
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan gambar seorang personaliti TiVi yang sedang berkemban. Walhal perkara ini bukanlah perkara baharu di Malaysia ini,kalau anda tak percaya selaklah akhbar dan majalah-majalah masa kini,tontonlah TiVi 1 hingga TiVi 9(ulang kaji tambahan buat yang mempunyai Astro),akan berhasillah pengkajian saudara-saudari sekalian dengan aurat-aurat perempuan yang terdedah.
Demi menjaga kemaslahatan mata-mata suadara-saudari,saya hanya meletakkan link ke sebuah blog yang sedang membuat pengundian Juara Artis Berkemban Se-Malaysia di sini. (lebih baik jangan ditengok)
Kekurangan Sebuah Slogan
Kecantikan hak milik setiap insan...
Alhamdulillah,kita yang cantik dan kacak ini semuanya kurnia dari siapa?ALLAHMaka apa yang kurang pada slogan iklan tersebut?
...HAMBA KEPADA PENCIPTA KECANTIKAN DAN EMPUNYA KECANTIKAN
Betapa kita sebagai hamba sering lupa menghargai nikmat CANTIK kurnian Tuhan,bahkan CANTIK itu menjadi FITNAH buat diri kita.









5 Ulasan:
agaknya, apakah puncanya mereka begitu?
secara peribadi,bukan sahaja aurat perempuan,bahkan aurat sang jejaka turut sering terdedah di sana sini.Saya bukanlah orang yang amat arif dalam berbicara dengan lebih mendalam mengenai isu ini.Kita sama-sama berdoakan agar seluruh umat Islam sentiasa dibimbing oleh hidayah-Nya.Amin insya Allah
kadang kala puas juga kita nasihat,menegur dalam tulisan di alam maya ini,namun hanya hidayah Allah jualah yang menyentuh hati mereka untuk berubah ^_^
ini lah yang berlaku skrg, artis dijadikan role model, idola... sudah menjadi trend skrg ikut gaya artis.. kesian kat tubuh badan yang baik ciptaan Nya kita tonjolkan tanpa segan silu tanpa rasa harga badan itu sungguh bernilai.. barang yang bernilai apabila ditunjuk senang la dikebas org... Nauzubillah...
Assalamualaikum
kaum wanita yahudi dan nasrani pun dituntut menutup aurat tetapi mereka mengabaikan . begitu juga wanita islam sudah mula mengabaikan perintah menutup aurat ( sebahagiannya ) .
siapa yg mereka ikut ..agama atau nafsunya ?
Catat Ulasan