email
twitter
facebook

Blog 2.0-Rasional Vs Emosional

Sambungan Siri 1[baca juga tulisan lama],Berita:Blogger di'BTN'kan?






Hanya Contoh:Rasional Ke Emosional?
Blog Oh Blog
Blog dibuat untuk tujuan yang rencam.Ada yang sekadar diari harian,ada yang berfungsi sebagai jurnal

pencatat pendapat dan pengulas isu.Tak lupa juga bagi yang kreatif,mencipta video blog dan photo blog.

Hidup sebuah blog tak bermakna tanpa pembaca dan tukang komen.Ada yang suka membaca sahaja,silent reader.Ada yang turut aktif berkongsi pendapat,inilah tukang komen.

Kadang kala,tulisan di blog boleh jadi tak keruan dengan bahasa-bahasa kasar ataupun kesat walaupun isi tulisannya perkara ilmiah.Inilah yang dikatakan fenomena rasional vs emosional tulisan kita di alam maya.

Tak kira apakah peranan anda,baik seorang blogger,seorang silent reader,mahupun tukang komen yang petah berkata-kata,ingatlah alam maya ini juga dalam lingkungan pengetahuan ALLAH!

BerkataTulis Yang Baik-Baik Sahaja
Dalam bidang penulisan(memandang majoriti isi blog ialah teks),ada 1 teori yang dikenali sebagai Teori YES [Yang Elok-elok Sahaja].Saudari Nasriah Abdul Salam yang mengulas mengenai teori ini menambah...
Dan bagaimana Teori YES ini berlangsung? Tidak lain dan tidak bukan, hanya satu – dengan menerapkan nilai yang dibawa oleh Islam juga. Prinsip adab dan akhlak, ibadah dan syariah, dan sebarang bentuk kebaikan mesti diacu, dicanai, ditempa dalam penulisan supaya menepati subjek dan falsafah yang dibawa oleh Islam. Oleh yang demikian, penulis yang menyampaikan ideanya lewat penulisan perlu sentiasa beringat bahawa kerja menulisnya adalah satu ‘pekerjaan’ yang akan membawa ke salah satu tempat sahaja- sama ada syurga atau neraka kerana penulis Muslim yang mukmin akan percayakan kewujudan benda-benda ghaib yang gagal dibuktikan oleh Barat lewat eksperimen makmalnya.[sumber]

Mutiara Hadis Nabawi
Sesungguhnya,amat bermanfaat sekali hadis junjungan Nabi Muhammad S.A.W...
Daripada Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka berkatalah yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka muliakanlah jirannya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka muliakanlah tetamunya” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Beriman kepada Allah,Yang Maha Mengetahui dunia online,offline bahkan alam ghaib sekalipun.Apapun yang kamu baca,lihat dan tulis di alam maya ini sentiasa diperhati dan diketahui Allah.



Beriman kepada Hari Akhirat,hari di mana dosa pahala dan syafaat menjadi penentu nasib kita di syurga atau neraka.Adakah tulisan kita di alam maya menambah catatan di kanan atau hanya 'pahala' di kiri?

Bersambung...

Inspirasi:KaryawanLuarNegara.com,SaifulIslam.com,IluvIslam.com [jujur,saya sedang kering idea...]

2 Ulasan:

zarzh berkata...

Assalamualaikum, salam ziarah, menarik dan bermanfaat tulisan sdr ni, teruskan insyaallah.......

muhammad fakhruddin berkata...

Waalaikumussalam...haza min fadhli rabbi,sama2 berjuang ;)

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails