email
twitter
facebook

Ibu dan Adik Beradik Susuan Nabi




Sudah menjadi kebiasaan orang Arab Badawi pergi ke kota utk mencari bayi yg baru dilahirkan utk disusui dan sebagai imbalan mereka mengambil upah drp perkerjaan tersebut , manakala orang kota menanti saat itu untuk mencari ibu susu yg sesuai untuk menyusukan anak mereka ,begitulah keadaannya pada ketika itu .


Kaum perempuan dr kalangan arab Badawi yg datang berduyun - duyun itu berebut-rebut mencari bayi yg baru dilahirkan terutamanya anak-anak pembesar kerana upahnya yg mahal .
Walaupun Aminah adalah anak pembesar dan berketurunan mulia ,kaum perempuan Arab Badawi enggan ke rumahnya kerana mereka sudah tahu yg suaminya Abdullah telah meninggal dunia. Mereka tahu Aminah akan memberi upah yg sedikit sekiranya mereka bersetuju utk mengambil upah utk menyusukan anaknya.

Halimatus Sa’adiah masih berjalan menyelusuri lorong-lorong di kota Mekkah ,tidak ada siapapun yg ingin mengupahkan beliau menyusukan bayi mereka , ditambah jiwa Halimatus Sa’adiah yg lembut dan tidak mahu berebut-rebut mendapatkan bayi utk disusukan . Dgn izin Allah sampailah Halimatus Sa’adiah dipintu rumah Arwah Abdullah bin Abdul Mutalib .
Terjadilah dialog di antara Siti Aminah dengan Halimatus Saadiah sehingga kedua- dua merasa gembira dan bersetuju .Halimatus Sa’adiah gembira kerana akhirnya dia berjumpa jua dengan bayi yg hendak disusukan .Manakala Aminah gembira kerana akhirnya ada juga yg sudi mengambil anaknya utk disusukan .

Nabi menyusu dengan ibunya selama seminggu sahaja kemudian barulah disusukan oleh Thuaibah Aslamiah ( hamba Abu Lahab) kemudian barulah diambil oleh Halimatus Sa’diah . Halimatus Sa’adiah membawa nabi yg masih bayi itu ke kampong Bani Saad bin Bakar . Suasana perkampungan Bani Saad adalah suasana yg terbaik sekali bagi kanak-kanak membesar ,Perkampungan Bani Saad terletak di antara Mekkah dengan Taif

Sebelum kita teruskan mari kita lihat sedikit siapa Thuaibah . seperti kita tahu sebelumnya Thuaibah adalah hamba Abu Lahab yg pernah menyusukan nabi ,selain drp nabi ,Thuaibah juga menyusukan Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib .Abdulllah bin Abul Asad Al Makhzumi pun pernah menyusu dgn Thuaibah .Abdullah bin Abu Asad adalah suami kepada Ummu Salamah bin Zutur Rakib ( Abu Ummayah ) .Abdullah terkenal dengan gelaran Abu Salamah Bin Abu Asad Al Makhzumi . Kesimpulannya Hamzah ialah bapa saudara dan adik beradik susuan ,manakala Abdullah Bin Asad ialah sepupu dan adik beradik susuan . Ini kerana Birrah iaitu ibu kepada Abu Salamah ialah ibu saudara nabi . Bersambung

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails