email
twitter
facebook

AKHIR ZAMAN siri 18 : Lubang Sebesar Duit Siling RM 0.50 sen

Tidak diketahui berapa lama Nabi Isa a.s dan kaum muslimin berkubu dan bertahan di Gunung Thur Saina . Bekalan dan makanan semakin berkurangan sehingga nilai satu kepala seekor kambing sehingga mencapai 1000 dinar . Nabi Isa a.s dan kaum muslimin mengisi kekosongan perut mereka dengan zikir-zikir kepada Allah s.w.t .

Keadaan Nabi Isa a.s dan kaum muslimin lebih kurang sama keadaannya seperti keadaan pada zaman kebuluran ketika tamatnya perang kaum Muslimin dengan kaum Rom yg mana peperangan itu lebih dikenali sebagai perang Armageddon dikalangan orang Barat . Ketika itu Nabi Isa a.s belun di turunkan oleh Allah lagi dan pimpinan kaum muslimin dipegang oleh Imam Mahdi r.a .

DI MANA KUBU / TEMPAT TINGGAL YA' JUJ DAN MA'JUJ ITU ?

Sebahagian ulama ' mengatakan di kawasan persimpangan Negara Turki iaitu diantara Armania dab Azerbaijan dan juga berdekatan dengan gunung Kaukasus di Negara Rusia . Ada juga yg mengatakan di Durben wallah a'lam




BAGAIMANAKAH MEREKA ITU MAMPU KELUAR DARI KUBUNYA ?

Ya'juj dan Ma'juj sentiasa hendak keluar daripada kubunya ,mereka sentiasa mengorek dinding benteng seharian sehingga mendapati lubang sebesar duit siling RM 0.50 , Kemudian mereka mendapati hari sudah malam dan mereka itu keletihan dan salah seorang /ketua mereka berkata mereka akan mengorek lubang itu kembali pada keesokkan harinya pula .

Apabila mereka bangun keesokkan harinya mereka pergi ke tempat semalam ,tiba-tiba mereka mendapati lubang itu sudah tertutup dan benteng itu kembali seperti biasa . Pada tahun-tahun terakhir pemerintahan Nabi Isa a.s iaitu pada tahun pemerintahan yg ke 35 dan ke atas . Ya'juj dan Mak'juj dapat keluar daripada kubu yg di bina oleh Iskandar Zulkarnain . Bagaimanakah mereka mampu keluar?

Seperti biasa mereka akan cuba keluar dan mereka sentiasa mengorek/menggali lubang pada dinding benteng yg meliputi mereka . Setelah mereka berhasil mendapatkan lubang sebesar duit siling RM 0.50 , salah seorang /ketua dari mereka berkata , " WAHAI KAUM KU KITA AKAN MENGGALI LAGI DINDING BENTENG INI ESOK
INSYAALLAH ! " Pada keesokkan harinya selepas mereka bangun drp tidur mereka pergi ke tempat yg sama dan mendapati lubang sebesar RM 0.50 itu masih kekal lalu mereka dengan gembira menggali sehinggalah terhasilnya lobang-lobang sebesar sebesar pintu-pintu rumah di merata- rata dinding benteng tersebut . Ekoran daripada terhasilnya lobang-lobang sebesar itu ,maka dapatlah mereka keluar drp benteng tersebut dengan mudah seperti keluarnya semut daripada sarangnya apabila sarang semut itu ditenggelami oleh air.

Maksud Hadis rasulallah s.a.w

" Yak'juj dan Ma'juj selalu menggali benteng mereka setiap hari ,sehingga bila telah kelihatan cahaya matahari berkata ketua mereka ,sudahlah ,kembalilah kamu pada keesokkan hari,Maka Allah mengembalikan benteng mereka itu seperti asal nya . sebagaimana keadaan sebelum ia digali . Pada keesokkan hari mereka menggali lagi .Maka apabila terlihat cahaya matahari maka berkatalah ketua mereka , kembalilah kamu dan kembalilah pada keesokkan hari , maka Allah mengembalikan benteng tersebut seperti sebelum ia di gali , maka apabila tiba saat mereka . Mereka menggali sehingga hampir kelihatan cahaya matahari lalu ketua mereka berkata ,kembalilah kamu dan datang lah lagi pada keesokkan harinya Insyaallah . Maka pada hari esoknya mereka kembali dan didapati benteng itu seperti keadaan semalam yg mereka gali . maka diteruskan sehingga mereka dapat keluar dari benteng tersebut . Maka mulalah mereka mengeringkan air di tempat yg mereka kunjungi dan menyebabkan manusia takut dan bersembunyi di tempat kubu-kubu mereka . Lalu Allah mengirimkan satu penyakit di leher mereka lalu matilah mereka"

Para pembaca juga boleh merujuk hadis pada siri yg lepas untuk mendapat gambaran yg lebih jelas perkara ini.

Kalimah
INSYAALLAH itulah yg menyebabkan lubang sebesar RM0.50 itu berkekalan sehingga keesokkan harinya . Sudah menjadi takdir Allah s.w.t perkara ini berlaku ,keluarnya mereka dipenghujung zaman ini menjadi salah satu tanda -tanda kiamat yg besar .

Kalaulah jumlah manusia yg bertamadun ketika itu samada muslim atau non muslim seramai 500,000,000 maka bilangan Ya'juj dan Ma'juj seramai 999 kali ganda iaitu seramai 499,500,000,000 .




Pada tahun yg ke 40 pemerintahan Nabi Isa a.s bermaksud juga UMUR UMMAT MUHAMMAD SUDAH TAMAT dan juga bermaksud alam ini akan kiamat sebentar lagi . Tiba-tiba pada suatu malam ketika beberapa orang ahli tahajud bersolat tahajjud , dan ahli zikir telah berzikir mnyelesaikan beberapa hizib zikirnya . Mereka berasa pelik mengapakan pada waktu malam itu seolah-olah tidak akan menjelang subuh . Mereka mengenepikan perasaannya itu dan mereka memulakan tahajudnya sekali lagi dan mereka memulakan berzikir lagi sehingga puas .

Akan tetapi subuh yg dinanti seolah-olah tidak akan menjelang -menjelang ,mereka sekali lagi mengenepikan perasaannya itu dan mulalah mereka memulakan semula solat tahajud dan zikir mereka sehingga puas . Kaum muslimin yg bangun malam merasai perubahan tersebut ,mereka mula bercerita sesama mereka kepelikan malam itu ,Tidak terlepas juga kaum Non Muslim yg telah puas tidur dan bangun ,mereka juga bercerita hal yg sama . Tiba-tiba terbitlah matahari dari sebelah barat , maka tahulah mereka apa yg sebenarnya berlaku . Umur Ummat Islam sudah tamat. Loceng sudah berdering ,masa sudah tamat . Markah sudah tidak akan diberi kepada peserta yg melebihi had masa yg ditetapkan . Maka genaplah umur Ummat Muhammad s.a.w selama 1500 tahun semenjak Muhammad s.a.w di utuskan sehingga terbitnya matahari .

Maksudnya di sini pintu amalan dan taubat telah di tutup , sesiapa yg beramal atau bertaubat selepas matahari terbit sebelah barat sudah tidak bermanfaat dan tidak diterima . Marilah kita teliti maksud hadis rasulallah di bawah ini ,

" Sesungguhnya tanda yg pertama ialah terbitnya matahari dari sebelah barat ,atau binatang Dabbah ,yang satu dibelakang berturut-turut . Kemudian Nabi menerangkan ,Yang demikian itu ,bahawa tiap-tiap matahari terbenam ia kan sujud di bawah arasy .Kemudian ia meminta izin untuk terbit ,lalu ia diizinkan ,sehingga Allah mengkehendaki ia terbit sebelah barat , Maka ketika ia sujud dan minta izin untuk terbit maka tidak diizinkan , kemudian ia meminta izin lagi ,maka tidak diizinkan , sehingga ia merasakan sekiranya ia diberi keizinan pun untuk terbit maka ia mengira sudah jauh dari timur , sehingga tiba waktu malam maka ia meminta izin untuk terbit lagi ,maka Allah s.w.t memerintahkan supaya ia terbit dari tempatnya ( tempat terbenam iaitu disebelah barat) . Kemudia Ibnu Umar r.a membacakan sepotong ayat " Pada hari tibanya sebahagian tanda-tanda kekuasan tuhan ,maka saat itu tidak berguna bagi iman yg baru ,jika dahulunya tidak beriman ,atau tidak berbuat kebaikan di dalam imannya yg dahulu itu,katakanlah ,tunggulah kamu ,kami juga menunggu ( Al An'am 158)"

Maksud Hadis rasulallah s.a.w yg lain

" Akan tiba padamu satu malam yg sama dengan tiga malam ,maka apabila tiba malam itu ,maka diketahui oleh ahli tahjud , seorang yang bangun membaca wiridnya lalu tidur ,kemudian bangun membaca wiridnya lalu tidur ,kemudian bangun membaca wiridnya dan ketika sedemikian kecoh sebahagian manusia dengan manusia yg lain dan mereka berkata : Apakah ini ? lalu mereka berlari ke masjid ,tiba-tiba matahari telah terbit dari barat ,kemudian setelah matahari berada ditengah langit tiba-tiba kembali lah ia , maka terbitlah matahari dari timur ......"

Bersambung >>>>

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails