Coretan Daripada Mesir-Madinah-Makkah
Dalam entri terdahulu,'kehilangan' saya sepanjang cuti sekolah lalu kerana menunaikan umrah dan ziarah.Bukan sekadar di Makkah dan Madinah,saya sekeluarga berpeluang juga melawat
Mim-Mehnah(ujian)
Shod-Sabar
Ra-Reda
Maka tersebutlah kisah... Al-Azhar destinasi rakanku
Pahitnya Sebuah Pengalaman
Semasa dalam bas selepas tiba di Lapangan Terbang Kaherah,Ustaz Abdul Rahman(tour guide kami @ pelajar Malaysia di sana) sudah mengingatkan bahawa setiap pelajar Malaysia yang baharu di sini akan terkena sindrom kejutan budaya,paling lama selama sebulan.Hendak ringkas cerita,saya buatlah dalam bentuk isi penting sahajalah:
1)Kalau takde sampah...-maka bukan Mesir namanya.Perkara ini sudah saya sahkan dengan Ustaz Zaki sendiri,hehehe.Anda tidak akan nampak sampah hanya di tempat-tempat tarikan pelancong seperti bandar Alexandria(Iskandariah) ataupun di kawasan penempatan mewah.Hmmm,rasa cukuplah saya 'mengumpat' pasal Mesir.Di Madinah dan Makkah,tiada pula pengalaman sebegitu kecuali keadaan Makkah yang sedikit kotor.Al-maklumlah,ramai orang macam Kaherah(jumlah penduduk Kaherah sendiri menyamai jumlah penduduk Malaysia tau!) dan kadang-kadang bukanlah Pak Arab yang buat sampah,jemaah lain yang buat pula.Tetapi di Jeddah ada kisah yang menampakkan kami sikap orang Arab yang sebenar...
2)Tipah diTIPU-Bak kata seorang ustaz yang serombongan dengan kami(pernah belajar di sana juga),kalau Arab ni tak menipu tak sah!Jenuh juga la Ustaz Abdul Rahman ikut kami waktu hendak beli barang-barang,takut air mineral 1.5 liter jadi 10 Egyptian Pound(Arab memanggil Junaih,bahasa Arab pasarnya Genih).Sebab sayalah yang terkena harga tu,aduh..(harga dalam RM=lebih kurang RM6!)
Sebelum ke Lapangan Terbang Jeddah untuk pulang,kami berhenti makan tengah hari dekat tepi Laut Merah.Bukan rombongan kami sahaja,ada 2-3 rombongan yang lain juga.Jadi,semua pondok rehat penuh.Hajat hati nak menumpang makan sepondok dengan sekeluarga Pak Arab, alih-alih diHALAUnya kami ni...gaduh sikit la sebelum beredar untuk elak pahala umrah lagi kurang.
Khatimahnya...
Macam Lagu Ayat-Ayat Cinta
Ingat tak lirik pertama lagu tu?
Moral of Da Story
Macam Lagu Ayat-Ayat Cinta
Ingat tak lirik pertama lagu tu?
'Desir pasir di padang tandus,Seperti yang kita belajar daripada kitab Sejarah Tingkatan 4,keadaan geografi yang berpadang pasir yang menyebabkan masyarakat Arab mempunyai sikap yang keras.Bersyukur juga Nabi Muhammad lahir dalam bangsa Arab.Selain daripada membawa contoh akhlaq yang baik, bayangkan kalau Nabi berasal daripada bangsa yang lemah-lembut macam orang Melayu, susahnya hendak memperbetul sikap orang Arab tapi hal ini bukannya mustahil kerana Allah sentiasa membantu para Nabi dan Rasul-Nya.Daripada hal tipu dan pengotor tu pula,mungkin inilah yang dimaksudkan Syeikh Muhammad Abduh dahulu,
Segersang pemikiran hati...'
Di Paris,aku melihat Islam dalam masyarakat bukan Islam,di sini(Mesir) aku melihat bukan Islam dalam masyarakat Muslim
Moral of Da Story
Bila BAHAGIA mula menyentuhYang memberi kekuatan kepada kita untuk terus hidup ialah ALLAH.Makanya,keBAHAGIAan itu hanyalah datang menerusi ajaran Islam,berpandukan manual a.k.a Ayat-Ayat Cinta bernama Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya.Kisah-kisah di atas bukan disebabkan kemiskinan harta(Arab kaya minyak),sebaliknya kerana alpa terhadap Ayat-Ayat Cinta-Nya lantas tidak mengamalkannya...ikuti tulisan saya mengenainya,Mulia Kerana Islam tak lama lagi ^_^
seakan ku bisa hidup lebih lama...









1 Ulasan:
salam. 1st time lawat blog ni, menarik. banyak juga ilmu bertambah. mungkin satu hari ni, saya juga boleh jadi salah seorang pembaca setia blog saudara :)
btw, nice blog :)
**ayat formal. lol
Catat Ulasan