
Ketika rombongan perdagangan Abi Talib sampai ke Busra( Busra adalah kota di negeri Huran ,ibu kota Arab Utara di bawah taklukan kerajaan Rom Utara /Kerajaan Byzentain )
yg terletak di selatan Syam ,rombongan Abi Talib berhenti berehat di kawasan berair dan lapang berhampiran sebuah gereja . Tempat itu adalah tempat persinggahan /perhentian /berehat yg biasa bagi pedagang dari selatan yg ingin ke utara .
Tiba-tiba keluar seorang paderi /pendita /Rahib Nasrani yg digelar Buhaira ( Buhaira adalah gelaran kepada seorang paderi yg mempunyai lautan ilmu drp 2 kitab iaitu Injil dan Taurat) menemui rombongan perdagangan Abi Talib .Menurut Al Mas' udi ( seorang alim besar dlm ilmu alam dan pakar sejarah Islam) nama sebenar Paderi Buhaira ialah GIRGIS . Girgis adalah seorang arab keturunan dari suku Abdul Qias.
Tetapi menurut ahli sejarah Islam yg lain iaitu Ali bin Burhanuddin Al Halabi menyatakan di dlm kitab sirahnya nama sebenar Buhaira ialah GIRGIS / SERGIUS . wallah a'lam . Menurut riwayat Pendita Buhaira bukan berasal dari Busra tetapi dari Patriarch ,Constantinople ( 428M - 431M). Murid-muridnya sangat ramai , kedudukannya sangat tinggi dan beliau menyembah Tuhan Yg Maha Esa . Lantaran kefahamannya itu beliau disingkirkan drp gereja lalu berhijrah lah beliau ke Busra . Beliau mendirikan gereja di situ walaupun tiada siapa yg membuat penempatan di situ .
Pendita Buhaira mempelawa Rombongan Abi Talib masuk ke gereja kerana beliau ingin memberi makan . Para ahli rombongan Abi Talib kehairanan dengan pelawaan Pendita tersebut dan berkata " Wahai Tuan Rahib ,kami selalu berhenti di sini dan selama itu tuan tidak pernah mempelawa kami makan tetapi mengapa pada kali ini tuan menjemput kami makan? Maka jawab Pendita Buhaira : Ya benar apa yg kamu katakan itu tetapi pada kali ini kamu adalah tetamu dan saya berbesar hati utuk menjamu kamu sekalian tidak kira lah ia besar ataupun kecil ,merdeka ataupun hamba .
Apakah motif pendita itu menjamu para ahli rombongan Abi Talib itu ,menurut Ibnu Hisyam seorang pakar sejarah Islam berkata , Sebenarnya Pendita Buhaira itu telah nampak beberapa keajaiban pada rombongan perdagangan Abi Talib itu
- Semasa rombongan itu jauh dan bergerak ke arah gerejanya ,Pendita itu terlihat awan nipis sentiasa bergerak dan menaungi rombongan tersebut ,menurut imunya yg luas itu ,hanya nabi akhir zaman yg akan diutuskan sahaja yg mempunyai kelebihan itu .dia tidak tahu siapakah bakal nabi dikalangan rombongan Abi Talib itu
- Semasa rombongan itu berehat dia terlihat seorang remaja duduk di bawah pokok dan tiba-tiba ranting-ranting pokok itu bergerak lembut dan menutupi nabi drp terkena cahaya matahari .Pokok itu di tanam oleh Nabi Ibrahim , dan pada zaman Nabi Musa , Nabi Musa pernah duduk di bawah pokok tersebut , menurut ilmu drp kitab Injil dan Taurat ,hanya para nabi sahaja yg berjaya melihat /menemui pokok tersebut ,manusia biasa tidak akan menemuinya .
Jadi 2 motif itulah yg menyebabkab dia bersungguh -sunguh mempelawa rombongan Abi Talib itu makan. Semua ahli rombongan itu menurut sahaja kehendak Pendita itu ,mereka berpusu -pusu masuk ke dlm gereja untuk menikmati juadah yg telah disediakan . Semasa rombongan Abi Talib itu masuk , Pendita Buhaira memerhati seorang demi seorang tetapi dia tidak menemui orang yg hendak dikenali nya itu .
- Lalu Pendita itu berkata Wahai Kaum Quraisy adakah semua ahli anda telah masuk ke dlm gerejaku ini .
- Maka salah seorang dr rombongan Abi Talib menjawab .Ya semua telah masuk kecuali seorang budak .
- Pendita Buhaira menjawab , Janganlah begitu ,jemputlah dia masuk ,saya ingin menjamu semua nya sekali kerana anda adalah tetamu saya
- Mendengarkan kata-kata pendita itu Abi Talib pun ingin bangun ,tiba-tiba dengan cepat salah seorang rombongan Abi Talib cepat- cepat membawa nabi masuk ke dlm
Jamuan pun dihidangkan dan mereka pun makan , Pendita Buhaira memperhatikan sahaja wajah ,kelakuan nabi ketika makan .kelakuan Buhaira tidak diketahui oleh orang lain kerana asyik dengan makanan yg dihidangkan itu . Setelah selesai makan dan rombongan Abi Talib keluar ,maka tinggallah Abi Talib dan anak saudaranya masih didlm gereja . sebelum Abi Talib dan nabi keluar ,cepat-sepat Buhaira mendekati nabi . lalu terjadilah dialog
- Buhaira : Wahai anak , saya ingin bertanya kepada anda demi Latta dan Uzza ,sedilah kiranya anda menjawab soalan saya
- Nabi : Wahai tuan janganlah menanyakan aku dengan berdemikan Latta dan Uzza kerana aku sangat membenci keduanya ,jawab nabi dengan tegas tetapi lembut
- Lalu beliau bertanyakan dengan mengubah gaya pertanyaannya : Demi Allah bolehkah ,anda menjawab pertanyaanku ?
- Nabi menjawab: Silakanlah tuan apa-apa yg terasa di hati tuan
- Buhaira : Lalu dia bertanya mengenai kehidupan nabi sehari-harian ,berkenaan tidur ,makan dsb dan akhirnya Buhaira hendak melihat belakang nabi dan nabi pun memperlihatkannya . Buhaira menjadi sangat pasti yg kanak-kanak dihadapannya itu adalah nabi yg akan diutuskan pada akhir zaman setelah dia melihat tanda /cop /mohor kenabian terletak ditengah-tengah belakang badan nabi. Buhaira melihat tanda bulat sebesar telur burung merpati , ia seperti bekas bekam dikelilingi bulu-bulu . Sekarang puaslah hati Buhaira
Abi Talib yg melihat /memerhati dialog dari jauh diantara anak saudaranya dengan Buhaira itu datang menghampiri mereka berdua lalu terjadilah dialog di antara Abi Talib dengan Buhaira
- Buhaira : Siapakah kanak-kanak ini ?
- Abi Talib : Dia anakku ( Jawab Abi Talib dengan sedikit berbohong)
- Buhaira : Katakan kepada ku perkara yg benar ayah dan ibunya sudah meninggal bukan ?
- Abi Talib terkejut : Bagaimana tuan tahu ?
- Buhaira : Wahai Abi Talib bawalah anak ini pulang ke Mekkah segera ,aku khuatir sekiranya orang Yahudi menemuinya nascaya mereka akan membunuhnya .
Apabila mendengar sahaja nasihat Buhaira ,Abi Talib segera membawa nabi pulang ke Mekkah .Abi Talib dan rombongannya tidak jadi berniaga di Syam . Abi Talib hanya mendapat keuntungan sedikat /tidak mendapat keuntungan tetapi ada yg lebih berharga drp keuntungan itu ,Dia sudah mengetahui sedikit rahsia anak saudaranya dan beliau menyimpannya ,lagi kuatlah azamnya untuk menjaga nabi ,lebih tinggilah kasih sayangnya terhadap nabi . untuk mengelakkan drp menanggung kerugian rombongan Abi Talib berniaga pada setiap kota yg disinggahinya .Perbuatan itu adalah julung -julung kali dibuat oleh orang Quraisy kerana Orang Quraisy tidak berniaga kecuali di negeri Syam .
Bagaimana kesudahan Pendita Buhaira ? mengikut Al- Bustami di dlm kitabnya Dairatul Ma'rifahnya bahawa kehidupan Pendita Buhaira berakhir dibunuh oleh orang Yahudi . Besambung...









0 Ulasan:
Catat Ulasan