email
twitter
facebook

Blog 2.0:Kod Etika Blogger?

Akhirnya,Perdana Menteri Malaysia bersuara mengenai kod etika untuk blogger.


Apa PM Mahu?

Penulis blog hendaklah:

• Jujur dan adil dalam mendapatkan, melaporkan dan menginterpretasikan maklumat
Jangan sekali-sekali menciplak
• Mengenalpasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan
• Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat – dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut
Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta
Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera
• Perlihatkan cita rasa yang baik. Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi
• Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog
• Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi.
• Mematuhi standard yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain.

Mengapa Saranan Ini Timbul?

Adakah kerana tsunami politik 2008(masih bergelora kini) berpunca daripada tangan-tangan blogger?

Atau Yang Amat Berhormat sedar internet dan blog menjadi medan tempur maya yang menjuruskan fitnah?

Secara peribadi,saya fikir sebab yang kedua lebih penting dan mustahak bagi gagasan 1Malaysia.Bukanlah tuduhan serkap jarang terhadap blogger lain,tetapi itulah realiti alam maya.

Pergilah ke blog-blog sosio-politik,anda akan menemui hikayat 1001 malam hentaman terhadap parti lawan terkadang berulam kata-kata kesat.Beralih ke blog hiburan anda akan menemui ratusan gosip hangat yang segar dari ladang ketidakpastian.

Kini,blog agama pun sering menjadi medan pencak silat,antara fahaman A melawan fahaman Z.Tak lupa juga, yang berlesenkan dakwah untuk menggunakan kata-kata kasar lagi menghiris perasaan sasaran dakwah.

Entri Ini Belum Berakhir
Memandangkan kesibukan Ustaz Zaki,saya memangku tugas mengupdate blog.Entri ini ialah permulaan kepada siri Blog 2.0 di bawah kategori Akhlaq dan Dakwah.

Rasanya cukup untuk mengganti siri Dajal Al-Masih dan Siaran Ulangan karya Ustaz yang tertangguh.Buat peminat siri tersebut,sabar...

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails