email
twitter
facebook

MUHAMMAD s.a.w : siri 53 " Selimutilah aku ...



Setelah Malaikat Jibrael a.s menyampaikan wahyu kepada Muhammad s.a.w . dia terus hilang dari pandangan Nabi Muhammad s.a.w . Dalam hati Nabi s.a.w seakan-akan sudah terukir ayat-ayat yg baru dibacakan oleh Malaikat Jibrael a.s itu , ia tidak akan hilang selama-lamanya , bahkan nabi s.a.w seolah-olah mengetahui makna yg tersirat disebalik ayat-ayat itu. Walaubagaimanapun perasaan nabi s.a.w terlalu takut , peristiwa itu adalah satu kejutan bagi baginda ,nabi terlalu letih , nabi terpaksa menamatkan uzalahnya .

Baginda dengan keadaan tergesa-gesa keluar dari gua Hira dan turun menuju ke rumah baginda , walaupun pada ketika itu keadaan terlalu gelap gelita dan ini adalah diluar kebiasaannya yg selalu dibuat baginda sebelum ini.

Ketika baginda di dlm perjalanan pulang ke rumah ,ketika itu baru sahaja sampai ke kaki Jabal Nur ,Nabi s.a.w terdengar suara memanggilnya . Nabi s.a.a melihat ke arah kiri tetapi baginda tidak melihat apa-apa , nabi s.a.w melihat ke arah kanan ,tetapi naginda tidak melihat apa-apa . Nabi melihat ke arah sebelah belakang ,baginda juga tidak melihat apa-apa .

Setelah itu baginda mendongak ke atas ,ketika itulah baginda terlihat Malikat Jibrael a.s yg duduk di atas kerusi , Jasadnya memenuhi langit pada malam itu ,Jibrael a.s menzahirkan rupa yg sebenar kepada baginda , nabi s.a.w mengalihkan pandangannya dan melihat di ufuk sebelah barat ,maka baginda melihat juga Jibrael a.s , nabi mengalihkan pandanganmya ke ufuk sebelah timur pula ,maka baginda melihat juga Jibrail a.s . Ketakutan yg baru di alami baru sebentar tadi belum reda lagi di tambah pula satu kejutan lagi .Peristiwa itu menambah lagi ketakutan kepada baginda .

Jibrael a.s menyeru , Wahai Muhammad ,engkau rasulallah !!! dan aku Jibrael !!!. Wahai Muhammad ,engkau rasulallah !!! dan aku Jibrael !!! Wahai Muhammad ,engkau rasulallah!!! dan aku Jibrael!!!...

Sampai sahaja di rumah , baginda mengetuk pintu dan memanggil isterinya Siti Khadijah secara tergesa-gesa , Siti Khadijah merasa hairan dengan kelainan rutin suaminya , pada kebiasannya suaminya itu tidak akan pulang pada waktu suluknya ,sekarang suaminya pulang pada waktu malam . Siti Khadijah melihat muka suaminya itu pucat lesi dan tergambar diwajahnya kebimbangan dan ketakutan , Siti Khadijah tidak pernah melihat suaminya itu berkeadaan begitu selama ini ,sudah tentu ada sesuatu yg baru menimpa suaminya itu . Nabi s.a.w yg baru masuk ke rumah itu terus berkata " selimutilah aku ! selimutilah aku ! selimutilah aku ! .

Siti Khadijah tanpa banyak soal terus mengambil selimut dan menyelimutkan suaminya yg dlm ketakutan ,Siti Khadijah duduk si sisi suaminya itu sambil memerhatikan wajah suaminya yg kacak ,peluh merecik didahinya ,nafasnya termengah-mengah ,suaranya bertukar parau .Siti khadijah membiarkan sahaja suaminya itu memejamkan matanya sambil tertanya -tanya di dlm hati apakah sebenarnya yg berlaku ke atas suaminya itu .

Tidak lama kemudian Siti Khadijah melihat perubahan yg positif , suaminya itu sudah kelihatan tenang , inilah saat yg baik untuk bertanya

  • " Siti Khadijah berkata ...aduhai tuhan! aduhai tuhan! Apakah yg menimpa engkau wahai kekasihku ! Apakah yg menimpa engkau ? berikan kasih sayangmu kepada ku ,wahai kekasihku ! katakanlah kepada ku ! katakanlah kepada ku ! .

  • Nabi berkata " selimutilah aku! selimutilah aku! selimutilah aku ...ternyata nabi belum pulih lagi dari ketakutan yg menyelubungi baginda ,ketika itu selimut nabi sudah agak tergelincir , Siti Khadijah membetulkan selimut suaminya itu .

  • Siti Khadijah sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui perkara yg menimpa suaminya itu ..lalu berkata "sekarang aku tidak sabar lagi untuk mengetahui soal ini ,sekarang ceritakan kepadaku segera..."

  • Nabi berkata " Sesungguhnya aku risau tentang diriku ini " Nabi berkata demikian kerana kebimbangan sesuatu akan berlaku ke atas dirinya selepas peristiwa itu ,akan berulang .

  • Siti Khadijah yg pandai melayan suami itu lalu memujuk baginda " Oh ! tidak begitu wahai kekasihku ...Demi Allah ! Allah tidak akan menghina engkau selama-lamanya ... kerana engkau seorang insan yg sentiasa menyambung tali kekeluargaan ...selalu menanggung orang yg dalam kesusahan ,engkau juga mencari pekerjaan kepada orang yg memerlukan pekerjaan ... engkau juga seorang yg memuliakan tetamu... engku juga seorang yg suka membantu orang yg miskin ..

  • Mendengar pujukan isterinya itu ..ketakutan nabi mulai sirna ..nabi menceritakan segala peristiwa yg baru dialami itu ..ya peristiwa yg terjadi pada malam 17 hb. Ramadhan ..peristiwa nuzul Al Quran ,,buat pertama kalinya di alam ini .

  • Siti Khadijah menyoal suminya itu .."adakah engkau tidak bertanyakan kepadanya " siapakah engkau ,siapakah yg datang bersama engkau ,apakah tujuan engkau datang kepada ku ?

  • Nabi menjawab ... Aku telah mendengar dia berkata " aku adalah Jibrail ..aku datang membawa risalah tuhan Mu !..







    Apabila Siti Khadijah mendengar penjelasan demikian ..berat keinginannya untuk membawa suaminya itu berjumpa dengan sepupunya ..sepupunya yg dimaksudkan ialah Waraqoh bin Naufal seorang pendita yg alim lagi warak di Kota Mekkah .



    Bersambung >>>>


0 Ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails