat 13 surah HUJURAT:
Hai manusia,sesungguhnya Kami menjadikan kamu daripada lelaki dan perempuan(bapa dan ibu) dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa(bermacam-macam umat) dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan.Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa.Sungguh Allah Maha Mengetahui lagi Maha Amat Mengetahui.

Umat Islam sekalian...kalau diketepikan isu ana Sunni,anta Syiah?,awak Wahabi,depa Ahbash,maka tersingkaplah hakikat kita mendukung pegangan LA ILAHA ILLALLAH sebagai MUSLIM lagi MUKMIN.

Solat kita 5 kali sehari...

Berpuasa kita di bulan Ramadan...

Berzakat tatkala cukup haul dan nisabnya...

Mengerjakan haji di Makkatul Mukarramah...bukankah kita SERUPA!

Buat yang bukan beragama Islam,ketahuilah kita bersaudara kerna kita masing-masing manusia ciptaan-Nya.Dengan izin Allah,satu hari nanti anda ketemu dengan sinar hidayah.
Itulah TAQWA yang menjadi indikator diri di sisi ILAHI.
UMNO-PAS Bagaimana?
Sebenarnya krisis ini mengingatkan saya mengenai serangan ke atas Gaza.Apa yang menarik mengenai serangan ke atas Gaza bukan sahaja pada keganasan Israel mengebom bumi Gaza yang sekangkang kera itu,sebaliknya sikap dingin Fatah dalam membantu pihak HAMAS di sebelah Gaza menghadapi ISRAEL+sikap Dunia Arab(terutamanya MESIR) yang menjurus kepada
Ohhh...I See...
Apakah sejarah hitam seperti itu bakal terpalit di bumi Malaysia,tatkala 2 parti Melayu-Islam yang dominan bercakaran sesama sendiri?Elok kita dengar pendapat Datuk Mufti yang sebenarnya berfikiran jauh untuk menjaga kesatuan umat Islam(kredit untuk mfr studio atas usaha murni beliau menerbitkan Misi Jelajah Wawancara Tokoh).

Corat-coret:Buat umat yang gundah,gaduh kecil pun nampak parah.Kembali YAKIN pada KITABULLAH!

Beneficial For All!

We glad to share with you,our blog's readers a few downloadable items for all of you.Insya-Allah,we will update this section due to neccessity.

Read To Share(pdf/Word/Power Point and others)
I Look,I Look,I See...(Audios@Videos)
  1. Ringtones=Betul3xSalah<>Jarjit-Apa Kamu Buat<>Jarjit-Ayam Berlari<> Mail 2 Singgit<>Ayam Goreng<>Theme Song<>Selamat Pagi Cikgu!<> Betul3x<> Assalamualaikum!<>Air Sungai<>
  2. Kah3x=Pidato Bahasa Jawa Bush<>Kamer Rider Jawa<>
  3. Halwa Murni=Jasa Bonda<>Yus Project<>Dealova<>Demi Matahari<>Fitna pt. 1 <> Fitna pt. 2<>Soldiers of Allah 1924<>La Tas'aluni<>Syair Imam Syafei<>Pantun Aurat <> Serangan?<>Surat Cinta 1<>Surat Cinta 2<>Surat Cinta 3<>Surilang<>We Will Not Go Down<>Masjidil Aqsa Deception!<>PILDACIL 1<>PILDACIL 2<>Kelahiran<>
  4. Mai Belajar=Tajwid<>Muslim Millionaire<>Senarai Nama Anak Dalam Islam<>English-Arabic Dictionary<>Software Peta Minda<>Who Wants To Be Millionaire<>Monopoly<> Flash Quran<>
p/s:please leave your comment about your downloaded items here!O.K or K.O?

Hubungi Kami Untuk Sebarang Persoalan/Aduan/Perkongsian Ilmu @Gambar@Artikal


Sebarang persoalan,cadangan @ kritikan yang membina untuk kami

Nama
Alamat Emel
Tajuk
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]


Bank Bahan Pendidikan Syariah Islamiah

Di sini memuatkan set-set soalan,alat bantu mengajar dan bahan-bahan yang berkaitan subjek Pendidikan Syariah Islamiah(dikemas kini dari semasa ke semasa).

*PENTING,pastikan anda mempunyai Adobe Reader untuk membuka fail pdf(boleh didapati di sini),WinZip untuk membuka fail zip(boleh didapati di sini),dan mempunyai fon jawi@arabic.

Set Soalan JAPIM
Set 1<>Set 2<>Set 3<>Set 4<>Set 5<>Set 6<>Set 7<>Set 8<>Set 9<>Set 10
Alternatif muat turun
Set 1<>Set 2<>Set 3<>Set 4<>Set 5<>Set 6<>Set 7<>Set 8<>Set 9<>Set 10

Set Soalan Topikal JAPIM
Tingkatan 4=Aqidah<>Ayat Hukum<>Fiqh<>Hadis Hukum<>Usul Fiqh
Tingkatan 5=Aqidah<>Ayat Hukum<>Fiqh<>Hadis Hukum<>Usul Fiqh<>Perundangan Islam
Alternatif muat turun
Tingkatan 4=Aqidah<>Ayat Hukum<>Fiqh<>Hadis Hukum<>Usul Fiqh
Tingkatan 5=Aqidah<>Ayat Hukum<>Fiqh<>Hadis Hukum<>Usul Fiqh<>Perundangan Islam

P & P(Alat Bantu Mengajar)
Tingkatan 4=Aqidah<>Ayat Hukum<>Hadis Hukum<>Usul Fiqh<>Fiqh
Tingkatan 5=Aqidah<>Ayat Hukum<>Hadis Hukum<>Usul Fiqh<>Fiqh<>Perundangan Islam
Alternatif muat turun
Tingkatan 4=Aqidah<>Ayat Hukum<>Hadis Hukum<>Usul Fiqh<>Fiqh
Tingkatan 5=Aqidah<>Ayat Hukum<>Hadis Hukum<>Usul Fiqh<>Fiqh<>Perundangan Islam

P&P Pendidikan Islam
Tingkatan 1<>Tingkatan 2<>Tingakatan 3<>Tingkatan 4<>Tingkatan 5

JAZAKAMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Terima Kasih,Thank You,Syukran Jazilan,Arigato Gozaimasu,Xie Xie,Nandre atas ziarah anda ke blog kami ^_^






Related Posts with Thumbnails