email
twitter
facebook

PSI : " Usul Feqh" Al Istihsan siri 1



Al Istihsan adalalah salah satu DALIL-DALIL HUKUM SYARA' yg tidak disepakati . Apakah maksud pernyataan ini ?. Secara ringkasnya Dalil-dalil hukum syara' terbahagi kepada 2 bahagian

  • Dalil-dalil hukum syara'yg disepakati

  • Dalil-dalil hukum syara' yg tidak disepakati
Dalil-dalil Hukum syara' yg disepakati bermaksud Jumhur Ulama' menerima dalil-dalil tersebut sebagai sumber rujukan apabila timbulnya masalah baru . Mereka akan merujuk kepada dalil-dalil tersebut . Dalil -dalil hukum syarak yg disepakati ini terbahagi kepada 4 iaitu


  • Al Quran

  • Al Hadis

  • Ijma'

  • Qias
Manakala Dalil-dalil hukum syara' yg tidak disepakati bermaksud tidak semua ulama ' menerima dalil-dalil ini sebagai sumber rujukan apabila timbulnya masalah baru bermaksud sebahagian ulama' menerima dan sebahagiannya menolak . Dalil -dalil ini akan dirujuk sekiranya dalil-dalil hukum syara' yg disepakati itu tidak dapat menyelesaikan masalah yg baru timbul itu . Terbahagi kepada 8 iaitu :

  • Al Istihsan

  • Masolihul Mursalah

  • Al Istishab

  • Sadzu zara i'

  • Qoulu sohabi

  • Sar'u man Qoblana

  • Amalul Ahli Madinah

  • Arfu wal Addah
MAKSUD AL ISTIHSAN

Bahasa : Menganggap sesuatu sebagai baik

Istilah : Menggunakan qias yg tidak nyata dengan meninggalkan qias yg nyata . atau mengecualikan sesuatu perkara dari dalil atau kaedah umum berdasarkan dalil-dalil yg tertentu .

Terbahagi kepada 2 bahagian


  1. Menggunakan qias yg tidak nyata dan meninggalkan qias yg nyata
  2. Mengecualikan sesuatu perkara dari dalil atau kaedah umum

1- Menggunakan qias yg tidak nyata dan meninggalkan qias yg nyata .

Apabila sesuatu masalah baru itu timbul para ulama' mujtahidin akan mengqiaskan masalah yg baru itu dengan perkara yg sudah ada di dlm Al Quran . Persamaan masalah baru itu disamakan dengan hukum yg sedia ada di dlm Al Quran itu dari segi persamaan Illahnya .

MASALAH BARU = Dadah yg disalahgunakan

HUKUM YG SUDAH ADA DI DLM AL QURAN = Arak

PERSAMAAN ILLAH = Apabila di makan /minum /hisap ia akan

menghilangkan kewarasan akal

HUKUM ASAL YG SEDIA ADA = Arak jelas hukumnya di dlm AlQuran iaitu

haram maka dadah pun hukumnya haram

Contoh di atas ialah contoh ulama' menggunakan kaedah qias untuk menyelesaikan /mencari hukum bagi masalah baru yg timbul . Cth di atas juga adalah bagaimana seseorang ulama' itu menggunakan qias yg nyata dlm penyelesaian sesuatu masalah.

Berlainan dengan Al Istihsan . Dalil hukum syara' ini menggunakan kaedah qias yg tidak nyata akan Illahnya /persamaannya dlm membuat sesuatu penyelesaian masalah yg baru timbul . cth .

MASALAH BARU : sisa air yg diminum oleh burung helang

HUKUM SEDIA ADA : sisa air yg di minum oleh manusia

PERSAMAAN ILLAH : Daging manusia haram di makan begitu juga dengan burung helang

HUKUM SEDIA ADA : Sisa air yg di minum manusia adalah halal di minum oleh itu halal

meminum sisa air yg di minum oleh burung helang

Cth di atas adalah satu contoh bagaimana ulama' menggunakn qias yg tidak nyata ketika hendak menyelesaikan masalah yg baru timbul , dengan mengenepikan qias yg nyata . Sepatutnya mereka menggunakan qias yg nyata untuk menyelesaikan sesuatu masalah yg baru timbul seperti cth di bawah :

MASALAH BARU : sisa air yg diminum oleh helang

HUKUM SEDIA ADA : Sisa minuman binatang buas

PERSAMAAN ILLAH : Daging kedua -dua binatang itu adalah haram di makan

HUKUM : oleh kerana sisa air yg di minum oleh bintang buas itu hukumnya haram diminum oleh manusia maka sisa air yg di minum oleh burung helang adalah haram diminum oleh manusia .


KESIMPULAN

Terdapat 2 hukum yg berbeza di atas pertama sisa burung helang adalah harus dan halal di minum dan yg ke 2 sisa burung helang adalah haram di minum . 2 hukum yg berbeza kesan dr cara hukum itu dikeluarkan .

sekiranya kita menggunakan qias yg tidak nyata maka terhasillah hukum sisa itu adalah halal di minum

sekiranya kita menggunakan qias yg nyata pula maka terhasillah hukum sisa itu adalah haram.

Jadi yg mana satu kita boleh amalkan /gunakan untuk kehidupan kita ,dibawah ini adalah jawapan bagi persolan itu .

PENDAPAT ULAMA'

  1. Mazhab Hanafi ,Hanbali dan Maliki ,mereka menerima pakai kaedah Istihsan untuk menyelesaikan masalah baru yg timbul . Mereka ber hujjah menggunakan Al Istihsan bermakna menggunakan kaedah yg diharuskan oleh syara'
  2. Manakala Mazhab As Shafie ,beliau menolak kaedah Al Istihsan sebagai penyelesaian sesuatu masalah yg baru timbul . Hujjah beliau menggunakan Al Istihsan bermakna membuka ruang kepada manusia untuk mengeluarkan sesuatu hukum berdasarkan kehendak manusia itu sendiri .

Begitulah pendapat ulama' berkenaan Al Istihsan ...insyallah saya akan tuliskan satu lagi kaedah Al Istihsan pada siri akan datang .....Brsambung

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails