email
twitter
facebook

AKHIR ZAMAN : Siri 8 : Tentera Islam di Telan Bumi ?

Kalau pada siri ke - 7 yg lalu ,saya ada menulis pendapat -pendapat sebahagian ulama' .dan mereka secara majoritinya berpendapat bahawa Imam Mahdi r.a itu wujud dan akan lahir serta menjadi pemimpin umat Islam di penghujung akhir zaman . Pendapat mereka adalah berdasarkan hadis-hadis nabi yg berjumlah sebanyak 50 hadis . Hadis-hadis ini mencapai darjah mutawatir . ( seperti mana telah di bahaskan pada siri yg lalu)

Imam Mahdi r.a ataupun Imam Mahdi Al Muntazar ( yg di tunggu-tunggu) atau Khatimul Awlia ( penghabis/penutup para awlia' ) atau Muhammad bin Abdullah ke 2 atau Khalifah Ar Rasyidin yg ke 6 ini diiktiqotkan oleh para Muhadisin ( ahli hadis ) itu adalah berdasarkan sebahagian hadis yg saya insyaallah akan tuliskan di bawah ini .

  • Hadis pertama
  • Maksud hadis Rasulallah s.a.w dari Aishah r.a ( Ummul Mu'minin )daripada rasulallah s.a.w bersabda ; Ketika tidur ,tubuh rasulallah bergetar ,lalu kami bertanya "mengapa engkau melakukan sesuatu yg belum pernah engkau lakukan ,wahai rasulallah ? Rasulallah s.a.w menjawab " akan terjadi suatu kehancuran ,iaitu bahawa sekelompok orang dari ummatku akan berangkat ke Baitullah memburu seorang lelaki Quraisy yg pergi bersembunyi di Kaabah , sehingga apabila orang-orang itu tiba di sebuah padang pasir ( Al Baida) maka mereka di telan bumi . Kemudian kami bertanya " bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang ? . Baginda menjawab betul ! di antara mereka yg di telan bumi itu ada yg sengaja pergi berperang ,ada juga yg dipaksa pergi berperang serta ada juga yg sedang bermusafir tetapi mereka akan binasa pada satu masa dan tempat ,sedangkan mereka berasal dari arah ( niat yg berbeza-beza ) kemudian Allah akan membangkitkan mereka pada hari kebangkitan menurut niat masing-masing . Riwayat Al Bukhari
  • Hadis ke 2

  • Maksud Hadis Rasulallah s.a.w " Seorang lelaki akan berlindung di Baitullah ,maka diutus lah oleh penguasa untuk mengejarnya ,dan ketika mereka telah sampai di suatu padang pasir maka mereka terbenam ditelan bumi "

  • Hadis ke 3
  • Maksud hadis Rasulallah s.a.w ..." " Sesuatu kaum yg mempunyai jumlah dan kekuatan yg tidak bererti akan kembali ke Baitullah ,maka di utuslah ( oleh penguasa ) sekelompok tentera untuk mengejar mereka , sehingga apabila mereka telah sampai di suatu padang pasir ,maka mereka akan ditelan bumi .

  • Hadis ke 4

  • Maksud hadis Rasulallah s.a.w ... " Sesungguhnya Baitullah akan diserang oleh suatu pasukan sehingga apabila pasukan tersebut telah sampai di sebuah padang pasir ,maka bahagian tengah pasukan itu di telan bumi ,maka berteriaklah bahagian pasukan depan kepada pasukan belakang ,kemudian kesemua mereka di telan bumi dan tidak ada yg tertinggal kecuali seorang yg akan mengkhabarkan tentang kejadian yg menimpa mereka "

  • Hadis ke 5

  • Maksud hadis Rasulallah s.a.w " ....akan di baiah seorang lelaki di antara Makam Ibrahim dengan sudut Kaabah ( Hajaratul Aswad)

  • Hadis ke 6

  • Maksud hadis Rasulallah s.a.w .. " Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah Negeri Syam ,menuju ke Baitullah ( Kaabah) untuk mengejar seorang lelaki yg akan di jaga oleh Allah drp mereka "

  • Hadis ke 7

  • Maksud hadis Rasulallah s.a.w .. " Sungguh aneh bahawa sekelompok orang dari ummat ku akan berangkat ke Baitullah untuk mengejar seorang lelaki Quraisy yg berlindung di Baitullah "
Tujuh hadis di atas saya akan cuba jelaskan pada siri yg akan datang ,mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dlm golongan manusia yg mengejar Imam Mahdi r.a dengan tujuan memerangi baginda dengan niat yg sengaja . bersambung


0 Ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails