Damai Aidilfitri bukan jaminan.Sedahsyat kemalangan jalan raya yang menggila,begitu juga ulah mulut,hati dan tangan manusia di jaringan Internet.Tak percaya?Baca di sini.Puasa Bernilai Lapar & Dahaga Sahaja
Saya menulis tajuk di atas,dengan kesedaran bahawa diri saya pun masih belum sempurna. Bukan ingin bersikap houlier than thou.
Penduduk Malaysia memang terkenal dengan sopan santunnya.Namun segalanya berubah 180 darjah pabila duduk memandu di jalan raya,mahupun di kerusi empuk depan komputer & internet!Apakah Ramadan masih belum mampu membendung nafsu amarah kita?
Mungkin,jawapan yang terbaik ialah terpulang pada iman dan hati masing-masing.
Muhasabah Perbetul Hati
Mudah mulut menuturkan maaf di Aidilfitri,di kala hati belum sempurna suci.Maka kita
menyaksikan,pemandu yang tak sabar dan gopoh terlibat kemalangan,tak kurang juga bergema semula swearing words yang terpendam ketika RamadanP*&%
C*&^$
Ba Alif Ba Ya
No Cursing,Please!
Pernah anda fikir,apa non-Muslim bakal cakap?Orang Islam pun mencarut juga kerjanya... Terpalit juga ustaz ustazah,golongan agama yang sebenarnya tak ikut tabiat anda.
Secebis Pengalaman Buat Teladan
Tatkala kecoh perihal blog menghina Islam satu ketika dulu,saya antara orang yang membaca dan memberi komen di blog tersebut(anda tak payah baca,terus flag di sini ye).Apa yang mengesankan saya mereka menjawab soalan saya tanpa sepatah pun kata-kata kesat,walaupun kami berbeza pendapat.
Tetapi apa yang saya kesalkan dengan sikap seorang pemberi komen Muslim,yang menulis...
LAST NIGHT I F*^# WITH YOUR MOTHER!!!Walaupun tujuannya murni(menegur sikap blogger ini yang lantang menghina Islam),apa yang Islam dapat daripada komen sebegini?Renungilah komen balas dari blogger tersebut...
I HOPE U NOT ANGRY!!!
MAYBE TOMORROW I $!#K WITH YOUR SISTER!!!
I THINK U SO HAPPY ABOUT THIS.
thanks a lot for your comment it`s just another proof of mental disease and foul mind. You are a true representant of Islam and good muslim. You also show what it needs to be a good muslim: no brain and a big mouth, cowardly hiding behind a computer screen.









3 Ulasan:
Saya setuju dengan anda.. Saye pun berusaha untuk menjadi lebih baik selepas tamat ramadhan yg lepas.. semoga ite semua sama2 memanfaatkan bulan puase yg kite lali tepoh hari..
p/s: Selamat hari raya maaf zahir batin :)
Sama-sama kita perbetulkan diri =)
betul kata saudara kerana kita pun belum cukup sempurna untuk menasihati dan menegur orang lain tetapi, kalau tidak berbuat apa2 lagi teruk bukan?
-junior fakhar-
Catat Ulasan