email
twitter
facebook

Jagalah Perkataanmu!


Allah...hati ini sesak,telinga ini bingit,mata ini pedih!
F*%K
P*@#^$K
Bukan sedikit sahabat yang menutur sebegitu,bukan seorang dua sahaja yang mencatat perkataan itu.Bahkan,kata yang layak memenangi Anugerah Bintang Popular sekarang ini ialah...
CELAKA

Berbulu
'Berbulu' telingaku...

Entah mengapa,saya memang pantang dengan kata caci-maki-carut-karut dalam masyarakat dewasa ini.Hendakkan katakan tak belajar bahasa,ramai pula yang mendapat A1 dalam Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Bahasa Arab hatta Pendidikan Islam!Ke mana sirnanya akhlaq Pendidikan Islam@Moral gred 'A1'mu itu?

Bukan hanya jadi 'zikir' di mulut,bahkan selalu tercatat pula dalam tulisan...aduh!Berdasarkan pemerhatian peribadi,hal ini sering kedapatan di blog-blog politik,baik yang kerajaan mahu pun yang membangkang.Mungkin juga,cadangan mengenai ahli Parlimen perlu mengikuti kelas etika juga perlu diperluaskan pelaksanaannya terhadap blogger!

1000 kali nasihat...tetap menjadi curahan air di atas daun keladi.Ingatlah diri itu HAMBA ILAHI!

corat-coret:mungkin jua elok direnungi kata-kata pencerca Islam di sini mengenai Golden Rule, iaitu...
Melayan yang lain seperti mana cara kita sepatutnya dilayani...
Loh,kok yang cerca Nabi pun tahu akhlaq mahmudah?

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails