
Sayyidina Saad bin Abi Waqqos ketika di ajak oleh Sayyidina Abu Bakar memeluk Islam ketika itu dia masih berumur 8 tahun , Umur Sayyidina Saad itu seperti usia Sayyidina Zubair Al Awwam .Sayyidina Saad seperti Sayyidina Zubair adalah golongan kanak-kanak yg matang dan suka bergaul dengan orang dewasa .
Ujian yg di hadapi oleh Sayyidina Saad hampir serupa dengan ujian yg dihadapi oleh Sayyidina Abdul Rahman iaitu ibunya yg bernama Umaimah bt. Abdul Mutalib telah menggugutnya bahawa dia tidak mahu makan dan minum dan tidak mahu berteduh di bawah rumah sehinggalah anaknya itu kafir dengan Muhammad s.a.w
Walaubagaimanapun ugutan ibunya itu ,ia tidak melemahkan semangat nya , imannya tetap utuh dihati dan jiwanya walaupun baru sahaja memeluk agama Islam . Sayyidina Saad bertanya kepada Rasulallah s.a.w , bagaimana sepatutnya dia berhubungan dengan ibunya .Pertanyaan Sayyidina Saad itu , menyebabkan wahyu turun , yg maksudnya seperti di bawah ini
" Dan kami ( Allah ) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa nya , Dan jika kedunya memaksa mu supaya mensyirikkan Allah s.w.t dengan sesuatu yg tidak ada pengetahuan mu tentang perkara itu ,maka jangan kamu mengikut keduanya ,Kepada - Ku lah semua akan kembali dan aku akan beritahu semua perbuatan yg telah kamu lakukan "
Surah Al Ankabut : ayat 8
Dengan turunnya wahyu itu Sayyidina Saad meneruskan lagi hubungan dia dengan ibunya dan berbuat baik serta menjaga ibunya , Tetapi pada hal-hal yg menyebabkan Allah s.w.t murka dan perkara-perkara yg menyebabkan syirik dia akan tetap dengan ajaran Rasulallah s.a.w.
Menurut ahli sejarah yg bernama Al Ustaz Munawar bin Khalil di dlm bukunya " Sejarah Lengkap Sirah Nabi Muhammad s.a.w " ada menjelaskan situasi Sayyidina Saad dengan ibunya ketika Sayyidina Saad baru memeluk Islam .
Menurut beliau ibu Sayyidina Saad yg sebenar ialah Hammad bt Abu Sufian bukan Umaimah bt Abdul Mutalib .
Ibu Sayyidina Saad berkata kepada anaknya
" Wahai Saad ,aku mendengar sekarang engkau menjadi manusia yg celaka ,Demi Allah ,Demi Latta ,Demi Uzza .Aku tidak akan berteduh di bawah atap rumahku ini , baik di hari hujan mahupun di musim panas , sebagai bantahanku kepada engkau yg menjadi pengikut Muhammad , dan sekarang kamu menjadi pengikut Muhammad ,maka haramlah engkau dari memasuki rumahku ini ,haramlah engkau dari memakan masakanku ini dan haramlah engkau minum air milikku "
---------------------
Hammah ketika melihat anaknya tidak berganjak dengan pengangannya itu lalu ia membatalkan sumpahannya itu .
Sayyidina Saad adalah orang yg pertama menumpahkan darah di dlm Islam kerana membela kemuliaan Islam , beliau juga seorang pahlawan yg membuka Negara Parsi dan mengalahkan pahlawan yg hebat dari negara itu yg bernama RUSTAM . Beliau hidup sehingga zaman Khalifah Ali bin Abi Talib dan melihat perpecahan ummat Islam ketika itu . Beliau wafat di dlm keadaan biasa iaitu di atas tempat tidurnya seperti Sayyidina Khalid bin Al Walid .
Menurut beberapa riwayat ada yg mengatakan bahawa Sayyidina Saad bin Abi Waqos telah pergi ke Negara China untuk mengembangkan syiar Islam di sana dan wafat juga di sana . Tetapi pendapat ini telah di tolak oleh sebahagian ahli sejarah ,Sesungguhnya Saad yg wafat di China itu bukannya sahabat nabi yg masyhur itu tetapi seorang pendakwah yg kebetulan namanya sama dengan nama beliau . Walla a'lam
Bersambung>>>>>









0 Ulasan:
Catat Ulasan