email
twitter
facebook

Apa Kata Quran?

Terganggu.Sepatah kata yang mengungkap kejelekan lanskap politik Malaysia yang dikatakan semakin 'matang'.

Video tersebut merupakan sebahagian daripada siri The Arrivals,sebuah kejadian yang cuba menyingkap kronologi kedatangan Imam Mahdi serta tipu daya Dajjal di Akhir Zaman(mungkin akan diulas pada masa depan,SIRI LENGKAP DI SINI).Ayat Al-Quran yang dipetik dalam video tadi ialah ayat 13 surah HUJURAT:
Hai manusia,sesungguhnya Kami menjadikan kamu daripada lelaki dan perempuan(bapa dan ibu) dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa(bermacam-macam umat) dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan.Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa.Sungguh Allah Maha Mengetahui lagi Maha Amat Mengetahui.

Umat Islam sekalian...kalau diketepikan isu ana Sunni,anta Syiah?,awak Wahabi,depa Ahbash,maka tersingkaplah hakikat kita mendukung pegangan LA ILAHA ILLALLAH sebagai MUSLIM lagi MUKMIN.

Solat kita 5 kali sehari...

Berpuasa kita di bulan Ramadan...

Berzakat tatkala cukup haul dan nisabnya...

Mengerjakan haji di Makkatul Mukarramah...bukankah kita SERUPA!

Buat yang bukan beragama Islam,ketahuilah kita bersaudara kerna kita masing-masing manusia ciptaan-Nya.Dengan izin Allah,satu hari nanti anda ketemu dengan sinar hidayah.
Itulah TAQWA yang menjadi indikator diri di sisi ILAHI.
UMNO-PAS Bagaimana?
Sebenarnya krisis ini mengingatkan saya mengenai serangan ke atas Gaza.Apa yang menarik mengenai serangan ke atas Gaza bukan sahaja pada keganasan Israel mengebom bumi Gaza yang sekangkang kera itu,sebaliknya sikap dingin Fatah dalam membantu pihak HAMAS di sebelah Gaza menghadapi ISRAEL+sikap Dunia Arab(terutamanya MESIR) yang menjurus kepada
Ohhh...I See...
Apakah sejarah hitam seperti itu bakal terpalit di bumi Malaysia,tatkala 2 parti Melayu-Islam yang dominan bercakaran sesama sendiri?Elok kita dengar pendapat Datuk Mufti yang sebenarnya berfikiran jauh untuk menjaga kesatuan umat Islam(kredit untuk mfr studio atas usaha murni beliau menerbitkan Misi Jelajah Wawancara Tokoh).

Corat-coret:Buat umat yang gundah,gaduh kecil pun nampak parah.Kembali YAKIN pada KITABULLAH!

1 Ulasan:

Yusuf_Obey berkata...

Memang ada perkara yang boleh dicari untuk mencapai kesepakatan antara UMNO dan PAS. Sebagai contoh mengenai isu kesatuan ummah.

Tetapi selagi UMNO tidak mahu memperjuangkan Islam tetapi hanya lebih mementingkan kemajuan material selagi itu PAS akan terus dengan prinsip perjuangan mereka demi menegakkan Islam di Malaysia.

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails