Mim Shod Ra dan Binaannya
Penduduk Arab Mim Shod Ra(Mesir lah) memang hebat perkembangan seni binanya.Tengok sahajalah piramaid yang menjadi pojaan hati mereka.
Kota Seribu MenaraFakta ini cukup jelas kelihatan pabila menyaksikan jarak antara 2 buah masjid cukup rapat di kota Kaherah.Disebabkan banyaknya bilangan masjid,maka tidak hairanlah gelaran Kota Seribu Menara diberi kepada Kaherah.Seni bina di Mesir juga agak unik kerana ia terhasil daripada adunan daripada pelbagai pemerintahan yang berjalan di Mesir,tinggalan sejarahnya yang begitu panjang.
Kehebatan Ilmu
Ustaz Abdul Rahman,pemandu pelancong kami menceritakan bahawa Mufti Mesir Syeikh Muhammad Ali Jumaah pada asalnya mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan. Ingatkah anda pada Allahyarham Syeikh Fathi Yakan?Beliau sebenarnya berkelulusan ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dalam bidang kejuruteraan sebelum membuat PhD dalam bidang Bahasa Arab & Pengajian Islam.Walaupun dilihat agak lewat mendalami ilmu agama namun itulah rahsia kekuatan bangsa Arab...
Kaum Penghafaz
Jika ditelusuri sejarah Arab zaman Jahiliah,majoriti daripada mereka tidak mengenali apa itu huruf dan tulisan khususnya Arab Badawi yang menghuni pedalaman padang pasir. Dari situ, mereka menjadi bangsa yang begitu kuat ingatan,bukan sahaja dilihat pada zaman Nabi S.A.W dan para sahabat,bahkan versi itu kelihatan pada zaman globalisasi ini jua.Lihat sahajalah,betapa banyaknya hadis yang mereka hafaz,bukan hanya lafaznya bahkan beratus susunan periwayat hadis tersebut.
Saya terkenang cerita-cerita Ustaz Anuar.Katanya,pelajar Arab boleh menjawab soalan peperiksaan dengan berkajang-kajang kertas,hasil hafalan daripada sebuah kitab!Namun, keputusannya mungkin setara dengan pelajar Malaysia,kerana pelajar Malaysia lebih cenderung menghafal isi penting(yang lebih tepat untuk menjawab soalan)berbanding pelajar Arab. Nampaknya Ustaz Hasrizal ada cerita tersendiri mengenai ini[2 minggu di bumi Arab manakan sempat saya hayati kesemua juzuk kehidupan mereka ^_^]
Diharap artikel ini sedikit sebanyak mengimbangi kritikan saya sebelum ini...









0 Ulasan:
Catat Ulasan